Thursday, June 26, 2014

Stay protected with AIG Injury Guard

I boleh dikatakan seorang yang berdikari sejak kecil. At the age of 8 years old, I dah boleh tinggal kat rumah seorang diri sementara tunggu waktu persekolahan di sesi petang. Bersiap sendiri, makan sendiri. Kemudian sambung belajar di boarding school. Lepas habis sekolah, sambung belajar di Melaka. Boleh dikatakan I tak banyak habiskan masa di rumah. Balik rumah sebulan sekali.

I was and independent girl.

Rasanya semua orang ada pengalaman sakit masa kecil kan? Ingat atau tak ingat saja. Kita demam, batuk, selesema. Bagaimana parents kita risau dan hantar kita jumpa doktor untuk pastikan semuanya okay. Disebabkan I jarang sangat berada di rumah, rasanya I kurang  ada pengalaman dalam hal tu.

Tapi ada satu kejadian yang sampai sekarang I masih ingat. Ia berlaku pada 6 Oktober, 2004. I terlibat dalam kemalangan di PLUS Highway pada waktu pagi. I dalam perjalanan ke Melaka untuk kelas pagi tu. Bertolak dari Seremban selepas subuh. Kemalangan berlaku selepas exit Alot Gajah. Mata yang mula-mula segar menjadi mengantuk. Dalam tak sedar, I tertidur dan kereta terbabas ke divider besi yang memisahkan laluan ke selatan dan utara. I tersedar apabila berlaku dentuman kuat dan kereta merempuhi divider tersebut. I tak nampak apa-apa melainkan besi-besi dan ranting-ranting pokok yang melayang di hadapan mata. I panik kerana kereta tak dapat berhenti tapi I cuba pegang stereng kereta dan tetapkan laluan. On that time, cara terbaik untuk hentikan kereta ialah dengan merempuh divider. I nekad.

And it stop!

The first thing yang I buat ialah keluar dan jauhkan diri dari kereta. I takut kereta meletup. I was so scared to death. I was alone but I'm a big girl and I didn't cry. I called my parents and all my mother said was, "Tunggu situ sampai mama dengan papa datang". Lepas bantuan datang, officer tu kata kalau I tak dapat hentikan kereta tu, kereta akan terus ke hadapan sedikit dan I akan jatuh terjunam ke jalanraya di bahagian bawah.

I will be dead.

I was shocked by that fact. I guess my parents were having the same feeling too because they didn't scold or yell at me (eventhough I'm banned for life from driving my mother's car... hehehe). For the first time, I know they're scared.

Thankfully, I'm still alive to take this photo

You know, you bawa kereta dengan berhati-hati tapi you terlibat dalam kemalangan disebabkan reckless driver yang lain. You naik tangga elok-elok tapi you boleh tergelincir dan jatuh tersadung. Things happen dan kita tak tau bila ia akan berlaku. Kerana tu insurance amat penting untuk melindungi kita tatkala kita perlukan perlindungan perubatan.


Sempena Mother's Day dan Father's Day yang baru lepas, apa kata belikan insurance dari AIG untuk ibu bapa kita? Masih ramai yang merasakan insurance tidak penting tapi jika berlaku apa-apa musibah yang tidak diingini, insurance boleh membantu dalam menampung bayaran perubatan yang dikenakan oleh pihak hospital.



AIG Injury Guard mempunyai pelan perlindungan sehingga RM 500,000 yang memberi perlindungan apabila ibu bapa terlibat dalam kemalangan termasuklah melecur kulit, keretakan tulang dan juga apabila terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.




MANFAAT

Melindungi anda sehingga umur 85 tahun
Anda boleh memohon untuk Injury Guard jika anda adalah antara 18 dan 75 tahun dan boleh memperbaharui sehingga umur 85 tahun.

Membayar di samping polisi-polisi lain
Injury Guard akan membayar di samping faedah-faedah yang anda terima jika anda mempunyai polisi insurans yang lain.

Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
Injury Guard melindungi anda di mana-mana anda berada.

