Thursday, January 30, 2014

Happy Chinese New Year

Fuh, "berhabuk" dah blog nie. Sorry la sangat. Tak sempat nak update apa-apa minggu ni. Maklumlah, nak CNY. Jadi kami semua sangat sibuk nak siapkan kerja. Big boss nak cuti panjang. Hari ni I still bekerja eventhough dia dah cuti tapi setengah hari je la.

Setengah hari pun takde maknanya sebab kena tunggu Tisya balik dari sekolah dan hubby balik dari kerja petang nie. Cuti panjang sempena CNY dan Hari Wilayah pun tiada maknanya. Duduk rumah saja sejak Tisya sekolah hari Isnin nanti. Belum apa-apa I dah rasa bosan.

Malam tadi I sampai komplen. "Eiii..cuti panjang ni takde nak buat apa-apa ke?". Hubby pulak jawab, "Ada, kita rehat kat rumah"

T_T

To all my Chinese friends, I wanna wish you "Gong Xi Fa Cai" and Happy Chinese New Year.


Friday, January 24, 2014

Cuaca sejuk dan nyaman

Jam 2 petang.


Itu dia, 28 darjah celcius. Nak kata mendung, tidak pun.

Sekarang kecoh salji turun di beberapa negara jiran. Malah, tiba-tiba video salji di Indonesia tu menjadi popular pulak sekarang. Sedangkan video tu dimuat naik pada August tahun lepas. Apa-apa pun, ia tetap menjadi fenomena luar biasa.

Menurut Jabatan Meteorologi  negara, cuaca sedikit sejuk ini terjadi apabila angin kencang bertiup dari China. Sekarang ni, China sedang mengalami musim sejuk. Malah, kekurangan awan juga menyumbang kepada cuaca yang kita alami sekarang nie.

Boleh baca di sini untuk keterangan lanjut : Cooler days ahead in Malaysia.

I memang sukakan cuaca sebegini. Tak la berpeluh sangat bila buat kerja luar. Udara pun nyaman je.

Thursday, January 23, 2014

Kisah hijrah Aliza Kim

My uni friend ada share satu berita di FB dia semalam. Mata I tertangkap pada nama yang tercatat di situ. Bukan kerana nama model tu sama dengan I tapi sebab I memang minat tengok model tu berlakon iklan. Wajah dia sangat sweet. Pendek kata, memang suka tengok dia. Dia pernah berlakon dalam banyak iklan seperti Nescafe, Stabilo dan yang terbaru I perasan ialah iklan Daia. Tak ingat lagi? Ala, iklan Nescafe yang dia buat nescafe, lepas tu buka kipas angin agar bau nescafe tu bertebaran ke serata office dia.. hehehe...

Jadi bila berita tu tersebar, I cari kesahihannya dulu. Muka memang macam dia. Setelah "berjumpa" dengan FB dia, nampaknya sah Aliza Kim telah memeluk agama Islam. Alhamdulillah.

Ok, bertambah sweet! What I like most is dia dah keluarkan semua gambar-gambar lama dia dari Instagram, Twitter dan FB. Ini yang kita perlu buat. Kalau dah bertudung, pastikan tiada gambar tidak bertudung di tempat lain.

Tapi apa yang I nak kongsikan ialah kisah dia mencari Islam. Korang boleh baca note dia di sini. It's very touching: The Truth That Found Me

Monday, January 20, 2014

6 tahun di sini

Alhamdulillah. Pada 18 January yang lepas, genap 6 tahun I bekerja di company ni. Company mana? Ahaks, jarang sekali I bercerita pasal kerja I. Dan rasanya memang takkan cerita kot. I taknak sesiapa di office ni tahu I ada blog.

Hari ni kira special entry la sebab dah 6 tahun. I can say that I work hard dan I tak campur urusan orang lain. I juga keras kepala.. Hehehe.... office ni, ramai yang suka "tikam belakang". Kalau ko tak pandai jaga diri sendiri, orang akan persalahkan ko atas perkara yang ko tak buat. Cuma tidaklah bermakna I mark setiap orang. I akan layan semua orang sama je. Tapi sekali terkena dengan orang tu, memang I terus mark.. tanda I tak boleh percayakan orang tu. Baik perempuan mahupun lelaki, I dah terkena dengan kedua-dua jenis. Sejak tu, jaga diri sendiri saja. And yes, I don't take orders from other people but my big boss. Sebab hanya arahan dia saja yang boleh dipercayai.

