Tuesday, October 28, 2014

Ways to play with your child

Research shows that babies learn best through play. When babies are playing, they are really developing their Play IQ. They learn about the world around them and develop a wide range of important skills, such as their physical, cognitive, social and emotional skills.

Fill your child’s days with play-based opportunities to interact with adults and peers in positive ways. Remember to track your baby’s progress at different stages of development to help him develop his full potential through play.

Here are ways to play with your child at different stages of development from 1-24 months:


Click the image to enlarge

A great way to stimulate your baby’s learning is to give him the right toys at the right development stages. Help him reach developmental milestones in three key pillars of child development:

1. Physical Play IQ is when a child develops strength, coordination and confidence. Give him toys that encourage him to reach, grab, get up and move.
2. Cognitive Play IQ is about encouraging a child to touch, feel, listen and learn through play. Toys that inspire his natural curiosity and love of learning will help develop both his intelligence and creativity.
 3. Social and Emotional Play IQ is a child’s ability to share and express himself confidently while he plays. Using the right toys and playing with other children will help a child learn the skills to share, listen and lead.

For more information on your child’s Play IQ, developmental milestones and recommended toys, please visit www.fisher-price.com/PlayIQ.

Monday, October 27, 2014

Disney's Frozen themed birthday party for Batrisyia

Hanya kerana Tisya anak tunggal kami, tak bermakna kami buat majlis hari lahir besar-besaran untuk dia setiap tahun. Setiap tahun, kami hanya sambut hari lahir Tisya dengan memotong kek hari lahir di rumah. Kalau dulu, sambut hari lahir dia semasa open house sempena Hari Raya. Dia kan lahir pada 2 Syawal. So nak senang kerja, sambut waktu hari raya.

Tapi sejak Hari Raya dah awal dari tarikh lahir dia yang sebenar, kami hanya buat sambutan kecil-kecilan untuk keluarga. Nak lagi senang, belikan kek untuk dia bawa ke sekolah. Cikgu yang uruskan. Sangat tak meriah sebab kami takde masa dia potong kek tu.

This year, semuanya berubah. Filem Frozen keluar di pawagam dan semua kanak-kanak sangat suka cerita ni. Jangan tipu, mak bapak pun suka cerita ni. Silap-silap boleh hafal OST filem tu. Tisya pun tak terkecuali. Berulang kali dia layan movie tu sampai kitorang heran, dia ni tak bosan ke tengok cerita ni? She loves it very much hinggakan dia minta kek Frozen untuk hari lahir dia.

Timbullah idea untuk buat Frozen Themed Birthday Party. Nak jemput family dan BFF dia di tadika. I hanya ada masa sebulan untuk buat preparation. I googled, like a lot! Berpuluh gambar, berpuluh blog entries I baca mengenai Frozen Themed Birthday Party. Seems like Frozen themed is a favorite for this year. Jadi ia memberi I banyak idea untuk majlis tu nanti. Beware, Google can be addicted.

Disebabkan I buat kerja seorang diri, semuanya ambil masa. I jenis yang teliti. Semua nak kena ada list. Lepas tu mula finalize kan apa yang I dah ada. Mana yang nak, mana yang taknak. Cerita kat hubby, dia tak faham kenapa nak kena ada tu. Kenapa nak kena ada ni. Sampai satu masa, dia perli I "Ni bukan anak yang excited, mak dia yang excited lebih". Masa tu I tengah menggunting snowflakes kot. Terus merajuk. Hihihi.

Invitation card untuk tetamu yang tak tahu alamat rumah

I ambil masa dua hari untuk decorate iaitu pada Deepavali dan sehari sebelum majlis. Malam tu, I tidur pukul 4 pagi sebab hubby tak sihat. So kena buat kerja sorang-sorang. Tak cukup tidur tapi penat tu hilang bila tengok reaksi Tisya bila dia nampak hasilnya. She was very happy!