Daftar diri dengan mudah melalui telefon
Dapatkan Injury Guard dengan menghubungi pegawai perhubungan kami melalui telefon. Tiada borang. Tidak perlu beratur. Tidak perlu pemeriksaan kesihatan.

Perlindungan sehingga RM500,000
Pampasan Tunai sehingga RM80,000 untuk kecederaan akibat kemalangan seperti retakan tulang, terkehel, melecur dan kecederaan dalaman.
Pampasan Tunai sehingga RM350 sehari sehingga 200 hari jika individu yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.
Sehingga RM300,000 untuk kematian atau kehilangan upaya kekal akibat kemalangan.
Bayaran tambahan sehingga RM50,000 jika individu yang diinsuranskan mengalami kehilangan upaya kekal akibat kemalangan.

Serendah RM0.93 sen sehari
Premium bulanan yang berpatutan kami tidak akan meningkat dengan peningkatan usia anda.

Dapatkan perlindungan serta merta
Dapatkan perlindungan serta-merta setelah pembayaran anda diterima apabila anda membeli Injury Guard melalui telefon.


Rasanya tak salah kalau hadiahkan AIG Injury Guard untuk ibu bapa. Sekurang-kurangnya orang tersayang kita dilindungi.

Untuk keterangan lanjut atau berminat untuk dapatkan AIG Injury Guard, boleh rujuk di laman web atau hubungi mereka.

Website : AIG Injury Guard 
Toll-free line : 1-800-88-7144

Tuesday, June 24, 2014

Adik Firdaus

Sana sini bercerita tentang adik Firdaus. I dapat tau tentang kejadian tu masa kali pertama cerita ni keluar di berita. Dengar suara pegawai yang ada pada masa tu, jadi tak berani pulak nak tengok video. Takut sedih sangat. So minta hubby tengokkan dulu video tu tapi dia pun tak tengok-tengok.

Sudahnya I tengok sendiri. Sedih!

Ramai salahkan mak dia tapi ramai juga yang bela mak dia. Me? 100% salahkan mak dia. Jangan cakap pasal kerajaan yang tak tolong, jangan cakap pasal bekas suami yang tak bantu. I don't really care. Sebab mak dia depan mata, mak dia yang jaga. So the responsible is on her shoulder.

Wah, senang je nak salahkan orang kan? Hmm, tak ke?

Ko sebagai seorang mak. Agaknya takde perasaan tengok anak jadi macam tu. Tak payah la bagi alasan susah hidup, takde duit, takde masa. Ingat orang bodoh? Kalau anak tu setakat tak cukup makan, mungkin la kan? Tapi kalau dah sampai kurus kering, rambut serabai, tak pakai seluar, baju koyak rabak, duduk dalam bilik yang kotor, ada sampah dan berbau urine, ko tetap rasa ko tak bersalah?

Orang lain punya la mencuba nak dapat anak. Dia sedap-sedap je buat anak dia camtu. Anak kurang upaya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengambil berat akan kebajikannya. I memang tiada anak OKU. I tak faham. Tapi ada je kawan-kawan I yang ada anak OKU. Kenapa diorang boleh jaga anak diorang?

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Wednesday, June 18, 2014

Bersedia untuk Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah bersedia nak menyambut Ramadhan? Tak lama je lagi kita nak mula berpuasa. I still have one day to ganti puasa. Sebenarnya dah mula ganti sejak Syawal tahun lepas. Ada baki 3 hari dibawa ke tahun ni. Boleh pulak lupa. Ingat dah beres. Bila tengok kalendar, nampak ada remark kat bulan January.

Kalau dulu mesti pergi pasar pagi dan beli stok untuk seminggu. Senang nak masak untuk berbuka. Tahun ni insya Allah buat perkara yang sama. Jimat sikit, kan? Lauk kat bazaar Ramadhan boleh tahan mahal juga.

