Tuesday, April 29, 2014

Kisah menggemparkan pada 15 March

Kejadian berlaku pada 15 March tapi baru sekarang nak update.


Mama dapat panggilan daripada adik I. Adik I dengan suara kelam kabut beritahu mama yang tokei kabinet dapur datang rumah dan serang dia. Sebenarnya ada rasa tak puas hati dengan cara tokei tu buat kerja. Memang ntahapehapentah. Pastu boleh ugut-ugut orang. I pun rasa marah.

Malam tu papa nak belanja mama makan sempena birthday mama pada 12 March. Adik I yang dua orang pun ikut sekali (Irfan dan Hasif). Masa diorang tengah bersiap tu la adik I yang lagi sorang tu (Anim) call mama. Mama dah gelabah. Dalam pada kelam kabut tu, sempat la mama telefon adik lelaki I yang lagi sorang (Nazdri) untuk pergi dulu ke rumah. Ahaks, ramai kan adik I? Korang jangan pening kepala baca kisah ni pulak.

Nazdri ni rumah dia sepelaung je dari Anim. So mama suruh dia pergi dulu. Takut tokei kabinet tu buat hal pulak. Kat rumah mama, diorang zasss pergi ke rumah Anim. Sampai rumah Anim, laju je mama masuk rumah. Papa ditinggalkan di belakang T_T

"Surprise!!!!" jerit Anim.

"Happy Birthday!!!" jerit I pulak.

Eh, apsal I ada kat sana?


7 HARI SEBELUM KEJADIAN

Semuanya disebabkan I ada bowling tournament pada 16 March. So minggu tu memang tak boleh balik bermalam di Seremban. Jadi camne nak sambut birthday mama? I came out with a great idea. Bab buat surprise ni memang I suka. I balik Seremban pada 8 March. So kalau tiba-tiba buat surprise pada 15 March, mesti mama tak expect sebab I tak sepatutnya ada kat situ. Perfect!

Takde la buat apa-apa. Masing-masing donate seikhlas yang mampu and from there, I pilih menu. I pun faham masing-masing ada komitmen, so ikut la bajet masing-masing. Hasif awal-awal dah kata dia cover bahagian hadiah. Dia nak belikan tudung Pearl Haya. So Anim tolong carikan tudung. Kitorang empat orang cover kek dan menu lain seperti spaghetti, tauhu sumbat, sandwich, kek dan air. Papa pulak cover BBQ.

15 March tu mama sibuk kat sekolah. Ada meeting kalau tak silap. So awal-awal dah minta papa tipu mama. Papa kata kat mama, tak payah masak untuk tengah hari. Pagi tu terus makan berat. Malam pun tak payah masak sebab papa nak belanja makan tom yam. Ewah..... bernas tak idea I? Kalau tak cakap camtu, nanti mama masak. Susah pulak.

I tak tau la apa yang diorang makan waktu sarapan ke apa. I kat KL dah busy. Sebelum 10 pagi dah sampai Jusco sebab nak beli barang untuk BBQ. Lepas tu balik rumah, buat kuah spaghetti pulak. Petang dalam pukul 3 petang, kami dah gerak ke rumah Anim. Pukul 4 dah sampai.

Dah cakap dengan semua orang, mesti sampai rumah Anim pukul 5 petang sebab nak start membakar. Tapi gedebak-gedebuk, pukul 6 baru bakar. Risau gak tak sempat siap menjelang mama nak sampai. Pukul 6.30, Irfan balik rumah mama untuk mulakan lakonan. Hasif dengan papa memang dah standby kat rumah, masing-masing hafal skrip. Hehehe...

Papa cerita yang mama macam taknak pergi makan kat kedai. Dia nak tapau je. Papa paksa juga pergi. Tujuan I suruh papa tipu kononnya nak belanja makan ialah agar mama pakai cantik-cantik. Kalaulah Anim terus call suruh mama datang, dalam kelam kabut tu mesti mama pakai baju biasa je :)

I memang suruh Anim gunakan idea tokei kabinet tu sebab taknak nampak pelik sangat kalau mama nampak kereta/motor Nazdri kat rumah Anim. Anim pulak takut mama gelabah semacam. Ish, biar la gelabah. Lagi bagus. Hahahaha.

Plan nya... bila diorang dah nak keluar rumah, Irfan akan hantar sms kat Anim. Irfan naik kereta dia sendiri, so mama takkan sedar dia anta sms. Tapi Anim pulak tak nampak sms masa tu. Irfan pun call Anim sebab diorang dah gerak dari rumah. Kitorang kelam kabut la setup meja semua. Anim dengan suara kuat dia terus call mama buat cerita kononnya tokei kabinet serang dia. Kitorang kat belakang dia dah tahan gelak.

Tak lama lepas tu, diorang pun sampai. Oh ye, kereta I awal-awal dah disorokkan di jalan lain. So memang mama tak nampak. Selipar kitorang dan tempat BBQ pun dah sorok kat tepi rumah. Punya la detail perancangan.

Kiranya surpise menjadi!

Tempat membakar. Gigih okay guna 2 tempat kecil. 
Tapi dah pro, sebelum maghrib dah siap.

Kelam kabut susun makanan kat meja tapi sempat ambil gambar.. hehehe

Urm... kek apa eh? Lupa dah.

Aduh, camne sponsor besar boleh tak nampak muka ni?
Salahkan orang yang ambilkan gambar.

I nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam surprise ni. Kalau salah seorang tak memainkan peranan, memang la tak jadi surprise nie kan?

4 scribble(s):

Syaza Suhana said...

Hehe nakal betul korang :p Nasib baik mama korang tak nangis ke pe XD

Mieza Everdeen said...

bestnya buat surprise kat mama ^_^ mesti mama kak liz risau gila while otw nak ke rumah your sister Anim kan XD

Liz said...

Syaza> Oh, hampir menangis tapi tak jadi kot.

Mieza> Hahaha... mmg dia sangat risau sebab kitorang memang pernah bertekak dengan tokei kabinet tu.

Ismail N said...

Perancangan rapi & BBQ hebat! Tak lama lagi blh sambut Mother's Day pulak... :D

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.