Wednesday, October 08, 2014

Berpindah ke taska baru kerana...

Takziah kepada ibu bapa bayi yang meninggal dunia di taska baru-baru ini. Kes ini menjadi perhatian kerana pengasuh tidak sedar baby tu sudah meninggal dunia. Semasa parents arwah ambil di taska, arwah telah dihurung semut. Siapa tak sedih? Ibu bapa yang dengar berita ni, mesti sedih. Dalam kes ni, tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan. Pengasuh juga cuai kerana tidak check arwah.

Tapi kita tak boleh kata semua taska tu tak bagus. Tak boleh hantar anak ke taska. Cikgu tak pandai jaga. Baik hantar ke pengasuh kat rumah. Pernah dengar orang yang buat statement begini?

Sebenarnya hantar anak di mana-mana, risikonya tetap anda. Anak sendiri yang dijaga oleh ibu bapa sendiri pun tetap mempunyai risiko untuk berlaku kemalangan. Siapalah kita untuk melabel semua taska tu tak bagus.

I berpegang pada perkara tu. It's just my opinion :)

Nak cerita hal taska Tisya sebenarnya. Mukadimah punya la panjang. Hehehe.

Sejak umur Tisya sebulan 2 minggu, dia dah dihantar ke taska itu. Semuanya okay hinggalah awal tahun 2013, cikgu A berhenti. Tinggallah cikgu B dan C menjaga budak yang ramai. Ratio cikgu : pelajar tu tak sesuai sangat. Berkali-kali desak pengetua taska. Cikgu baru masuk silih berganti tapi semuanya tak tetap. Masa tu, I tengok kebajikan pelajar dah mula terabai. Tapi I pandang sebelah mata sebab Tisya dah besar. Dia tahu jaga diri.

Cikgu A yang berhenti ni dahulunya ditugaskan untuk membeli barang dapur. Sejak dia berhenti, barang dapur pun nak taknak je ada. Cikgu B dan C ni memang tak dapat nak keluar beli sebab diorang kena jaga budak-budak kat situ. Jadi, tugas membeli barang dapur tu mestilah diberi kepada pengetua.

Pengetua ni I rasa hanya tahu kira duit. Dia hanya tahu beli biskut kering untuk budak-budak minum pagi. Makan tengah hari pulak asyik lauk sup. Hangin betul. Kami sabar lagi. Pagi-pagi bekalkan Tisya breakfast. I ambil dia tengah hari je, terus pergi belikan makanan untuk dia makan kat tadika.

Tu belum kes taska ada tikus. Taska tu bersih tapi ada tikus sebab kat dapur, lubang kat lantai tu terbuka. Penutup dah pecah. Berkali-kali cikgu minta pengetua betulkan tapi tidak juga dibetulkan. Dalam hal ni, kami terpaksa masuk campur dengan cara call pengetua dan ugut untuk beritahu pihak JKM. Dan-dan tu je pengetua datang taska dan minta minta cikgu kemas-kemas dan minta orang tutup lubang tu. 

Tapi kenapa masih pandang sebelah mata?

Sebenarnya nak pindah tapi kebetulan, pertengahan tahun tu.. ada seorang cikgu baru masuk. And Tisya loves her very much. Cikgu tu buat praktikal dia JKM sebab dia nak buka taska sendiri. So dia sangatlah rajin buat aktiviti untuk budak-budak kat situ. Dia yang menyedari "masalah" tak cukup makan tu.. sampai mak dia siapkan breakfast untuk budak-budak di rumah dan suruh anak dia bawa ke taska.Macam mak dia pula yang jadi pengetua. Sumpah I rasa bersyukur sangat (dan naik menyampah dengan pengetua masa tu).

Cikgu ada 3 orang masa tu. Mereka pun macam bengang juga dengan pengetua. Akhirnya mereka bertindak berhenti kerja selepas hari raya aidilfitri. Lepas tu ada 3 orang cikgu baru masuk. Budak-budak yang duduk kat taska tu masa tu ada 13 orang. By end of August, jumlahnya berkurang jadi 9 orang.

So we decided untuk bertahan sampai la cikgu yang ambil kursus dengan JKM tu buka taska. Katanya October baru akan dibuka. 1st October baru-baru ni, taska cikgu tu dibuka. Terus masukkan Tisya di sana. Surprisingly, budak-budak kat taska lama tu pun berpindah masuk ke taska baru ni. Rupanya parents lain pun "makan hati" dengan pengetua taska lama tu.

What can I say? PADAN MUKA KO!

Sakit hati tak kalau setiap kali tanya anak breakfast apa, dia kata biskut dengan air kosong? Makan apa tengah hari tadi, dia jawab nasi dengan sup kentang carrot. Ikan, ayam jarang sekali. Duit yang parents bayar tu entah pengetua buat apa!

Zaman I pergi taska dulu, breakfast nasi lemak, mihun, nasi goreng, mee goreng, roti planta. Tengah hari lauk mesti ada ayam, ikan, telur.. sebab tu sumber protein untuk kanak-kanak. Hmmm, patutlah anak aku kurus kering je T_T

Taska baru ni bagus sebab cikgu kursus JKM. Siap ada report card. Setiap hari boleh tahu anak makan apa, aktiviti apa yang diorang buat, suhu badan pun ambil tiap-tiap hari. Alhamdulillah. Harapnya prestasi tu kekal la sampai Tisya darjah 6 :)

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.