Thursday, May 29, 2014

June yang dinanti

Please refer to my previous post. Dah 24 hari sakit. I went to see the doctor on Monday. Lepas dia pastikan kedudukan sebenar yang sakit tu, dia buat kesimpulan yang sakit tu ialah otot. Katanya mungkin cedera. Urm, entah la. Doctor bagi Ponstan dan ubat sapu. Mula-mula dia suruh tunggu seminggu. Kalau sakit juga, kena datang semula buat X-Ray. Kemudian, dia tukar arahan pulak. Tunggu 2-3 minggu.

What? Ponstan hanya untuk seminggu. Ubat sapu memang banyak. I hanya apply ubat sapu. Ponstan tak sentuh langsung. Jangan tanya kenapa. Leceh pulak nak explain tapi cukuplah I beritahu yang I memang tak pernah sentuh Ponstan. Rasanya tak penting pun sebab doktor cakap makan bila tak tahan sakit. Boleh tahan. Cuma seksa je la. Sebenarnya, tak rasa teruk mana. Bukan rasa sakit 24-7.

She asked me to wait for another 2-3 weeks. It's not going to happen. I bagi masa sampai balik dari bercuti. Kalau sakit juga, memang nak terus jumpa doctor semula.

Dah nak sampai hujung bulan May. Ada banyak aktiviti bulan June nie. I'm so excited. Bermula dengan...

Next weekend!

Rehat sehari dan seterusnya ke...

Hello Swifties!

Selang sehari, layan ni pulak...

I'm rooting for Germany. Hail Deutschland!

Yang paling ditunggu...

Dah habis ganti puasa?


Monday, May 26, 2014

Review : Tokyo Love Soap Pure Girls

I’m quite jealous with my daughter. She has a soft skin and I like to pinch her cheeks, so often that she banned me from touching her cheeks. She even give me an advice on how to get a smooth skin like her, “Mesti makan tomato banyak-banyak!”. It is true and I eat more tomatoes than her. Not because I want to get a nice skin but simply because I love to eat tomato.

So what went wrong? Ok, maybe because she’s still young and I’m ehem, old. I don’t know why but I don’t have a soft skin at my lower cheeks area. I can feel “something” at that part and my daughter can feel it too but everytime I look at the mirror, nothing is there.

When I heard about Tokyo Love Soap PURE GIRLS, I thought that it is too good to be true. For your info, it is a genuine and original Love Soap from Japan.



DESCRIPTION
Tokyo Love Soap Girls have the same skin whitening and brightening property as the original but with a fresh unique scent of Pink Rose Petal Extracts. They reformulated this soap and added natural plant sterols from Red Kwao Krua (Butea superba) containing Miroestrol, a natural Estrogenic Phenol clinically proven to minimize pores, smoothen the skin and add a natural rosy tone. The mixture of Miroestrol and Pink Rose Petal Extracts is formulated in such a way that it mimics the natural female sex phermone thought to be important in causing sexual attraction and desire of the human male specie. This is why we called this soap “Girls”!


BENEFITS
♥ Mimics the scent of natural female phermone
♥ Creates a natural rosy-white complexion
♥ Miroestrol from Red Kwao Krua prepares you for that intimate moment - Powerful natural and organic skin whitening complex
♥ Lightens the skin as early as the first use
♥ Refines body hair for a smoother look (Only affects fine hairs. Does not affect the hair, eyebrows and eyelashes.)
♥ Remove discolorations, freckles, melasma, age spots and dark spots
♥ Even out skin tone
♥ Make pores smaller
♥ Clarify and tone the pores
♥ Soften and smoothen skin
♥ Help reduce fine lines, wrinkles and scars
♥ Mild enough even for use on the intimate areas

Just read benefits listed. Macam tak percaya, kan? But I decided to give it a try.




Do make sure to use it according to instruction.

INSTRUCTION
1. Wet the skin.
2. Apply Tokyo Love Soap gently to the face and the body.
3. Make a lather and leave the product for at least 3 minutes.
4. Rinse and repeat if necessary.





