Tuesday, August 19, 2014

Kemalangan di MRT construction site

Takutnya dengar news tentang kemalangan di MRT construction site. Walaupun tempat kejadian tu jauh dari laluan awam, ia juga boleh berlaku di mana-masa MRT site.

Tiap-tiap hari kami akan lalu di kawasan pembinaan MRT. Jalan Cheras tu sesak teruk setiap pagi, setiap tengah hari, setiap petang dan setiap hujung minggu. Rasanya lepas tengah malam je baru tak sesak kot. Tension je.

Setiap kali lalu tu juga I terpandang-padang konkrit yang ada kat atas kepala. What if benda tu jatuh, I pernah tanya hubby. Dia jawab, benda tu susah nak jatuh. Yang biru tu pegang konkrit tu kuat. Sape yang selalu lalu kat site tu tau la apa benda yang warna biru tu.

Now, 3 orang pekerja dikhuatiri mati :(

Hmm tapi kalau ajal dah tiba, kat mana-mana pun boleh mati.. betul tak?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.