Tuesday, April 29, 2014

Kisah menggemparkan pada 15 March

Kejadian berlaku pada 15 March tapi baru sekarang nak update.


Mama dapat panggilan daripada adik I. Adik I dengan suara kelam kabut beritahu mama yang tokei kabinet dapur datang rumah dan serang dia. Sebenarnya ada rasa tak puas hati dengan cara tokei tu buat kerja. Memang ntahapehapentah. Pastu boleh ugut-ugut orang. I pun rasa marah.

Malam tu papa nak belanja mama makan sempena birthday mama pada 12 March. Adik I yang dua orang pun ikut sekali (Irfan dan Hasif). Masa diorang tengah bersiap tu la adik I yang lagi sorang tu (Anim) call mama. Mama dah gelabah. Dalam pada kelam kabut tu, sempat la mama telefon adik lelaki I yang lagi sorang (Nazdri) untuk pergi dulu ke rumah. Ahaks, ramai kan adik I? Korang jangan pening kepala baca kisah ni pulak.

Nazdri ni rumah dia sepelaung je dari Anim. So mama suruh dia pergi dulu. Takut tokei kabinet tu buat hal pulak. Kat rumah mama, diorang zasss pergi ke rumah Anim. Sampai rumah Anim, laju je mama masuk rumah. Papa ditinggalkan di belakang T_T

"Surprise!!!!" jerit Anim.

"Happy Birthday!!!" jerit I pulak.

Eh, apsal I ada kat sana?


7 HARI SEBELUM KEJADIAN

Semuanya disebabkan I ada bowling tournament pada 16 March. So minggu tu memang tak boleh balik bermalam di Seremban. Jadi camne nak sambut birthday mama? I came out with a great idea. Bab buat surprise ni memang I suka. I balik Seremban pada 8 March. So kalau tiba-tiba buat surprise pada 15 March, mesti mama tak expect sebab I tak sepatutnya ada kat situ. Perfect!

Takde la buat apa-apa. Masing-masing donate seikhlas yang mampu and from there, I pilih menu. I pun faham masing-masing ada komitmen, so ikut la bajet masing-masing. Hasif awal-awal dah kata dia cover bahagian hadiah. Dia nak belikan tudung Pearl Haya. So Anim tolong carikan tudung. Kitorang empat orang cover kek dan menu lain seperti spaghetti, tauhu sumbat, sandwich, kek dan air. Papa pulak cover BBQ.

15 March tu mama sibuk kat sekolah. Ada meeting kalau tak silap. So awal-awal dah minta papa tipu mama. Papa kata kat mama, tak payah masak untuk tengah hari. Pagi tu terus makan berat. Malam pun tak payah masak sebab papa nak belanja makan tom yam. Ewah..... bernas tak idea I? Kalau tak cakap camtu, nanti mama masak. Susah pulak.

I tak tau la apa yang diorang makan waktu sarapan ke apa. I kat KL dah busy. Sebelum 10 pagi dah sampai Jusco sebab nak beli barang untuk BBQ. Lepas tu balik rumah, buat kuah spaghetti pulak. Petang dalam pukul 3 petang, kami dah gerak ke rumah Anim. Pukul 4 dah sampai.

Dah cakap dengan semua orang, mesti sampai rumah Anim pukul 5 petang sebab nak start membakar. Tapi gedebak-gedebuk, pukul 6 baru bakar. Risau gak tak sempat siap menjelang mama nak sampai. Pukul 6.30, Irfan balik rumah mama untuk mulakan lakonan. Hasif dengan papa memang dah standby kat rumah, masing-masing hafal skrip. Hehehe...

Papa cerita yang mama macam taknak pergi makan kat kedai. Dia nak tapau je. Papa paksa juga pergi. Tujuan I suruh papa tipu kononnya nak belanja makan ialah agar mama pakai cantik-cantik. Kalaulah Anim terus call suruh mama datang, dalam kelam kabut tu mesti mama pakai baju biasa je :)

I memang suruh Anim gunakan idea tokei kabinet tu sebab taknak nampak pelik sangat kalau mama nampak kereta/motor Nazdri kat rumah Anim. Anim pulak takut mama gelabah semacam. Ish, biar la gelabah. Lagi bagus. Hahahaha.

