Monday, July 14, 2014

Sunsilk Menginspirasi dan Memperkasa Wanita yang Berhijab Sejak Tahun 2000

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa wanita yang bertudung tidak mempunyai masalah rambut dan "bad hair day" kerana rambut mereka tidak perlu kelihatan cantik sentiasa. It is not true because we still have to deal with dandruff and hair loss problem. Tapi satu masalah yang seringkali menimpa wanita bertudung ialah kegatalan kulit kepala.

Kegatalan kulit kepala terjadi apabila kulit kepala mengeluarkan sebum yang berlebihan. I syampu rambut setiap hari tetapi kulit kepala tetap terasa gatal sekali sekala terutamanya apabila bekerja di luar. Tak elok tergaru-garu kepala di hadapan orang ramai. Nanti boleh menjejaskan keyakinan diri pula. Betul tak?

Menyedari hakikat ini, jenama Sunsilk telah berusaha menghasilkan satu syampu yang sesuai untuk wanita bertudung. Siapa ingat lagi iklan pertama Sunsilk yang menampilkan Wardina Safiyyah? Itulah iklan syampu pertama di Malaysia yang tidak menunjukkan rambut. Begitu kreatif. Tak sangka sudah 14 tahun berlalu.

Melalui kerjasama bersama Dr. Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala yang terkemuka, Sunsilk Lively Clean and Fresh telah dihasilkan. Ia diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex untuk menyingkirkan pembentukan sebum kulit kepala yang berlebihan. Kulit kepala akan terasa lebih segar dengan selepas satu cucian.  Bau pun wangi!

Shampoo - deeply cleanses and nourishes your hair
Conditioner - reduced breakage and detangles your hair

Baru-baru ini, telah berlangsung satu sidang akhbar di Westin Hotel sempena majlis perlancaran kempen Sunsilk yang terbaru.



Untuk kempen tahun 2014, Sunsilk telah mengumumkan Heliza Helmi sebagai duta terbaru mereka.


Rakan-rakan dari industri hiburan turut serta menyokong Heliza Helmi
sebagai duta terbaru Sunsilk Lively Clean and Fresh di siding akhbar.


Sebagai penyokong yang paling kuat, kami berasa Heliza adalah contoh unggul wanita yang berhijab yang sudah merasai kehidupan dan mencapai impian bersama dengan Sunsilk. Lebih daripada itu, kami berharap untuk menginspirasi dan memperkasakan wanita Malaysia yang berhijab agar yakin untuk hidup dengan sihat dan mengejar peluang, sama seperti gadis-gadis yang lain. Dalam merealisasikan visi ini dalam kehidupan, kami telah memilih Heliza agar mengetuai kempen Lively Clean and Fresh tahun ini, kerana kami percaya beliau adalah wanita yang paling sesuai untuk memimpin siri perjalanan hidup sebenar ini,” Ashlee Ng berkata, Pengarah Jenama Penjagaan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Lebih menarik dalam kempen kali ini, pengguna boleh berkongsi kisah perjalanan mereka berhijab, impian mereka yang tidak terceritakan, aspirasi dan cabaran mereka dalam hidup melalui Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000.

Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 adalah pertandingan jenama untuk kempen ini, di mana wanita yang pernah menggunakan Sunsilk dijemput untuk berkongsi kisah mereka yang tidak terceritakan dan kenangan mereka menggunakan Sunsilk pada halaman Facebook jenama tersebut. Semua kisah bermakna wanita ini akan dikumpulkan dalam satu garis masa yang memaparkan perjalanan Sunsilk Lively Clean and Fresh sejak 2000 sehingga ke hari ini. Pemenang hadiah utama akan diberi hadiah wang tunai RM20,000 untuk mencapai aspirasi beliau. Beliau juga akan diberi peluang untuk bersuara dan berkongsi kisah beliau yang menginspirasikan sebagai wanita yang berhijab dengan seluruh dunia .

Untuk menyertai pertandingan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000, wanita perlu:

1. Membeli produk Sunsilk daripada rangkaian Lively Clean and Fresh sebanyak RM15
2. Berkongsi kisah perjalanan hijab peribadi beliau dengan Sunsilk pada aplikasi Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 (didapati pada halaman Facebook Sunsilk Malaysia)

Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 akan berlangsung dari penghujung July tahun ini. Sunsilk akan memberikan hadiah berjumlah RM50,000 kesemuanya bagi menghargai wanita –wanita ini yang telah menyokong Sunsilk selama ini.

Layari https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk maklumat lanjut.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.