Sakit ni pun tak baik lagi. Lepas check up kali pertama tu, I kembali jumpa doctor lepas balik dari holiday. Doctor bagi painkiller yang lebih kuat dan arranged buat X Ray di Hospital Ampang. Report akan keluar Jumaat ni. Kita tengok la macam mana.

Sad! Sakit tu datang dan pergi. Kadang-kadang sakit yang masih boleh tahan. Kadang-kadang sakit sangat sampai rasa nak terbaring je. Bila dah sakit macam tu, memang tak masak kat rumah. Tapau je sebab tak boleh nak berdiri lama. Semua kerja hubby akan buat. Kemungkinan nak membeli lauk di bazaar Ramadhan macam ada je ni. Hehehe..Sakit-sakit ni, we decided that takde makan-makan di rumah sempena Ramadhan ni. Kuih raya pun mungkin beli tapi chocolate chip nak buat sendiri. Opps, preparation raya tak payah cerita dulu.

Kesian kat Tisya. Dia ajak I main tapi memang tak boleh la sebab selalunya malam nak rehat. Maybe siang dah kerja so sakit tu jadi tak tertanggung waktu malam. Pastu mula la dia mengomel, "Umi ni sakit pinggang je".

Dah macam iklan Panadol pulak dah!

Friday, June 13, 2014

The RED Tour Concert in Malaysia

I’m not a Swifties. I don’t pin up her poster on my bedroom wall. I’m too old for that (I used to pinned up Avril Lavigne, Linkin Park and Lifehouse poster when I was young). I don’t buy the expensive merchandise (T-Shirt costs us RM100, ka-chingg!). I don’t put “swifties” at the end of my Twitter name.

But last Wednesday, I’m a true Swifties. I have to write this. At the end of this entry, you will know why. Erk, apsal tiba-tiba guna English pulak nie? Hahaha.

You all pun tau macam mana susah I nak dapat tiket. Tak la susah mana tapi kecewa sebab tak dapat category yang I nak. Apa-apa pun, tetap happy sebab dapat tiket.. free seating pun jadi la. Wednesday is history. Almost 90% of the crowd berbaju merah. Semua orang yang hadir excited, happy and eager to see her. She was in the same building with us.

 Muka tanned sebab snorkeling. Takpe la..redha.

Booth AIA yang beri peluang untuk bergambar dengan poster TS dan free make up



Sementara tunggu show bermula, kami disajikan dengan snippet dan video dari TS. Stage ditutup dengan tirai labuh berwarna merah. Sesiapa yang dah tengok di Youtube mesti tau dia akan buat grand entrance melalui tirai tu.

Ini hanya 1/3 daripada crowd


The light went off. Crowd went crazy and screamed out her name. TS mulakan persembahan dengan lagu State of Grace. I baru je suka lagu tu. She was beautiful, lovely and so sweet. Macam tak percaya tengok dia ada depan mata. “Terima kasih Malaysia!” she said and the crowd screamed again.

Di awal pesembahan, TS menyanyikan lagu-lagu rancak yang buat semua orang rasa nak menari dengan dia. Kemudian, persembahan diteruskan dengan lagu berentak perlahan. Di stage B, TS hanya bertemankan gitar dan hiburkan penonton dengan lagu-lagu dari album terdahulu. It reminds me why I love her songs so much.


What I love about her concert? Everything! I mean, organizer tak kesah kalau penonton nak ambil gambar dan video dengan smartphone, camera, iPad. Semua boleh kecuali DSLR. Tu tak dibenarkan dibawa masuk ke stadium. So yeah, seronok! Fans went crazy with signs. Sangat kreatif. Ada Club Red malam tu so memang fans giler-giler menjerit, menyanyi untuk dapat peluang masuk ke Club Red.

Ada beberapa lagu yang menggunakan sususan muzik yang baru seperti I Knew You Were Trouble. Very energetic!

And Taylor, she’s a gem! Bukan hanya menyanyi tapi dia juga berinteraksi dengan penonton sebanyak mungkin. It felt like talking to a good friend. Sambil petik gitar, main piano… dia bercerita tentang bagaimana dia dapat inspirasi untuk mencipta lagu. She was so selamba. Berhenti sekejap untuk betulkan rambut. Berhenti sekejap dan lemparkan senyuman kepada penonton.