Ok la, I tau korang klik entry ni pun sebab nak tengok apa yang Frozen sangat tu kan? Orait, marilah kita layan gambar-gambar ni. Kepada yang berminat, I ada sertakan link untuk free printables tu. I tak kreatif dan dalam masa yang sama, nak jimat. Jadi memang cari yang free saja. I gunakan yang murah-murah saja.


TABLE SETTING


Pada mulanya, kami nak pakai meja lain sebab terasa our 8 seater dining table tu besar sangat. Tapi kenapa tidak pakai meja kayu yang cantik buatannya ini? At last, we decided to use it. Meja ni sangat berat sebab pakai kayu apa entah. Perlukan dua orang untuk tolak meja ni ke dinding. Kebetulan kami ada satu dinding yang diletakkan cermin. So kami jadikan ia sebagai titik utama.

This is a beautiful banner! Sangat sesuai dengan tema Frozen kerana ada image snowflakes di setiap huruf. I printed this beautiful banner from DIY Swank. Megan ada siapkan design untuk semua huruf dan nombor. So feel free to print it. Gunakan warna cardstock mengikut warna tema majlis korang. Hasilnya memang cantik!

I found this Frozen Movie Quote at Paging Supermom. It is so cute, I have to print it out. Ada 4 quotes untuk dipilih. Frame bingkai putih ni I beli di Daiso. Murah!

Image snowflakes tu I dapat di Strawberry Mommycakes. Cantik kan? I lekatkan ia di batang lidi yang telah dililit dengan blue ribbon. Then, ikat ribbon sikit. Dah siap! Oh, bunga kat belakang tu memang dah lama ada. Dapat nak kenduri kahwin. Image snowflakes yang sama I ada print large scale untuk dilekatkan di cermin kat gambar pertama tu.


Belon warna biru dan silver ni I beli di Balloon Buzz. Gunakan gas helium agar belon ni terapung. RM 3.50 untuk satu belon.

These Arendelle Banner is made by Bakingdom. Suka betul tengok design orang yang kreatif ni. It's a banner but you can use it for many things. Kena kreatif tau.

 Queen Elsa of Arendelle

Princess Anna of Arendelle


Majlis takkan terasa bertemakan Frozen jika tiada gambar-gambar dari filem tu. Ni last minute I buat kerja. Untuk print on large scale, korang kena cari image in high resolution. Gambar Elsa, Anna dan gambar ramai tu I print dalam saiz A3. Boleh pergi di mana-mana print centre dan minta mereka print kan. Lepas tu terpulang samada korang nak bingkaikan atau nak senang, lekatkan je di tempat-tempat yang strategik macam I buat. Untuk saiz A3 ni, kedai charge I RM3 sekeping.


DECORATION

You can get many ideas on Google. Satu idea yang menarik perhatian I ialah hanging snowflakes. It is so beautiful and can give the winter feeling to the room. Memanglah di Malaysia tiada salji tapi apa salahnya nak feeling macam tu kan? Hehe. Jadi snowflakes lah perkara pertama yang I buat. Siapa yang jadi follower I di FB dan IG memang tau I ada share gambar snowflakes yang I buat. Huhuhu. Penat nak gunting satu-satu. Kalau korang nak cepat, korang boleh lipat kertas dan gunting untuk jadikan ia snowflakes. Tapi I ambil cara yang nampak senang tetapi sebenarnya lebih memakan masa iaitu dengan print out non folding snowflakes template. Hmmm, I jenis teliti dan nak semuanya perfect (selagi boleh perfect la kan?). So cara ni saja yang sesuai untuk I. Maka bermulalah aktiviti mencetak, menggunting dan memotong snowflakes di rumah. It was time consuming but the result is so beautiful, at least to me and the guests.


I gunakan fishing line untuk gantung snowflakes ni. Feel free to use whatever you have. Tapi fishing line pun murah je. Segulung 60 sen. Bila gunakan tali pancing, ia tidak terlalu terbuai ditiup angin jika dibandingkan dengan guna benang. Walaupun majlis dah selesai, kami biarkan snowflakes ni tergantung. Penat tau potong, so biar je la kat situ. Suka tengok bila lampu ditutup. Nampak snowflakes ni  macam tergantung tanpa diikat dengan apa-apa.

