Thursday, January 22, 2015

Hari ke-9 persekolahan

Today is Thursday. Tak sabarnya nak tunggu esok :p

Hari ni merupakan hari ke-9 Tisya bersekolah. Dia pun dapat adjust dengan kehidupan baru dia sebagai pelajar. Masa tadika di TLC, mana la ada homework dibawa balik ke rumah. Semua buat di sekolah. Masuk Tahun 1, ada la sikit-sikit homework nak kena buat. Tak susah pun tapi Tisya kata dia penat dan nak tidur. Kesian juga sebab memang nampak sangat dia penat. Bangun pagi pukul 5.30 pagi. Habis sekolah petang pukul 5.35 petang. Mana tak penat!

Tapi okay la. Sekarang terus suruh dia buat homework lepas mandi. Sementara dia masih segar tu kan? Kalau dah makan, nanti ngantuk je rasanya.

Macam minggu lepas, parents masih dibenarkan hantar anak sampai ke kelas. Tapi masuk minggu ni, boleh hantar anak sampai ke pintu pagar sekolah je. Dah la Monday tu, I sorang-sorang sebab hubby sebelum subuh dah keluar kerana outstation ke Port Dickson. So there was us, depan pagar and Tisya sedih nak nangis sebab kena berjalan sorang-sorang. Nasib baik dia tak menangis. Kalau tak, tak tau nak pujuk macam mana. Pagi ni dah nampak makin okay. Salam, cium tangan, lambai-lambai sikit.. dah boleh gerak. Alhamdulillah.

Dia baru nak buat kawan. Ada yang taknak kawan dengan dia, ada yang mengikut je mana dia pergi. Tak kesah la nak. Kawan je dengan sesiapa yang nak kawan dengan kamu. Buat masa ni, dia rapat dengan Zati dan Sara. Kebetulan, Zati ni bersekolah di sekolah agama yang sama juga. So memang berdua je la walaupun tak sama kelas. Mereka jumpa time rehat.

Tisya tak bawa duit belanja ke sekolah kebangsaan tapi I bagi duit belanja ke sekolah agama waktu petang. Jadi, rehat pagi makan sama-sama dengan Sara dan Zati. Rehat petang, dia berdua dengan Zati. Sementara tunggu I sampai petang tu, dia berdua dengan Zati menunggu kat kantin.

Preparing lunchbox is fun! Walaupun kadang-kadang buntu nak buat apa. Bila jadi camtu, kena tanya Tisya dia nak makan apa. Ni antara yang I dah siapkan untuk Tisya.

Spaghetti Bolognese - Day 1

Nasi Goreng Love Love - Day 5

Sushi and Chocolate Twiggies - Day 6

Roti Cheese dan Cekodok Ketam - Day 9


Tisya ni lasak betul. Ingatkan bila masuk Tahun 1, kurang lasak apabila dikelilingi oleh ramai kawan perempuan. Tapi tidak. Setiap hari baju akan kotor macam dah pakai 2 hari. Kasut kena tukar 2 kali seminggu. Belum lagi kes dia jatuh sebab berlari, jatuh sebab lompat longkang, kain koyak T_T

Balik petang, muka dah serabai sangat. Tu pun masih energetic!

3 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Bertabahlah. Macam kimi gak. Baju suma hitam. Jenuh nak menyental.

Sumijelly Sumi said...

hahahaha............. kalah anak lelaki oit tisya ni,,,,

yer... seronok mereka dah besar.. tp terasa sbb mereka bakal melupakan kita seketika bla belajar kan....

sedih rasanya.. dan tetiba rasa macam

eh..eh.. aku dah tua.....waaaaaaaaaa

Sumijelly.com

Liz said...

Fiza> Takpe, kita boleh ada muscle kat lengan. Hahaha.

kak Sumi> hehehe, akak jangan la rasa tua pulak. kita ni muda lagi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.