Friday, August 29, 2014

Kanak-kanak sekarang tak berapa nak adventurous kan?

Minggu lepas kot, kami anak beranak layan Divergent. Siapa yang dah tengok mesti tau kisah Beatrice yang lahir di kalangan Abnegation tapi akhirnya memilih untuk menjadi Dauntless selepas menduduki aptitude test dan menukar namanya kepada Tris. Dalam movie tu, golongan Dauntless merupakan mereka yang berani. Bila Tisya tengok Tris cuba panjat tiang untuk ikut Dauntless yang lain, Tisya cakap, "Girl mana boleh panjat-panjat".

Cakap tak serupa bikin sebab dia pun suka memanjat :p

Siapa kata girl tak boleh panjat-panjat? I tanya dia. So I pun cerita la kisah I kecik-kecil. Panjat memanjat ni kira biasa la. Kalau balik kampung, panjat pokok rambutan, pokok jambu. Pokok maggis je tak pernah panjat sebab tinggi. Kalau nak rumah sendiri, yang ada pokok ceri je la. Tu pun kat rumah orang.

I tak tau la my parents tau ke tak. Rasanya diorang tau dan diorang pun tak risau.

Sebelum keluar main, wajib siapkan homework.Tepat pukul 5 petang, dah boleh keluar main. Sebelum pukul 7 malam dah kena balik. Kadang-kadang main kat depan rumah. Kadang-kadang, main jauh sikit.

Tempat bermain bukan di playground. Kami main di tengah jalan, di dalam longkang, di padang bola. Longkang? Tak percaya? Betul ni. Kat longkang, kami main tangkap berudu. Pernah sekali tangki air besar tu pecah. Air dari tangki menderu-deru keluar ke longkang. Kitorang siap mandi manda dalam longkang tu. Fuh, tak tau la kenapa parents I tak marah. Maybe sebab tu air bersih dan longkang pun tiada sampah sarap. So mandi la ko nak, asalkan tak dibawa arus.

Kami juga suka main dengan beluncas. Ada satu pokok tu, banyak beluncas. Beluncas pelbagai warna pulak tu. Sangat cantik. Kami tau beluncas boleh buatkan kulit gatal so kami main-main dengan beluncas guna ranting. Kalau sekarang nampak Tisya nak dekat dengan beluncas? Confirm belum apa-apa I dah menjerit.

I rasa budak zaman sekarang miss banyak benda. Tengok Tisya pun cukuplah. Nak main kat playground pun I tak bagi dia pergi seorang diri (dia pun penakut nak pergi sorang-sorang, takut kena kidnap katanya). Padahal playground tu dekat sangat dengan rumah. Ye la, dalam perjalanan nak ke playground tu, macam-macam boleh jadi. Bukan kita tak pernah dengar budak kena kidnap dengan jiran, betul tak?

Tu belum lagi nampak Tisya memanjat, melompat longkang... semua I risau. Ke I je yang overprotective? Rasanya tak juga. Kadang-kala bila dia tak nak dengar cakap, I biarkan je. Bila dah terkena dan dia menangis, I buat derk je. Bagi dia rasa. Hehehe... macam kejam je ke? I saja je, nak bagi pengajaran kat dia.

Atau I nampak semua tu sebab I kat KL? Maybe kat negeri lain, kanak-kanak masih bebas bermain tanpa perlu risau apa-apa.

Play IQ dari Fisher-Price®

Fisher-Price® baru-baru ini telah melancarkan Play IQ semasa 4 hari aktiviti (14-17 August) di Sunway Pyramid dengan dikelilingi pelbagai jenis dan warna alat permainan serta suasana yang menyeronokkan. Para ibubapa yang telah hadir bagi sesi pembelajaran, membawa anak-anak mereka untuk bermain di ruang permainan yang disediakan dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti gerai foto, cabutan bertuah dan promosi khas bagi alat-alat mainan Fisher-Price®.

Dr. Deborah Weber, Head of Infant Research at Fisher-Price® and Leong Meiyin, 
Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. launch Play IQ in Malaysia 
to help parents discover and track their child’s precious early development.

