Thursday, December 04, 2014

Pokok membesar sewaktu musim hujan

Sejuk hati memandang my mini garden yang sekangkang kera tu. Tak la ada banyak pokok pun. Cuma ada 3 pokok bunga raya, pokok bunga ros, pokok limau purut, pokok kunyit, daun bawang, pokok daun kari, pokok cili api, pokok Cili Bangi dan pokok serai. Semua pokok ditanam di dalam pasu kecuali pokok serai.

Semua pokok I layan sama rata tapi pokok kunyit I paling sayang sebab pokok ni dahulunya hidup segan mati tak mahu. I tanam pokok kunyit masa musim panas. Wah, bunyi macam kat overseas pulak eh. Ye la, musim panas bulan 8-9 hari tu. Pokok berubi sebenarnya elok ditanam waktu musim hujan tapi I degil. Pagi petang siram tapi daunnya keluar sehelai. Nak tunggu daun baru punya la lambat. By the time daun baru keluar, daun lama dah tua dan kena lecur panas. Sad... sad. Tapi ku siram juga la. Tertunggu-tunggu musim hujan.

Bila sampai hujung bulan 10, masuk bulan 11.. hujan turun setiap petang. Turun lebat mencurah-curah. Terus jadi subur pokok ni. Daun baru cepat je keluar. Sekarang daun dah melebar. Alhamdulillah.

Samalah juga dengan pokok pandan. Masa adik ipar bagi anak pokok tu, kecil je. Pastu cuaca panas. Pokok ni taknak keluar daun baru. Bila masuk musim hujan, penuh daunnya satu pasu. Tak pernah guna lagi daun pandannya.

Pokok limau purut dibeli di pasar tani. Sepokok RM4 sahaja. Senang nak jaga pokok ni. Cuma masalahnya, belalang suka makan daunnya. Satu hal nak tangkap belalang. Kalau belalang kecil, ok lagi. Ni bila jumpa belalang gemuk (kes tak sedar ada belalang tu kat pokok, sudahnya belalang membesar gemuk dengan hasil makan daun pokok limau purut), memang kena panggil hubby tangkap.

Gambar cili tu bukan cili api tapi Cili Bangi. Pokoknya dibeli dari isteri sepupu I yang merupakan CEO Serotech, syarikat yang terlibat dalam R&D Cili Bangi. Kak Nur banyak bagi tips tentang nak tanam pokok ni. Pokok dah mula berbunga dan keluarkan buah. Tapi buah masih kecil. I risaukan pokok ni kerana ia telah menghadapi banyak masalah sejak dahulu. Nanti-nanti la I ceritakan.

2 scribble(s):

.heidee nor. said...

Liz... jom kita tukar2 pokok. I ada pokok selasih aka thai basil u nak tak

Liz said...

Awakkkkkkk... excited nampak ur nick. Bukan dulu awak dah stop ber blogging ke? Tengok lama sangat tak update. Sudahnya saya remove ur link dari side bar. Ok, excited ni! Kena letak balik! sila update blog ye. Lama tak dengar khabar.

Hehe, nak tukar pokok apa? Saya takde pokok terlebih lagi. Kalau kat rumah lama, ada la anak-anak pokok. Tapi rumah ni, baru nak start balik. Tungguuuu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.