Friday, August 29, 2014

Play IQ dari Fisher-Price®

Fisher-Price® baru-baru ini telah melancarkan Play IQ semasa 4 hari aktiviti (14-17 August) di Sunway Pyramid dengan dikelilingi pelbagai jenis dan warna alat permainan serta suasana yang menyeronokkan. Para ibubapa yang telah hadir bagi sesi pembelajaran, membawa anak-anak mereka untuk bermain di ruang permainan yang disediakan dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti gerai foto, cabutan bertuah dan promosi khas bagi alat-alat mainan Fisher-Price®.

Dr. Deborah Weber, Head of Infant Research at Fisher-Price® and Leong Meiyin, 
Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. launch Play IQ in Malaysia 
to help parents discover and track their child’s precious early development.

Play IQ adalah satu konsep dan platform Fisher-Price® yang membantu para ibubapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga tunggak utama: Fizikal, Kognitif dan Sosial dan Emosional. Dengan mengenalpasti perkembangan anak mengikut kaedah ini, para ibubapa dapat mempelajari cara untuk membantu bayi mereka mencapai perkembangan baru disamping mengesan kemajuan mereka di dalam bidang-bidang ini.

Mother looks on gleefully at her young one takes baby steps with 
the Fisher-Price’s Stride-to-Ride Lion. This toy promotes 
children’s Physical Play IQ by learning to walk while enjoying a ride!

Pada 16 Ogos 2014, Dr. Deborah Weber, Ketua Jabatan Penyelidikan Bayi di Fisher-Price® telah mengendalikan beberapa sesi bersama ibubapa dengan topik-topik yang menarik mengenai tumbesaran kanak-kanak : Teknologi vs Permainan, Apakah cerita disebaliknya?, Berurusan dengan karenah kanak-kanak, dan Bagaimana ibu bapa boleh bermain bersama anak-anak mereka.

Parents listening to Fisher-Price’s Dr. Deborah Weber, 
while their babies are playing with Fisher-Price® toys.

Dr. Weber menerangkan mengenai Play IQ dengan lebih lanjut bahawa “Play IQ lebih daripada sekadar membiarkan bayi bermain, malahan ianya berkaitan dengan kesedaran bahawa bayi berkembang mengikut kemampuan masing-masing dan mencapai perkembangan penting pada waktu-waktu yang berbeza. Ia juga suatu detik penemuan bagi para ibubapa, khususnya ibubapa baru; dengan memahami Play IQ seorang kanak-kanak, mereka akan menemui jejak perkembangan yang lebih jelas. Play IQ membantu dari segi menentukan perkara yang perlu dipelajari oleh bayi, mengenalpasti peringkat perkembangan mereka dan cara terbaik bagi menyokong mereka ke arah pencapaian potensi sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fisher-Price® Play IQ serta aktiviti-aktivitinya, sila layari www.fisher-price.com/PlayIQ dan www.facebook.com/FisherPriceSEA.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.