Tuesday, June 03, 2014

Wangi dan segar bersama Enchanteur Paris Body Lotion

Women, am I the only one or we can't get enough with one tube of lotion? Lebih-lebih lagi kalau lotion wangi. I will go crazy sebab tak tahu nak pakai yang mana satu. Lotion sememangnya penting untuk I bagi menghindarkan kulit daripada kering dan kusam. Bila kerja kat office, kulit kering kerana terdedah pada penghawa dingin. Bila berjalan di luar, kulit terdedah kepada sinaran matahari pula. Ada banyak jenis lotion kat luar sana. Jadi kenalah tengok betul-betul lotion mana yang sesuai dengan aktiviti seharian kita.

What Are Lotions and It's Benefits? 
Body lotions are lotions applied to the body after bathing. They contain more water than body cream to hydrate, smoothen and soften the skin.


I nak share lotion yang I tengah pakai sekarang. It's Enchanteur Paris Body Lotion.


Sebut sahaja Enchanteur, kita dah tau Enchanteur memang terkenal dalam menghasilkan produk yang wangi seperti deodorant, body mist dan bedak. Sememangnya 4 jenis lotion ni memang wangi. Jom kita tengok perbezaan keempat-empat jenis lotion ini.


ENCHANTEUR PARIS Triple Whitening Lotion

Triple Whitening Lotion ini diformulakan melalui 3 jenis bahan iaitu Vitamin B3, Ekstrak Sakura dan Ekstrak Licorice bagi memberi kulit yang lebih putih berseri.

Vitamin B3 membantu dalam menghentikan penghasilan melanin yang boleh menggelapkan kulit.
Sakura Concentrate menggalakkan tyrosinase activity agar warna kulit lebih sekata.
Licorice Concentrate menghalang pembentukan pigmen gelap.

Triple Whitening Lotion mempunyai bau Belle Amour yang pasti membuat semua orang terpikat.


ENCHANTEUR PARIS All-In-One Whitening

All-In-One Whitening? Sekali dengar lotion ini seperti memberi kesan yang sama dengan Triple Whitening Lotion tetapi ia mempunyai formula berbeza. All-In-One Whitening digunakan bagi memberi lebih perlindungan ketika kita berada di bawah cahaya matahari.

SPF24++ yang memberi perlindungan daripada sinaran matahari UVA dan UVB.
Licorice Concentrate yang memutihkan dalam menjadikan warna kulit sekata.
Hyaluronic Hydration memberi 24 jam kelembapan kepada kulit.



ENCHANTEUR PARIS Light and Fresh

Light and Fresh adalah water-based lotion yang cepat diserap ke dalam kulit. Jadi kulit tidak rasa melekit. It's a non sticky and non greasy lotion. Jadi sangat sesuai digunakan jika kita mempunyai aktiviti di luar.

Memberi perlindungan dari sinaran UV matahari.
Licorice Concentrate menghalang pembentukan pigmen gelap.
Portulaca dan Aloe Vera Concentrates yang berupaya memberi kelembapan jauh ke dalam kulit.

Lotion ni mempunyai bau Mon Amie. Walaupun cuaca panas, kita tetap rasa segar!

ENCHANTEUR PARIS Firm and Repair

Firm and Repair dibuat khas dengan bahan-bahan yang boleh memperbaiki kulit ketika kita tidur.

Micro Collagen untuk menguatkan dan menganjalkan tisu badan dan kulit, mengekalkan ketegangan kulit dan menjadikan kulit lebih muda dari usia.
Swiss Edelweiss melindungi kulit dari radikal bebas dan menolong memperbaiki kulit yang rosak ketika tidur.

Lotion ni mempunyai bau khas Adore yang membuatkan kita rileks dan rasa nak tidur.


MY REVIEW


Thumbs up kerana keempat-empat lotion cepat menyerap ke dalam kulit.
Keempat-empat lotion ni berbau wangi. I dah tak perlu pakai perfume. Nanti kalau ada macam-macam bau wangi, pening pula kepala. So pakai Enchanteur Paris Body Lotion, boleh berbau wangi hingga ke petang.
Untuk waktu siang, I suka pakai All-In-One Whitening sebab baunya wangi dan Light and Fresh menjadi pilihan kalau perlu melakukan aktiviti luar. Waktu malam semestinya pakai Firm and Repair. Bau Adore sangat menenangkan.


Kalau nak cuba, dapatkan Enchanteur Paris Body Lotion di kedai berhampiran anda. Untuk keterangan lanjut, layari www.enchanteur.com.my atau FB di https://www.facebook.com/EnchanteurMY


Note : Thank to The Butterfly Project for giving me an opportunity to review these lotions.

6 scribble(s):

Mieza Everdeen said...

sejak dapat masa laser tag haritu, lotion ni semua la yang setiap satu ada dalam my bagpack, sebelah bantal, and kat meja study. suka sangat, hehe!

Liz said...

miza> wangi kan? tahan lama pulak bau tu

nieda said...

Nice info...boleh cuba pasni...lamanya x jejak blog lis.

Liz said...

Nieda > Sila cuba,memang wangi

Ana said...

Salam..nk tau enchanteur ni halal tak..rasa was2 nk guna sbb bkn local product..:

Liz said...

Ana > Wasalam Ana. Enchanteur memang bukan local product tapi produk yang dipasarkan di Malaysia dibuat di kilang Malaysia. Saya rasa kita tak perlu ragu akan status halal sebab kalau ia haram, dah lama berita tu akan keluar. Plus, beberapa model beragama Islam telah menjadi duta produk syarikat tersebut.

Tapi untuk fakta, kesemua produk Enchanteur berada dalam senarai di http://www.halal.gov.my.

So jangan risau ye. Boleh pergi beli sekarang :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.