Thursday, October 16, 2014

Batrisyia menyambut hari lahir dalam cuaca sejuk beku

Sorry for lack of update. Kesian Tisya. Takde update langsung pasal her birthday. Hihihi, sorry eh.

Tahun ni Tisya sambut birthday dia banyak kali. Seronok la dia. Hari lahir dia jatuh pada 2 Oktober. Kebetulan, hujung minggu tu balik ke kampung sebab nak menyambut Hari Raya Aidiladha. Alang-alang, potong kek kat sana. Nak minta family datang ke KL, ada je yang tak free. Tak seronok pulak kalau tak cukup korum. So, buat kat sana. Takde buat apa pun. Pagi Sabtu tu bawa Tisya ke Kidzania. Tu kira hadiah no 2 untuk dia. Hadiah no 1? Biarlah rahsiaa... chewah. Entry Kidzania ni kemudian la ye. Kita nak cerita pasal birthday dia.

Balik kampung petang tu. Lepas merendang, malam tu potong kek. Simple je. Tisya suka la sebab dapat kek idaman dia.

Tak berkenan tengok tulisan tu. Urm, baik tak tulis.

Jumaat minggu lepas pula, teacher kat daycare centre nak buatkan majlis hari jadi untuk Tisya dan seorang lagi toddler bernama Yaya. Yaya ni birthday dia pada bulan September tapi mak dia tak sempat nak buat apa-apa. So sambut serentak dengan Tisya. Dan mereka dapat kek ini.

I tak bagi gambar Tisya tu pun. Rupanya teacher dia ambilkan.


Meriah sikit sebab ramai kawan. Tak semua ada dalam gambar ni.

I ditugaskan siapkan goodies bag untuk 30 pax. Makan masa sebab paper bag buat sendiri. Lepas tu hanya boleh buat lepas Tisya masuk tidur. Kalau tak, memang dia pun nak menolong. Bila tak bagi tolong, dia merajuk pulak. Ye la, bukannya dia reti nak lipat paper bag. Bila paper bag dah siap, baru minta tolong dia masukkan goodies dalam beg tu. 30 pax... makan masa!

Keesokan harinya tu pula, kami menghadiri majlis hari lahir BFF Tisya. Zhofeerah namanya. Rupanya BFF dia lahir sama bulan dengan dia. BFF yang lagi sorang tu (Zulaikah) lahir pada bulan August. Dekat-dekat je rupanya. Hari tu, mereka bertiga tiup lilin sama-sama. Hehehe... kawan dia pun merelakan je.

From left : Zulaikah, Zhofeerah dan Batrisyia

Tisya punya seronok main kat situ sampai taknak balik. Kalau boleh, nak tidur nak rumah Zhofeerah.

Kami masih belum boleh menarik nafas lega kerana masih tinggal satu ni je lagi.


Let it go! Let it go!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.