6 years ago, my big boss agak reluctant untuk ambil I bekerja sebab I dah kahwin. Lepas tu elok pulak baru seminggu kerja, I pregnant. Adoii... hahaha. Dia takut I suka ambil cuti bila anak ada masalah. Dia juga menyatakan kegusaran dia, takut I pakai baju kurung tiap-tiap hari. It was funny! Betul la. Dia kata, dia takut I terlalu "tradisional". Hahahaha.

I buktikan dia salah. I buktikan orang Melayu pun boleh buat kerja dengan baik. I tak tau kenapa orang lain kata dia strict. Malah ada yang kerja tak sampai setahun sebab tak tahan. I rasa kalau ko ikut je arahan yang diberi, you should be just fine.

I juga berhadapan dengan colleague yang "tak reti bahasa". Masuk kerja dah nak 4 tahun tapi masih tak reti bab rules and regulation. Still ask the same questions macamlah dia baru masuk kerja minggu lepas. Dateline dia, I yang kena ingatkan setiap bulan sejak 4 tahun lepas. Padahal bukan kerja I pun tapi I tetap ingatkan sebab I kena hantar report. Even today, I caught him doing something stupid. Dia boleh tuang air yang dalam bekas ke lantai. Sedangkan sinki dekat aje. Lepas tu I tegur. Dia boleh cakap, "Air kosong saja. Nanti lama-lama dia kering". Pernah juga dia tertumpah sabun kat lantai dan dalam kuantiti yang banyak. Apa salahnya ko bersihkan? Dia cakap, "Takpe la... sabun saja. Orang boleh nampak. Orang takkan pijak punya".

What the heck? Aku tak tau la perangai orang kat sini. I can be bitch, sometimes. Terutamanya kepada orang yang di atas tadi because he's super annoying.

Jangan ingat I kerja 6 tahun ni, semuanya baik saja. Tidak la ye. Semuanya bergantung samada kita mampu bertahan atau tak. Mana ada kerja yang mudah. Tak menarik la macam tu. Biar ada challenge, baru tak bosan. Tak bermakna I tak pernah buat salah. Buat salah tetapi mengaku amat jauh berbeza dengan buat salah tapi meletakkan kesalahan itu di bahu orang lain.

Sebenarnya I hairan bila ada yang berkata, "Boss dengar cakap you sorang!". Taktau la nak bezakan nada pujian atau perlian. Takpe la... kalau you nak boss dengar cakap you, you kena la dengar cakap boss juga.

I love my job eventhough I ni kuli aje. Bilalah nak jadi boss agaknya :)

Monday, January 13, 2014

Review : Cerro Qreen Natural Pony Wool Professional Brush Set Makeup

Hello girls!

I think my hubby is puzzled to see my sudden interest into make up. Sebenarnya dia tak tau yang wife dia suka guna make up masa dulu-dulu. Bila dah kahwin, dah ada anak, memang sentiasa mengejar masa. Maka skill tu terabai. Semenjak join The Butterfly Project, barulah semangat tu datang semula. But I don’t have a complete make up brushes. Just guna applicator yang I dapat masa beli je.

Thanks to Natta Cosme, I telah diberi peluang untuk mencuba Cerro Qreen make up brushes. Bukan satu, bukan dua tapi full set! Do you remember my previous post about Thayer Toner? So I was very excited to get this make up brushes because I know Natta Cosme will put extra effort on the packaging.

Semuanya didatangkan dalam box bagi menjamin ia tidak rosak.

"While desserts influence the end of your contented meals, cosmetic tools affect the completion of your splendor makeup. Makeup brushes, like desserts, aren't compulsory, yet their presence could beautifully refine and wonderfully enrich your makeup"




Ada Ferrero Rocher juga. Yummy!

Semua make up brushes didatangkan dalam high quality Polyurethane case. 
Therefore, it is quite durable.


There is a flap that cover the top part of the brush.

