Tuesday, December 30, 2014

My KL By Lisa Surihani

Groupon had launched a deal collection made up of Kuala Lumpur experiences specially-selected by “Malaysia’s Sweetheart” Lisa Surihani. Available for one month, “My KL by Lisa Surihani” features compelling deals on Lisa’s top things to see, eat and do in the city she calls home.



From my favourite dining spots to unique experiences, this Groupon collection features some of the best spots in KL to me,” said Lisa Surihani. “These are elements of the city that truly make it ‘My KL, and I’m delighted that it gives me another avenue to connect with my fans by helping them discover great experiences.”

As a self-professed shopaholic and foodie, some of Lisa’s favourite KL spots include:

Societe Fancaise de Cosmetiques (Sothys) – an award-winning Parisian brand with 47 outlets throughout Malaysia, Sothys specialises in non-invasive skincare using plant- and fruit-based ingredients.

Melur and Thyme – serving Western and Asian fare in KLCC and KLIA2, the subtle anyaman details and whimsical wire installations have garnered Melur and Thyme a “Top 10 in Restaurant Design” 2013 award from iN Publishers.

Jumpstreet Trampoline Park – making its mark on Malaysia’s alternative fitness scene this year, Jumpstreet Trampoline Park has 9,000 square feet of space in Seksyen 13 where urban athletes can either jump or take in a game of dodgeball or basketball.

House Gtower – located at the chic Gtower Hotel, House offers Western-Asian cuisine such as chicken satay pizza and beef hor fun alongside its 6-foot health juice bar and downstairs winepost.

Sunway Lagoon – an award-winning them park offering more than 80 rides and, including the world’s largest man-made sandy surf beach, Malaysia’s first interactive zoo, Lynton V Harris’ Scream Park, the world’s first Waterplexx 5D and the Vuvuzela.

From the very beginning, our quest has been to offer the best, most locally relevant deals we possibly can, and working with Lisa to identify her favourite KL spots is a significant step forward,” said Rafiq Razali, Country General Manager at Groupon Malaysia. “These deals represent the character and unique experiences our remarkable city has to offer. We’re confident everyone will find something here to love.”

To search for great deals or subscribe to Groupon emails, visit www.groupon.my.

Monday, December 22, 2014

Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior

"Children are like wet cement. Whatever falls on them makes an impression"

Kanak-kanak belajar melalui persekitarannya. Jika anak membesar dalam suasana yang harmoni, dia akan cenderung untuk menjadi seorang yang baik terhadap orang lain. Sebab tu kebanyakan pakar meminta ibu bapa memantau apa saja yang anak lakukan termasuklah menapis program kartun yang anak anda tonton. Kartun yang memaparkan aksi lawan bakal membuatkan kanak-kanak cuba meniru dan berlawan dengan orang lain. Bagi dia, itu tidak salah kerana dia mempelajari perkara itu melalui kartun.

Oleh kerana kartun boleh mempengaruhi kanak-kanak, Disney Junior telah mengadakan satu kempen khas iaitu ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’. Ia bertujuan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.



Melalui kempen ini, Disney Junior mengharapkan kekuatan cerita dan watak kartun di Disney Junior boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membuat perubahan positif terhadap dunia ini.

Khas untuk kempen ini, watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan mengajar anak-anak anda bagaimana untuk memberi perubahan positif dalam kehidupan seharian mereka denagn mengikuti langkah-langkah yang diajar melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

HOW

Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web - www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar cara berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.






2. Untuk pengguna baru, anda perlu Sign Up dahulu.








3. Terdapat 4 kategori untuk dipilih iaitu Community, Nature, Animals dan Storytelling dan setiap kategori mempunyai beberapa pecahan. Contohnya dalam kategori "Nature", ada 3 pecahan lain iaitu Alert, Adventurous dan Nurturing.





Untuk melihat tugasan yang perlu dilakukan oleh anak anda, sila click "Download Worksheet". Apabila anak anda selesai membuat tugasan tersebut, click "Claim This Badge" dan masukkan butiran yang diperlukan.


Selepas berjaya meng upload gambar anak anda melakukan tugasan yang diberikan, click "Submit".




Anak anda tak perlu selesaikan kesemua tugas sekaligus dalam masa satu hari. Melalui "Your Progress" tab, anda boleh lihat pencapaian anak anda dalam kempen ini. Menarik kan?

Jadi, daftarkan anak anda dan mulakan memberi perubahan terhadap dunia kita. Layari www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com untuk keterangan lanjut.

Tuesday, December 16, 2014

#illridewithyou

My big bos was away for a week. It's good because he's overseas and won't bother to call us. Ok, but he sent whatsapp.. like many. Hehe. Tapi okay la daripada dia ada depan mata. Some people think I'll be free when he is not around. Sebenarnya, I akan lebih sibuk menyiapkan all the pending works.

