Wednesday, April 23, 2014

Johnson's Baby of the Year 2014 yang lebih baik dan menarik!

Hello to all parents out there! Anda ada anak berusia 0-36 bulan? Ada sesuatu yang istimewa menanti anda sepanjang bulan May dan June tahun ini.

Kali ni I nak warwarkan tentang satu pertandingan khas untuk bayi dan kanak-kanak di Malaysia. Kini pertandingan bayi tercomel telah kembali : Johnson's Baby of the Year 2014 (BOTY).


Minggu lepas, kami berkesempatan ke One Utama bagi mengikuti acara Johnson's BOTY. Ramai ibu bapa yang menggunakan waktu ini untuk menyertai pertandingan dan membeli barangan Johnson's dengan harga promosi. Malah, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk si kecil.



Hall of Fame untuk Top 10 tahun-tahun yang lepas




Free check up juga ada disediakan.
Tisya setakat ukur ketinggian dan berat sajalah!

Photobooth khas untuk peserta-peserta BOTY. 
Kami pun ambil gambar tapi Tisya tak layak nak masuk BOTY.

Berikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak di OrphanCARE
dengan cara menulis di kad dan digantungkan di wishing tree ni.

We had so much fun! Ada 3 aktiviti menarik disediakan untuk kami semua. Bukan setakat anak dan ibu, bapa pun ada segmen khas untuk mereka.

Segmen pertama : Kanak-kanak menyanyikan "Head and shoulder.. knees and toes"

Segmen kedua : Ibu perlu menggayakan anak dengan barangan misteri dalam beg

Segmen ketiga : Bapa perlu identify barangan yang paling penting untuk bayi

Antara mummy bloggers yang hadir. Dah kenal sangat dengan mereka.

Love!



TENTANG JOHNSON'S BABY OF THE YEAR 2014

Untuk tahun ini, Johnson's Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson's BOTY yang pertama; Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia. Untuk kali ini, Johnson's BOTY bukan hanya mementingkan bayi yang berwajah comel, sebaliknya mereka juga akan mengambil kira aspek kognitif dan sosio-emosi peserta. Ini kerana kesihatan mental dan sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang holistik dan sempurna.

Buat pertama kalinya, terdapat 3 kategori umur yang dipertandingkan iaitu 0 hingga 12 bulan, 13 hingga 24 bulan dan 25 hingga 36 bulan. Malah, lebih banyak hadiah ditawarkan bernilai sehingga RM 100,000.00 untuk dimenangi. Semua bayi akan dijadikan bintang Johnson's Baby dan gambar akan dipaparkan di dalam majalah Mami and Baby keluaran bulan November 2014.



BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI?

1. Beli sebarang produk Johnson's Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 dan simpan resit tersebut sebagai bukti pembelian.
2. Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan bersama resit pembelian yang asal dan 2 keping gambar anak anda.
3. Hantar borang penyertaan melalui 3 cara berikut:

♥ Pos ke Johnson's Baby of the Year Contest, PO Box 3186, 47507 Subang Jaya, Selangor
♥ Hantar di mana-mana kedai yang mengambil bahagian.

Bagi setiap penyertaan dalam pertandingan, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE. Bagus kan? Sambil masuk contest, boleh menderma sekali. Pertandingan bermula pada 1 Mei 2014 dan berakhir pada 30 Jun 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com. Hashtag rasmi untuk kempen ini ialah #BOTY2014.


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.