Thursday, November 27, 2014

Majlis Ihtifal The Little Caliph Taman Dagang

Sekejap je masa berlalu. Tisya sudah pun menghabiskan program 2 tahun di The Little Caliph Taman Dagang. Teringat hari pertama dia di sana. Walaupun tak menangis, dia taknak masuk ke dalam kelas. Setia duduk depan sliding door. Nampak macam nak menangis. Tapi bila ambil dia balik dari sekolah petang tu, mulut riuh bercerita tentang keseronokan belajar di sana.

Tahun pertama di sana, dia dah pandai membaca. Alhamdulillah. Tu perkara pertama yang I nak dia master sebab kalau tak boleh membaca, susah nak belajar perkara lain.

Masuk tahun kedua, mereka mula belajar subjek-subjek lain. Bukanlah masa tahun pertama tu tak belajar tapi lebih penekanan diberikan pada tahun kedua.

Last Friday, kami menghadiri Grand Ihtifal 2014. Walaupun dibuat pada hari bekerja, ramai parents yang datang. Semua teruja nak tengok anak graduate dan buat persembahan. Tisya kalau berlatih kat rumah, dia tak bagi kami tengok. Teacher Mimi tak bagi sebab nanti tak surpise, katanya.

Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sebab lepas tu ada makan-makan pulak. Semua rileks dan ambil masa untuk berbual. Tisya ni rapat dengan dua orang kawan dia : Zhofeerah dan Zulaika. Kami tiga family merupakan keluarga terakhir yang keluar dari dewan. Sebab apa? Sebab mereka bertiga ni sibuk bermain. Elok nak melangkah keluar, Teacher Umi tahan kami dan minta tapau makanan. Langkah kanan nampaknya :)

Ok la, layan gambar-gambar Tisya ni. Tak banyak sebab Tisya tak lekat dengan kami, sibuk sangat bermain.


Zhofeerah, Zulaika, Alia, Tisya dan Dini




Tisya and Fakhriy





Damia, Tisya and Dini





With Teacher Sakinah



With Teacher Mimi





2 scribble(s):

nieda said...

comelnya anak2 dgn baju konvo

Liz said...

Nieda > aah, ada 4 design masa tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.