Untuk dinding yang kosong, I letak gambar Olaf ni. Korang boleh google gambar Olaf. Ada banyak. Pilih je yang cantik dan potong.


FOOD MENU

Majlis bermula selepas asar. Jadi juadah yang I sediakan juga bersesuaian dengan majlis minum petang. Tiada makanan yang terlalu berat. Tiada juga finger foods yang berminyak. Food Tent I donwload di Post Tart Parties. You can use the pre-made food tent or you can download the blank label and customize it according to your menu. Like this!


I lekatkan ia pada heavy cardstock. Lepas tu I gamkan snowflakes warna biru tu. I beli craft punch ni di Daiso. Kalau korang nak cari apa-apa, sila pergi Daiso dulu. Craft punch ni tak dapat harga RM5 kalau beli di luar tau.

Menu utama semestinya Birthday cake. Semenjak buat business kek, I tak boleh nak makan kek dari kedai. Terasa manis. Jadi, awal-awal I dah fikir nak buat birthday cake untuk Tisya.


I want something simple so I baked Vanilla Cake. Basically, American Buttercream is very sweet so I add 4oz of cream cheese to cut the sweetness. This cake is called Frozen Vanilla Cake. I warnakan 2/3 daripada buttercream tu dengan warna sky blue. Untuk bahagian atas kek, I gunakan warna yang sama tetapi I kurangkan penggunaan warna tu. Ala-ala light sky blue gitu.

Bahagian atas

I created textured buttercream to change the appearance of the ordinary smooth butercream. First time buat macam ni but I love it. Tetamu cilik kehairanan kerana tiada sebarang gambar di atas kek. I memang nak simple sahaja.


Itu dia... mihun goreng yang diberi nama ala-ala Frozen. Hehehe. Puas fikir nama untuk menu ni. Mihun ni ditempah dari makcik di Hulu Langat.


It's strawberry cheesetart! Kali pertama order di Yatt Sweet Bites. Puas hati sebab sedap.


Sven's Snacks terdiri daripada orange, agar-agar bersantan dan vanilla cupcakes. Made by me :)


Aww... I fall in love with this concept eventhough Melted Snow sounds disturbing. Hahaha. Water Label tu I dapat dari Part Tart Parties. I beli mineral water dan potong label botol tu. Gunakan sticker paper untuk print label baru. Kemudian hanya perlu lekatkan saja. Super easy!


Nama minuman diinspirasikan dari "In Summer", OST filem Frozen. Hubby bancuh air oren saja.


Kristoff is a sweet guy in that movie. Jadi mestilah ada menu khas sempena nama dia kan? I terlebih rajin pergi buat Aiskrim Malaysia perisa nenas. I letak sikit pewarna sky blue untuk beri warna Frozen kat aiskrim tu. Too much using food coloring? I know ada orang concern dengan food coloring. Sebenarnya food coloring boleh didapati di kebanyakan produk makanan. Kita je yang tak sedar. Jangan risau. I gunakan food coloring jenis gel. Jadi hanya perlu gunakan sedikit untuk mendapatkan warna yang I kehendaki :)

Pada mulanya I nak buat egg sandwich, sempena bait-bait dalam lagu Love is an Open Door (...we finished each other sandwiches...) tapi lepas tengok episod 3 season 4 of Once Upon A Time, I tak jadi buat sebab Hans masih berniat jahat. So... sorry Hans, you're not invited to this party.

Majlis tak lengkap tanpa goodies untuk tetamu-tetamu cilik. I tempah cotton candy ini. I kekalkan warna cotton candy sebab rasa macam pelik kalau ia berwarna biru. Murah saja. RM 1.80 sebekas. I tempah dari BZ Mom. Korang boleh minta mereka buatkan label atau korang boleh berikan label yang korang design. Imej label ni I dapat di Oh My Fiesta. Lepas tu I taip the thank you message.