So excuse me bila tak tahu menahu tentang kejadian ambulans accident kat Simpang Pulai... atau tentang Sydney Siege baru-baru ni. Petang semalam dapat tahu tapi tak sempat nak tengok berita. Pagi ni baru terhegeh-hegeh nak beli surat khabar. Mata tertangkap news tentang hastag #illridewithyou. I know the recent event akan buatkan islamphobia tu makin meluas. Sebab tu I terharu dengan #illridewithyou.

Bagi yang tak tahu ni, #illridewithyou adalah khas untuk Muslim yang takut untuk menaiki pengangkutan awam seperti tren dan bas. So non muslim Australian akan beritahu yang dia akan naik bas atau tren, so mana-mana Muslim yang takut, dia akan temankan. 



It is a touching move by Australian. Benda tu nampak kecil tapi besar ertinya pada Muslim di sana. Pernah dengar tentang harrasment yang dialami oleh Muslim di sana? Ada banyak! Tapi kita tak boleh nak labelkan semua Australian tu jahat. Samalah juga penganut agama lain, Tak boleh nak labelkan semua Muslim tu pengganas. Betul tak?

Sunday, December 14, 2014

Kartun-kartun baru di Nickelodeon yang memang best!

When I was a little child, I love watching cartoon. Tak faham sangat bila ia berbahasa Inggeris tapi tiap-tiap hari mesti nak tengok kartun.Walaupun kartun sinonim dengan kanak-kanak, kita sebagai ibu bapa tidak patut membiarkan anak menonton kartun tanpa sebarang tapisan. I masih ingat satu masa dulu, I menonton satu kartun dengan Tisya. Terkejut sangat sebab ada adegan yang tidak sesuai dengan kanak-kanak dan pakaian watak kartun tersebut sangat menjolok mata. Sejak itu, I akan tapis dulu kartun yang Tisya nak tengok. Pilih yang sesuai sahaja. Nak senang, buka Nickelodeon.




Nickelodeon merupakan salah satu cartoon channel yang terkenal. Ia menyajikan pelbagai kartun yang menarik dan paling penting, jalan ceritanya banyak memberi pengetahuan dan pengajaran kepada kanak-kanak yang menonton. Kita sebagai ibu bapa pun tidaklah susah hati. Sekurang-kurangnya, anak kita dapat belajar pelbagai perkara dengan cara yang interaktif.

Sempena tahun 2015, ada banyak cartoon baru di Nickelodeon yang pasti menambat hati anak anda.


OGGY AND THE COCKROACHES

One of my favorite cartoons! Oggy adalah seekor kucing dan ia selalu menjadi mangsa buli 3 ekor lipas. Pelbagai cara dilakukan untuk menghalau lipas-lipas tersebut dari rumahnya. Kita akan bergelak ketawa melihat gelagat Oggy dan tiga ekor lipas. Kadang-kala rasa kesian kat Oggy sebab kena buli tapi selalunya Oggy pasti berjaya mengenakan lipas-lipas tu semula.

Ia akan mula bersiaran pada 1 January 2015 pada jam 1.15 petang. Two-hour marathon premiere tau! Regular timeslot pulak boleh ditonton mulai 5 January 2015 pada jam 6.05 petang setiap Isnin hingga Jumaat.


ALVINNN!!! AND THE CHIPMUNKS

They are like one of the oldest cartoon characters ever! The new series will mark the return of the franchise to television after 20 years in an all new CG-animation. Watak utama semestinya Alvin, Theodore dan Simon. Theodore yang bijak pandai, Alvin yang nakal dan Simon yang penakut. Di setiap episod, ada saja masalah yang mereka cuba selesaikan.Alvinnn!!! and the Chipmunks akan mula bersiaran pada April 2014.


WANDA AND THE ALIEN

Based on the books by best-selling British author Sue Hendra, Wanda and the Alien is an enchanting new 2D animated pre-school series which follows Wanda, a very practical young rabbit, and her new best friend, Alien, who has crash-landed his rocket in Wanda’s woodland home. Together, they travel between each other’s worlds, explore their differences, have a lot of fun and laughter, and develop a friendship that’s out of this world!

Jangan lupa menonton premiere di Nick Jr. pada 26 January 2015 pada jam 11 pagi, Isnin hingga Sabtu.


DORA AND FRIENDS : INTO THE CITY!

Peminat Dora The Explorer pasti akan teruja menonton Dora and Friends : Into the City! Ia merupakan brand new animated pre-school series yang memaparkan Dora bersama rakan-rakan barunya. Dora kini sudah membesar menjadi seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang yang cantik. Dia tinggal di bandar dan pergi ke sekolah dan bersama rakan-rakannya yang lain.

Created by Chris Gifford and Valerie Walsh Valdes (Dora the Explorer, Go, Diego, Go!) and developed with the support of educational experts and tested by preschoolers themselves, Dora and Friends: Into the City! is set to a contemporary soundtrack of Latin-influenced pop music and features an interactive curriculum focusing on community service, problem solving, emotional skills, Spanish language and Latino culture. 

Dora and Friends : Into the City! akan mula ditayangkan pada March 2015. I know it is going to be a big hit here.


