Friday, January 10, 2014

Hi5 House Party Concert memang best!

Tak pernah terfikir dapat bawa Batrisyia jumpa Hi5. Akhirnya dia dapat ber high five, berpeluk dan bergambar dengan Hi5. Entry nya di sini. Kemudian tak pernah terfikir dapat bawa Batrisyia ke konsert Hi5. Ye la, masa jumpa aritu pun, Batrisyia tak menang ticket ke konsert tu.

Tau-tau je beberapa minggu sebelum konsert, Sophia bawakan khabar gembira di sana semua bloggers yang hadir pada majlis sebelum ni akan dapat 4 tiket untuk menyaksikan konsert Hi5. I was like, Whattt?????

Dipendekkan cerita, Anje tak dapat pergi so dia bagi 4 tiket dia kepada I. So sudahnya I bawa ramai kanak-kanak.

Konsert bermula pada jam 6 petang tapi pukul 5.15 petang kami dah sampai. Gerak awal sebab ingatkan jalan sesak. Tapi ok pulak. So melepak-lepak kat area KLPAC dulu. Hari tu ada banyak Hi5 merchandise yang dijual. Harga pun boleh tahan juga.



Kami duduk di seat belakang sekali tapi tak la jauh mana dari stage pun. Tu pun hubby bawa budak-budak ni berdiri kat depan stage. Patutnya tak boleh tapi sebab memang ramai kanak-kanak yang excited pergi depan tu, so diorang macam biarkan je. Tapi bila dah penat, duduklah mereka kat seat semula. Tetap seronok.  Batrisyia sanggup berdiri dan menari-nari ikut Hi5. Dah la hari tu dia demam.





Overall, Hi5 ni memang best la! Lagu-lagu yang mereka bawakan terutamanya di segmen terakhir memang best. When you wish... when you wish.. when you wish... when you wish... when you wish upon the star..... Ahaks, sape yang pergi konsert mesti tau lagu ni. Nasib la I rakan kat smartphone. Dapat juga Batrisyia layan lagu-lagu tu kat rumah.

Rasanya mesti Hi5 akan datang lagi ke Malaysia. So boleh la siap-siapkan duit dari awal

2 scribble(s):

Nafira usof said...

waaahhhh.. menarik nih.. anak zura pon suka tengok citer nih.. tapi x selalu dpt tengok sama2 dgn dorang.. sebab keje kan~ kalo time cuti boleh lah layan sama2.

Terima Kasih yer atas cadangan menu untuk makanan bekal sekolah anak tuh yer. weken nih nak buat sosej roll tu banyak2.. frozenkan. nanti tinggal goreng jer.

Liz said...

Nafira> Eh, kita ada bagi cadangan bekal eh? Macam lupa je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.