Monday, July 14, 2014

Resipi Ayam Istimewa bersama Scott® Calorie Light

Makanan bergoreng? Ramai yang takut nak makan makanan bergoreng kerana ia tinggi kalori. Tapi makanan bergoreng jugalah merupakan salah "comfort food" sesetengah orang seperti I. I can't resist fries, friend chicken.. mmmm, sedap!

I always believe that we have to eat in moderation. So bila nak makan makanan bergoreng, I selalunya gunakan tuala penyerap minyak. Barulah rasa makanan tu tak berminyak sangat.

Bagi mereka yang tercari-cari tuala penyerap minyak yang bagus untuk digunakan di dapur, tuala Scott® Calorie Light mungkin boleh dicuba.


Scott® memang terkenal dalam penghasilan tuala tisu yang bermutu. Untuk kali ni, Tuala Scott® Calorie Light telah dicipta khas untuk kegunaan di dapur.



Ia telah diuji oleh sebuah badan bebas, dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada lemak sebanyak purata 25% dengan hanya menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light untuk menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum ianya dihidangkan.



Ia diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh dengan ekstrak teh hijau, satu ramuan yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak.

Tuala Scott® Calorie Light premium baru boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar, pasar mini dan kedai terpilih di seluruh negara pada harga runcit RM6.20 untuk 2 gulung dan RM14.90 untuk pek 6 gulung (Semenanjung Malaysia) dan RM6.80 untuk 2 gulung dan RM16.40 untuk pek 6 gulung (Sabah dan Sarawak)

Alang-alang ni, I nak share satu resipi ayam goreng. Resipi ni sedikit special sebab cara ia dimasak tidak seperti cara biasa orang masak ayam goreng.


AYAM GORENG ISTIMEWA




Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dibuang kulit dan dipotong bagi mengurangkan kalori
375ml santan pekat
4 sudu makan air asam jawa
55g tepung beras

Bahan pes rempah yang perlu dimesin halus:



12 biji bawang merah
1 batang serai
2 sudu teh biji ketumbar
4 biji cili merah ~ dibuang biji
2 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu teh gula melaka yang dihiris
Garam secukupnya

Cara memasak:



1. Satukan ayam, pes rempah, santan pekat dan air asam jawa di dalam kuali. 

Masak dengan api yang sederhana hingga ayam empuk dan kuah pekat.

2. Tutup api. Perap ayam bersama kuahnya selama 4 jam.

3. Setelah selesai diperap, keluarkan ayam. Kuah tidak perlu digunakan lagi.


4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.

5. Sadurkan ayam dengan tepung beras.

6. Masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga masak.


7. Keluarkan dan letak di dalam pinggan yang dialas dengan tuala Scott® Calorie Light.

Banyaknya minyak yang telah diserap!

8. Siap untuk dihidang.

Cubalah resipi yang lain dari yang lain ni :)

1 scribble(s):

Wak Gelas said...

wahh rajinnyer makk.,ahHKs

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.