Play IQ adalah satu konsep dan platform Fisher-Price® yang membantu para ibubapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga tunggak utama: Fizikal, Kognitif dan Sosial dan Emosional. Dengan mengenalpasti perkembangan anak mengikut kaedah ini, para ibubapa dapat mempelajari cara untuk membantu bayi mereka mencapai perkembangan baru disamping mengesan kemajuan mereka di dalam bidang-bidang ini.

Mother looks on gleefully at her young one takes baby steps with 
the Fisher-Price’s Stride-to-Ride Lion. This toy promotes 
children’s Physical Play IQ by learning to walk while enjoying a ride!

Pada 16 Ogos 2014, Dr. Deborah Weber, Ketua Jabatan Penyelidikan Bayi di Fisher-Price® telah mengendalikan beberapa sesi bersama ibubapa dengan topik-topik yang menarik mengenai tumbesaran kanak-kanak : Teknologi vs Permainan, Apakah cerita disebaliknya?, Berurusan dengan karenah kanak-kanak, dan Bagaimana ibu bapa boleh bermain bersama anak-anak mereka.

Parents listening to Fisher-Price’s Dr. Deborah Weber, 
while their babies are playing with Fisher-Price® toys.

Dr. Weber menerangkan mengenai Play IQ dengan lebih lanjut bahawa “Play IQ lebih daripada sekadar membiarkan bayi bermain, malahan ianya berkaitan dengan kesedaran bahawa bayi berkembang mengikut kemampuan masing-masing dan mencapai perkembangan penting pada waktu-waktu yang berbeza. Ia juga suatu detik penemuan bagi para ibubapa, khususnya ibubapa baru; dengan memahami Play IQ seorang kanak-kanak, mereka akan menemui jejak perkembangan yang lebih jelas. Play IQ membantu dari segi menentukan perkara yang perlu dipelajari oleh bayi, mengenalpasti peringkat perkembangan mereka dan cara terbaik bagi menyokong mereka ke arah pencapaian potensi sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fisher-Price® Play IQ serta aktiviti-aktivitinya, sila layari www.fisher-price.com/PlayIQ dan www.facebook.com/FisherPriceSEA.

Tuesday, August 26, 2014

Mom’s Time Out

I'm not sure about other mothers but this is what I feel. Setiap hari, I rasa terkejar-kejar. Balik dari tempat kerja, I terus masuk dapur untuk siapkan makan malam. Lepas tu, masuk bilik air untuk mandi dan cuci pakaian (hand wash). Berhenti sebentar untuk makan malam. Lepas tu sambung semula gosok baju kerja untuk hari esok. Lepas siap tu, layan Tisya pulak. By the time Tisya masuk tidur, badan dah terlalu penat. All I want to do is lying on the couch and watch TV. Or maybe the TV is "watching" me. Sabtu dan Ahad barulah rasa rileks sikit. Usually I duduk rumah saja. Kadang-kadang teringin nak having my "Me Time" tapi agak susah unless I keluar rumah seorang diri atau mereka anak beranak tinggalkan I kat rumah :)



Time out is necessary for mommies like us, to make sure we don't feel burn out or overstress. Tapi macam mana? I masih teringat masa Tisya kecil, nak tinggalkan dia dengan hubby selama 2 jam pun I dah risau. Takut hubby tak dapat handle.

Tu baru 2 jam. What will happen if I went away for 5 days? Starting 28th August 2014, we can watch how the three dads from Malaysia, Singapore and the Philippines take charge of the family and home, while the moms get to go on a 5-day getaway! in MOM'S TIME OUT.



LIFETIME akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah. Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.


THE 2ND SCREEN EXPERIENCE

Stand to WIN a 3D2N stay at Angsana Lang Co, Central Vietnam when you download the ScanAd app on your Apple and Android devices. Open the app and scan it while watching the show to access more content on Mom’s Time Out. You can also share and learn opinions from other parents when you take part in the weekly discussion on the app.



Jom kita berkenalan dengan 3 keluarga yang terlibat.

#TheJasons


Jason and Leishia Kalaichelvams, with Arianna (4yo) and Olivia (2.5yo)

From Malaysia, meet the Jasons... Dad Jason is a motivational speaker who is a self-confessed workaholic who totally loves his job and probably often prioritizes it above his family. Mom Leishia is a homemaker and freelance writer who cares for their two daughters (4-year-old Arianna and 2.5-year-old Olivia). Will things spiral out of control when Mom is not around?


