Thursday, September 04, 2014

"The 7D" - Siri animasi terbaharu Disney Channel

Need Snow White and the 7 Dwarfs with a little twist? You can get it in The 7D!


The 7D Disney, siri komedi kontemporari mengenai dunia Seven Dwarfs dengan watak yang diolah semula oleh Noah Z. Jones (“Fish Hooks”). Antara pelakon yang menyumbangkan suara emas mereka ialah Kelly Osbourne sebagai ahli sihir baharu Hildy Gloom, Jay Leno dan Whoopi Goldberg yang masing-masing memegang watak Crystal Ball dan Magic Mirror.

The 7D mengetengahkan watak Happy, Bashful, Sleepy, Sneezy, Dopey, Grumpy dan Doc sebagai 7 mahluk kerdil yang ditugaskan oleh Permaisuri Delighful untuk menjaga keamanan negara daripada dua penjahat lucu; Grim dan Hildy Gloom yang merancang untuk mengambil alih kerajaan tersebut dengan mencuri permata ajaib dari lombong 7D. (Yes, no Snow White here!)



Apabila dipanggil oleh The Big Bong Bell, loceng ajaib yang turun dari langit semasa Permaisuri Delightful ingin mengadap 7D, wira-wira kerdil yang berani ini akan datang ke sisi baginda dengan segera. Samada menyelamatkan kampung daripada gergasi yang ganas atau mencari cermin ajaib Permaisuri yang hilang, The 7D akan berusaha untuk menyelesaikan setiap tugasan. Ini menghampakan Lord Starchbottom, pembantu setia Permaisuri yang lebih suka menangani krisis dengan caranya tersendiri. Dengan tujuh personaliti yang berbeza, 7D sentiasa berjaya menyelesaikan masalah dan menghalau Grim dan Hildy ke rumah mereka untuk cuba merancang lagi.

The 7D akan mula siaran pada Ahad, 7 September jam 11 pagi di Disney Channel (Saluran Astro 615). Jangan lupa tengok tau!

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.disneychannel-asia.com.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.