Wednesday, October 30, 2013

Bersyukur dengan apa yang anak anda mampu buat

Kejadian ni berlaku semasa kami temankan hubby buat fisio kat hospital. Sehari selepas Hari Raya Aidiladha kot. Sementara tunggu dia siapkan 3 jenis fisio tu, I duduk di ruang legar klinik fisio. Tak ramai orang pun. Tisya pulak jenis tak reti duduk diam. Tapi pagi tu dia sibuk nak bergambar je. So layan.

Dah lama-lama dia boring. I pun boring. Lama nak tunggu. So pergi tengok majalah apa yang ada di rak. Erk, majalah hiburan je yang banyak. Takde apa nak bagi Tisya baca. Tapi ada satu majalah Rapi. Tu pun edisi lama. Takpe la.

Tisya dah boleh membaca tapi kadang-kadang nampak dia malas dan cepat bosan. Nak push dia sangat pun tak boleh sebab I taknak dia benci membaca. So sikit-sikit I tunjukkan perkataan, minta dia sebutkan.

Tak lama lepas tu, ada seorang perempuan duduk kat area tu. Ada anak perempuan dia juga. Dia pandang je Tisya. I pulak rasa semacam. Maybe lama kelamaan, dia sedar yang I perasan kot. Dia senyum dan tanya umur Tisya. Lepas tu tanya sekolah mana. Sekolah berbayar ke?

Bila jumpa orang yang tenung anak kita lama-lama dan lepas tu bertanyakan banyak soalan, I rasa tak selesa. Huhu... masa tu la. Macam pelik pun ada juga. She gave Oreo cookies to Tisya. I saja tanya, "Akak kat sini hantar siapa?"

Katanya, dia hantar anak dia. Sebaya Tisya tapi tak boleh bercakap. Tak kenal huruf. I terdiam. Muka dia sedih. I pulak tak reti nak cakap apa. Tu la, sape suruh mulut gatal sangat nak tanya. Hati emak-emak, mesti terusik bila tengok anak orang dah boleh membaca tapi anak sendiri jauh ketinggalan.

Tak lama lepas tu, ada doktor duduk sebelah dia. Di sampingnya, ada dua orang kanak-kanak lelaki kembar. Kembar! Patutlah akak tu ralit sangat menengok Tisya. Sebab kami duduk sebelah akak tu, I pun terdengar sekali apa yang doktor tu cakap. Katanya, anak dia dah boleh mengenal beberapa huruf tapi tak semua. Salah seorang anak dia dah mula bercakap sedikit manakala lagi sorang tu masih tak bercakap. Akak tu angguk angguk sahaja.

I pandang Tisya. Selama ni I strict juga dengan dia. Dah tau membaca tapi malas, kadang-kala I jadi geram. Sepatutnya bersyukur sebab dia mampu membaca. Anak akak tu, tak mampu nak kenal semua huruf.Semoga terapi pertuturan tu berjaya untuk anak-anaknya. Amin..

Tuesday, October 29, 2013

Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner

Hi girls,

Have you ever heard of Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner? Nama panjang kan? Sekali baca, mata I tertangkap dengan 3 ingredients yang terkandung di dalamnya : Rose Petal, Witch Hazel and Aloe Vera.

"Made of extract from the Witch Hazel shrub (Hamamelis Virginiana) and a blend of other time-tested ingredients - THAYERS® Witch Hazel with Aloe Vera Formula Astringents and Alcohol-Free Toners are soothing, natural treatments that cleanse, tone and soothe your skin. THAYERS® are the only Witch Hazel products made of non-distilled extract from the Witch Hazel shrub maintaining the highest levels of therapeutic tannins"

Thanks to The Butterfly Project and Natta Cosme, I diberi peluang untuk mencuba toner ni melalui Blogging 101 programme. Natta Cosme put extra effort into this pack. Instead of just wrap everything using a bubble wrap, they put a lot of shred papers in the box, wrapped each item nicely, wrap them all again with a red craft paper and lastly put a nice "For You" sticker on it.

Simple but nice lace on the outside

Red and special in the inside.
Didn't I mention to you before that I love anything red?