Jom kita tengok berus make up yang I dapat. Untuk set ini, ada 6 berus iaitu :



1. Powder Brush
2. Eyeshadow Brush (Big)
3. Eyeshadow Brush (Medium)
4. Smooky Eyeshadow Brush
5. Eyeshadow Brush (Small)
6. Eyebrow Brush

Pemegang berus diperbuat daripada kayu manakala kesemua berus (kecuali eyebrow brush) diperbuat daripada small horse fur. Penggunaan natural fur sedikit berbeza daripada synthetic fur kerana natural fur dapat “memegang” make up powder dengan lebih baik. I just love the color!



Berus pun sangat lembut. Walau bagaimana pun, I tak cuba eyebrow brush sebab memang tak pernah buat eyebrow.

Jom kita cuba! I'm going to show you how to apply eyeshadow to get a natural soft look by using Maybelline Diamond Glow Quad in Wine Pink.

Apply Light Medium Color on your entire lid using Eyeshadow Brush (Big).
Blend up to the crease.

Using Eyeshadow Brush (Small), take Dark Medium Color into your crease 
and drag it to the outer corner. Blend up well.


Then, apply the Accent Color on the outer corner and draw a pointed shadow.
Use Smooky Eyeshadow Brush to feather out the shadow.


Blend and blend until you get a soft look.

Draw an eyeliner and apply a mascara to complete the look.

Use Powder Brush to apply blusher

You're ready to go. Oh, don't forget to apply a lipstick.

I forgot to apply it during this session because someone is banging the door. LOL.

What I Like
1. Cerro Qreen Makeup Brushes come in a variety of color. 
You can check them all at Natta Cosme Website
2. Price is cheap and affordable. These 6 brushes cost less than RM30 now.
3. Light weight and easy to bring during travel.
4. The brushes are soft and fluffy.

Not So Love
Nothing so far.

Overall
Cerro Qreen Makeup Brushes telah mengubah persepsi I. Kalau dulu, cuma guna applicator atau guna jari saja untuk apply eyeshadow. Tapi lepas guna Cerro Qreen Makeup Brushes, barulah I tahu betapa pentingnya mempunyai set sebegini kerana ia memudahkan kita untuk apply makeup. Recommended jika anda tidak hendak berhabis duit membeli makeup brushes tetapi dalam masa yang sama perlukan makeup brushes yang berkualiti.

Friday, January 10, 2014

Hi5 House Party Concert memang best!

Tak pernah terfikir dapat bawa Batrisyia jumpa Hi5. Akhirnya dia dapat ber high five, berpeluk dan bergambar dengan Hi5. Entry nya di sini. Kemudian tak pernah terfikir dapat bawa Batrisyia ke konsert Hi5. Ye la, masa jumpa aritu pun, Batrisyia tak menang ticket ke konsert tu.

Tau-tau je beberapa minggu sebelum konsert, Sophia bawakan khabar gembira di sana semua bloggers yang hadir pada majlis sebelum ni akan dapat 4 tiket untuk menyaksikan konsert Hi5. I was like, Whattt?????

Dipendekkan cerita, Anje tak dapat pergi so dia bagi 4 tiket dia kepada I. So sudahnya I bawa ramai kanak-kanak.

Konsert bermula pada jam 6 petang tapi pukul 5.15 petang kami dah sampai. Gerak awal sebab ingatkan jalan sesak. Tapi ok pulak. So melepak-lepak kat area KLPAC dulu. Hari tu ada banyak Hi5 merchandise yang dijual. Harga pun boleh tahan juga.



Kami duduk di seat belakang sekali tapi tak la jauh mana dari stage pun. Tu pun hubby bawa budak-budak ni berdiri kat depan stage. Patutnya tak boleh tapi sebab memang ramai kanak-kanak yang excited pergi depan tu, so diorang macam biarkan je. Tapi bila dah penat, duduklah mereka kat seat semula. Tetap seronok.  Batrisyia sanggup berdiri dan menari-nari ikut Hi5. Dah la hari tu dia demam.





Overall, Hi5 ni memang best la! Lagu-lagu yang mereka bawakan terutamanya di segmen terakhir memang best. When you wish... when you wish.. when you wish... when you wish... when you wish upon the star..... Ahaks, sape yang pergi konsert mesti tau lagu ni. Nasib la I rakan kat smartphone. Dapat juga Batrisyia layan lagu-lagu tu kat rumah.