From The Star


Kemudian, sampai ke lagu yang I nantikan. It surprised me sebab I tak rasa sedih. I was so excited to see the hair flip! Hahaha. Dengan iringan piano yang dimainkan sendiri, dia menyanyikan All Too Well dengan begitu bersahaja. And yes, she gave us what we wanted to see… the hair flip! Stadium bergema dengan jeritan peminat yang memang dah lama nak tengok dia buat camtu secara live! Well, you can read the reaction here : Taylor Swift Wraps Her Red Tour With An Epic "All Too Well" Hair Flip, Fans Tweet Through The Tears.

She ended the concert with We Are Never Ever Getting Back Together. "Hello KL, Malaysia! Thank you for coming, thank you for making sign, thank you for singing along, thank you for screaming.." dan TS ajak penonton menyanyikan lagu tu bersama-sama dengannya. Rasa macam sekejap je 90 minit berlalu. Tak puas sebab nak dengar dia menyanyi lagi :(

Sangat puas hati bayar mahal. Eventhough beli tiket paling murah, seat tak jauh pun dari stage. Dekat pulak dengan skrin besar. Memang puas hati la! Now boleh potong No. 12


SET LIST
State of Grace
Holy Ground
Red
The Lucky One
Mean
22
You Belong With Me
Enchanted
Sparks Fly
I Knew You Were Trouble
All Too Well
We Are Never Ever Getting Back Together 

Oh, baru sedar I ada share pasal TS kat blog ni dulu-dulu:

Taylor Swift : Fearless
Love Story by Taylor Swift
Two Is Better Than One
Meaningful.. I just love it!
Speak Now


Erk, bukan tadi kata "I'm not a Swifties" ke?

Tuesday, June 03, 2014

Wangi dan segar bersama Enchanteur Paris Body Lotion

Women, am I the only one or we can't get enough with one tube of lotion? Lebih-lebih lagi kalau lotion wangi. I will go crazy sebab tak tahu nak pakai yang mana satu. Lotion sememangnya penting untuk I bagi menghindarkan kulit daripada kering dan kusam. Bila kerja kat office, kulit kering kerana terdedah pada penghawa dingin. Bila berjalan di luar, kulit terdedah kepada sinaran matahari pula. Ada banyak jenis lotion kat luar sana. Jadi kenalah tengok betul-betul lotion mana yang sesuai dengan aktiviti seharian kita.

What Are Lotions and It's Benefits? 
Body lotions are lotions applied to the body after bathing. They contain more water than body cream to hydrate, smoothen and soften the skin.


I nak share lotion yang I tengah pakai sekarang. It's Enchanteur Paris Body Lotion.


Sebut sahaja Enchanteur, kita dah tau Enchanteur memang terkenal dalam menghasilkan produk yang wangi seperti deodorant, body mist dan bedak. Sememangnya 4 jenis lotion ni memang wangi. Jom kita tengok perbezaan keempat-empat jenis lotion ini.


ENCHANTEUR PARIS Triple Whitening Lotion

Triple Whitening Lotion ini diformulakan melalui 3 jenis bahan iaitu Vitamin B3, Ekstrak Sakura dan Ekstrak Licorice bagi memberi kulit yang lebih putih berseri.

Vitamin B3 membantu dalam menghentikan penghasilan melanin yang boleh menggelapkan kulit.
Sakura Concentrate menggalakkan tyrosinase activity agar warna kulit lebih sekata.
Licorice Concentrate menghalang pembentukan pigmen gelap.

Triple Whitening Lotion mempunyai bau Belle Amour yang pasti membuat semua orang terpikat.


ENCHANTEUR PARIS All-In-One Whitening

All-In-One Whitening? Sekali dengar lotion ini seperti memberi kesan yang sama dengan Triple Whitening Lotion tetapi ia mempunyai formula berbeza. All-In-One Whitening digunakan bagi memberi lebih perlindungan ketika kita berada di bawah cahaya matahari.

