Monday, January 20, 2014

6 tahun di sini

Alhamdulillah. Pada 18 January yang lepas, genap 6 tahun I bekerja di company ni. Company mana? Ahaks, jarang sekali I bercerita pasal kerja I. Dan rasanya memang takkan cerita kot. I taknak sesiapa di office ni tahu I ada blog.

Hari ni kira special entry la sebab dah 6 tahun. I can say that I work hard dan I tak campur urusan orang lain. I juga keras kepala.. Hehehe.... office ni, ramai yang suka "tikam belakang". Kalau ko tak pandai jaga diri sendiri, orang akan persalahkan ko atas perkara yang ko tak buat. Cuma tidaklah bermakna I mark setiap orang. I akan layan semua orang sama je. Tapi sekali terkena dengan orang tu, memang I terus mark.. tanda I tak boleh percayakan orang tu. Baik perempuan mahupun lelaki, I dah terkena dengan kedua-dua jenis. Sejak tu, jaga diri sendiri saja. And yes, I don't take orders from other people but my big boss. Sebab hanya arahan dia saja yang boleh dipercayai.

6 years ago, my big boss agak reluctant untuk ambil I bekerja sebab I dah kahwin. Lepas tu elok pulak baru seminggu kerja, I pregnant. Adoii... hahaha. Dia takut I suka ambil cuti bila anak ada masalah. Dia juga menyatakan kegusaran dia, takut I pakai baju kurung tiap-tiap hari. It was funny! Betul la. Dia kata, dia takut I terlalu "tradisional". Hahahaha.

I buktikan dia salah. I buktikan orang Melayu pun boleh buat kerja dengan baik. I tak tau kenapa orang lain kata dia strict. Malah ada yang kerja tak sampai setahun sebab tak tahan. I rasa kalau ko ikut je arahan yang diberi, you should be just fine.

I juga berhadapan dengan colleague yang "tak reti bahasa". Masuk kerja dah nak 4 tahun tapi masih tak reti bab rules and regulation. Still ask the same questions macamlah dia baru masuk kerja minggu lepas. Dateline dia, I yang kena ingatkan setiap bulan sejak 4 tahun lepas. Padahal bukan kerja I pun tapi I tetap ingatkan sebab I kena hantar report. Even today, I caught him doing something stupid. Dia boleh tuang air yang dalam bekas ke lantai. Sedangkan sinki dekat aje. Lepas tu I tegur. Dia boleh cakap, "Air kosong saja. Nanti lama-lama dia kering". Pernah juga dia tertumpah sabun kat lantai dan dalam kuantiti yang banyak. Apa salahnya ko bersihkan? Dia cakap, "Takpe la... sabun saja. Orang boleh nampak. Orang takkan pijak punya".

What the heck? Aku tak tau la perangai orang kat sini. I can be bitch, sometimes. Terutamanya kepada orang yang di atas tadi because he's super annoying.

Jangan ingat I kerja 6 tahun ni, semuanya baik saja. Tidak la ye. Semuanya bergantung samada kita mampu bertahan atau tak. Mana ada kerja yang mudah. Tak menarik la macam tu. Biar ada challenge, baru tak bosan. Tak bermakna I tak pernah buat salah. Buat salah tetapi mengaku amat jauh berbeza dengan buat salah tapi meletakkan kesalahan itu di bahu orang lain.

Sebenarnya I hairan bila ada yang berkata, "Boss dengar cakap you sorang!". Taktau la nak bezakan nada pujian atau perlian. Takpe la... kalau you nak boss dengar cakap you, you kena la dengar cakap boss juga.

I love my job eventhough I ni kuli aje. Bilalah nak jadi boss agaknya :)

9 scribble(s):

Dyah said...

Happy anniversary kak...sy x de nak sambut anniversary...paling lama pun 4 tahun...xpe rezeki dr Allah :)

mummymer said...

insyaAllah satu hari nanti.. once u have gained trust from the boss, everything will go smoothly

-ibuemir-
www.emmira.com

che mid said...

Sekalung tahniah utk cik Liz..bukan senang utk bertahan sampai 6 thn utk tempat kerja yang ada tikam menikam..kena pandai bawa diri dan buktikan kebolehan wpun orang lain pandang rendah lebih2 lagi bos sendiri. tp sekali dah percaya, insyaallah mereka akan sokong kita dan tak 'kacau' kita lagi.. keep it up sis..

Liz said...

Dyah > haha... thanks Dyah. Takpe, insya Allah rezeki awak ada di tempat lain.

kak Mira > I guess ada yang tak puas hati sebab my boss trust me. I didn't notice that sampai my ex-colleague cakap yang my boss takut kalau I berhenti sbb dia susah nak cari orang yang boleh buat kerja. I feel blessed to have a strict but awesome boss.

Che Mid > yups... I have to work hard and gain his trust during the first 2 years. Now, alhamdulillah. Nak pakai baju kurung tiap2 hari pun dia tak heran sbb dia tau kerja tetap jalan.

Mieza Everdeen said...

fuyyoo, 6 tahun stay at the same place memang tabah sungguh kak Liz. menyirap pulak baca pasal orang yang buat benda mengarut tu, malas sungguh ke nak tuang air tu betul2 ke sinki, dengan sabun tumpah tu pula, jawapan dia mcm budak tak cukup akal je =_='' kanak2 pun tau bersihkan kalau tertumpah anything. about the boss punya initial thought about you, kita pun ada banyak baca artikel tempatan dan luar negara yg kata tempat kerja tak suka amek married women sbb di"stereotype"kan sebagai pekerja yg akan selalu cuti pasal anak (ni masa buat assignment regarding gender discrimination). Another thing juga diorg tak nak promote jawatan kalau tiba2 staf perempuan tu married sebab dilabel "ada keluarga menyebabkan staf wanita kurang efektif di tempat kerja". sadis betul la kalau semua bos nak mentaliti macam ni, apa ingat perempuan fragile sangat ke =_=''

Liz said...

mieza> hahaha... akak pun mcm tak percaya je. masa mula2 masuk sini, akak kata kat colleague "rasanya aku kerja kat sini 5 tahun je kot". sekali ni dah 6 tahun! colleague tu pun dah takde sini. orang yang buat benda mengarut tu mmg suka cari pasal. banyak giler kot benda mengarut dia pernah buat. byk kali juga akak tegur sebab akak rasa dia tak patut buat camtu.

mieza, boss akak ok je. mungkin masa mula2 nak ambil akak, dia risau. but once kita buat kerja dengan betul, dia pun dah buang persepsi tu. he's quite cool, sometimes.

Nafira usof said...

sama ngan saya.. dah 6 tahun bertahan di sini. padahal hari2 gadoh ngan big boss. hehehe

Fiza Rahman said...

Tahniah. Masih bertahan lagi. Aku dah nak masuk 9 tahun. Stay jer lah kat company nih. Benefit pon banyak.

Pelik nya ngan org tu. Tuang air kat lantai.

Liz said...

Nafira > wah, tiap2 hari gaduh ke? bertahan tu!

Fiza> ko lagi hebat nampaknya. alhamdulillah dah jumpa tempat yang boleh kerja lama

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.