An introduction card from Natta Cosme

Across the trillion stars along the milky way, there exist a planet named Natta. The nation of the planet lived under an abominable rule where the people must never look the same. They must have their very own distinctive style and character. If there ever existed people who look identical to one another, the authorities will dispatch these people to the one and only Natta Cosme. Natta Cosme provides numerous beauty products that brings out the true physical beauty of the people. These products include skin care, body wash, and make up set. A new individual will be borned after undergoing the transformation. This can be seen in the double "T's" of the logo of Natta Cosme which represents that every individual is distinctively different from one another.

Somehow, they make me feel special. Thank you Natta Cosme. Jom tengok apa yang ada di dalamnya.


Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner – 355ml
Egyption Magic All Purpose Skin Cream – 3ml
A floral motive plastic bag with cotton pads and some surprise
An envelope with a letter for my blog readers

Toner ni didatangkan dalam botol besar. Memang boleh tahan lama. The bottle was tide with a red ribbon. Another small gesture to make us feel special. Penutup botol ni di seal dengan baik. Jadi sebelum guna, kena buka dulu sealer tu. Kemudian, buka keluar penutup botol dan buka sealer lagi satu yang berada di dalam. I keep the ribbon because it’s too cute!

Clear label at the back

Once kedua-dua sealer ni dibuka, dah boleh bau wangi ros. Korang yang selalu pakai toner mesti dah terbiasa dengan bau toner yang kuat dan kita boleh tau ada chemical terkandung di dalamnya. Tapi dengan toner ini, korang hanya dapat bau wangi semulajadi. I like it very much!

I pakai toner di waktu pagi dan malam. Kali ni, I cuba pakai toner ni dengan cotton pad yang disediakan. This cotton pad has a good absorption. Paling penting, it won’t leave any cotton residues behind. Ada sesetengah cotton pad akan meninggalkan cebisan cotton which means it's not good.

The cotton pad is still in a good shape. 
Boleh nampak kekotoran yang keluar lepas guna toner nie.

Once applied, I felt a burning sensation on face. Fret not, it will subside. However, I don’t feel the burning sensation on my next application. Mungkin I guna banyak sangat kot sebelum ni. Rasa bagus sebab gunakan produk yang tiada chemical. Lepas guna, muka rasa segar dan wangi!

We also received a sample pack of Egyption Magic All Purpose Skin Cream. I tak pernah dengar tentang Egyption Magic All Purpose Skin Cream. Thanks to Mr. Google, rupa-rupanya skin cream ni sangat terkenal dan boleh digunakan untuk pelbagai masalah kulit.


"Egyptian Magic is an all-natural skin cream made from six of nature's most powerful moisturizing and healing ingredients. For more than 20 years, we have been blending these ingredients using our unique, proprietary process based on a formula that was created thousands of years ago in the land of the Pharaohs"

Wow, a secret recipe from thousands of years ago? It must be good to be around until now.

I choose to apply a moisturizer because some toners make my skin feels dry

Unscented and pale brown in color. The texture is very oily

I cuba gunakan ia untuk lingkaran gelap di bawah mata. Tekstur krim ni sangat berminyak jadi tak perlu pakai banyak. Hanya perlu picitkan sedikit amaun di telapak tangan. Kemudian gosok hingga ia menjadi minyak. Terus apply di tempat yang kita ingini. Time will tell whether it works for me. You won't see the difference in a night :)

Ada satu benda dalam box tu yang buat I sangat curious. A white-orange capsul that resembles a capsul that we can find at the drugstore.

A medicine for us to consume?


Oh, it's something like a fortune cookie

Let see what the question is.

"True" for me.

I rasa itulah cotton pad yang Natta Cosme syorkan kepada I. That cotton pad is good. Memang tak mudah koyak. It has 3-layer design for best utilization of skin care product.

Top layer (white): optimal application of toner. 
Middle Impermeable film: uses less toner.
Bottom layer (pink side): for soft and comfort application. 

I sudah mula gunakan toner ni on my last birthday. Gave myself a week time for me to try and feel the difference. Kesan penggunaan toner ni berlainan untuk setiap individu. You have to try it first.