THE PARTY

Majlis bermula selepas asar. Lambat jugalah sebab nak tunggu semua orang sampai. Dua orang BFF Tisya dari tadika pun hadir. Seronoklah Tisya. I tak perlu buat aktiviti untuk tetamu cilik sebab sekejap je diorang semua dah menghilang ke playground. Bila hujan turun, mereka semua berkurung dalam bilik Tisya.

Kenapa mereka berkumpul?

Definitely the best photo of the day

It was my birthday in Islamic calendar (1 Muharam). Jadi sama-sama potong kek. Tisya malu-malu bila semua orang menyanyikan lagu Happy Birthday untuk dia.




Antara tetamu cilik yang hadir. Susah nak ambil gambar kanak-kanak
kerana semua orang tak reti duduk diam.


Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Minta maaf jika ada apa-apa kekurangan di sana sini. Minta maaf juga kerana tak dapat jemput orang lain. I tak berani nak buat majlis besar. Majlis kecil macam ni pun dah buat I tak cukup tidur. Hehehe. To Tisya, hope you had a good time. Kali ni je tau. Lain kali tak sure lagi umi nak buat camni ke tak :)

Thursday, October 23, 2014

Be So Much More With Dugrostar™

Hello!!

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta Dugrostar™ telah pun tiba. Masih ingat pada entry I tentang pencarian bintang Dugrostar™? Klik di sini untuk maklumat lanjut : Bersinar Sebagai Dugrostar™


Kini, seramai 280 finalis muda akan disenarai pendek oleh pihak Dugrostar™ untuk ke peringkat seterusnya di mana finalis-finalis ini akan membuat pesembahan langsung di 7 pusat membeli belah di seluruh Malaysia. Ia akan berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 16 November 2014. Berikut merupakan senarai pusat membeli belah yang terlibat dalam menjayakan pencarian bintang Dugrostar™ ini :

KB Mall, Kelantan
24 - 25 Oktober 2014

Plaza Merdeka, Sarawak
31 Oktober - 2 November 2014

Sunway Pyramid, Selangor
31 Oktober - 2 November 2014

One Borneo, Sabah
8 - 9 November 2014

Mahkota Parade, Melaka
7 - 9 November 2014

KSL Mall, Johor Bahru
7 - 9 November 2014

Queensbay Mall, Pulau Pinang
14 -16 November 2014

Di setiap lokasi, pemenang Hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga bagi setiap kategori umur akan memenangi hadiah yang hebat, manakala kesemua finalis akan menerima hadiah menarik sebagai tanda penghargaan di atas hasil usaha mereka!

Untuk anda yang tidak mendaftarkan anak dalam pencarian  Dugrostar™, anda masih boleh join kempen ini. Pergi saja ke pusat membeli belah yang terlibat di tarikh yang ditetapkan kerana ada banyak promosi yang menarik dan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti Langkah Tarian Dugrostar™ dan Beat Dugrostar™. Anda jugaboleh mengambil gambar sekeluarga di booth video Dugrostar ™ dimana anak anda masih boleh mendaftar untuk menyertai kempen ini dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang lain.

Anak anda malu-malu nak menari? Jangan risau, Langkah Tarian Dugrostar™ ni senang saja. Tisya yang pemalu pun boleh menari berulang kali kerana lagunya rancak dan tariannya mudah. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar Tisya menari Langkah Tarian Dugrostar™ ni. Budak kecil confirm boleh buat.

Tepuk tangan

Kita pusing ke kanan

Gelek pinggang sikit

Menari macam diva sikit

Ulang langkah-langkah di atas beberapa kali and that's it!

Jom layan video. Tapi maaf, tak berapa terang.

 
 
 
Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

Thursday, October 16, 2014

Batrisyia menyambut hari lahir dalam cuaca sejuk beku

Sorry for lack of update. Kesian Tisya. Takde update langsung pasal her birthday. Hihihi, sorry eh.

