Tuesday, July 01, 2014

Dapat juga Tisya berpuasa penuh semalam

Ramadhan tahun lepas, Tisya banyak hari juga dia puasa tapi puasa setengah hari. Kami pun tak paksa. Tahun ni dia kata nak puasa lagi.

Hari pertama puasa ialah hari Ahad. I ingatkan okay je la. Dia boleh tahan kot. Tapi pkul 2 petang, dah minta nak makan buah oren. Dia memang "hantu" Sunkist. Sekali makan boleh sampai 2 biji. Merengek -merengek, abi dia cair hati. Terus potongkan. Dia makan sorang-sorang. Pastu minum air. Pastu sambung puasa balik sampai ke Maghrib. Boleh pulak macam tu. Kitorang tak suruh pun dia sambung puasa tapi dia yang taknak makan.

Maghrib tu, dia makan macam orang berbuka puasa juga. Makan nasi bertambah. Suka tengok dia makan. Memang I mengadap dia makan sampai habis.

Hari Isnin, dia bangun sahur juga. Dia sahur makan Koko Krunch je. Dia taknak nasi. Ambil dia dari taska tengah hari tu, cikgu kata dia puasa lagi. Wah, bagus. Bila masuk dalam kereta, dia kata dia haus tapi muka tak nampak macam dah haus dan lapar sangat. I minta dia teruskan puasa. Dalam hati, minta-minta dia boleh tahan sampai Maghrib. I nak dia rasa dapat puasa penuh sehari.

Balik dari tadika, bermulalah cabaran kitorang untuk menangkis segala rengekan dia. I serahkan dia pada abi dia dan I masak kat dapur. Hehe... tak sanggup nak layan dia tanya, "Bila nak buka puasa?".


Ni masa lekakan dia dengan cerita cartoon kat laptop. 
Dia nak baring kat lantai.

Alhamdulillah, semalam dia dapat berpuasa penuh. Dia seronok, kitorang pun seronok. Pagi tadi dia bersahur lagi. Tak tau la hari ni dapat berpuasa penuh ke tak.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.