Plan nya... bila diorang dah nak keluar rumah, Irfan akan hantar sms kat Anim. Irfan naik kereta dia sendiri, so mama takkan sedar dia anta sms. Tapi Anim pulak tak nampak sms masa tu. Irfan pun call Anim sebab diorang dah gerak dari rumah. Kitorang kelam kabut la setup meja semua. Anim dengan suara kuat dia terus call mama buat cerita kononnya tokei kabinet serang dia. Kitorang kat belakang dia dah tahan gelak.

Tak lama lepas tu, diorang pun sampai. Oh ye, kereta I awal-awal dah disorokkan di jalan lain. So memang mama tak nampak. Selipar kitorang dan tempat BBQ pun dah sorok kat tepi rumah. Punya la detail perancangan.

Kiranya surpise menjadi!

Tempat membakar. Gigih okay guna 2 tempat kecil. 
Tapi dah pro, sebelum maghrib dah siap.

Kelam kabut susun makanan kat meja tapi sempat ambil gambar.. hehehe

Urm... kek apa eh? Lupa dah.

Aduh, camne sponsor besar boleh tak nampak muka ni?
Salahkan orang yang ambilkan gambar.

I nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam surprise ni. Kalau salah seorang tak memainkan peranan, memang la tak jadi surprise nie kan?

Friday, April 25, 2014

Quote untuk semua ibu

Akan ada masa kita rasa macam serba tak kena. Kita rasa kita tak beri sepenuh perhatian. Lepas kira-kira balik, I rasa dalam sehari tu, I hanya luangkan masa untuk Tisya selama beberapa jam je. Balik kerja dah sibuk masak, membasuh kain, solat, makan, seterika baju. Lepas siap kerja, terus rasa penat. Tau-tau je dah pukul 10 - 10.30 malam. Kalau boleh, nak suruh dia terus masuk tidur agar I boleh rehat. Kesian je kadang-kadang tapi bila sampai hari Jumaat dan Sabtu, I bagi dia kebebasan untuk masuk tidur ikut time dia. Tapi yang bestnya, sebelum tidur memang dah jadi rutin wajib untuk dia cium pipi I, I cium pipi dia lepas tu sama-sama berpeluk kuat. Baca Al-Fatihah dan dah, tidur! Hehehe...

Itulah hakikat untuk ibu bekerja dan lepas tu sambung buat kerja kat rumah T_T



Wednesday, April 23, 2014

Johnson's Baby of the Year 2014 yang lebih baik dan menarik!

Hello to all parents out there! Anda ada anak berusia 0-36 bulan? Ada sesuatu yang istimewa menanti anda sepanjang bulan May dan June tahun ini.

Kali ni I nak warwarkan tentang satu pertandingan khas untuk bayi dan kanak-kanak di Malaysia. Kini pertandingan bayi tercomel telah kembali : Johnson's Baby of the Year 2014 (BOTY).


Minggu lepas, kami berkesempatan ke One Utama bagi mengikuti acara Johnson's BOTY. Ramai ibu bapa yang menggunakan waktu ini untuk menyertai pertandingan dan membeli barangan Johnson's dengan harga promosi. Malah, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk si kecil.



Hall of Fame untuk Top 10 tahun-tahun yang lepas




Free check up juga ada disediakan.
Tisya setakat ukur ketinggian dan berat sajalah!

Photobooth khas untuk peserta-peserta BOTY. 
Kami pun ambil gambar tapi Tisya tak layak nak masuk BOTY.

Berikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak di OrphanCARE
dengan cara menulis di kad dan digantungkan di wishing tree ni.

We had so much fun! Ada 3 aktiviti menarik disediakan untuk kami semua. Bukan setakat anak dan ibu, bapa pun ada segmen khas untuk mereka.

Segmen pertama : Kanak-kanak menyanyikan "Head and shoulder.. knees and toes"

Segmen kedua : Ibu perlu menggayakan anak dengan barangan misteri dalam beg

Segmen ketiga : Bapa perlu identify barangan yang paling penting untuk bayi

Antara mummy bloggers yang hadir. Dah kenal sangat dengan mereka.

Love!