Tahun ni Tisya sambut birthday dia banyak kali. Seronok la dia. Hari lahir dia jatuh pada 2 Oktober. Kebetulan, hujung minggu tu balik ke kampung sebab nak menyambut Hari Raya Aidiladha. Alang-alang, potong kek kat sana. Nak minta family datang ke KL, ada je yang tak free. Tak seronok pulak kalau tak cukup korum. So, buat kat sana. Takde buat apa pun. Pagi Sabtu tu bawa Tisya ke Kidzania. Tu kira hadiah no 2 untuk dia. Hadiah no 1? Biarlah rahsiaa... chewah. Entry Kidzania ni kemudian la ye. Kita nak cerita pasal birthday dia.

Balik kampung petang tu. Lepas merendang, malam tu potong kek. Simple je. Tisya suka la sebab dapat kek idaman dia.

Tak berkenan tengok tulisan tu. Urm, baik tak tulis.

Jumaat minggu lepas pula, teacher kat daycare centre nak buatkan majlis hari jadi untuk Tisya dan seorang lagi toddler bernama Yaya. Yaya ni birthday dia pada bulan September tapi mak dia tak sempat nak buat apa-apa. So sambut serentak dengan Tisya. Dan mereka dapat kek ini.

I tak bagi gambar Tisya tu pun. Rupanya teacher dia ambilkan.


Meriah sikit sebab ramai kawan. Tak semua ada dalam gambar ni.

I ditugaskan siapkan goodies bag untuk 30 pax. Makan masa sebab paper bag buat sendiri. Lepas tu hanya boleh buat lepas Tisya masuk tidur. Kalau tak, memang dia pun nak menolong. Bila tak bagi tolong, dia merajuk pulak. Ye la, bukannya dia reti nak lipat paper bag. Bila paper bag dah siap, baru minta tolong dia masukkan goodies dalam beg tu. 30 pax... makan masa!

Keesokan harinya tu pula, kami menghadiri majlis hari lahir BFF Tisya. Zhofeerah namanya. Rupanya BFF dia lahir sama bulan dengan dia. BFF yang lagi sorang tu (Zulaikah) lahir pada bulan August. Dekat-dekat je rupanya. Hari tu, mereka bertiga tiup lilin sama-sama. Hehehe... kawan dia pun merelakan je.

From left : Zulaikah, Zhofeerah dan Batrisyia

Tisya punya seronok main kat situ sampai taknak balik. Kalau boleh, nak tidur nak rumah Zhofeerah.

Kami masih belum boleh menarik nafas lega kerana masih tinggal satu ni je lagi.


Let it go! Let it go!

Wednesday, October 08, 2014

Berpindah ke taska baru kerana...

Takziah kepada ibu bapa bayi yang meninggal dunia di taska baru-baru ini. Kes ini menjadi perhatian kerana pengasuh tidak sedar baby tu sudah meninggal dunia. Semasa parents arwah ambil di taska, arwah telah dihurung semut. Siapa tak sedih? Ibu bapa yang dengar berita ni, mesti sedih. Dalam kes ni, tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan. Pengasuh juga cuai kerana tidak check arwah.

Tapi kita tak boleh kata semua taska tu tak bagus. Tak boleh hantar anak ke taska. Cikgu tak pandai jaga. Baik hantar ke pengasuh kat rumah. Pernah dengar orang yang buat statement begini?

Sebenarnya hantar anak di mana-mana, risikonya tetap anda. Anak sendiri yang dijaga oleh ibu bapa sendiri pun tetap mempunyai risiko untuk berlaku kemalangan. Siapalah kita untuk melabel semua taska tu tak bagus.

I berpegang pada perkara tu. It's just my opinion :)

Nak cerita hal taska Tisya sebenarnya. Mukadimah punya la panjang. Hehehe.