Rasanya mesti Hi5 akan datang lagi ke Malaysia. So boleh la siap-siapkan duit dari awal

Thursday, January 09, 2014

Jom Naikkan Trafik Blog 2014!

Merayap ke blog member, ternampak satu post dari Mak Dara. Apa lagi, jom sertai.

http://www.bicaramakdara.com/2014/01/jom-naikkan-trafik-blog-2014.html

Nak join ni senang je. Korang klik gambar di atas dan ikut apa yang diminta seperti di bawah:

1. Buat entry bertajuk : Jom Naikkan Trafik Blog 2014!
2. Tak Perlu follow Blog Meroyan Mak Dara ni (Tapi kalau sudi dengan rela hati Mak Dara tak halang hehehe)
3. Tepekkan Banner di atas tu dan link kan ke entry ini
4.Tuliskan serba sedikit tentang blog anda
5. Setelah selesai letakkan url entry anda di komen box di bawah ye

Opps... jangan tulis kat comment box sini pulak. Tu, pergi terjah blog Mak Dara. Hehehe...

NOTA PENTING!! Jika anda telah menyertai segmen ini anda perlulah terjah ke blog blog yang bakal mak berikan listnya nanti dengan sebanyak mungkin ye dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak anda di blog itu.. Dan jika blog anda menerima lawatan dari yang menyertai segmen ini anda haruslah membalas lawatan mereka itu.. Dengan cara itu kita dapat membantu dalam menaikkan trafik blog sesama kita ..

Serba sedikit tentang blog nie :

Nama blog ni "Liz Rohaizat". Liz itu saya dan Rohaizat itu my hubby. Eventhough guna nama dia, jarang sekali saya cerita pasal dia. Blog saya banyak berkisar tentang pengalaman saya sebagai seorang ibu. Tapi semenjak anak dah besar, blog pun dah beralih arah. Cerita pasal travel la, beauty product la, tempat makan yang best la, apa-apa yang berbaloi dikongsi... yang penting, jarang cerita pasal gosip artis di sini. Ahaks.

Maybelline Baby Lips Color in Berry Crush

This is so wrong. Last week, I went to the Guardian to buy lip balm for my daughter but ended up buying Maybelline Baby Lips Color for myself! Ahaaa... setelah beberapa kali lipstick patah gara-gara dia curi-curi pakai, I decided to buy a lip balm for her. Nak belikan yang jenis tak berwarna.

But then, I found this at the counter.


Fall in love instantly just because the twist tube is so cute and red in color. Boleh? So cute! Berat ia hanyalah 4.5g jadi memang sesuai di bawa ke mana-mana. It comes in 5 different shades : Coral Flush, Pink Lolita,Cherry Kiss, Berry Crush and Rose Addict.

What I use now is Maybelline Baby Lips Color in Berry Crush.





Nampak macam merah kan tapi tak merah sangat pun. You need a few swipes to get that red shade. One swipe will give you a subtle hint of color to your lips.


Yang best, bau dia bau buah-buahan dan tak melekit. Kan ada sesetengah lip balm bau tu macam kurang sedap sikit. Yang ni sedap baunya. Bibir pun terasa lembap. It claims that it can moisture lips for 6 hours. Selalunya I pakai lip balm waktu tengah hari. Kelembapan dan warna tu kekal dalam 3 jam. I guess ia bergantung juga pada aktiviti kita. Kelembapan akan hilang apabila kita berada di tempat panas, ketika kita makan dan minum. So re-apply the lip balm when needed :)

What I Like
Super cheap... less than RM10 per tube. I bought it at RM7 during Guardian sale.
The packaging is so cute
Moisture your lips instantly
It glides smoothly
Smells great

Not So Love
Does not moisture your lips longer like it claims.
It doesn't help to remove a chapped lips. So make sure your lips is not dry.


Overall
This is the best lip balm I found so far. Murah pun murah. Bau sedap. Tapi paling penting, bibir memang terasa lembap lepas memakainya. Memang tak membantu remove a chapped lips tapi dengan penggunaan yang berterusan, chapped lips pun boleh diatasi.

