Tuesday, August 05, 2014

Entry raya

Fuh, berhabuk betul blog ni masa bulan puasa. I am so sorry. Tapi takpe, lepas ni I akan rajin update semula. Semua orang masih dalam mood raya ke? Selagi tak cukup sebulan, selagi tu la orang akan beraya, betul tak?

This year, kami beraya di Cheras dulu. Hari raya ketiga barulah balik ke Seremban. Hari raya kelima dah balik KL semula. Kebanyakan jiran I pun cuti panjang. So boleh kira dengan jari berapa banyak rumah yang lampunya terpasang di malam hari.


Orang yang paling seronok beraya semestinya Tisya. Pakai baju cantik, kasut cantik, handbag cantik. Tiap-tiap hari dia tidur lambat. Punya la syok dia beraya.

Sesiapa yang nak datang beraya tu, call I dulu ye. Mana la tau I takde kat rumah pulak. Ok la korang, selamat hari raya!


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.