#TheBaileys

Kenneth and Emerald, with Briah (2.5yo)

From the Philippines, meet the Baileys… Dad Kenneth and stay-at-home Mom Emerald have a 2.5-year-old daughter Briah who is adorable but can be quite a handful! With Dad being the sole breadwinner of the family working night shifts since Briah was born, he now has to take on one of the toughest challenges of his life to care for his daughter while Mom is away. Will he be able to handle it?


#ThePangs

Christopher and Julie Pang, with Marcus (12yo), Michael (8yo) and Matthew (4yo)

From Singapore, meet the Pangs… Dad Christopher and Mom Julie run a successful boutique real-estate company and have 3 boys (12-year-old Marcus, 8-year-old Michael and 4-year-old Matthew). Christopher and Julie often quarrel about their differing parenting principles – Dad is more for corporal punishment while Mom is all about positive reinforcement. What will happen then when Mom is away?


Jadi jangan lupa menonton episod pertama pada 28th August 2014, 9 malam di saluran Lifetime.

 For more information about #MomsTimeOut, check out: www.LifetimeAsia.com/MomsTimeOut

#MomsTimeOut

Friday, August 22, 2014

Selamat pulang, MH17


Beberapa hari yang lepas, I terserempak dengan van-van jenazah yang digunakan untuk majlis menyambut jenazah mangsa MH17. Walaupun itu hanya rehearsal, rasa sebak sangat waktu tu.

Hari ni, kali pertama negara Malaysia mengadakan hari berkabung. Mourning Day merupakan sesuatu yang baru bagi kita dan ramai yang tak tau apa perlu dibuat pada hari tersebut. Hari ni, I dan hubby memakai baju berwarna hitam ke tempat kerja. Ada yang kata tak perlu, memang tak wajib.. kami nak pakai. Lagipun, hubby perlu berada di Kompleks Bunga Raya pada pagi ini. Jadi, dia memang diminta berpakaian hitam.

I hanya dengar siaran langsung dari radio. Takkan nak tengok TV pulak. Takpe, malam ni boleh tengok kat TV. Walaupun hanya dengar suara pengulas di radio, hati tetap rasa sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa MH17. Kalau kita pun dah rasa sedih, sedih lagi hati ahli keluarga mereka :(

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk ahli keluarga seluruh mangsa MH17.

Tuesday, August 19, 2014

Kemalangan di MRT construction site

Takutnya dengar news tentang kemalangan di MRT construction site. Walaupun tempat kejadian tu jauh dari laluan awam, ia juga boleh berlaku di mana-masa MRT site.

Tiap-tiap hari kami akan lalu di kawasan pembinaan MRT. Jalan Cheras tu sesak teruk setiap pagi, setiap tengah hari, setiap petang dan setiap hujung minggu. Rasanya lepas tengah malam je baru tak sesak kot. Tension je.

Setiap kali lalu tu juga I terpandang-padang konkrit yang ada kat atas kepala. What if benda tu jatuh, I pernah tanya hubby. Dia jawab, benda tu susah nak jatuh. Yang biru tu pegang konkrit tu kuat. Sape yang selalu lalu kat site tu tau la apa benda yang warna biru tu.

Now, 3 orang pekerja dikhuatiri mati :(

Hmm tapi kalau ajal dah tiba, kat mana-mana pun boleh mati.. betul tak?

Monday, August 18, 2014

Cukup sampai di sini saja

Setiap orang mempunyai tahap kesabaran mereka. Hati mana yang tak sakit diperlakukan sebegitu rupa sejak setahun yang lalu. Berdendam sangat agaknya orang tu hingga sanggup perlakukan kami sebegini.

Sudah lah. Kami layan seperti biasa tapi kalau orang dah tak peduli, buat apa nak terhegeh-hegeh betul tak?

Ignore them and move on!