Tuesday, January 07, 2014

Naik 20 sen

Sejak new year tu, I dah tak breakfast di kedai yang dekat dengan office tu. I sarapan di rumah. I thought I tak boleh "hidup" tanpa nescafe tapi rupanya boleh. Hehehe... kali terakhir I minum nescafe ialah pada 27 December yang lepas.

Pagi tadi terasa nak makan nasi lemak setelah sekian lama tak makan. Terbayang-bayang sambal sotong kat gerai tu. So decided breakfast kat kedai aje la hari nie. Dah jadia tabiat, I akan keluarkan RM5 dari wallet. RM3 akan diberi kepada kedai nasi lemak. RM2 akan diberi kepada kedai I bersarapan pagi. Cashier akan bagi balance 40 sen kepada I.

Tapi pagi tadi dia bagi balance 20 sen saja!


Aiyoo, dah naik harga? Segelas nescafe berharga RM 1.80 sekarang nie. Amboiiii..... nasib la air dia sedap.

Nampaknya esok mulalah sarapan di rumah semula. Takpe Liz, ia lebih menyihatkan.

Monday, January 06, 2014

Penulis kegemaran

I used to love Stephen King. Masa high school kot. Banyak juga buku dia yang I baca. Another author is Christopher Pike. Gigih buka kamus sebab masa tu tak la pandai English sangat. Hihihi. As you can see, I love thriller genre on that time. Pelik juga sebab I penakut orangnya :p

Lepas sekolah, dah mula suka author lain pulak. Paling suka Nicholas Sparks la kot. Jalan cerita dia lebih kurang sama tapi ending dia sweet giler kot. Hahaha. I don't really like love story tapi Nicholas Sparks punya lain sikit. Love story tapi tak la terlalu romantik sampai rasa nak muntah.

Orang dok cakap pasal Sophie Kinsella. I pun baca tapi I tak baca shopaholic series. I baca buku-buku dia yang lain. Lepas tengok movie, baru tiba-tiba nak layan shopaholic series. She's funny. Cara penulisannya memang boleh buat I release tension. Setiap kali I pergi bercuti, I wajib bawa Undomestic Goddess. Tak tau kenapa.

A year ago, I mula baca buku Kristin Hannah. Buku-buku dia lebih menyentuh kepada isu kekeluargaan. It's family love story. Sayangnya susah juga nak cari buku dia kat sini. Maybe sebab dia tak berapa famous kot.

Recently, I mula 'jatuh cinta' dengan Jodi Picoult. Well, buku dia tak semuanya "Wow!" kot. I read a few dan setakat ni I rasa My Sister's Keeper yang agak kucar kacir. Jalan cerita dah best dah. I siap sedu sedan baca ending tapi ending je yang best. Yang lain agak memeningkan kepala. The Pact agak best dan I sedih baca buku sebab mengenangkan nasib Emily dan Chris.

This is my next target.

Jodi Picoult suka ketengahkan isu sensitif dalam penulisannya. Contohnya isu Aspenger Syndrome dalam House Rules, organ donation dalam My Sister's Keeper, suicide dalam The Pact dan Nineteen Minutes pula menceritakan tentang kisah mass shooting at school. Kaki dah tak sabar nak pergi bookstore tapi macam takde masa je :(

Friday, January 03, 2014

Happy New Year!

Hi peeps!

Dah lama ke I tak update blog nie? Maaflah ye. Disebabkan cuti hujung minggu, lepas tu sambung cuti sakit, memang tak sempat nak update apa-apa. Tau-tau je dah masuk tahun 2014.

How time flies! Klise sangat.. ahaks.

Sempena tahun 2014 ni, blog pun berwajah baru. A big thank to Ida from Krafty Palette yang telah menghasilkan design sebegini. Permintaanku biasa saja. Nak warna pastel, ada satu rama-rama pun jadilah. Senang bekerjasama dengan dia sebab dia pantas menjawab email. So kalau korang nak blog berwajah baru, silalah dapatkan perkhidmatan dari Krafty Palette.

For year 2014, I want to focus on one thing.


That's right, baby. It's about time to take care of myself.. inside and outside.

Oh, I sangat suka layan Counting Stars by One Republic. Ketepikan video klip yang tak sesuai tu, lirik lagu ni mengingatkan kita supaya "Said no more counting dollars We'll be, we'll be counting stars". Very meaningful!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.