Friday, April 25, 2014

Quote untuk semua ibu

Akan ada masa kita rasa macam serba tak kena. Kita rasa kita tak beri sepenuh perhatian. Lepas kira-kira balik, I rasa dalam sehari tu, I hanya luangkan masa untuk Tisya selama beberapa jam je. Balik kerja dah sibuk masak, membasuh kain, solat, makan, seterika baju. Lepas siap kerja, terus rasa penat. Tau-tau je dah pukul 10 - 10.30 malam. Kalau boleh, nak suruh dia terus masuk tidur agar I boleh rehat. Kesian je kadang-kadang tapi bila sampai hari Jumaat dan Sabtu, I bagi dia kebebasan untuk masuk tidur ikut time dia. Tapi yang bestnya, sebelum tidur memang dah jadi rutin wajib untuk dia cium pipi I, I cium pipi dia lepas tu sama-sama berpeluk kuat. Baca Al-Fatihah dan dah, tidur! Hehehe...

Itulah hakikat untuk ibu bekerja dan lepas tu sambung buat kerja kat rumah T_T



0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.