Monday, September 29, 2014

Bersinar sebagai Dugrostar

Kanak-kanak mempunyai pelbagai potensi dan bakat yang boleh dikembangkan. Semasa Batrisyia kecil, setiap perkara yang dia lakukan menjadi perhatian. Kami masih simpan satu video di mana dia menyanyi syok sendiri dengan bahasa yang hanya dia seorang faham. Menyanyi dengan penuh perasaan. Setiap kali menonton semula video tersebut, kami rasa dia memang berbakat dalam nyanyian.

Adakah anda rasa anak anda mempunyai bakat yang hebat dalam nyanyian, tarian atau bermain alat muzik? Ada sesuatu yang menarik menunggu anak-anak anda. It's Dugrostar!


Pertandingan Dugrostar™ ini terbuka kepada kanak-kanak dalam dua kategori berasaskan umur : tiga hingga enam tahun dan enam tahun lebih hingga sepuluh tahun. Setiap peserta boleh menyertai tiga segmen iaitu menyanyi, menari, bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai enam orang. Jadi kalau anak anda seorang yang pemalu, pakat-pakat ajak kawan anak-anak anda sekali untuk buat satu kumpulan persembahan. Mesti seronok!

Ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka dari sekarang hingga 12 Oktober 2014. Ada tiga cara untuk daftarkan anak-anak anda.

♥ Dengan memuat naik video persembahan anak mereka di www.dugro.com.my
♥ Dengan mengunjungi siri jelajah terpilih di seluruh negara di mana rakaman langsung boleh dibuat di Gerai Rakaman Dugrostar™
♥. Dengan menyerahkan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama rakaman persembahan anak mereka dan menghantarkannya ke alamat yang dinyatakan pada borang pendaftaran.


Untuk penyertaan dalam Dugrostar™ , ia tidak memerlukan POP (Proof of Purchase). Mudah bukan?

Untuk masa terhad dalam tempoh kempen ini, kanak-kanak juga boleh menikmati koleksi eksklusif barangan Dugrostar™ dengan pembelian Dugro® bungkusan 900g, seperti beg piano atau gitar, jaket eksklusif dan jam tangan, serta banyak lagi!

Jadi kalau anda ada anak-anak yang berbakat, cepat-cepatlah mendaftar. Mana lah tau anak anda bertuah. Cara paling senang untuk mendaftar ialah melalui www.dugro.com.my.


1. Layari www.dugro.com.my



2. Klik pada "pendaftaran" dan kemudian klik pada "borang"



3. Isikan borang



4. Anda akan diminta untuk memasukkan Unique Code. Sila masukkan HH0017 di ruangan tersebut. 

5. Kemudian upload video anak anda dan klik "Hantar".

Jika video berjaya dimuatnaik, penyertaan anak anda akan disahkan melalui SMS atau email jika dalam masa seminggu. Jika anda tidak mendengar sebarang berita dari pihak penganjur, sila hubungi Dumex CareLine di talian 1-800-38-1038. Video yang telah dimuatnaik boleh ditonton di website Dugro.
She's 6 years old. Bersinar Bersama Dugrostar!

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

Thursday, September 25, 2014

Review : Sabun muka Seri Emas

I bersyukur kerana I tidak mempunyai masalah resdung. Semasa I di sekolah menengah, ada seorang student ni mempunyai masalah resdung yang teruk sehinggakan cikgu pun tolong carikan ubat dan sabun yang sesuai untuk dia makan dan guna. Kat luar tu memang ada pelbagai ubat dan sabun untuk mereka yang mempunyai masalah resdung.

Salah satunya ialah sabun muka Seri Emas. Pernah dengar tentang sabun ni?


Ia adalah sabun handmade yang diperbuat dari 50% madu dan selebihnya ialah kombinasi herba semulajadi iaitu bunga tanjung, kulit kayu manis, minyak kelapa, kunyit dan ekstrak buah delima. Ia sesuai di gunakan oleh golongan kulit berminyak, jerawat dan sensitif.

Sabunnya berwarna seperti buah delima dan berbau wangi

Sebenarnya, sabun ini diformulasikan untuk mereka yang mempunyai resdung tapi kalau yang tiada resdung macam I pun boleh je pakai. Tiada masalah. Yang menariknya, sabun ini bebas daripada segala bahan kimia.

Untuk  mendapatkan kesan yang baik, kita perlu mencuci muka dengan sabun ni sebanyak 2-3 kali sehari. It depends. Macam I, I guna 2 kali sehari saja. Lepas sabun muka, biarkan ia selama 2-3 minit. Lepas tu baru dibilas.



