Wednesday, February 26, 2014

Itu dia.... pilih la ikut bajet masing-masing

Ok, can cry now!

Tiket paling murah berharga RM295. Campur booking fee RM3... sap sap soi genapkan jadi RM300 je la. Kata hubby, dah kira suku gaji. Ye ye je. Padahal tak sampai pun suku gaji T_T

Mahal kan? Huhuhu. Tapi Taylor Swift tu. Entah bila lagi dapat peluang tengok dia perform. Selalu tengok kat TV dan Youtube je. Hehehe... Mula-mula macam tak jadi pergi sebab orang lain pun taknak beli tiket. But lepas jumpa semalam, Anis macam nak pergi je. So jom la kita pergi. Kami target nak duduk depan B Stage. Sedikit mahal tapi takpe. Boleh kot.. insya Allah.


Monday, February 24, 2014

What Do You Want to Do Before You Die?

Do you have your own Bucket List? Generally, Bucket List is a list of things you want to do before you die. It can be anything! You boleh cuba tengok movie The Bucket List. You juga boleh tengok episod-episod dalam The Buried Life. You will get the idea.

I have my own Bucket List. I don't call it "My Bucket List". I call it "What Do You Want To Do Before You Die?" list. Hahaha... nampak sangat terpengaruh dengan The Buried Life. "Bucket List" sounds old, don't you think?

Ada di antaranya yang I dah berjaya capai. I akan blog mana-mana yang I dah buat, ok? My list is a combination of something serious and silly.


WHAT DO YOU WANT TO DO BEFORE YOU DIE? 

1. Do bungee jump
2. Climb Kinabalu Mountain
3. Help a total stranger 
4. Be an organ donor (and make sure my family give permission) 
5. Sponsor an orphan
6. Try ice skating
7. Pose with a world superstar
8. Have my own terrace house
9. Watch fireflies
10. Travel to NZ
11. Participate in Soup Kitchen Program
12. Attend a Grammy Award-winning singer’s concert
13. Donate blood more than 20 times
14. Solo backpacking
15. Reconcile with a lost friend
16. See snow… I mean real snow :)
17. Learn to swim
18. Sleep under the stars
19. Drive a Lamborghini
20. Skydiving
21. Grow a backyard garden
22. See the Northern Lights
23. Experience zero gravity
24. Stay alone in the dark for an hour
25. Have my own property
26. Open my own business
27. Perform Umrah / Hajj
28. Go fishing at sea
29. Go camping in the wood ( I went camping once.. long time ago, jadi tak dikira)
30. Witness a meteor shower
31. Be part of flashmob
32. Tell someone selfish that he/she is selfish 
33. Drive more than 140 kilometer per hour
34. Fly first class



Setakat ni, baru sampai No. 34. Insya Allah list ni akan berkembang lagi. Ada banyak benda I nak buat dan cuba. Nanti I update lagi :)

Monday, February 17, 2014

Manjakan wajah dengan set dari Beautymate

I selalu pastikan I minum air mencukupi setiap hari. Ini untuk memastikan badan sentiasa hydrated. Lebih-lebih lagi semasa cuaca panas kering sekarang ni. Cepat saja haus. Eventhough I minum hampir 3 liter air sehari, kadang kala kulit nampak kering. Malah 2 minggu lepas, I mula perasan kulit muka mengelupas kerana kekeringan. Nak pakai bedak pun tak boleh sebab nampak sangat kulit tu mengelupas.

Kerana ia semakin teruk, I tukar my toner and moisturizer. Untuk yang menghadapi masalah macam I, I nak recommend set ini.

Beautymate Purifying and Hydrating Nano Toner 120ml
Beutymate Purifying and Hydrating Nano Mask 25g

Jangan risau kalau tak tau membaca tulisan cina tu kerana segala info tentang produk ini ada dipaparkan dalam Bahasa Inggeris di bahagian belakang produk :)


Extracted by Ginkgo Biloba Leaf Extract, Hydrolyzed Pearl and Glycoproteins. Ginkgo Biloba Leaf Extract which helps to hydrate your skin and facilitate the matebolism which prepares fast absorbing of lotion. Formulated with the natural mineral of Hydrolyzed Pearl can bright up the skin tone and balance the pH value, it makes your skin soften and smooth. Glycoproteins helps to increase the moisture balance in cuticle up to 15 hours or above.

 Ingredients dipaparkan dengan jelas

Pump, jadi tak perlu risau toner tumpah


Cara penggunaannya sama sahaja seperti toner yang lain iaitu digunakan selepas kita membersikan muka di waktu pagi dan malam.