MY REVIEW
- It has a nice rose scent..mmm, wangi!
- The soap comes in a box but it is sealed in a plastic to maintain the rose scent. It is not like the packaging you get at the supermarket.
- I felt the difference after the first use. I can’t believe it! My cheeks are soft and amazingly, I don’t feel that “something" anymore.
- Face feels dry after use but it dissapear after I apply toner and moisturizer.
- The price is a bit expensive but if you have a problem at your face, you should give it a try. You can get it at RM85 now.

OMG, I’m so happy! Just to make sure, I asked my daughter to feel my skin and she shouted at me, “ Umi, kenapa dah lembut? Semalam tak lembut pun. Umi makan tomato banyak-banyak ke?”. Hahaha. Memang tak percaya.

There's one good news. Simply key in TLSM into coupon code during check out, you are entitle to get Tokyo Love Soap (Medicated) 15g for FREE when purchase any Tokyo Love Soap in Natta Cosme. Limited 100pcs to give out.


If you want to buy this soap, you can buy it at Natta Cosme.

Natta Cosme
106, Jalan S2D32,
City Centre,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan. 
Telephone: 06-6017555 (10am-7pm)
Facebook : Natta Cosme

Friday, May 23, 2014

Tailbone

My tailbone dah sakit sejak 3 minggu lepas. Ni kalau doktor dengar mesti kena marah, "Kenapa sekarang baru nak jumpa doktor?".

Satu benda yang I selalu buat ialah bagi masa kepada badan untuk sembuh sendiri. I hanya makan ubat selesema/batuk selepas seminggu lebih menghidapnya. I tak makan ubat demam, especially sebelum jumpa doktor sebab taknak demam kebah sementara. You know, makan ubat dan bila jumpa doktor, demam pun kebah. Lepas tu doktor ingat kita tipu. Balik rumah, demam semua. I learn my lesson. Sejak tu memang takkan makan ubat demam selagi tak jumpa doktor.

I have a reason why I delay my appointment with doktor. Sakit tu datang lepas I berzumba tak ingat dunia. Hehehe... So ingatkan badan terkejut. Tapi hairan juga. Sesi tu tak la sepenat kelas Kevin tapi sakitnya semacam. I let time passed. Sakit lagi. Pospone. Sakit lagi. Today, I decided to see the doctor. Nasib la boss bagi half day.

So yeah, hari ni half day. Esok nak join yoga pulak. X-Men pun menanti. Sakit-sakit pun nak kena bergerak, ye tak? Semenjak TGV dekat dengan rumah, rajin pulak nak tengok wayang :)

Tuesday, May 20, 2014

Anak nan seorang

Lama dah tak cerita pasal anak nan seorang nie. Tengok gambar dalam folder, banyak juga gambar dia yang I tak share.


Ni gambar September 2013. Rambut masih bulat. Sekarang rambut dah panjang melepasi bahu. Kuat betul penangan Frozen. Dia sanggup taknak potong rambut sebab nak make sure rambut dia panjang boleh buat tocang macam Elsa. Sekarang nie rambut dia boleh buat tocang macam Anna je. Tu kata dia la.

Risau juga nak simpan rambut panjang sebab Tisya ni lasak dan kuat berpeluh. Nanti rimas tengok rambut dia serabai. Tapi okay la sebab dia nak ikat rambut. Paling senang pakai cekak rambut atau pin rambut je. Settle!


Ini adalah tipu! Hehehe. Dia tak minat teh sangat. Gambar ni lagi lama. Beberapa tahun sudah. Dia suka minum air susu kotak Dutch Lady, Yogurt Bliss dan nescafe. Nescafe tu jarang sangat dapat. Cuma bila umi abi dia minum, dia ngecek sikit-sikit la. Kalau Yogurt Bliss, botol besar tu dia boleh minum sorang-sorang. Isk..isk... anak sape la ni :)


Gambar ni pernah share tapi nak share lagi. Urm, ni raya tahun lepas kan? Masa tu dia tengah gilakan Princess Sofia. So baju raya pun nak gaun kembang warna purple. Tahun ni dia dah minta nak cari gaun kaler macam baju Queen Elsa. Haaa, mana nak cariiiiii????

Friday, May 16, 2014

Fund Raiser Walkathon organized by The Butterfly Project

This is long overdue! Sorry, I busy sangat sampai tak sempat nak update. Hihihi.