TESTIMONIAL
Agak sukar untuk I lihat perbezaan selepas menggunakan sabun Seri Emas kerana I tidak menghadapi masalah resdung. Kulit muka pun bebas dari parut jerawat. Tapi apa yang I perasan, kulit muka terasa bersih dan segar. Is it just me atau sabun ni memang memang perlu dibilas berulang kali? Kalau tak, terasa macam masih ada kesan sabun di kulit.

Untuk mendapatkan sabun Seri Emas ini, sila berhubung dengan pihak syarikat Seri Emas :

Cara pembelian : BB60 ke 0132298329.
 Harga : RM60 Sem dan RM65 Sabah dan Sarawak termasuk pos


Ada sesiapa nak cuba sabun ini dulu sebelum membeli? Hanya perlu isikan borang online yang di sediakan di sini : http://eepurl.com/2wPmD

Wednesday, September 24, 2014

Kleenex® "Share The Softness" Facebook contest

Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!



Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000. Setiap post Facebook menolong menyumbang kepada OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna.

Sambil mencuba nasib dalam contest, kita juga boleh beramal. Bagus kan? Masih ada masa untuk menyertai contest ni, jadi macam mana nak masuk?


It is easy, so everybody can join. Untuk lebih jelas, ikut steps di bawah :

1. Like the  Kleenex® Facebook Page : www.facebook.com/Kleenex.Malaysia


2. Look out for the "Share The Softness" Facebook contest posts (like below).


3. Start sharing the softness by tagging a loved one in the comments section of the contest posts and let them know how much you care. Don't forget to hashtag your post #kleenexsoftness.

Senang je kan? Ni contoh yang I submit.



Tempoh peraduan hampir tamat. So start sharing the softness now!

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.


Sometimes, a little softness and care is all we need. I'm giving him this to make him remember us at work :)

Tuesday, September 23, 2014

Review : Miss Hana Lip Balm Crayon

Hello ladies.

Pernah cuba lip balm crayon? Sebelum ini, I tak pernah cuba mana-mana brand lip balm crayon. Untuk pengetahuan, lip balm crayon merupakan kombinasi lip balm dan lip color dalam satu produk. So lip balm crayon boleh melembapkan bibir dan dalam masa yang sama, memberikan warna yang menarik di bibir si pemakai.

Terima kasih kepada Natta Cosme, I berpeluang mencuba Miss Hana Lip Balm Crayon. Extra thanks to Natta Cosme  yang selama ni seringkali memberi kejutan dalam parcel yang dihantar. Memang tertunggu-tunggu. Kali ni, Natta Cosme memberi kami crayon dan poskad kosong untuk kami hiaskan dengan cantik dan kreatif. Fuh, belum siap lagi :)



Miss Hana adalah satu brand popular dari Taiwan. Antara produk terlaris dari Miss Hana ialah eyeliner, eyebrow pencil dan makeup brushes. Jom baca my review tentang Miss Hana Lip Balm Crayon.


Miss Hana Lip Balm Crayon

Keep your lips well moisturised and protected from harsh and dry environments, especially for you ladies that spend hours under office air-conditioning, which tends to leave your lips and skin dry, resulting in chapped lips. With several colours to choose from, you can easily achieve a natural lip colour, and repair your dry or damaged lips as well!

[ Increase Your Charm ]
♥ Use at any time, release and moisturise lip all day.
♥ Apply lip balm crayon before bedtime, your lip still keep tender when you wake up.
♥ Bicycle riders wear face mask, can protect yourself from dry lips that caused by sands.
♥ Reduce licking lips.
♥ Do not rip off the lips dry skin.

[ Especially Suited For ]
♥ Chapped lips
♥ Dry lip


I dapat dua warna dari Natta Cosme iaitu Purple Sakura Season 01 dan Moulin Rouge Diva 05.





It is no surprise to see that lip balm crayon looks like a crayon. So cute! Saiz produk ni tak terlalu besar, senang dipegang dan amatlah sesuai dibawa ke mana-mana. Lebih mudah apabila warna produk adalah sama dengan warna lip balm tersebut. So senang nak pilih warna mana yang sesuai dengan kita.

Gorgeous colours!


Miss Hana Lip Balm Crayon mempunyai 5 warna untuk dipilih iaitu:

Purple Sakura Season
NY Uptown Pink Girl
Orange Twilight
Peach Champs-Elysees
Moulin Rouge Diva


Swatches


Purple Sakura Season is more pigmented than Moulin Rouge. First swatch pun dah cukup terang untuk I. Moulin Rouge pula lebih sheer dan perlu apply beberapa kali untuk menonjolkan warnanya.

