Friday, August 29, 2014

Kanak-kanak sekarang tak berapa nak adventurous kan?

Minggu lepas kot, kami anak beranak layan Divergent. Siapa yang dah tengok mesti tau kisah Beatrice yang lahir di kalangan Abnegation tapi akhirnya memilih untuk menjadi Dauntless selepas menduduki aptitude test dan menukar namanya kepada Tris. Dalam movie tu, golongan Dauntless merupakan mereka yang berani. Bila Tisya tengok Tris cuba panjat tiang untuk ikut Dauntless yang lain, Tisya cakap, "Girl mana boleh panjat-panjat".

Cakap tak serupa bikin sebab dia pun suka memanjat :p

Siapa kata girl tak boleh panjat-panjat? I tanya dia. So I pun cerita la kisah I kecik-kecil. Panjat memanjat ni kira biasa la. Kalau balik kampung, panjat pokok rambutan, pokok jambu. Pokok maggis je tak pernah panjat sebab tinggi. Kalau nak rumah sendiri, yang ada pokok ceri je la. Tu pun kat rumah orang.

I tak tau la my parents tau ke tak. Rasanya diorang tau dan diorang pun tak risau.

Sebelum keluar main, wajib siapkan homework.Tepat pukul 5 petang, dah boleh keluar main. Sebelum pukul 7 malam dah kena balik. Kadang-kadang main kat depan rumah. Kadang-kadang, main jauh sikit.

Tempat bermain bukan di playground. Kami main di tengah jalan, di dalam longkang, di padang bola. Longkang? Tak percaya? Betul ni. Kat longkang, kami main tangkap berudu. Pernah sekali tangki air besar tu pecah. Air dari tangki menderu-deru keluar ke longkang. Kitorang siap mandi manda dalam longkang tu. Fuh, tak tau la kenapa parents I tak marah. Maybe sebab tu air bersih dan longkang pun tiada sampah sarap. So mandi la ko nak, asalkan tak dibawa arus.

Kami juga suka main dengan beluncas. Ada satu pokok tu, banyak beluncas. Beluncas pelbagai warna pulak tu. Sangat cantik. Kami tau beluncas boleh buatkan kulit gatal so kami main-main dengan beluncas guna ranting. Kalau sekarang nampak Tisya nak dekat dengan beluncas? Confirm belum apa-apa I dah menjerit.

I rasa budak zaman sekarang miss banyak benda. Tengok Tisya pun cukuplah. Nak main kat playground pun I tak bagi dia pergi seorang diri (dia pun penakut nak pergi sorang-sorang, takut kena kidnap katanya). Padahal playground tu dekat sangat dengan rumah. Ye la, dalam perjalanan nak ke playground tu, macam-macam boleh jadi. Bukan kita tak pernah dengar budak kena kidnap dengan jiran, betul tak?

Tu belum lagi nampak Tisya memanjat, melompat longkang... semua I risau. Ke I je yang overprotective? Rasanya tak juga. Kadang-kala bila dia tak nak dengar cakap, I biarkan je. Bila dah terkena dan dia menangis, I buat derk je. Bagi dia rasa. Hehehe... macam kejam je ke? I saja je, nak bagi pengajaran kat dia.

Atau I nampak semua tu sebab I kat KL? Maybe kat negeri lain, kanak-kanak masih bebas bermain tanpa perlu risau apa-apa.

2 scribble(s):

Mieza Everdeen said...

Aww kak liz, you made me miss my childhood! Kita dulu panjat tembok rumah kosong tau, masuk tingkat 2 melalui balcony sebab dengan kawan2 konon explore rumah berhantu padahal xde apa pun. Pastu panjat and terjun pokok rambutan, best gilaa! Budak2 skrg nak keluar main pun yelah semua parents takut anak kena culik.

Liz said...

mieza> kan? dulu juga yg best. budak zaman skrg duduk dalam rumah je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.