Monday, March 10, 2014

Pray For MH370


Saturday morning, semuanya nampak macam biasa. I was discussing with my mom about our family holiday. Berapa bajet untuk penginapan. Nak pilih MAS atau AA. I simply said, "Jauh tu. Naik MAS lagi selesa sebab bla bla bla". Kami cuba agak-agak harga tiket. A few minutes later, I buka FB dan tiba-tiba terbaca status tentang kehilangan MH370. Ok, is this another hoax? I pun buka TV.

Macam tak percaya bila lihat berita tu sesuatu yang benar. Selama ni bila tengok siri Air Crash Investigation tu, tak terfikir ia akan berlaku kepada Malaysia Airlines. Sepanjang hari kami buka Astro Awani. Esoknya tu pun buka Astro Awani juga. Eventhough kadang-kala mesej tu berulang, kami tetap terpaku dengan TV, kalau-kalau ada update terbaru.

Terlalu banyak spekulasi di media sosial sampai I rasa rimas dan geram. Macam ni la, kalau ia belum tentu sahih, tak payah la sibuk nak Likes, Share, Re-Tweet dan Whatsapp. Tak perlu letak komen menyakitkan hati di FB Malaysia Airlines tu. Korang tak terfikir ke yang mungkin ahli keluarga mangsa sedang baca komen-komen tu. Mesti hati mereka remuk.

Yang buat spekulasi melampau tu, hentikanlah.
Yang tulis komen menyakitkan hati tu, hentikanlah.
Yang rajin update blog untuk kejar trafik, hentikanlah.

Marilah sama-sama berdoa agar MH370 dijumpai dengan segera.

This is my only update about MH370. The next update is when they find the aircraft.

3 scribble(s):

msredcheesecake said...

Allah tahu apa yg terbaik... akhirnya nanti pasti yg terbaik.... semuga family mangsa tabah

N.A.T said...

Betol Liz .. Nat pun tak termampu nak update ... banyak benar spekulasi .. tapi banyak sangat belit2 di TV .. last2 Nat bukak citer hindustan .. dari sakit ati & terpercaya sesuatu yang tak betol kan ...

Kita Doakan yang terbaik sahaja ..
Moga ada doa-doa yang dimakbulkan Allah dalam masa yang terdekat & cepat .. Amin

Liz said...

msredcheesecake> betul tu. kita sebagai hambaNya wajib menerima qadha dan qadar.

NAT> sama-samalah kita berdoa agar MH370 ditemui

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.