Tuesday, June 24, 2014

Adik Firdaus

Sana sini bercerita tentang adik Firdaus. I dapat tau tentang kejadian tu masa kali pertama cerita ni keluar di berita. Dengar suara pegawai yang ada pada masa tu, jadi tak berani pulak nak tengok video. Takut sedih sangat. So minta hubby tengokkan dulu video tu tapi dia pun tak tengok-tengok.

Sudahnya I tengok sendiri. Sedih!

Ramai salahkan mak dia tapi ramai juga yang bela mak dia. Me? 100% salahkan mak dia. Jangan cakap pasal kerajaan yang tak tolong, jangan cakap pasal bekas suami yang tak bantu. I don't really care. Sebab mak dia depan mata, mak dia yang jaga. So the responsible is on her shoulder.

Wah, senang je nak salahkan orang kan? Hmm, tak ke?

Ko sebagai seorang mak. Agaknya takde perasaan tengok anak jadi macam tu. Tak payah la bagi alasan susah hidup, takde duit, takde masa. Ingat orang bodoh? Kalau anak tu setakat tak cukup makan, mungkin la kan? Tapi kalau dah sampai kurus kering, rambut serabai, tak pakai seluar, baju koyak rabak, duduk dalam bilik yang kotor, ada sampah dan berbau urine, ko tetap rasa ko tak bersalah?

Orang lain punya la mencuba nak dapat anak. Dia sedap-sedap je buat anak dia camtu. Anak kurang upaya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengambil berat akan kebajikannya. I memang tiada anak OKU. I tak faham. Tapi ada je kawan-kawan I yang ada anak OKU. Kenapa diorang boleh jaga anak diorang?

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

2 scribble(s):

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Salam, saya pun setuju dgn pendapat Liz. Bg saya, apa pun alasan yg si ibu tu beri..mmg tak boleh diterima dek akal fikiran.

Ramai lagi org susah dan daif diluar sana yg keluar mencari rezeki, tp jarang kita dgr kat berita / suratkhabar yg mereka ni abai atau tinggalkan anak sampai tinggal rangka, baju mereput kat badan, ditinggalkan kat bilik yg gelap dan busuk dipenuhi najis sendiri. Sehinggakan nak teruskan hidup, sampai kena mkn najis sendiri sbb terlalu lapar.

Nampak sgt motif si ibu ni mmg dah tak nak anak oku ni..so, dia biarkan anak tu mcm tu dgn harapan org jumpa dah tak bernyawa...
bygkanlah berapa bulan dah tu dia tak makan? sampai tinggal tulang...kalah dah org Somalia / Africa. Dahla rasanya ni kes pertama kat M'sia. Of course semua org terkejut & tak dpt terima situasi mcm ni...

FB mak dia awak dah tgk ke? FB tu skrang dah kena hack dah pun. Dia guna nama 'Imashima Lola'. Dia sendiri ada letak gambar adik Firdaus ni masa tu thn 2011. Masih elok berisi badannya...

Sedih la kenang ada manusia berperangai mcm ni..
Pakaian si ibu ni menggambarkan hidupnya tidak la sesusah spt yg dia gambarkan...Tudung dia pun liplap tau!

So pihak yg masih menyokong statement ibu dia...fikirkanlah semula...
Terus terang saya sedih... dan menangis bila tgk video tu..

Liz said...

Erin > Wasalam. Saya dah tengok FB mak dia aritu. Ada nampak gambar adik Firdaus masa dia masih sihat dan terjaga. Jauh beza dengan rupa dia masa dijumpai pihak Imigresen yang cengkung dan tinggal tulang.

Saya memang tak boleh terima kalau ada yang bela si mak ni. Cuba fikir, kalau betul tak cukup duit nak makan...kenapa sampai jadi macam tu?

Mak baju cantik... anak baju koyak rabak dan separuh bogel.

Mak boleh tahan sihat dan berisi... anak kering sampai tinggal tulang.

Mak tinggal di tempat selesa... anak diletak dalam bilik yang kotor.

Nak bela si mak lagi? Tak payah la bagi alasan. Terang-terang tak sayang anak!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.