Tuesday, August 12, 2014

Open house

Dah masuk pertengahan Syawal. Hari ni baru nak mula berpuasa sunat Syawal. Semoga dapat habiskan puasa ganti juga dalam bulan ni. Memang tak suka nak lengahkan ganti puasa. Bila dah selesai ganti, lega sikit.

Ada yang bertanya bila nak buat open house. Hihihi. Maaflah, rumah I memang tak pernah buat open house. Oh, ok.. pernah sekali. Tu pun sebab baru pindah rumah. So buat open house untuk kenal jiran-jiran. Lepas tu memang takde la.

So pintu rumah sentiasa terbuka di hujung minggu. Jangan datang di hari bekerja. Memang tak dan! Balik pun dah malam. Kalau nak datang hujung minggu tu, beritahu awal. Mana la tau kami ada hal dan tiada di rumah. Sesapa yang datang tak roger dulu, makan kuih raya je la :)

Ni tengah buat list barang-barang yang perlu dibeli untuk jamuan raya khas untuk keluarga belah hubby. Buat simple-simple je. Elok pulak pagi Sabtu tu ada jamuan raya kat tadika Tisya. Nampaknya bakal kelam kabut lah Sabtu ni. Jadi I tengah fikir menu yang I boleh siapkan sikit-sikit mulai Jumaat malam tu.

For this raya, I'm craving for rendang. I tak jumpa lagi rendang yang banyak kerisik. Huhuhu. Kalau dapat rendang ayam hancur, cicah dengan lemang... perghh, sedapnya!


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.