Monday, December 22, 2014

Kempen ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’ Disney Junior

"Children are like wet cement. Whatever falls on them makes an impression"

Kanak-kanak belajar melalui persekitarannya. Jika anak membesar dalam suasana yang harmoni, dia akan cenderung untuk menjadi seorang yang baik terhadap orang lain. Sebab tu kebanyakan pakar meminta ibu bapa memantau apa saja yang anak lakukan termasuklah menapis program kartun yang anak anda tonton. Kartun yang memaparkan aksi lawan bakal membuatkan kanak-kanak cuba meniru dan berlawan dengan orang lain. Bagi dia, itu tidak salah kerana dia mempelajari perkara itu melalui kartun.

Oleh kerana kartun boleh mempengaruhi kanak-kanak, Disney Junior telah mengadakan satu kempen khas iaitu ‘Pirate and Princess: Power of Doing Good’. Ia bertujuan untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak yang berusia antara 2-7 tahun idea dan nilai-nilai cinta terhadap alam semulajadi, haiwan dan saling bantu-membantu. Kempen ini juga akan memperkasakan kanak-kanak prasekolah untuk turut serta dalam aktiviti sukarela yang digalakan ibubapa dan disokong oleh masyarakat.



Melalui kempen ini, Disney Junior mengharapkan kekuatan cerita dan watak kartun di Disney Junior boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk membuat perubahan positif terhadap dunia ini.

Khas untuk kempen ini, watak popular Disney Junior Jake (dari Jake and the Never Land Pirates) dan Sofia (dari Sofia the First) akan mengajar anak-anak anda bagaimana untuk memberi perubahan positif dalam kehidupan seharian mereka denagn mengikuti langkah-langkah yang diajar melalui kempen ‘Power of Doing Good’.

HOW

Ibubapa perlu memuat-turun senarai aktiviti-aktiviti menyeronokkan dari laman web - www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com yang berasas dari empat tema – Komuniti, Haiwan, Alam Sekitar dan Penceritaan. Sijil dan lencana penghargaan online akan diberikan kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan belajar cara berbuat kebaikan. Selain itu, kanak-kanak dan keluarga mereka akan berpeluang membuat “power promises” (janji berbuat baik) online.






2. Untuk pengguna baru, anda perlu Sign Up dahulu.








3. Terdapat 4 kategori untuk dipilih iaitu Community, Nature, Animals dan Storytelling dan setiap kategori mempunyai beberapa pecahan. Contohnya dalam kategori "Nature", ada 3 pecahan lain iaitu Alert, Adventurous dan Nurturing.





Untuk melihat tugasan yang perlu dilakukan oleh anak anda, sila click "Download Worksheet". Apabila anak anda selesai membuat tugasan tersebut, click "Claim This Badge" dan masukkan butiran yang diperlukan.


Selepas berjaya meng upload gambar anak anda melakukan tugasan yang diberikan, click "Submit".




Anak anda tak perlu selesaikan kesemua tugas sekaligus dalam masa satu hari. Melalui "Your Progress" tab, anda boleh lihat pencapaian anak anda dalam kempen ini. Menarik kan?

Jadi, daftarkan anak anda dan mulakan memberi perubahan terhadap dunia kita. Layari www.disneyjuniorpowerofdoinggood.com untuk keterangan lanjut.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.