Friday, May 16, 2014

Fund Raiser Walkathon organized by The Butterfly Project

This is long overdue! Sorry, I busy sangat sampai tak sempat nak update. Hihihi.

Agak banyak kali juga I warwarkan this fund raiser walkathon di FB. Organized by my beloved blogger community; The Butterfly Project, walkathon ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana untuk komuniti kami. Yuran penyertaan murah je iaitu RM10.

Lepas subuh I terus keluar sebab I nak sampai awal di sana. Bergantung harap pada Waze je sebab I tak tau kat mana TTDI Park tu. Mujur selamat sampai. Lepak sekejap kat bus stop tu sementara tunggu geng lain sampai. I tunggu geng mak/wife sebab yang single kebanyakannya datang dengan couple. So taknak la kacau mereka ber dating pagi-pagi nie kan? Hehe...

Bertegur sapa dengan Dina. First time jumpa. Dia pun macam I. Tinggalkan husband dan anak di rumah. Hahaha... Kitorang tunggu Cik Lily. Tak lama lepas tu Cik Lily sampai. Rupanya dia sesat sampai ke Bukit Rimba.

Dah cukup team, apa lagi... kami mulakan walkathon. Walkathon ni santai je. Terpulang la korang nak buat apa. Yang penting mesti 30 minit!

TTDI Park ni okay la juga. Ramai orang pagi-pagi. Suasana pun nyaman je.





Pagi tu ada orang buat zumba kat tengah-tengah tu. Apa lagi, kitorang pun join the group sebab rasanya lagi okay daripada berjalan kaki tak buat apa. Zumba ni boleh keluarkan peluh.


Walaupun steps hari tu tak la sepenat zumba dalam kelas Kevin Zahri, tetap la peluh mengalir laju. Dah lama tak buat zumba. Elok pulak masing-masing tak bawa air. Kehausan!! Dalam otak masing-masing dah fikir nak ber Gong-Cha lepas zumba tu.

With Dina and Cik Lily

It was fun! Elok pulak dapat geng yang nak berzumba sekali. Dah habis zumba, kami beratur untuk redeem Gong Cha. The queue was long and slow. Dina decided to go back and pass the voucher to Cik Lily. Kami? Sanggup tunggu asalkan dapat hilangkan dahaga.

Setiap peserta dapat goodies bag. Banyak juga barang yang kami dapat. I tak sempat nak ambil gambar sebab sampai je rumah, my daughter dah buka nak tengok apa yang ada kat dalam.

The Butterfly Project dah banyak membuka peluang untuk bloggers seperti kami. I sangat berterima kasih kepada mereka especially The SWAT Team kerana mereka ni buat kerja tak minta balasan. I always feel proud with what they do and I know other bloggers feel the same way too. Thank you The Butterfly Project :)

2 scribble(s):

Mieza Everdeen said...

bestnya dapat join the walk, mieza tak berkesempatan haritu sebab dah balik melaka.

Liz said...

tu la.. akak tercari-cari juga awak. lepas tu nampak kat FB yang akak kat melaka.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.