Sejak umur Tisya sebulan 2 minggu, dia dah dihantar ke taska itu. Semuanya okay hinggalah awal tahun 2013, cikgu A berhenti. Tinggallah cikgu B dan C menjaga budak yang ramai. Ratio cikgu : pelajar tu tak sesuai sangat. Berkali-kali desak pengetua taska. Cikgu baru masuk silih berganti tapi semuanya tak tetap. Masa tu, I tengok kebajikan pelajar dah mula terabai. Tapi I pandang sebelah mata sebab Tisya dah besar. Dia tahu jaga diri.

Cikgu A yang berhenti ni dahulunya ditugaskan untuk membeli barang dapur. Sejak dia berhenti, barang dapur pun nak taknak je ada. Cikgu B dan C ni memang tak dapat nak keluar beli sebab diorang kena jaga budak-budak kat situ. Jadi, tugas membeli barang dapur tu mestilah diberi kepada pengetua.

Pengetua ni I rasa hanya tahu kira duit. Dia hanya tahu beli biskut kering untuk budak-budak minum pagi. Makan tengah hari pulak asyik lauk sup. Hangin betul. Kami sabar lagi. Pagi-pagi bekalkan Tisya breakfast. I ambil dia tengah hari je, terus pergi belikan makanan untuk dia makan kat tadika.

Tu belum kes taska ada tikus. Taska tu bersih tapi ada tikus sebab kat dapur, lubang kat lantai tu terbuka. Penutup dah pecah. Berkali-kali cikgu minta pengetua betulkan tapi tidak juga dibetulkan. Dalam hal ni, kami terpaksa masuk campur dengan cara call pengetua dan ugut untuk beritahu pihak JKM. Dan-dan tu je pengetua datang taska dan minta minta cikgu kemas-kemas dan minta orang tutup lubang tu. 

Tapi kenapa masih pandang sebelah mata?

Sebenarnya nak pindah tapi kebetulan, pertengahan tahun tu.. ada seorang cikgu baru masuk. And Tisya loves her very much. Cikgu tu buat praktikal dia JKM sebab dia nak buka taska sendiri. So dia sangatlah rajin buat aktiviti untuk budak-budak kat situ. Dia yang menyedari "masalah" tak cukup makan tu.. sampai mak dia siapkan breakfast untuk budak-budak di rumah dan suruh anak dia bawa ke taska.Macam mak dia pula yang jadi pengetua. Sumpah I rasa bersyukur sangat (dan naik menyampah dengan pengetua masa tu).

Cikgu ada 3 orang masa tu. Mereka pun macam bengang juga dengan pengetua. Akhirnya mereka bertindak berhenti kerja selepas hari raya aidilfitri. Lepas tu ada 3 orang cikgu baru masuk. Budak-budak yang duduk kat taska tu masa tu ada 13 orang. By end of August, jumlahnya berkurang jadi 9 orang.

So we decided untuk bertahan sampai la cikgu yang ambil kursus dengan JKM tu buka taska. Katanya October baru akan dibuka. 1st October baru-baru ni, taska cikgu tu dibuka. Terus masukkan Tisya di sana. Surprisingly, budak-budak kat taska lama tu pun berpindah masuk ke taska baru ni. Rupanya parents lain pun "makan hati" dengan pengetua taska lama tu.

What can I say? PADAN MUKA KO!

Sakit hati tak kalau setiap kali tanya anak breakfast apa, dia kata biskut dengan air kosong? Makan apa tengah hari tadi, dia jawab nasi dengan sup kentang carrot. Ikan, ayam jarang sekali. Duit yang parents bayar tu entah pengetua buat apa!

Zaman I pergi taska dulu, breakfast nasi lemak, mihun, nasi goreng, mee goreng, roti planta. Tengah hari lauk mesti ada ayam, ikan, telur.. sebab tu sumber protein untuk kanak-kanak. Hmmm, patutlah anak aku kurus kering je T_T

Taska baru ni bagus sebab cikgu kursus JKM. Siap ada report card. Setiap hari boleh tahu anak makan apa, aktiviti apa yang diorang buat, suhu badan pun ambil tiap-tiap hari. Alhamdulillah. Harapnya prestasi tu kekal la sampai Tisya darjah 6 :)
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.