Tuesday, December 09, 2014

Persiapan ke tahun 1

Blog ni dah jadi suam-suam kuku. It's easier to update my instagram. Tu yang sudahnya blog "diam" je. Sesiapa yang belum follow I di IG, silalah follow : lizrohaizat

Ok, bila baca status Ely pagi ni dan tengok komen kawan-kawan dia, I terangguk-angguk sama. Next year, Tisya dah mula belajar di tahun 1. How time flies, cliche sangat kan?

Orang kata, sila beli uniform awal sebab takut banyak saiz habis. I beriye ajak hubby pergi beli. Dia boleh nak tunggu Christmas baru nak pergi beli. Pot pet pot pet la I kat rumah. Maybe dia tak larat nak layan I membebel, maka dia bawa I ke Jusco untuk beli uniform. Elok pulak orang baru dapat gaji. Memang penuh la Jusco tu.

Jusco ada promosi Back To School. So senang nak compare brands yang ada. Alpha Kids ada discount 10% untuk member tapi sebab I tengok jahitannya kurang kemas, kami pilih brand Canggih je. Harga lebih kurang tapi tidaklah murah pun. Tambah harga kain dan baju, lebih RM50 sepasang. Gulp!

So beli 5 helai kurung, 2 helai kain sekolah kebangsaan, 2 helai kain sekolah agama. Macam tak cukup je kurung tu. Takpe la, tengok camne. Kalau tak cukup, kita beli lagi. Kasut 2 pasang. Beg sekolah dan botol air. Botol air macam ada harapan nak hilang kat sekolah tapi I beli juga brand Eplas sebab I suka corak dia (boleh?). Lepas ni kalau hilang, beli je la botol air biasa. Beg sekolah pun dah beli. Beli satu je sebab beg tadika dia masih elok. Jadi beg tu boleh dipakai ke sekolah agama. Pilih brand yang sama sebab I rasa beg Swan memang lasak!

Yang tak beli lagi hanyalah stationery. Ni memang nak beli hujung bulan nanti. Kalau beli awal, confirm Tisya dah pakai dulu.

Barulah sedar, banyaknya nak pakai duit bila anak nak masuk sekolah. Camne la parents kami yang ada 5 orang anak.

2 scribble(s):

fizanur said...

Salam perkenalan. Semoga berbahagia di samping keluarga. blog memang leceh nak maintain. Tapi masih relevan. Jom baca ebook ni

kenali anak anda

Liz said...

fizanur> hi. terima kasih.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.