Tuesday, May 20, 2014

Anak nan seorang

Lama dah tak cerita pasal anak nan seorang nie. Tengok gambar dalam folder, banyak juga gambar dia yang I tak share.


Ni gambar September 2013. Rambut masih bulat. Sekarang rambut dah panjang melepasi bahu. Kuat betul penangan Frozen. Dia sanggup taknak potong rambut sebab nak make sure rambut dia panjang boleh buat tocang macam Elsa. Sekarang nie rambut dia boleh buat tocang macam Anna je. Tu kata dia la.

Risau juga nak simpan rambut panjang sebab Tisya ni lasak dan kuat berpeluh. Nanti rimas tengok rambut dia serabai. Tapi okay la sebab dia nak ikat rambut. Paling senang pakai cekak rambut atau pin rambut je. Settle!


Ini adalah tipu! Hehehe. Dia tak minat teh sangat. Gambar ni lagi lama. Beberapa tahun sudah. Dia suka minum air susu kotak Dutch Lady, Yogurt Bliss dan nescafe. Nescafe tu jarang sangat dapat. Cuma bila umi abi dia minum, dia ngecek sikit-sikit la. Kalau Yogurt Bliss, botol besar tu dia boleh minum sorang-sorang. Isk..isk... anak sape la ni :)


Gambar ni pernah share tapi nak share lagi. Urm, ni raya tahun lepas kan? Masa tu dia tengah gilakan Princess Sofia. So baju raya pun nak gaun kembang warna purple. Tahun ni dia dah minta nak cari gaun kaler macam baju Queen Elsa. Haaa, mana nak cariiiiii????

2 scribble(s):

Mieza Everdeen said...

comel betul Tisya :D suka baca setiap fb status kak Liz pasal perangai dia, atau apa2 yang dia cakap XD kak Liz takde nak tambah askar lagi ke? hehe

Liz said...

Mieza> Haha, memang nak tambah askar tapi tak dapat-dapat.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.