7 days after my first application, memang ada terasa kelainannya. Actually, kulit sudah mula terasa lembut dan pores di muka menjadi kecil seawal hari ketiga I memakai toner ni.Walaupun I bekerja di office tapi I kena keluar di waktu tengah hari setiap hari. With a hot sunny day, my face will be oily once I come back to the office. Tapi sejak gunakan toner ni, kulit muka dah tak rasa berminyak lagi. Nasib baik I tak duduk bertentangan dengan orang. Kalau tak, orang lain akan perasan I selalu sentuh pipi. Memang terasa lembut. Pasti ia hasil daripada penggunaan aloe vera dalam pembuatan toner ni.

This toner won't make your skin dry because it's alcohol free. Tak rasa kulit muka tu 'ketat' lepas apply toner. It gives you a nice soothing feeling. Mmmmmm....

It claims that you will look 10 years younger by using this toner. Do I look like 21 years old lady? Ok, perharps I look younger than my real age? By the way, I'm 31 years old.

My face without any make up; no concealer, foundation, etc.
I'm only wearing my daily face moisturizer, baby powder and lipstick.

Harga untuk sebotol toner hanyalah RM55. Kalau korang beli melalui website sekarang, mereka ada offer untuk produk ni. Price sekarang hanya RM45. Nakkan discount lagi? For this blog reader, korang boleh masukkan discount code untuk dapatkan lebih penjimatan. Dengan pembelian RM50 ke atas, boleh dapat RM5 diskaun dengan hanya memasukkan discount code seperti yang tertera di bawah.



How to buy this  product? You can buy it at Natta Cosme store or from their online store.

Natta Cosme 
106, Jalan S2D32, 
City Centre, 
70300 Seremban 2, 
Negeri Sembilan. 
Tel No : 06-6017555
Opening hours : 10 am to 7 pm

Wednesday, October 23, 2013

Remember who the enemy is



"Katniss Everdeen, the girl who was on fire, you have provided a spark that, left unattended, may grow to an inferno that destroys Panem"

Many fans are counting days to watch this movie. I tak terkecuali juga. Awal-awal lagi dah tulis kat calendar. At first nak ambil cuti sebab nak tengok pada hari pertama macam tahun lepas. Tapi tak jadi la kot. Maybe I'll buy ticket for Friday slot. Kena kawal diri sendiri agar tak baca review dari orang lain.


What I love about this trilogy is it's sweet and cruel at the same time. Kita dihidangkan dengan kekejaman yang berlaku dalam The Hunger Games, kesusahan yang menimpa penduduk di setiap district, ketamakan penduduk di Capitol tapi untuk menjadikan jalan cerita itu seimbang, kita dibawa mengikuti erti persahabatan dan cinta tiga segi antara Katniss, Peeta dan Gale. Oh, btw.. I'm Team Peeta. No Gale... you're just her bestfriend :)

To those who decided to watch the movie, I suggest you to finish all three books and watch The Hunger Games first. Kalau tak, confirm korang tak faham dan rasa movie tu boring.

“I wish I could freeze this moment, right here, right now and live in it forever.” 

Hopefully there will be a scene on the rooftop this time.

Tuesday, October 22, 2013

31 years old... Happy Birthday to me.

I had a quiet birthday yesterday. Dah lama hide my date of birth di FB. Jadi tahun ni tak la banyak birthday wishes yang 'masuk' kat situ. I don't know. Nowadays, orang macam dah tak perlu nak ingat tarikh lahir orang lain. Semuanya tunggu FB beritahu. Maybe it's just me... I rasa tak best. Rasa macam orang tu tak ingat pun sebenarnya. But I tak ambil port la tentang ingat tak ingat nie :)

My hubby remember the date. Ahaks, di kala I rasa nak 'give up' dengan tahun ni (sebab tahun-tahun sudah asyik lupa je), dia tanya I nak hadiah apa. Urm, dia tanya masa bulan September kot. I buat diam je tapi dalam hati berharap sangat dia belikan I buku sebab I sangat suka membaca dan buku boleh tahan lama berbanding kasut, baju, tudung, handbag, perfume. Silap-silap, boleh diturunkan kepada Tisya pulak. Hehehe..

Sebenarnya, peringatan tu dah cukup. Tak pun, a slice of cake pun dah boleh buat I senyum.

I have one thing in my mind on that time. The Hunger Games Trilogy Box Set. I dropped the hint on this blog without knowing that he already bought the set for me. Now bila fikir balik, rasa nak sorok muka dalam bantal.


