Tuesday, November 25, 2014

Breadwinners - Siri animasi terbaru dari Nickelodeon

Nickelodeon memperluaskan lagi senarai pencipta animasi yang asal melalui Breadwinners, satu siri terbaru yang menceritakan mengenai dua ekor itik yang berkerja sebagai penghantar roti dengan jet Rocket Van mereka. 20 siri episod ini dihasilkan oleh Nickelodeon Animation Studios, dengan tayangan perdana pada Jumaat 28 Nov, 6:40PM (MY) yang menceritakan perjalanan dua sahabat, SwaySway dan Buhdeuce yang menghantar roti dimana-mana sahaja. Dua sahabat ini tinggal bersama, ketawa bersama dan mengharungi pelbagai rintangan bersama.


Breadwinners dicipta oleh Steve Borst (Teen Titans Go!, MAD) dan Gary "Doodles" DiRaffaele (MAD, Metalocalypse), yang ditemukan dari Nick’s 2012 Animated Shorts Program. Mereka yang sedang berkembang dan inovatif ini menyampaikan siri lucu dan asli untuk kanak-kanak generasi baru. Berbekalkan inspirasi daripada rakan animasi komedi klasik, dan pelbagai permainan, internet dan budaya muzik semasa, siri inovatif terbaru ini memperkenalkan dua ekor itik yang memberi komitmen sepenuhnya terhadap pekerjaan mereka.



Sepanjang siri ini, SwaySway, si pemimpin yang optimis, dan Buhdeuce pembantu yang setia melalui pengembaraan yang menyeronokkan bersama-sama. Daripada termakan sebuku Stank Bread sehinggalah tersesat di lombong roti, tiada yang dapat menghalang mereka dalam percubaan yang menyeronokkan untuk memecahkan rekod penghantaran roti paling banyak dalam satu hari.

Penonton boleh melayari Nick-Asia.com untuk mengakses foto, video dan mengenali watak-watak Breadwinners. Peminat boleh belajar untuk menjadi Breadwinners dengan 10 siri mini permainan, Big Bread Booty Bash. Pemain harus menyelesaikan hari bekerja sebagai SwaySway dan Buhdeuce mana mereka melombong roti, menaiki kereta, terbang Bersama Rocket Van dan lain-lain dengan mengharungi bebarapa rintangan.

Selepas tayangan perdana tersebut, siri Breadwinners ini akan diteruskan pada 6 Dis, 09:25AM (MY) setiap hujung minggu di Nickelodeon. Jadi jangan lupa menonton tau!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.