Wednesday, July 09, 2014

Germany vs Brazil - Unforgettable game

Wah, baru sedar takde buat entry tentang World Cup. This is a right moment for me to update about my fave team!

I love World Cup. Tiada siapa boleh deny. I sokong Germany sejak tahun 2006. Masa tu orang tak berapa nak pandang anak didik Joachim Loew. Masa World Cup tahun 2010, ada juga yang memperlekehkan team Germany sebab pemain mereka muda-muda belaka. Orang kata, budak hingusan lagi.

The brave coach who is willing to take chances

I ada set kawan yang memang sokong Germany juga. So setiap kali World Cup, setiap kali Germany turun padang... I, Weed, Wan dan Azira akan berjaga dan bersorak di rumah masing-masing. Berbual di whatsapp and FB semasa permainan berlangsung. Tu saja kawan I yang suka bola (kot?). Even my hubby pun tak sanggup nak bangun awal pagi. Dia kata tidur lagi best :)

Germany vs France

Germany vs Brazil


Game pagi tadi Germany menentang Brazil memang mencipta sejarah. Rugi siapa yang tak tengok. It was crazy to see Germany scored 5 goals in the first half. Gol pertama disumbangkan oleh Thomas Muller pada minit ke 11. Miroslav Klose pula mencipta sejarah sebagai penjaring gol terbanyak dalam FIFA World Cup pada minit ke 29. Dalam masa 7 minit, Germany berjaya sumbat 4 gol (Kroos at 24,26 and Khedira at 29). Sumpah terkejut! I pejam celik mata sebab ingatkan TV ulang tayang gol sebelum tu. Tapi rupanya tidak.



Terdiamlah lelaki-lelaki yang sokong Brazil di luar sana. Terus senyap kat FB page eh :p

Second half, Schurrle pulak masuk dan berjaya sumbangkan dua gol pada minit ke 69 dan 79. Ozil pun sikit je lagi nak sumbang gol di saat akhir tapi tak berjaya. Finishing tak cantek la bro.

Menangislah Brazil. Lahm terpaksa pujuk.. hehe. 

It was a night to remember.

Lepas ni tunggu Netherlands lawan Argentina. Harapnya Germany dapat jadi juara untuk tahun ni.

Nota : Semua gambar perlawanan diambil dari The Star page

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.