Finally, this set is mine. Goodbye to my ebooks.


I hampir nak terbeli set ni masa awal bulan aritu. Tapi entah sebab apa, tak jadi beli. Nasib baik! Thank you dear.

Note : Buku dah terlalu banyak. Rasa macam nak beli bookplates pulak.

Friday, October 18, 2013

Tak faham dengan suamiku

Sementara tunggu hubby ambil I (he's late again... asal Jumaat je, memang dia lewat), meh la nak story sikit pasal dia ni. Ni sebab dah Jumaat. So hujung minggu I akan dihabiskan dengan ulang tengok Supernatural (tak habis-habis dan tak jemu-jemu).

Dia tu kan, selalu potong stim bila I tengah layan siri kegemaran. Mulalah keluar soalan-soalan yang I malas nak jawab. Contoh...

Revenge Season 2
"Cerita ni pasal apa? Kenapa asal tengok cerita ni je, mesti ada orang kena bunuh, orang gaduh, orang berdendam.. bla bla bla"

Erk, helloo..... Tajuk pun REVENGE kot. What do you expect? Hehehe. Ko bayangkan, dah season 2. Dia boleh tanya cerita ni pasal apa? Haruskah I bercerita semula dari Revenge Season 1?

Supernatural Season 7
"Bobby ni siapa?"
"Diorang ni takde mak bapak ke?"
"Sape adik? Sam ke Dean?"

Soalan berkisar tentang Season 1. Satu je I nak cakap. Sekarang dah masuk Supernatural Season 9!

Drama-drama bersiri TV3
Biasa la, petang-petang tu I sibuk memasak. Dia yang duduk depan TV, melayan sambil senyum-senyum. Bila I dah siap masak, I duduk kejap untuk hilangkan penat. Tengah tengok, tiba-tiba dia boleh tanya I soalan tentang drama tu.

Apakah? Sape yang tengok drama ni sebenarnya?

Oppsss... ada orang dah sampai. Chow!

HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One printer memang best!

I remember those days... urm, semasa jadi uni student. Especially during freshman year. Serba serbi tak ada. Masa tu baru nak beli desktop. Printer pun tak ramai yang ada. Bila nak buat assignment, kena pergi ke computer lab. Lepas tu save the document to the pendrive. Bawa pula pendrive ke cyber cafe, minta mereka print my assignment. Fuh, banyak kerja!

Bila dah ada printer, satu hal pula nak kena tukar catridge selalu. Cepat habis. Harga mahal pulak tu. Bergantung pada assignment, kadang kala boleh habis satu catridge untuk satu assignment sahaja. Tapi kami tiada cara lain. Masa tu permulaan zaman milennium. But it's not wireless yet. Smartphone pun belum terkenal lagi masa tu.

But now, serba serbi wireless. Sejajar dengan perkembangan semasa, HP mengeluarkan HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One yang berupaya menjimatkan masa dan wang anda.

Ingat lagi tak akan #IWantHPInkAdvantage Hastag Contest yang I warwarkan di sini baru-baru ini? Thanks to HP Malaysia and Edelman Malaysia, I dan 5 orang bloggers yang lain telah diberi peluang untuk menghadiri Lunch and Learn Session anjuran HP. Di sana, mereka telah memperkenalkan model terbaru ini. Penerangan telah disampaikan oleh Mr. Martin Tan dan Mr. James Low.



Tidak cukup dengan menghadiri Lunch and Learn Session, kami telah diberi peluang untuk membawa balik 2 model printer untuk dicuba di rumah. Kena lah cuba sendiri. Baru kita tau printer tu bagus atau tak, betul tak?

Jom kita lihat apa yang best tentang siri Ink Advantage ni.

HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One


Secara amnya, HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One kelihatan seperti printer yang lain. Ia boleh print, copy dan scan sebarang dokumen yang kita inginkan. Tapi ia jadi hebat sebab printer ni boleh disambungkan secara wireless. Maknanya korang boleh print sebarang dokumen yang dihantar melalui smartphone, computer dan tablet. Zaman sekarang ni kalau boleh semuanya nak cepat dan mudah, betul tak?