Tuesday, August 12, 2014

Open house

Dah masuk pertengahan Syawal. Hari ni baru nak mula berpuasa sunat Syawal. Semoga dapat habiskan puasa ganti juga dalam bulan ni. Memang tak suka nak lengahkan ganti puasa. Bila dah selesai ganti, lega sikit.

Ada yang bertanya bila nak buat open house. Hihihi. Maaflah, rumah I memang tak pernah buat open house. Oh, ok.. pernah sekali. Tu pun sebab baru pindah rumah. So buat open house untuk kenal jiran-jiran. Lepas tu memang takde la.

So pintu rumah sentiasa terbuka di hujung minggu. Jangan datang di hari bekerja. Memang tak dan! Balik pun dah malam. Kalau nak datang hujung minggu tu, beritahu awal. Mana la tau kami ada hal dan tiada di rumah. Sesapa yang datang tak roger dulu, makan kuih raya je la :)

Ni tengah buat list barang-barang yang perlu dibeli untuk jamuan raya khas untuk keluarga belah hubby. Buat simple-simple je. Elok pulak pagi Sabtu tu ada jamuan raya kat tadika Tisya. Nampaknya bakal kelam kabut lah Sabtu ni. Jadi I tengah fikir menu yang I boleh siapkan sikit-sikit mulai Jumaat malam tu.

For this raya, I'm craving for rendang. I tak jumpa lagi rendang yang banyak kerisik. Huhuhu. Kalau dapat rendang ayam hancur, cicah dengan lemang... perghh, sedapnya!


Tuesday, August 05, 2014

Amante Charity Fair

Kalau dah namanya perempuan, siapa yang tak suka pergi spa. Betul tak? Kalau ada masa, boleh je ke spa setiap hujung minggu. Masa tu la kita nak manjakan badan.

Jika diberi peluang untuk memanjakan badan sambil menderma, korang nak tak?


Amante Nail Spa merupakan sebuah spa yang menawarkan pakej urutan badan dan rawatan kuku. Memang best spa ni. I tau sebab I dah pergi. Boleh tertidur masa dia urut tu.

So apa yang dikatakan memanjakan diri sambil menderma? Ok, pada 7 September 2014 ni, Amante Nail Spa akan mengadakan Amante Charity Fair dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Pelanggan boleh membeli Amante Charity Coupon Booklet berharga RM35. Di dalam booklet tu, korang akan dapat 7 X RM5 cash vouchers di mana korang boleh gunakan untuk membeli treatments, activities, food and games di Amante Charity Fair dan BONUS thank you RM88 Hot Stone Massage treatment!

Hasil kutipan jualan booklet akan disalurkan kepada GOOD SAMARITAN HOME – Home for Children in Malaysia for their education.

Macam mana nak dapatkan Charity Coupon Booklet tu?  

Purchase the Amante Charity Voucher booklet from the nearest Amante outlet. Visit www.amante.my for a list of locations near you.

Kalau korang tak boleh hadir ke Amante Charity Fair ni tapi nak menderma, macam mana?

You can transfer/bank in to Amante Beauty Care Sdn Bhd (MAYBANK ACC NO. 512491131743). Send transfer note/bank-in slip to amantecharity@gmail.com with name, e-mail address and mobile number. You can collect your Amante Charity Coupon Booklet on 7th September, 2014 at Amante Charity Fair.

Jom memeriahkan event ni. Dapat juga kita menderma kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Entry raya

Fuh, berhabuk betul blog ni masa bulan puasa. I am so sorry. Tapi takpe, lepas ni I akan rajin update semula. Semua orang masih dalam mood raya ke? Selagi tak cukup sebulan, selagi tu la orang akan beraya, betul tak?

This year, kami beraya di Cheras dulu. Hari raya ketiga barulah balik ke Seremban. Hari raya kelima dah balik KL semula. Kebanyakan jiran I pun cuti panjang. So boleh kira dengan jari berapa banyak rumah yang lampunya terpasang di malam hari.


Orang yang paling seronok beraya semestinya Tisya. Pakai baju cantik, kasut cantik, handbag cantik. Tiap-tiap hari dia tidur lambat. Punya la syok dia beraya.

Sesiapa yang nak datang beraya tu, call I dulu ye. Mana la tau I takde kat rumah pulak. Ok la korang, selamat hari raya!


 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.