Friday, August 22, 2014

Selamat pulang, MH17


Beberapa hari yang lepas, I terserempak dengan van-van jenazah yang digunakan untuk majlis menyambut jenazah mangsa MH17. Walaupun itu hanya rehearsal, rasa sebak sangat waktu tu.

Hari ni, kali pertama negara Malaysia mengadakan hari berkabung. Mourning Day merupakan sesuatu yang baru bagi kita dan ramai yang tak tau apa perlu dibuat pada hari tersebut. Hari ni, I dan hubby memakai baju berwarna hitam ke tempat kerja. Ada yang kata tak perlu, memang tak wajib.. kami nak pakai. Lagipun, hubby perlu berada di Kompleks Bunga Raya pada pagi ini. Jadi, dia memang diminta berpakaian hitam.

I hanya dengar siaran langsung dari radio. Takkan nak tengok TV pulak. Takpe, malam ni boleh tengok kat TV. Walaupun hanya dengar suara pengulas di radio, hati tetap rasa sedih mengenangkan nasib mangsa-mangsa MH17. Kalau kita pun dah rasa sedih, sedih lagi hati ahli keluarga mereka :(

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk ahli keluarga seluruh mangsa MH17.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.