Purple Sakura Season


Moulin Rouge Diva



What do you think? Gambar diambil tanpa sebarang make up. Hanya gunakan CCDD Cream dan loose powder sahaja. I rasa Purple Sakura Season tak berapa sesuai untuk I. Ia lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit putih melepak. I LOVE Moulin Rouge Diva. Warna lebih natural dan ceria.

WHAT I LOVE
♥ Mudah dibawa ke mana-mana
♥ Mempunyai 5 pilihan warna yang sangat cantik
♥ Mempunyai bau wangi buah-buahan.
♥ Memberi kelembapan kepada bibir serta merta
♥ Affordable price. It's RM 39.90. But you can get it now with cheaper price : RM 35 only!

NOT SO IN LOVE
♥ Warna hanya bertahan selama 5 jam (tanpa makan dan minum)
♥ Need to re-apply selepas 2 jam agar bibir sentiasa lembap.
♥ It is non-retractable.


Non-retractable is not really a problem. You can get the Miss Hana Sharpener for your Miss Hana Lip Balm Crayon. Good news for my readers. From now until 15th October 2014, you can get Miss Hana Sharpener for free when you purchase at Natta Cosme. Simply key in "MHSHARP" and you are entitled to get one Miss Hana Sharpener worth RM15.90



How to buy this product? You can buy it at Natta Cosme store or from their online store.

Natta Cosme 
106, Jalan S2D32, City Centre, 
70300 Seremban 2, 
Negeri Sembilan. 
Tel No : 06-6017555 
Opening hours : 10 am to 7 pm 

Friday, September 12, 2014

The story of my book

Eventhough this post is under "Book Review" label, it is not a book review. But this post is about book.

Every book that I bought has a story. I'm not referring to the storyline itself but a story about how I know about the book and the obstacle I had to face when buying it.

"Obstacle" is such a big word. Oh, don't be too dramatic, boleh tak Liz?

I find this process is quite interesting. Whenever people suggest me a new book, I will read more than 5 reviews (that don't include too much spoiler) before deciding whether it suits me... which cover is nicer (some books have more than one design and then, I have to choose whether to get soft cover or hard cover)... how much is the price... I should buy it or not. Some books are easy to find at the bookstore but not The Bestseller books that obviously, sell out fast!

This book is an example (be patient, you will know the title at the end of this post). Knew about it long time ago but decided not to buy it until I watch the movie. Then the movie came out but I didn't watch it because I don't think hubby will watch this kind of movie (he's not a romantic person and it will be cruel to force him watch this kind of movie, don't you think?).

So I went to the MPH Jusco Maluri. It was sold out. There was an empty spot at the bookshelves. It's okay Liz. You can buy another book. How about Best of Me? No! Urm, Fifty Shades of Grey? Yucks!! I didn't know how long I stood there... staring at the empty spot. Why? Why?

To cut the drama, I asked the SA to check when is the next arrival. She went to the back for a minute and ran back to me. "Kak, tunggu sekejap! Stok baru dah sampai!" Zupp.. berdesup dia berlari balik ke dalam store.

I was like smiling and almost crying at the same time. Yes, I can be emotional when it comes to book that is hard to get.  I followed her to a small store. "Dik, akak nak cover yang original tau. Bukan yang filem punya". I can be quite demanding too.. hihihi.

She and the other girl tried to locate the box containing the book with an original cover. There was like 20 unopened boxes on the floor. Oh, pity them. A minute or two, she handed over the book to me.

It was a priceless experience.

"Nasib baik ada kak" she grinned.

The SA name is Nur Adriana (stated at the receipt). Thank you for your awesome service!


Note : I had watched the movie on Wednesday night. It was weird to see Hazel and Augustus. Not because the actor and actress didn't do a good job. It's because the actor and actress act as a brother and sister in Divergent. Weird.....

Thursday, September 11, 2014

Tidak jadi masuk ke SRAI

Beberapa bulan lepas, Tisya menduduki peperiksaan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Bagi yang tak tau SRAI tu apa, SRAI merupakan kombinasi sekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama. Jadi pelajar di SRAI akan masuk sekolah waktu pagi untuk belajar subjek sekolah kebangsaan. Petang pula sambung subjek sekolah rendah agama. Makanan tengah hari juga disediakan.

