Wednesday, May 07, 2014

Seoul Fun with Sunsilk

Bagi peminat K-Pop di luar sana yang teringin sangat nak ke Korea berjumpa MBLAQ, Sunsilk bakal merealisasikan impian anda.



Sunsilk telah bekerjasama dengan MBLAQ, superstar K-Pop untuk memberi peluang kepada tiga peminat bertuah bagi mengikuti lawatan Sweet Trip ke Seoul, Korea. Untuk memenangi peluang lawatan ke Seoul selama tiga hari, dua malam ini, mereka dijemput untuk menyertai pertandingan Sunsilk Sweet ini.

Berikut adalah cara-cara untuk menyertai keseronokan ini :


1. Tonton video Sunsilk’s Pretty Like Me.

2. Muat turun lagu tema Sunsilk’s Pretty Like Me.

3. Rakam video anda selama 1 minit.

a. Rakam kan gerak tari anda yang terbaik selama 30 saat dengan lagu Pretty Like Me
b. Dalam masa 30 saat, beritahu kami kenapa anda mahu Sunsilk 
membantu anda untuk berjumpa dengan MBLAQ.

4. Muat naik video anda ke YouTube.

5. Hantarkan link kepada video anda, butir-butir peribadi dan bukti pembelian barangan Sunsilk sebanyak RM20.00 (termasuk satu Sunsilk Leave-On Cream) dari mana2 cawangan Watson Malaysia.

Tiga pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai lawatan Sweet Trip ke Seoul, Korea di mana mereka akan berjumpa dengan ahli kumpulan MBLAQ. Setiap pemenang juga dibenarkan untuk membawa seorang teman untuk berkongsi keriangan ini bersama!

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 May 2014. Layari www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk keterangan lanjut.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.