TENTANG JOHNSON'S BABY OF THE YEAR 2014

Untuk tahun ini, Johnson's Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson's BOTY yang pertama; Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia. Untuk kali ini, Johnson's BOTY bukan hanya mementingkan bayi yang berwajah comel, sebaliknya mereka juga akan mengambil kira aspek kognitif dan sosio-emosi peserta. Ini kerana kesihatan mental dan sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang holistik dan sempurna.

Buat pertama kalinya, terdapat 3 kategori umur yang dipertandingkan iaitu 0 hingga 12 bulan, 13 hingga 24 bulan dan 25 hingga 36 bulan. Malah, lebih banyak hadiah ditawarkan bernilai sehingga RM 100,000.00 untuk dimenangi. Semua bayi akan dijadikan bintang Johnson's Baby dan gambar akan dipaparkan di dalam majalah Mami and Baby keluaran bulan November 2014.



BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI?

1. Beli sebarang produk Johnson's Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 dan simpan resit tersebut sebagai bukti pembelian.
2. Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan bersama resit pembelian yang asal dan 2 keping gambar anak anda.
3. Hantar borang penyertaan melalui 3 cara berikut:

♥ Pos ke Johnson's Baby of the Year Contest, PO Box 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor
♥ Hantar di mana-mana kedai yang mengambil bahagian.

Bagi setiap penyertaan dalam pertandingan, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE. Bagus kan? Sambil masuk contest, boleh menderma sekali. Pertandingan bermula pada 1 Mei 2014 dan berakhir pada 30 Jun 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com. Hashtag rasmi untuk kempen ini ialah #BOTY2014.


Thursday, April 17, 2014

umi degan abi tak sayag Tisya

I have a small problem with this kid.


Tak tau la. Lately ada je benda yang buat dia marah, nangis, mengamuk, merajuk. Letih nak layan woo. Sekarang dia suka camni.

"Umi ni, tadi dalam kereta baik je. Sekarang nak marah Tisya"
"Abi ni, tadi dah minta maaf dengan Tisya. Ni nak marah lagi. Minta maaf balik"

See? Dia punya intonasi tu bikin panassss je. Kitorang pun bukan terus marah dia. Selalunya cakap beberapa kali dengan lembut. Bila tak jalan, baru la bagi suara tu tinggi sikit. Kalau dah tak jalan juga, memang membebel la jadinya.

Pastu mula la dia counter attack.

"Umi dengan abi ni tak sayang Tisya!". Pastu siap tulis kat buku...

umi degan abi tak sayag Tisya

Adoiii, hilang huruf "n" dia.

Dia bukanlah buat apa sangat pun. Tapi dia susah nak terima arahan. Contoh, suruh mandi tapi taknak sebab nak tengok Saladin! Contoh, tak boleh beli aiskrim sebab semalam dah makan aiskrim tapi dia boleh meraung depan kedai sebab tak dapat. Korang pun tau prinsip I dengan coklat, keropok, aiskrim dan gula-gula kan?


Apa I buat bila jadi camni? I ignore. Tapi bila ignore, lagi menjadi-jadi. Sudahnya dia sedu sedan peluk kitorang. Haih, drama queen betul la minah ni. Pastu dah jadi macam Hari Raya dah. Kitorang minta maaf kat dia, pastu dia minta maaf kat kitorang.

Tisya... Tisya....

Monday, April 14, 2014

Kids activity at UNIQLO. Hurry, available this weekend only!

Tercari-cari koleksi pakaian yang santai, menarik dan dalam masa yang sama, tidak terlalu mahal untuk anak-anak? Apa kata singgah di UNIQLO. Untuk setiap pembelian ada sesuatu yang menarik menanti anda. Apa agaknya? Jom baca entry ini.

UNIQLO is a brand of Fast Retailing Co. Ltd., a leading global Japanese retail holding company that designs, manufactures and sells clothing under seven main brands : Comptoir des Cotonniers, GU, Helmut Lang, J Brand, Princesse tam.tam, Theory and UNIQLO. UNIQLO is Japan's leading specialty retailer.



UNIQLO bukan sahaja mempunyai koleksi pakaian untuk lelaki dan wanita, malah UNIQLO juga sudah mula mengeluarkan koleksi untuk bayi dan kanak-kanak. Setakat ini, terdapat 4 UNIQLO stores yang mempunyai koleksi LifeWear Kids and Baby dan 13 UNIQLO stores yang mempunyai koleksi Kids. Ini termasuk UNIQLO store di Sunway Pyramid dan Alamanda yang telah melancarkan koleksi yang sama baru-baru ini.