Tempat adalah terhad. Jadi saban tahun, ada peperiksaan kemasukan bagi menentukan pelajar yang terpilih. Bukan nak kata yang tak terpilih tu kurang pandai tetapi itulah salah satu senang untuk memilih pelajar yang masuk ke SRAI kerana setiap tahun, jumlah yang memohon sangatlah ramai!

SRAI yang Tisya nak masuk tu jauh dari rumah. Kebetulan, ada dua orang pelajar dari tadika yang sama ingin mencuba nasib. Jadi kami sebagai parents, sudah mula berkira-kira untuk carikan transport bagi menghantar anak-anak kami ke sana.

Sejak 3 bulan sebelum exam, Tisya dah mula buat latih tubi. Beli buku contoh soalan dan hubby fotostat beberapa set. Banyak la juga. So dua minggu sekali, Tisya akan buat. Kami akan ajar. By the time seminggu sebelum exam, Tisya dah sangat familiar dengan soalan yang bakal ditanya. Malam sebelum exam, kami buat peperiksaan olok-olok di rumah. Nak tengok dia berjaya siapkan dalam masa 2 jam atau tidak. She finished it in an hour.

Oh ye, beberapa minggu sebelum exam kot.. kami dapat tahu salah seorang pelajar dari tadika dia tak jadi nak ambil exam tu. Sudahnya dua orang termasuk Tisya je. Dah mula gusar tentang transport tapi takpe. Bagi anak-anak ambil exam dulu. Lepas dapat tahu keputusan, baru fikir.

Pagi nak exam tu, kami gerak awal ke sekolah. Ramai sangat anak-anak yang nak ambil exam tu. Boleh ke Tisya ni? Seperti biasa, I dah agak Tisya mesti nak nangis. Dia tak kenal sapa-sapa kat situ. Elok pulak kawan dia tu tak sampai-sampai. Sikit-sikit tanya, "Mana Zhofeera???". Letih nak jawab.

Suruh beratur, dia lari kat I. Terpaksa la umi dia ni beratur sekali.

Muka sudah mau nangis T_T

Cikgu bawa pelajar ke kelas untuk ambil exam. Parents pula berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat dari guru besar. Semasa taklimat ini, ada beberapa perkara diberitahu oleh guru besar bermain-main di fikiran kami dan ibu bapa Zhofeera. Tak perlulah I share kat sini. Sekolah tu bagus kalau korang betul-betul tekad. Macam kami dan parents Zhofeera, merekalah anak tunggal kami. Bak kata ayah Zhofeera, "Tu sorang je la anak kita. Anak tu la yang nak jadi doktor, nak jadi peguam, nak jadi akauntan". You know what I mean?

Dua minggu kemudian kot, result keluar. Batrisyia dan Zhofeera terpilih untuk masuk ke sesi tahun hadapan. Setelah berfikir panjang, kami dan parents Zhofeera menolak tawaran tersebut. Takpe la, kita boleh beri laluan kepada pelajar yang membuat rayuan :)

So tahun depan Batrisyia bersekolah di mana? Di sekolah kebangsaan berdekatan dengan taska dia. Oh ye, Tisya bakal berpindah taska bulan Oktober ni. Cikgu kesayangan dia akan buka taska baru, so dia pun akan berpindah ke sana. Taska sekarang ni sudah tiada kualiti di mata kami. Lama bertahan sebab nak tunggu cikgu tu grad program Permata.

Wednesday, September 10, 2014

Review - SimplySiti CCDD Cream

Hello girls!

Sesetengah wanita tidak gemar bermekap tetapi masih ingin menggunakan produk yang boleh menutup cela di wajah. Pori besar, blackhead dan pigmentasi boleh membuatkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya. Tak glowing gitu! Korang mesti selalu dengar BB Cream tapi berapa ramai yang pernah dengar CCDD Cream?

CCDD Cream stands for Colour Corrector Disguise and Diminish Cream. Colour Corrector will help us to even out the skin tone. So kalau jenis kulit yang mempunyai pigmen tak sekata, Colour Corrector boleh membuatkan warna kulit nampak lebih sekata.

Sebelum ni, I tak pernah cuba mana-mana CCDD Cream. Tapi kerana curious, I pilih untuk cuba SimplySiti CCDD Cream. So here is my review.


SimplySiti CCDD Cream is the latest technology in cosmetic which gives you flawless coverage naturally. A truly must-have cream for your beauty needs. Micro-encapsulated pigments even out skin tone and provides natural coverage. Orange stem cell extracts restores skin structures to lessen spots and marks. Over time skin is smooth as satin with a glowing radiance.