Best kan kartun-kartun baru ni? I tau semuanya best sebab I pergi ke Nickelodeon Screening Party di Cathay Cineplex. So jangan lupa bukakan siaran Nickelodeon untuk anak-anak anda.

Tuesday, December 09, 2014

Persiapan ke tahun 1

Blog ni dah jadi suam-suam kuku. It's easier to update my instagram. Tu yang sudahnya blog "diam" je. Sesiapa yang belum follow I di IG, silalah follow : lizrohaizat

Ok, bila baca status Ely pagi ni dan tengok komen kawan-kawan dia, I terangguk-angguk sama. Next year, Tisya dah mula belajar di tahun 1. How time flies, cliche sangat kan?

Orang kata, sila beli uniform awal sebab takut banyak saiz habis. I beriye ajak hubby pergi beli. Dia boleh nak tunggu Christmas baru nak pergi beli. Pot pet pot pet la I kat rumah. Maybe dia tak larat nak layan I membebel, maka dia bawa I ke Jusco untuk beli uniform. Elok pulak orang baru dapat gaji. Memang penuh la Jusco tu.

Jusco ada promosi Back To School. So senang nak compare brands yang ada. Alpha Kids ada discount 10% untuk member tapi sebab I tengok jahitannya kurang kemas, kami pilih brand Canggih je. Harga lebih kurang tapi tidaklah murah pun. Tambah harga kain dan baju, lebih RM50 sepasang. Gulp!

So beli 5 helai kurung, 2 helai kain sekolah kebangsaan, 2 helai kain sekolah agama. Macam tak cukup je kurung tu. Takpe la, tengok camne. Kalau tak cukup, kita beli lagi. Kasut 2 pasang. Beg sekolah dan botol air. Botol air macam ada harapan nak hilang kat sekolah tapi I beli juga brand Eplas sebab I suka corak dia (boleh?). Lepas ni kalau hilang, beli je la botol air biasa. Beg sekolah pun dah beli. Beli satu je sebab beg tadika dia masih elok. Jadi beg tu boleh dipakai ke sekolah agama. Pilih brand yang sama sebab I rasa beg Swan memang lasak!

Yang tak beli lagi hanyalah stationery. Ni memang nak beli hujung bulan nanti. Kalau beli awal, confirm Tisya dah pakai dulu.

Barulah sedar, banyaknya nak pakai duit bila anak nak masuk sekolah. Camne la parents kami yang ada 5 orang anak.

Thursday, December 04, 2014

Pokok membesar sewaktu musim hujan

Sejuk hati memandang my mini garden yang sekangkang kera tu. Tak la ada banyak pokok pun. Cuma ada 3 pokok bunga raya, pokok bunga ros, pokok limau purut, pokok kunyit, daun bawang, pokok daun kari, pokok cili api, pokok Cili Bangi dan pokok serai. Semua pokok ditanam di dalam pasu kecuali pokok serai.

Semua pokok I layan sama rata tapi pokok kunyit I paling sayang sebab pokok ni dahulunya hidup segan mati tak mahu. I tanam pokok kunyit masa musim panas. Wah, bunyi macam kat overseas pulak eh. Ye la, musim panas bulan 8-9 hari tu. Pokok berubi sebenarnya elok ditanam waktu musim hujan tapi I degil. Pagi petang siram tapi daunnya keluar sehelai. Nak tunggu daun baru punya la lambat. By the time daun baru keluar, daun lama dah tua dan kena lecur panas. Sad... sad. Tapi ku siram juga la. Tertunggu-tunggu musim hujan.

Bila sampai hujung bulan 10, masuk bulan 11.. hujan turun setiap petang. Turun lebat mencurah-curah. Terus jadi subur pokok ni. Daun baru cepat je keluar. Sekarang daun dah melebar. Alhamdulillah.

Samalah juga dengan pokok pandan. Masa adik ipar bagi anak pokok tu, kecil je. Pastu cuaca panas. Pokok ni taknak keluar daun baru. Bila masuk musim hujan, penuh daunnya satu pasu. Tak pernah guna lagi daun pandannya.

Pokok limau purut dibeli di pasar tani. Sepokok RM4 sahaja. Senang nak jaga pokok ni. Cuma masalahnya, belalang suka makan daunnya. Satu hal nak tangkap belalang. Kalau belalang kecil, ok lagi. Ni bila jumpa belalang gemuk (kes tak sedar ada belalang tu kat pokok, sudahnya belalang membesar gemuk dengan hasil makan daun pokok limau purut), memang kena panggil hubby tangkap.

Gambar cili tu bukan cili api tapi Cili Bangi. Pokoknya dibeli dari isteri sepupu I yang merupakan CEO Serotech, syarikat yang terlibat dalam R&D Cili Bangi. Kak Nur banyak bagi tips tentang nak tanam pokok ni. Pokok dah mula berbunga dan keluarkan buah. Tapi buah masih kecil. I risaukan pokok ni kerana ia telah menghadapi banyak masalah sejak dahulu. Nanti-nanti la I ceritakan.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.