SPF24++ yang memberi perlindungan daripada sinaran matahari UVA dan UVB.
Licorice Concentrate yang memutihkan dalam menjadikan warna kulit sekata.
Hyaluronic Hydration memberi 24 jam kelembapan kepada kulit.



ENCHANTEUR PARIS Light and Fresh

Light and Fresh adalah water-based lotion yang cepat diserap ke dalam kulit. Jadi kulit tidak rasa melekit. It's a non sticky and non greasy lotion. Jadi sangat sesuai digunakan jika kita mempunyai aktiviti di luar.

Memberi perlindungan dari sinaran UV matahari.
Licorice Concentrate menghalang pembentukan pigmen gelap.
Portulaca dan Aloe Vera Concentrates yang berupaya memberi kelembapan jauh ke dalam kulit.

Lotion ni mempunyai bau Mon Amie. Walaupun cuaca panas, kita tetap rasa segar!

ENCHANTEUR PARIS Firm and Repair

Firm and Repair dibuat khas dengan bahan-bahan yang boleh memperbaiki kulit ketika kita tidur.

Micro Collagen untuk menguatkan dan menganjalkan tisu badan dan kulit, mengekalkan ketegangan kulit dan menjadikan kulit lebih muda dari usia.
Swiss Edelweiss melindungi kulit dari radikal bebas dan menolong memperbaiki kulit yang rosak ketika tidur.

Lotion ni mempunyai bau khas Adore yang membuatkan kita rileks dan rasa nak tidur.


MY REVIEW


Thumbs up kerana keempat-empat lotion cepat menyerap ke dalam kulit.
Keempat-empat lotion ni berbau wangi. I dah tak perlu pakai perfume. Nanti kalau ada macam-macam bau wangi, pening pula kepala. So pakai Enchanteur Paris Body Lotion, boleh berbau wangi hingga ke petang.
Untuk waktu siang, I suka pakai All-In-One Whitening sebab baunya wangi dan Light and Fresh menjadi pilihan kalau perlu melakukan aktiviti luar. Waktu malam semestinya pakai Firm and Repair. Bau Adore sangat menenangkan.


Kalau nak cuba, dapatkan Enchanteur Paris Body Lotion di kedai berhampiran anda. Untuk keterangan lanjut, layari www.enchanteur.com.my atau FB di https://www.facebook.com/EnchanteurMY


Note : Thank to The Butterfly Project for giving me an opportunity to review these lotions.

Zespri SunGold Kiwifruit - Not Just Any Regular Boost of Vitality

Do you often feel like you have a lingering tiredness that is constant and limiting? It is similar to how you feel when you are down with the flu or suffering from lack of sleep. That’s a sign of poor vitality.

Synonymous with vitality, Zespri®, the world leader in kiwifruit, is pleased to introduce a new variant, Zespri® SunGold Kiwifruit in the Malaysian market.


Wrapped in a brown smooth skin, this oval shaped, golden-fleshed kiwifruit has a refreshing sweet taste and is one of the most nutrient-dense fruits on earth. Power-packed with more than 20 essential vitamins and minerals, it has exceptionally high levels of the antioxidants, Vitamin C (three times more than oranges, bite for bite) and Vitamin E (seven times more than apples and oranges) in a fruit.


The refreshingly sweet, golden-fleshed fruit is a result of 10 years of dedicated research, with natural plant breeding techniques were used to produce this mighty fruit. The healthy, versatile and delicious fruit is definitely an ideal option to complement everyone’s daily diet.


According to a journal published by the University of Otago, New Zealand, eating two kiwifruit a day can help to improve a person’s mood and give extra energy. It is said that two kiwifruit per day ensured that the study group’s Vitamin C levels were optimal, consequently, the group of young male experienced significantly less fatigue and more energy. This evidently showcase that kiwifruit as an exceptional source of Vitamin C.

Get Zespri® SunGold Kiwifruit now to experience the boost of vitality from within!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.