Koleksi untuk bayi banyak menggunakan warna pastel. Untuk kanak-kanak pulak, warna dan motif ceria digunakan. Memang cantik dan menarik!

Koleksi bayi

Koleksi untuk girls..

and girls...

and girls...

Ok, I'm guilty. There's no photo for boys collection. Dah anak pun anak perempuan. Memang tak tengok langsung koleksi untuk kanak-kanak lelaki. Apa yang I suka tentang Baby/Kids Collection dari UNIQLO ni ialah warna memang cantik, rekaan simple tetapi menarik dan paling I suka, fabrik yang digunakan tak panas. Selesa dipakai untuk kanak-kanak. Tisya pun puji baju tidur yang I belikan. Dia cakap, "Best la baju ni. Tisya tak rasa panas pun".

Untuk meraikan pelancaran koleksi terbaru ini, UNIQLO telah dan akan mengadakan photo booth session untuk seisi keluarga di empat UNIQLO stores.

Date : 12th - 13th April
Store : Fahrenheit 88 and 1Utama

Date : 19th - 20th April
Store : Mid Valley and KL Sogo

Photobooth : A 'live' photo booth takes free prints of families with a variety of props against a colourful backdrop, presented in a frame of their choice (valid while supplies last).

Untuk dapatkan free photobooth session ni, anda hanya perlu beli apa-apa pakaian dari koleksi UNIQLO Kids. No minimum purchase. Setiap pelanggan boleh mendapatkan satu sesi photo untuk satu barangan yang dibeli dari koleksi tersebut. Hanya perlu tunjukkan resit sahaja.

So kena la shopping dulu kan?

This lounge set memang selesa dipakai waktu tidur.
Kalaulah ada koleksi untuk mak budak.. hihihi

"Feel the SEA" Collection. 

Koleksi ni merupakan gabungan 10 jenama dari 5 negara South East Asia. Design T-Shirt memang unik.

Ni pun beli juga


Dah bayar? Kemudian, boleh la kena photobooth yang disediakan. Tunjuk resit, pilih props yang korang nak guna dan mula beraksi.





Hasilnya


Jangan lupa tau. Sesi bergambar ni hanya boleh didapati dia empat UNIQLO stores sahaja. Minggu ni korang boleh terjah UNIQLO Mid Valley dan KL Sogo.

Untuk keterangan lanjut, layari Facebook UNIQLO Malaysia di https://www.facebook.com/uniqlo.my

Saturday, April 12, 2014

Meaningful.. I just love it!

I love this song. The best from her, definitely. I can imagine what happened back then. I love the way she arranged the lyrics... it's beautiful!



ALL TOO WELL by Taylor Swift

I walked through the door with you
The air was cold, but something 'bout it felt like home somehow
And I left my scarf there at your sister's house
And you still got it in your drawer even now

Oh your sweet disposition and my wide eyed gaze
We're singing in the car getting lost upstate
Autumn leaves falling down like pieces into place
And I can picture it after all these days
And I know it's long gone, and that magic's not here no more
And I might be okay, but i'm not fine at all

Cause here we are again on that little town street
You almost ran the red cause you were looking over at me
Wind in my hair I was there I remember it all too well

Photo album on my counter
Your cheeks were turning red
You used to be a little kid with glasses in a twin size bed
And your mother's telling stories 'bout you on the t-ball team
You tell me about your past thinking your future was me
 And I know it's long gone, and there was nothing else I could do
And I forget about you long enough to forget why I needed you

Cause here we are again in the middle of the night
We're dancing round the kitchen in the refrigerator light
Down the stairs I was there I remember it all too well

And maybe we got lost in translation
Maybe I asked for too much
But maybe this thing was a masterpiece
Till you tore it all up
Running scared, I was there I remember it all too well

And you call me up again just to break me like a promise
So casually cruel in the name of being honest
I'm a crumpled up piece of paper lying here
Cause I remember it all all all too well

Time won't fly it's like I'm paralyzed by it
I'd like to be my old self again
But i'm still trying to find it
After plaid shirt days and nights when you made me your own
Now you mail back my things and I walk home alone

But you keep my old scarf from that very first week
Cause it reminds you of innocence and it smells like me
You can't get rid of it, cause you remember it all too well

Cause here we are again and I loved you so
Back before you lost the one real thing you've ever known
It was rare, I was there, I remember it all too well

Wind in my hair you were there you remember it all
Down the stairs you were there you remember it all
It was rare, I was there I remember it all too well

Friday, April 11, 2014

MANGO Malaysia Spring Summer '14 Collection kini di Zalora

Hi girls.