What I Like
1. Toner ni berbau wangi.
2.  Bottle cap agak ketat dan toner ni jenis pump. Jadi tak perlu risau toner tumpah.
3. Ia tidak mengeringkan kulit. I boleh nampak perubahan pada kulit selepas 4 hari menggunakannya. Kulit tak kering lagi walaupun cuaca panas kering.

Not So Love
1. Agak berat. I'm not sure samada bekas ni mudah pecah atau tak.
2. The retail price is RM 49.90. The price is quite expensive for 120ml packaging.


Beautymate juga ada mengeluarkan Beautymate Purifying and Hydrating Nano Mask. Ia sesuai digunakan satu atau dua kali seminggu bagi mengekalkan kelembapan kulit. Harganya RM 36.90 untuk 7 keping masks.


BeautyMate Purifying and Hydrating Nano Mask is manufactured by the newly imported nano technology, combined with a close-fitting mask cutting, can effectively release essence nutrients into skin cells to bring you a unique skin care experience. Hyaluronic acid and collagen are excellent moisturizing agents that help to smooth out skin texture. Ginkgo biloba and morus nigra leaf extracts provide whitening effects. Pearl powder contains marine micro-elements and can help to cool off and calm the skin, reduce wrinkles and pump up the moisture level. It nourishes skin cells from deep within to greatly improve skin conditions.


Kalau korang berminat untuk dapatkan produk ni, bolehlah dapatkan di Natta Cosme.

Natta Cosme
106, Jalan S2D32, City Centre,
70300 Seremban 2, Negeri Sembilan.
Tel No : 06-6017555
 Opening hours : 10 am to 7 pm

Thursday, February 13, 2014

The RED Tour on 11th June 2014

Kalau korang peminat Taylor Swift, mesti korang dah tau berkenaan satu petisyen beberapa tahun lepas yang meminta agar Taylor Swift buat konsert di Malaysia.

Well girls and guys, she heard you!!!

Ok, she's taking the tour to South East Asia. Konsert nya akan menjelajah ke Jakarta, Manila, Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapore. Untuk peminat dia Malaysia, konsert akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 11 June 2014.



Tipulah kalau kata I tak minat dia. Eventhough vokal dia tak boleh lawan female singer yang I paling suka (iaitu Kelly Clarkson), lagu-lagu Taylor Swift mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Tiket akan mula dijual pada 1 March 2014. Untuk keterangan lanjut, boleh ke www.taylorswift.com/REDTourAsia

Monday, February 10, 2014

Bila hujan nak turun?


I'm miserable! Hihihi.. Dah lebih 2 minggu tak hujan. Rumput dan pokok pun sudah mula mengering. Cuaca pun bahang je setiap hari. Pasang air-cond kat office pun masih rasa panas.


Bila dah lama tak hujan, nyamuk pun cepat membiak. Sekarang pun dah berlaku kadar kenaikan dalam kes demam denggi. Masa balik rumah my parents minggu lepas, memang banyak nyamuk. Nyamuk dapat masuk rumah sebab ada ruang udara. Malam tu I lambat tidur sebab I bunuh nyamuk yang gigit badan hubby dan Tisya. I sendiri ada 25 bekas gigitan nyamuk kat tangan dan kaki. Grrr..... apa lagi, esok tu terus beli ubat nyamuk elektrik tu. Lega sikit tidur. Tapi cuaca tetap panas. Kami pasang 2 kipas masa tidur.

Berita minggu lepas ada cakap yang cuaca kering tanpa hujan akan berterusan hingga ke hari ni. Tapi bila check kat website Jabatan Meterologi Negara, sepanjang minggu ni hujan tak turun. Sama-samalah kita buat solat hajat dan berdoa agar bumi Malaysia ni dicurahi hujan lebat.

I tau ramai tak suka kalau selalu hujan. I lagi suka musim hujan dari musim panas. I love walking in the rain. Lepas hujan, udara jadi bersih dan nyaman.

Tuesday, February 04, 2014

Side effect selepas menderma darah

I thought I'm going to die... or faint. It was a scary situation.

Semalam kami masih bercuti. So ingatkan lepas hantar Tisya ke sekolah petang, nak jalan-jalan berdua. Tapi sebelum tu, kami ke Pusat Darah Negara dulu. Hubby nak buat blood donation. I pulak macam takde rasa nak menderma sebab kecewa kot. Sepanjang tahun lepas I tak layak menderma gara-gara hemoglobin rendah. Tapi semalam, cubalah isi borang dan bagi dia check hemoglobin. Sekali layak la pulak! Buku tertinggal kat rumah. I diberikan kad sementara untuk derma pada hari tu.