Orange stem yang terkandung dalam SimplySiti CCDD Cream ini boleh menolong untuk mengurangkan spots dan marks di wajah jika digunakan secara berterusan. Jom kita tengok samada SimplySiti CCDD Cream ini benar-benar menutup cela di wajah atau tidak.

SimplySiti CCDD Cream didatangkan dalam tiub 30g dengan shade Light Beige dan Medium Beige. Untuk review kali ni, I memilih shade Medium Beige.

Cream berwarna putih pucat. Risau juga kalau tak sesuai dengan warna kulit.
Tapi selalunya kena biar cream absorb ke dalam kulit dulu.

Seperti yang boleh dilihat, bahagian kanan lebih cerah dan warna kulit sekata berbanding dengan sebelah kiri. So yes, this SimplySiti CCDD Cream can even out the skin tone.Eventhough cream berwarna putih tapi bila dah apply to skin, kulit tak la nampak putih ketara. Nampak natural saja.

Jom try demo kat muka yang semestinya ada spot and marks. Bolehkah ia menutup semua itu?

Ini cara I apply apa-apa jenis krim muka. Tepek-tepek dan gunakan hujung jari untuk ratakan ia ke seluruh wajah. Apply for second time when needed. I hanya apply sekali sahaja.

Can you see the difference? Bahagian kiri menggunakan SimplySiti CCDD Cream dan apa yang I nampak ialah :

♥ Tona kulit lebih sekata.
♥ Black spot kurang jelas kelihatan.
♥ Kulit nampak lebih licin dan glowing.


WHAT I LOVE
♥ Ringan. Saiz tiub yang mudah dibawa ke mana-mana.
♥ Affordable. Harga hanya RM 49.90
♥ Easy to blend. Tak nampak comot.
♥ Mengandungi SPF 15 PA++
♥ Tidak membuatkan kulit rasa berminyak.
♥ Staying power. Selepas 8 jam, muka masih maintain.


NOT SO IN LOVE
Hanya boleh didapati dalam 2 shades. 


Now, exclusive for my blog reader! You can buy it at HiShop. Just click at the link below and enter your coupon code to get 15% rebate.


Coupon Code : ALIZA


For more info about HiShop, please click at any link below:

‘Like’ HiShop on Facebook: https://www.facebook.com/hishopmy
Follow HiShop on Twitter: http://www.twitter.com/hishop.my 
Subscribe to HiShop for exclusive updates: http://www.hishop.my/subscribe

Thursday, September 04, 2014

"The 7D" - Siri animasi terbaharu Disney Channel

Need Snow White and the 7 Dwarfs with a little twist? You can get it in The 7D!


The 7D Disney, siri komedi kontemporari mengenai dunia Seven Dwarfs dengan watak yang diolah semula oleh Noah Z. Jones (“Fish Hooks”). Antara pelakon yang menyumbangkan suara emas mereka ialah Kelly Osbourne sebagai ahli sihir baharu Hildy Gloom, Jay Leno dan Whoopi Goldberg yang masing-masing memegang watak Crystal Ball dan Magic Mirror.

The 7D mengetengahkan watak Happy, Bashful, Sleepy, Sneezy, Dopey, Grumpy dan Doc sebagai 7 mahluk kerdil yang ditugaskan oleh Permaisuri Delighful untuk menjaga keamanan negara daripada dua penjahat lucu; Grim dan Hildy Gloom yang merancang untuk mengambil alih kerajaan tersebut dengan mencuri permata ajaib dari lombong 7D. (Yes, no Snow White here!)



Apabila dipanggil oleh The Big Bong Bell, loceng ajaib yang turun dari langit semasa Permaisuri Delightful ingin mengadap 7D, wira-wira kerdil yang berani ini akan datang ke sisi baginda dengan segera. Samada menyelamatkan kampung daripada gergasi yang ganas atau mencari cermin ajaib Permaisuri yang hilang, The 7D akan berusaha untuk menyelesaikan setiap tugasan. Ini menghampakan Lord Starchbottom, pembantu setia Permaisuri yang lebih suka menangani krisis dengan caranya tersendiri. Dengan tujuh personaliti yang berbeza, 7D sentiasa berjaya menyelesaikan masalah dan menghalau Grim dan Hildy ke rumah mereka untuk cuba merancang lagi.

The 7D akan mula siaran pada Ahad, 7 September jam 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). Jangan lupa tengok tau!

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.disneychannel-asia.com.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.