Thursday, January 23, 2014

Kisah hijrah Aliza Kim

My uni friend ada share satu berita di FB dia semalam. Mata I tertangkap pada nama yang tercatat di situ. Bukan kerana nama model tu sama dengan I tapi sebab I memang minat tengok model tu berlakon iklan. Wajah dia sangat sweet. Pendek kata, memang suka tengok dia. Dia pernah berlakon dalam banyak iklan seperti Nescafe, Stabilo dan yang terbaru I perasan ialah iklan Daia. Tak ingat lagi? Ala, iklan Nescafe yang dia buat nescafe, lepas tu buka kipas angin agar bau nescafe tu bertebaran ke serata office dia.. hehehe...

Jadi bila berita tu tersebar, I cari kesahihannya dulu. Muka memang macam dia. Setelah "berjumpa" dengan FB dia, nampaknya sah Aliza Kim telah memeluk agama Islam. Alhamdulillah.

Ok, bertambah sweet! What I like most is dia dah keluarkan semua gambar-gambar lama dia dari Instagram, Twitter dan FB. Ini yang kita perlu buat. Kalau dah bertudung, pastikan tiada gambar tidak bertudung di tempat lain.

Tapi apa yang I nak kongsikan ialah kisah dia mencari Islam. Korang boleh baca note dia di sini. It's very touching: The Truth That Found Me

2 scribble(s):

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah.

Nafira usof said...

Ooohhh.. memang cantek.. manis sgt.
nak gi baca jap cam ner dia dpt hidayah tuh.. :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.