Thursday, September 11, 2014

Tidak jadi masuk ke SRAI

Beberapa bulan lepas, Tisya menduduki peperiksaan kemasukan ke Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). Bagi yang tak tau SRAI tu apa, SRAI merupakan kombinasi sekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama. Jadi pelajar di SRAI akan masuk sekolah waktu pagi untuk belajar subjek sekolah kebangsaan. Petang pula sambung subjek sekolah rendah agama. Makanan tengah hari juga disediakan.

Tempat adalah terhad. Jadi saban tahun, ada peperiksaan kemasukan bagi menentukan pelajar yang terpilih. Bukan nak kata yang tak terpilih tu kurang pandai tetapi itulah salah satu senang untuk memilih pelajar yang masuk ke SRAI kerana setiap tahun, jumlah yang memohon sangatlah ramai!

SRAI yang Tisya nak masuk tu jauh dari rumah. Kebetulan, ada dua orang pelajar dari tadika yang sama ingin mencuba nasib. Jadi kami sebagai parents, sudah mula berkira-kira untuk carikan transport bagi menghantar anak-anak kami ke sana.

Sejak 3 bulan sebelum exam, Tisya dah mula buat latih tubi. Beli buku contoh soalan dan hubby fotostat beberapa set. Banyak la juga. So dua minggu sekali, Tisya akan buat. Kami akan ajar. By the time seminggu sebelum exam, Tisya dah sangat familiar dengan soalan yang bakal ditanya. Malam sebelum exam, kami buat peperiksaan olok-olok di rumah. Nak tengok dia berjaya siapkan dalam masa 2 jam atau tidak. She finished it in an hour.

Oh ye, beberapa minggu sebelum exam kot.. kami dapat tahu salah seorang pelajar dari tadika dia tak jadi nak ambil exam tu. Sudahnya dua orang termasuk Tisya je. Dah mula gusar tentang transport tapi takpe. Bagi anak-anak ambil exam dulu. Lepas dapat tahu keputusan, baru fikir.

Pagi nak exam tu, kami gerak awal ke sekolah. Ramai sangat anak-anak yang nak ambil exam tu. Boleh ke Tisya ni? Seperti biasa, I dah agak Tisya mesti nak nangis. Dia tak kenal sapa-sapa kat situ. Elok pulak kawan dia tu tak sampai-sampai. Sikit-sikit tanya, "Mana Zhofeera???". Letih nak jawab.

Suruh beratur, dia lari kat I. Terpaksa la umi dia ni beratur sekali.

Muka sudah mau nangis T_T

Cikgu bawa pelajar ke kelas untuk ambil exam. Parents pula berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat dari guru besar. Semasa taklimat ini, ada beberapa perkara diberitahu oleh guru besar bermain-main di fikiran kami dan ibu bapa Zhofeera. Tak perlulah I share kat sini. Sekolah tu bagus kalau korang betul-betul tekad. Macam kami dan parents Zhofeera, merekalah anak tunggal kami. Bak kata ayah Zhofeera, "Tu sorang je la anak kita. Anak tu la yang nak jadi doktor, nak jadi peguam, nak jadi akauntan". You know what I mean?

Dua minggu kemudian kot, result keluar. Batrisyia dan Zhofeera terpilih untuk masuk ke sesi tahun hadapan. Setelah berfikir panjang, kami dan parents Zhofeera menolak tawaran tersebut. Takpe la, kita boleh beri laluan kepada pelajar yang membuat rayuan :)

So tahun depan Batrisyia bersekolah di mana? Di sekolah kebangsaan berdekatan dengan taska dia. Oh ye, Tisya bakal berpindah taska bulan Oktober ni. Cikgu kesayangan dia akan buka taska baru, so dia pun akan berpindah ke sana. Taska sekarang ni sudah tiada kualiti di mata kami. Lama bertahan sebab nak tunggu cikgu tu grad program Permata.

2 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Napa tolak liz? *sibuknaktau. Tapi tak per lah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku teringin nak sekolahkan kimi kat SRAI ni, tapi jauh dari rumah.

Liz said...

Fiza > I don't feel any regret pun. Sebab sekolah tu agak jauh.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.