Dah masuk bulan April ni, kebanyakan store dah mula keluarkan koleksi musim bunga dan musim panas. Walaupun Malaysia ni tiada 4 seasons, ramai juga yang ternanti-nantikan koleksi sebegini. Salah satu brand yang sudah mengeluarkan koleksi terbaru mereka ialah MANGO. Kini, korang boleh dapatkan koleksi terbaru ni di Zalora.

Known as one of the best affordable labels in the local fashion scene, they have been providing women with high-street fashion looks that suit the needs of young urban women. Mango Malaysia focuses in offering stunning and unique collections that would make your look desirable. They are the champion when it comes to adding the latest hot trends to create a whole new look for women with their dazzling creations. The key to their unbeatable successful records may lie in their exclusive and luxurious products that you can get them at best and affordable price.

MANGO dah ada 14 retail stores di seluruh Malaysia. So korang boleh ke mana-mana store yang berdekatan. Tapi macam I, I suka lihat-lihat di website dulu. So Zalora menjadi pilihan untuk menatap koleksi terbaru ni. Jom tengok antara koleksi MANGO yang boleh didapati di Zalora.

http://www.zalora.com.my/Paisley-Halter-Top-187473.html
Paisley Halter Top


http://www.zalora.com.my/Contrast-Edge-Blouse-186315.html
Contrast Edge Blouse


http://www.zalora.com.my/Paint-Print-Dress-185804.html
Paint Print Dress


http://www.zalora.com.my/Braided-Belt-Long-Dress-180641.html
Braided Belt Long Dress

MANGO bukan setakat mengeluarkan pakaian tetapi MANGO juga mengeluarkan pelbagai koleksi kasut, aksesori dan beg tangan. Tinggal pilih untuk digayakan sahaja! I tengok, koleksi terbaru ni masih Free Shipping. So kalau nak beli, elok sangat beli sekarang.

Kalau nak tengok lebih banyak produk MANGO di Zalora, layari Mango Malaysia sekarang. Pasti ada sesuatu yang menarik perhatian korang di sana.

Thursday, April 10, 2014

Demo kulinari bersama Nadia Lim, Masterchef New Zealand 2011

New Zealand merupakan salah satu negara yang I teringin nak lawati. Ia bukan sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi New Zealand menyediakan peluang untuk I buat salah satu perkara yang dah lama I nak buat selama ni : Bungee jump!

But today I won't talk about bungee jump. I'm going to talk about a famous chef and food, of course.

Bagi menyambut New Zealand Week di Malaysia, I dan beberapa orang rakan bloggers telah dijemput untuk menghadiri culinary demostration oleh Nadia Lim, pemenang Masterchef New Zealand tahun 2011. Culinary demo ini telah diadakan 2 minggu lepas di BERJAYA University College of Hospitality (BERJAYA UCH). BERJAYA University College of Hospitality is arguably Malaysia's premier University College in the fields of Hospitality, Culinary Arts, Tourism and Event Management. It is conceptually designed with a 5-star hotel ambiance equipped with the most comprehensive and advanced facilities that mirrors real world settings. So if you or anybody you know interested to enroll in this field, kindly pay a visit to BERJAYA University College of Hospitality.

BERJAYA University College of Hospitality
Level 11 West, Berjaya Times Square, 
No. 1 Jalan Imbi 
55100 Kuala Lumpur 


So who is Nadia Lim? Untuk mereka yang tak pernah tahu siapa itu Nadia Lim, marilah I cerita sedikit sebanyak tentang beliau.

Nadia Lim merupakan pemenang Masterchef New Zealand bagi tahun 2011. Bapanya merupakan seorang orang Malaysia berketurunan Cina manakala ibunya merupakan warga New Zealand. Nadia Lim pernah dibesarkan selama beberapa tahun di Malaysia. Jadi masakan Malaysia sudah menjadi salah satu makanan kegemarannya. She was so inspired by Jamie Oliver! (Me too!!) and decided to become a chef by the age of twelve. Me at the age of twelve? Definitely not thinking to be a chef :)

She stands strong by this philosophy - eat food from the ground, sea or sky (not the factories), don’t tamper with it; what nature provides is nutritious and beautiful left as is!

