Thursday, October 23, 2014

Be So Much More With Dugrostar™

Hello!!

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta Dugrostar™ telah pun tiba. Masih ingat pada entry I tentang pencarian bintang Dugrostar™? Klik di sini untuk maklumat lanjut : Bersinar Sebagai Dugrostar™


Kini, seramai 280 finalis muda akan disenarai pendek oleh pihak Dugrostar™ untuk ke peringkat seterusnya di mana finalis-finalis ini akan membuat pesembahan langsung di 7 pusat membeli belah di seluruh Malaysia. Ia akan berlangsung dari 24 Oktober 2014 hingga 16 November 2014. Berikut merupakan senarai pusat membeli belah yang terlibat dalam menjayakan pencarian bintang Dugrostar™ ini :

KB Mall, Kelantan
24 - 25 Oktober 2014

Plaza Merdeka, Sarawak
31 Oktober - 2 November 2014

Sunway Pyramid, Selangor
31 Oktober - 2 November 2014

One Borneo, Sabah
8 - 9 November 2014

Mahkota Parade, Melaka
7 - 9 November 2014

KSL Mall, Johor Bahru
7 - 9 November 2014

Queensbay Mall, Pulau Pinang
14 -16 November 2014

Di setiap lokasi, pemenang Hadiah Pertama, Kedua dan Ketiga bagi setiap kategori umur akan memenangi hadiah yang hebat, manakala kesemua finalis akan menerima hadiah menarik sebagai tanda penghargaan di atas hasil usaha mereka!

Untuk anda yang tidak mendaftarkan anak dalam pencarian  Dugrostar™, anda masih boleh join kempen ini. Pergi saja ke pusat membeli belah yang terlibat di tarikh yang ditetapkan kerana ada banyak promosi yang menarik dan pelbagai aktiviti-aktiviti seperti Langkah Tarian Dugrostar™ dan Beat Dugrostar™. Anda jugaboleh mengambil gambar sekeluarga di booth video Dugrostar ™ dimana anak anda masih boleh mendaftar untuk menyertai kempen ini dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang lain.

Anak anda malu-malu nak menari? Jangan risau, Langkah Tarian Dugrostar™ ni senang saja. Tisya yang pemalu pun boleh menari berulang kali kerana lagunya rancak dan tariannya mudah. Tak percaya? Cuba tengok gambar-gambar Tisya menari Langkah Tarian Dugrostar™ ni. Budak kecil confirm boleh buat.

Tepuk tangan

Kita pusing ke kanan

Gelek pinggang sikit

Menari macam diva sikit

Ulang langkah-langkah di atas beberapa kali and that's it!

Jom layan video. Tapi maaf, tak berapa terang.

 
 
 
Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.