Monday, February 10, 2014

Bila hujan nak turun?


I'm miserable! Hihihi.. Dah lebih 2 minggu tak hujan. Rumput dan pokok pun sudah mula mengering. Cuaca pun bahang je setiap hari. Pasang air-cond kat office pun masih rasa panas.


Bila dah lama tak hujan, nyamuk pun cepat membiak. Sekarang pun dah berlaku kadar kenaikan dalam kes demam denggi. Masa balik rumah my parents minggu lepas, memang banyak nyamuk. Nyamuk dapat masuk rumah sebab ada ruang udara. Malam tu I lambat tidur sebab I bunuh nyamuk yang gigit badan hubby dan Tisya. I sendiri ada 25 bekas gigitan nyamuk kat tangan dan kaki. Grrr..... apa lagi, esok tu terus beli ubat nyamuk elektrik tu. Lega sikit tidur. Tapi cuaca tetap panas. Kami pasang 2 kipas masa tidur.

Berita minggu lepas ada cakap yang cuaca kering tanpa hujan akan berterusan hingga ke hari ni. Tapi bila check kat website Jabatan Meterologi Negara, sepanjang minggu ni hujan tak turun. Sama-samalah kita buat solat hajat dan berdoa agar bumi Malaysia ni dicurahi hujan lebat.

I tau ramai tak suka kalau selalu hujan. I lagi suka musim hujan dari musim panas. I love walking in the rain. Lepas hujan, udara jadi bersih dan nyaman.

7 scribble(s):

:: Mrs.Eady :: said...

tu la kan..dah lama sgt tak hujan..

Fiza Rahman said...

Mengharapkan hujan turun juga. Last week malam bangi hujan, tapi sekejap sangat & sikit. Dapatlah merasa sejuk. Memang kat office ni pon tak terasa sejuk dah.

Nafira usof said...

memang terasa sgt suhu panas skrg nih. dan nyamuk memang banyak. huhuhuhu.

asal petang jer. memang spray ubat nyamuk dulu dlm bilik. bila nak tido, pasang ubat nyamuk letrik. risau jugak dgr banyak kes denggi skrg nih.

I-sya said...

Me too.. kita suka hujan, suka bunyi hujan, bau hujan dan angin yang datang bersama hujan.

Kalau hujan turun, kita akan ambil masa beberapa minit melihat keluar, tgk langit, nikmati bau dan rasa angin yang bertiup.

Time panas macam ni 3x basuh baju pun sempat kering menjelang ke petang.

Eh.. pjgnyer la comment. hahahahahha

Liz said...

Mrs Eady> memang lama.

Fiza> Kalau hujan sikit-sikit dan sekejap, lagi terasa bahangnya.

Nafira> Nasib baik area rumah saya takde nyamuk. Kalau tak, memang kena pakai ubat nyamuk la jawabnya.

I-sya> Kan? Best sebenarnya bila hujan. Saya sangat suka. Hujan tiap-tiap hari pun takpe.

Phoebe said...

Sampai sekarang ka di sana tidak hujan. Di Sabah start hujan sejak hari Isnin. Terlebih pulak sampai banjir. Huhu.. But yes, antara panas dan hujan, sy lagi prefer hujan. ^^

Liz said...

Phoebe > ye, saya ada tengok berita malam tadi. Agak teruk juga banjir di sana. Semoga semuanya kembali seperti sediakala secepat mungkin

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.