Wednesday, June 18, 2014

Bersedia untuk Ramadhan

Assalamualaikum.

Dah bersedia nak menyambut Ramadhan? Tak lama je lagi kita nak mula berpuasa. I still have one day to ganti puasa. Sebenarnya dah mula ganti sejak Syawal tahun lepas. Ada baki 3 hari dibawa ke tahun ni. Boleh pulak lupa. Ingat dah beres. Bila tengok kalendar, nampak ada remark kat bulan January.

Kalau dulu mesti pergi pasar pagi dan beli stok untuk seminggu. Senang nak masak untuk berbuka. Tahun ni insya Allah buat perkara yang sama. Jimat sikit, kan? Lauk kat bazaar Ramadhan boleh tahan mahal juga.

Sakit ni pun tak baik lagi. Lepas check up kali pertama tu, I kembali jumpa doctor lepas balik dari holiday. Doctor bagi painkiller yang lebih kuat dan arranged buat X Ray di Hospital Ampang. Report akan keluar Jumaat ni. Kita tengok la macam mana.

Sad! Sakit tu datang dan pergi. Kadang-kadang sakit yang masih boleh tahan. Kadang-kadang sakit sangat sampai rasa nak terbaring je. Bila dah sakit macam tu, memang tak masak kat rumah. Tapau je sebab tak boleh nak berdiri lama. Semua kerja hubby akan buat. Kemungkinan nak membeli lauk di bazaar Ramadhan macam ada je ni. Hehehe..Sakit-sakit ni, we decided that takde makan-makan di rumah sempena Ramadhan ni. Kuih raya pun mungkin beli tapi chocolate chip nak buat sendiri. Opps, preparation raya tak payah cerita dulu.

Kesian kat Tisya. Dia ajak I main tapi memang tak boleh la sebab selalunya malam nak rehat. Maybe siang dah kerja so sakit tu jadi tak tertanggung waktu malam. Pastu mula la dia mengomel, "Umi ni sakit pinggang je".

Dah macam iklan Panadol pulak dah!

2 scribble(s):

Ayu azmir said...

Semoga dipermudahkan segala urusan... semoga cepat sembuh... sesungguhnya ianya penghapus dosakan...

Liz said...

thanks ayu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.