Like I said, ia macam printer biasa. Korang akan dibekalkan dengan 2 buah catridges : Black and Color. Nak setup printer ni pun sangat mudah dan straight forward. Semuanya ditunjukkan melalui skrin kecil di printer. Kalau tak faham, korang boleh klik untuk demo.

Switch on the printer dan ikut sahaja arahan di skrin. 

Masukkan catridges di slot yang disediakan. 

Test page akan dicetak. Kemudian ikut arahan seterusnya. 

Bila dah ok, kita perlu connect printer tu ke internet network yang kita inginkan. 
Nampak tak blue light tu? Itu maknanya it's connected to network.



Langkah terakhir ialah install printer di computer, laptop dan smartphone anda. Bila dah siap, dah boleh guna. Serious.... sangat mudah. Sesiapa pun boleh setup this printer tanpa ada banyak masalah.


Print out document from my smartphone

We printed out dozens of photos. Kualiti sangat memuaskan. Macam print kat kedai gambar.

Features
1. Low cost, high expectations—quality printing for less, using Original HP ink cartridges.
2. Put your best print forward. Create borderless, lab-quality photos and laser-sharp documents with ease.
3. Reliable performance—print more for less and avoid risky refills with the world's No. 1 printer brand.

Print wherever creativity strikes 
1. Print wirelessly—from virtually anywhere you roam—from your smartphone, tablet, and Internet-connected PC.
.2. Always have your printer on hand—scan directly to your mobile device with the HP Printer Control app.
3. Get right to printing. Set up quickly out of the box and connect to your wireless network automatically.

Step up and create 
1. View photos, edit, and print quickly from the 2.65-inch (6.7 cm) colour touchscreen and memory-card slot.
2. Get news, fun, and savings delivered directly to your printer with HP Printables.
3. See it sooner. Knock out creative photo projects in a snap so you can show off right away.

Conserve resources without slowing down 
1. Both sides of savings—save time and paper with automatic two-sided printing.
2. Designed to conserve. Save energy with an e-all-in-one that’s ENERGY STAR® qualified.
3. Small effort, big impact. Count on free cartridge recycling through HP Planet Partners.

Printer ini bukan sekadar boleh scan, print dan copy. Ia juga mempunyai online database yang memuatkan pelbagai dokumen. Nak print homework untuk anak pun boleh. Best kan?

Sudoku pun ada. Bahaya ni.. hehehe

Paling penting, catridge boleh dibeli dengan harga serendah RM37 sahaja.

HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One ni mempunyai satu feature yang membuatkan ia outstanding berbanding printer yang lain. Nak tau apa dia?

It is ePrintCenter.

ePrintCenter ni merupakan satu platform khas untuk printer anda. Apabila anda membeli HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One, anda akan mempunyai satu akaun ePrintCenter di mana anda boleh print pelbagai dokumen tanpa memerlukan penggunaan printing software.

All you have to do is sending an email containing your documents to your printer’s email address.  It allows you to print images, Excel sheet, normal printout, PDF’s, photos, Word Documents and other document. You can also view and manage your print jobs through your printer Job History available in the HP ePrinterCenter.


So you can see my printer's email address on above photo. Adakah ia bermaksud sesiapa sahaja boleh hantar dokumen ke printer tu? Ya, sesiapa sahaja boleh hantar. Kot-kot la kan, jiran anda nak print resipi masakan. Tau-tau je dia hantar ke printer anda. Hahaha...

Jangan risau. Di ePrintCenter, anda boleh pilih samada nak beri kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk send document ke printer anda ataupun hanya beri access kepada akaun tertentu sahaja.

Choose "Allowed Sender Only" 

Kemudian, masukkan email addresses yang kita pilih

Boleh ke kalau nak hantar dokumen dari printer ke computer/tablet/smartphone? Boleh sangat! Katakanlah dokumen tertinggal kat rumah dan tiba-tiba nak guna sangat dah nie. Anda yang perlu minta orang kat rumah untuk letak dokumen di scanner. Kemudian scan dan melalui printer, anda hantar ia ke email anda. Easy peasy!

Too good to be true? This is the printer revolution. Memang sangat awesome!

Untuk maklumat lanjut, layari HP Online Store.

