Friday, November 14, 2014

5 Ways to Protect Yourself From Theft

Dari dulu hingga kini, kes pecah rumah dan ragut sentiasa mencatatnya kes yang tinggi. Pecah rumah banyak dicatatkan pada musim perayaan. Maklumlah, ramai orang balik kampung dan rumah ditinggalkan. Senanglah perompak pecah masuk rumah tanpa dilihat sesiapa. Kes ragut pula banyak berlaku terhadap wanita. Untuk pengetahuan, dalam tahun 2013, sebanyak 17,470 kes pecah rumah dan 33,197 kes ragut telah dicatatkan. Tinggi bukan?


Jadi kita kenalah berhati-hati dan cuba memastikan kejadian buruk ini tidak berlaku kepada diri kita. Di sini I nak share 5 tips yang kita boleh ikuti : T.H.E.F.T


TIP NO.1

TINGGALKAN SATU LAMPU TERPASANG DI DALAM RUMAH. Seeloknya, cahaya lampu biarlah dapat dilihat dengan terang dari luar rumah. Ini dapat menipu perompak yang akan menyangka ada orang di rumah pada waktu itu. Tak beranilah mereka nak merompak rumah anda.

Nak senang, pakai light switch timer.


TIP NO. 2

HENTIKAN PENGHANTARAN SURAT KHABAR apabila anda tiada di rumah selama beberapa hari. Ini salah satu perkara yang ramai orang ambil mudah. Longgokan akhbar di luar rumah memberi signal kepada pencuri dan perompak bahawa tiada siapa di rumah pada waktu itu.



TIP NO. 3

ELAKKAN DARIPADA BERJALAN SEORANG DIRI. Berjalan secara berkumpulan dapat mengelakkan daripada diri kita menjadi mangsa ragut. Peragut pun tak berani nak dekat dengan kita. Pastikan juga tidak berjalan di kawasan yang sunyi dan terlindung daripada orang ramai.



TIP NO. 4

FOLLOW THE WALKING SAFETY RULES. Ada satu peraturan yang I tengok jarang sangat orang praktikkan iaitu berjalan menghadap lalu lintas dari arah bertentangan. Dengan cara ini, kita dapat lihat siapa dan apa yang datang ke arah kita. Kalau ada penunggang motosikal yang nampak meragukan, sekurang-kurangnya kita bersedia untuk mengelakkan diri daripada diragut.



TIP NO. 5

THEFT PROTECT DARI AIG memberi perlindungan apabila berlaku kes pecah rumah, rompakan atau ragut kepada diri kita. Kadang-kala, perkara sebegini tidak dapat dielakkan walaupun kita telah mengambil langkah berjaga-jaga. Jadi, seeloknya dapatkan Theft Protect insurance untuk memberikan ketenangan jiwa setelah kejadian yang tidak diingini ini berlaku.



Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Theft Protection, layari website AIG : Theft Protect Insurance.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.