"Good Food Cook Book" merupakan buku kedua beliau yang mengetengahkan resipi-resipi yang sihat dan berkhasiat dan paling penting, mudah disediakan di rumah. Boleh dapatkannya di kedai buku terkemuka di sini.

Demo kali ni diadakan dalam suasana santai. Eventhough ada meja dan kerusi untuk setiap tetamu, Nadia ajak semua orang berkerumun di counter table bagi melihat dengan lebih jelas apa yang dia sediakan. She was close enough to us, I can pinch her cheek if I want to.. Haha. Just kidding! Jom tengok apa resipi yang Nadia tunjukkan pada hari itu.


GREEN COLADA

Ingredients :
2 - 2 1/2 cups cubes fresh ripe pineapples (frozen)
1 ripe banana (frozen)
1 1/2 - 2 cups chopped baby spinach leaves (leaves only)
Flesh of 1 small ripe avocado
Juice of 1 lemon
1 1/2 cups water or Mill Orchard apple juice

Method :
1. Blend all ingredients in a blender until smooth - check there are no lumps!
2. Pour into glasses, serve and enjoy the goodness.



So refreshing! It's a good recipe for children too in case you need to be sneaky to a child who doesn't eat veggies. Aha, gotcha!


CHOCOLATE AVOCADO MOUSSE

Ingredients:
Flesh of 2 medium firm ripe avocados
200g dark (60-70% cocoa) chocolate, broken into pieces
2-3 tablespoons runny honey
1/2 cup milk, water or coconut milk

To garnish :
Fresh berries
Grated chocolate or chocolate shavings

Method:
1. Melt chocolate in a double boiler or in a glass bowl set above a pot of simmering water 
(make sure the water does not touch the bottom of the bowl or else it 
will risk the chocolate burning or becoming grainy)
2. Place avocado, milk, honey and melted chocolate in a food processor and blend together until smooth. Spoon into serving glasses and chill in the fridge briefly for 10-15 minutes. Garnish with fresh berries and chocolate.


You can eat it straightaway but better chill the mousse first. The avocado makes the mousse creamy. Yummy!!


SALMON AND AVOCADO TARTARE

Ingredients :
Fresh King Salmon fillet, skin removed and pin-boned
1 1/2 tbsps chopped capers 
2 tbsps finely minced shallots 
2 tbsps finely chopped chives 
1 tbsp finely chopped dill 
Juice of 1 lemon 
2 firm ripe avocadoes, diced into 1cm cubes
1 tbsp of Village Press Infused Garlic Olive Oil 
Flaky Sea Salt 
Freshly ground black pepper 

To serve:
Rice wafers from Rutherford and Meyer
Beetroot Relish (Maison Therese)

Method:
1. Using a sharp knife, finely dice the salmon into approximately 0.5 - 1cm cubes.



2. Mix diced salmon with capers, shallots, chives, dill and lemon zest together. This mixture can keep in the fridge for up to 4 hours until you are ready to serve.



3. When ready to serve, mix with lemon juice, olive oil, avocado and flaky sea salt and black pepper, to taste.


4. To assemble, divide mixture evenly and pack into 4 ramekins, timbale moulds or tea cups. Press mixture down gently, but firmly, with a back on a spoon. Invert each tartare onto individual plates. Serve with rice wafers and a little bit of beetroot relish on the side.


Oh my, it's delicious! The salmon is fresh and sooooo good. I can eat a big bowl of this tartare and finish it in a jiffy. Definitely!



It is a great experience to attend this demo. 
She's a Masterchef winner, yet she's so humble.

Masih ingat entry I tentang "Mystery Bag" Food Challenge? Kesemua bahan-bahan yang terkandung di dalam "mystery bag" itu dibawa khas oleh Awana Sanctuary (Malaysia) Sdn Bhd. It is a family owned company extablised in 2009 and specializes in artisan and fine food and beverage products from New Zealand. Untuk keterangan lanjut, boleh klik di link di bawah:

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.