Agak banyak kali juga I warwarkan this fund raiser walkathon di FB. Organized by my beloved blogger community; The Butterfly Project, walkathon ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana untuk komuniti kami. Yuran penyertaan murah je iaitu RM10.

Lepas subuh I terus keluar sebab I nak sampai awal di sana. Bergantung harap pada Waze je sebab I tak tau kat mana TTDI Park tu. Mujur selamat sampai. Lepak sekejap kat bus stop tu sementara tunggu geng lain sampai. I tunggu geng mak/wife sebab yang single kebanyakannya datang dengan couple. So taknak la kacau mereka ber dating pagi-pagi nie kan? Hehe...

Bertegur sapa dengan Dina. First time jumpa. Dia pun macam I. Tinggalkan husband dan anak di rumah. Hahaha... Kitorang tunggu Cik Lily. Tak lama lepas tu Cik Lily sampai. Rupanya dia sesat sampai ke Bukit Rimba.

Dah cukup team, apa lagi... kami mulakan walkathon. Walkathon ni santai je. Terpulang la korang nak buat apa. Yang penting mesti 30 minit!

TTDI Park ni okay la juga. Ramai orang pagi-pagi. Suasana pun nyaman je.





Pagi tu ada orang buat zumba kat tengah-tengah tu. Apa lagi, kitorang pun join the group sebab rasanya lagi okay daripada berjalan kaki tak buat apa. Zumba ni boleh keluarkan peluh.


Walaupun steps hari tu tak la sepenat zumba dalam kelas Kevin Zahri, tetap la peluh mengalir laju. Dah lama tak buat zumba. Elok pulak masing-masing tak bawa air. Kehausan!! Dalam otak masing-masing dah fikir nak ber Gong-Cha lepas zumba tu.

With Dina and Cik Lily

It was fun! Elok pulak dapat geng yang nak berzumba sekali. Dah habis zumba, kami beratur untuk redeem Gong Cha. The queue was long and slow. Dina decided to go back and pass the voucher to Cik Lily. Kami? Sanggup tunggu asalkan dapat hilangkan dahaga.

Setiap peserta dapat goodies bag. Banyak juga barang yang kami dapat. I tak sempat nak ambil gambar sebab sampai je rumah, my daughter dah buka nak tengok apa yang ada kat dalam.

The Butterfly Project dah banyak membuka peluang untuk bloggers seperti kami. I sangat berterima kasih kepada mereka especially The SWAT Team kerana mereka ni buat kerja tak minta balasan. I always feel proud with what they do and I know other bloggers feel the same way too. Thank you The Butterfly Project :)

Wednesday, May 07, 2014

Seoul Fun with Sunsilk

Bagi peminat K-Pop di luar sana yang teringin sangat nak ke Korea berjumpa MBLAQ, Sunsilk bakal merealisasikan impian anda.



Sunsilk telah bekerjasama dengan MBLAQ, superstar K-Pop untuk memberi peluang kepada tiga peminat bertuah bagi mengikuti lawatan Sweet Trip ke Seoul, Korea. Untuk memenangi peluang lawatan ke Seoul selama tiga hari, dua malam ini, mereka dijemput untuk menyertai pertandingan Sunsilk Sweet ini.

Berikut adalah cara-cara untuk menyertai keseronokan ini :


1. Tonton video Sunsilk’s Pretty Like Me.

2. Muat turun lagu tema Sunsilk’s Pretty Like Me.

3. Rakam video anda selama 1 minit.

a. Rakam kan gerak tari anda yang terbaik selama 30 saat dengan lagu Pretty Like Me
b. Dalam masa 30 saat, beritahu kami kenapa anda mahu Sunsilk 
membantu anda untuk berjumpa dengan MBLAQ.

4. Muat naik video anda ke YouTube.

5. Hantarkan link kepada video anda, butir-butir peribadi dan bukti pembelian barangan Sunsilk sebanyak RM20.00 (termasuk satu Sunsilk Leave-On Cream) dari mana2 cawangan Watson Malaysia.

Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai lawatan Sweet Trip ke Seoul, Korea di mana mereka akan berjumpa dengan ahli kumpulan MBLAQ. Setiap pemenang juga dibenarkan untuk membawa seorang teman untuk berkongsi keriangan ini bersama!

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 May 2014. Layari www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk keterangan lanjut.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.