Semuanya nampak ok. Cukup tidur, cukup makan. Proses menderma pun berjalan lancar. Hubby kat kerusi sebelah I je. So riang ria snap gambar masing-masing. Dah siap, kena rehat kat kerusi dalam 10 minit sebelum bangun. Lepas 10 minit, nurse datang untuk tampal hansaplast kat tangan. Masa tu baru I perasan darah masih keluar. Pelik juga sebab selalunya darah dah beku. So nurse pesan agar jangan buat kerja berat guna tangan tu.

Menu pada hari tu agak banyak la juga. Milo panas, nasi goreng, popiah goreng, kuih ape ntah (tapi hubby tau nama tu) dan limau mandarin. Dapat pengetip kuku, special gift untuk hari tu. Limau mandarin benda yang I makan paling akhir. Masa tu dah rasa semacam. Tekak loya. Ajak hubby balik dan I terus berjalan laju ke toilet. Selamat muntah. Tak tahu la berapa lama I kat dalam toilet. Kepala tiba-tiba rasa sejuk. Muka pucat. Dah la takde orang kat dalam toilet tu. Kalau jadi apa-apa, takde sape yang tahu. Cepat-cepat I keluar dan pegang tangan hubby. Belum sampai kat kereta, dah terduduk kat depan tangga tu. Tak boleh jadi ni. Rasa nak je masuk dalam balik tapi entah la, sudahnya masuk ke kereta.

Dah takde mood nak jalan-jalan tapi ajak hubby ke Jusco sebab nak Baskin Robbins. Sepanjang jalan, I baring dalam kereta. Takde la rasa teruk mana pun. I thought I was okay. Betul ni. Sampai Jusco, naik tangga.. jalan sikit... lepas tu berhenti kat satu sudut. Kepala dah semacam. Rasa sejuk macam kat PDN tu. Lama juga. Hubby ajak duduk kat kerusi berdekatan tapi serious I rasa I tak mampu nak jalan sampai ke situ. Orang yang lalu lalang pun pandang I semacam. Akhirnya I cuba jalan kat kerusi tu. Dapat duduk situ dan hubby ke toilet sebentar. Kalau nak diikutkan, I nak ikut dia ke toilet sebab rasa nak termuntah lagi tapi memang rasa tak mampu nak jalan jauh.

Kat kerusi tu, ada sorang kakak duduk sebelah I. I pejamkan mata sebab tak tahan. Kepala tiba-tiba rasa sejuk. I dengar kakak tu tanya, "Adik nak balm ke?" tapi I tak mampu nak jawab. Mungkin dia nampak I terduduk kat sudut tu tadi. Mana hubby ni? Lambat betul dia. Lepas tu I rasa ada orang duduk kat belah lagi satu. I try buka mata tapi rasa kabur. Oh my... nak pengsan ke nie? I was scared to hell. Orang yang baru duduk tu tanya I. Adik datang dengan siapa nie? Then, kakak tadi cakap kat orang tu yang I ada datang dengan someone tapi orang tu dah takde. Rupanya dia mak kakak tu.

Rasa nak muntah. I cuba bersuara dan tanya samada kakak tu ada plastik. I nampak dia beli banyak barang. Belum sempat dia keluarkan barang dari plastik, mak dia dah hulurkan plastik. I terus termuntah. Kakak tu dan mak dia urut belakang dengan leher I. I tak berani nak keluarkan muka dari dalam plastik sebab terasa nak muntah lagi.

Then, I heard a voice. It was my hubby. Huwaaa.... terus rasa selamat. Kalau nak pengsan sekarang pun, I tak kesah dah. Sempat ucapkan terima kasih kat kakak dan mak dia. Lama juga I duduk kat kerusi tu. Nak balik rumah, memang tak la sebab Tisya habis sekolah pukul 6 petang. So duduk kat situ kejap. Bila dah rasa okay sikit, baru berjalan ke Baskin Robbins.

Ni kali pertama I dapat side effect selepas menderma darah. Kalau tengok rekod, ni kali ke-11 I menderma. So kenapa kali ni I boleh rasa teruk sampai macam tu? I pun tak tau. According to one research, only four blood donors out of nearly 5,000 studied had side effects classified as severe. These four donors experienced reactions including vomiting, losing consciousness temporarily due to low oxygen levels to the brain and brief muscle spasms. 

Sebijik macam I kena semalam. Hari ni pun badan masih rasa lemah. Tapi nak buat macam mana, kerja tetap kerja :)
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.