Friday, October 11, 2013

Tips untuk memisahkan tempat tidur anak

Tak sangka transition untuk pisahkan tempat tidur tu berjalan dengan lancar. Sungguh ni. I membayangkan Tisya akan mengamuk atau mengigau malam-malam buta. Hikhikhik. It was a breeze... alhamdulillah.

Hanya malam pertama I bangun tidur sampai 5 kali. Memang risau. Takut dia menangis, takut dia jatuh katil.. macam-macam I fikir. Masuk malam kedua, dia terjaga 2 kali dan menangis panggil I. Malam ketiga, dia bangun sekali sahaja dan panggil I. Malam ketujuh, dia terjaga dan berjalan ke ruang tamu. Hahaha... Nasib baik hubby perasan masa tu. Lawak giler bila fikir balik. Tisya berjalan ke arah ruang tamu. Abi dia ikut dari belakang. Agaknya bila Tisya tengok ruang tamu dah gelap, dia nak pusing balik kot. Pusing je, dia menjerit... terkejut nampak abi dia.

Tapi bila I tanya tentang kejadian tu kat dia keesokan hari ni, dia takde memori langsung tentang apa yang berlaku malam tu. Adoi!

I rasa pisahkan tempat tidur tidak membawa banyak masalah apabila mempunyai lebih dari seorang anak. 2 beradik boleh tidur dalam bilik yang sama. Jadi mungkin takde rasa takut. Tapi bila anak seorang, tu yang akan ada masalah sikit. Yang penting, jangan paksa.

Ini beberapa tips yang I dapat dari pembacaan. Tapi I paling suka bila tengok Nanny 911 dulu. Memang berguna dan menjadi tips yang diberikan tu.

1. Libatkan anak dalam proses menyiapkan bilik tidur dia. Minta dia pilihkan cadar, warna cat bilik, lampu tidur, pyjama... pendek kata, minta dia pilih apa yang dia nak. Tapi kita pun kena tengoklah samada sesuai ke tak :)

2. A few days before dia kena tidur kat bilik sendiri tu, selalu beritahu dia yang dia akan tidur kat bilik sendiri pada sekian sekian hari. So dia tau yang dia kena tidur kat bilik sendiri. Bukan tiba-tiba je korang suruh dia tidur kat bilik tu sorang-sorang. Bagi dia prepare dari segi mental dan emosi. Ewahh....

3. Katakan kepada ia bahawa tidur seorang di bilik sendiri itu "sangat cool"! Kaitkan dengan sesiapa yang dia kenal. Tak pun, kaitkan dengan watak kartun yang dia selalu tengok seperti Upin dan Ipin atau Princess Sofia (hehehe... fave Tisya). Barulah dia rasa semangat sikit.


4. Kali pertama tu, tidur sekali dengan dia tapi janganlah tidur sampai pagi pulak. Baring sebelah dia dan tidurkan dia. Katakan kepada anak yang korang takkan tutup pintu bilik dia dan korang pun takkan tutup pintu bilik korang. So kalau tiba-tiba anak bangun tengah malam, anak boleh panggil korang atau dia boleh bangun dan pergi ke bilik korang.

5. Ini penting. Let say dia menangis tengah malam dan berkeras nak tidur kat bilik korang, buat derk je. Hehehe... baring semula sebelah dia dan tidurkan di bilik dia sendiri. Jangan beri signal bahawa anak boleh tidur semula bersama anda bila-bila dia rasa takut. Dia kena belajar lawan rasa takut dia.

6. Apabila dia bangun pagi, beri pujian dan kata semangat kepada anak kerana telah berjaya tidur di bilik sendiri. Bagi dia rasa "kembang semangkuk'. Takpe. Yang penting, dia rasa seronok sebab berjaya.

7. Buat dia rasa bahawa bilik tu dia yang punya. Apa-apa pun, buat kat bilik tu. Nak tukar baju pun, tukar kat bilik dia sendiri. Dia akan rasa okay, this is my room.


Setakat ini, tu je tips yang I amalkan. I masih hantar dia masuk bilik tiap-tiap malam. Tapi dia dah jarang panggil I tengah malam. Memang boleh tidur dengan lena. Seronok pulak bila tengok dia tidur sorang-sorang :)

Philips "Innovation that matters to you" campaign and contest

Baru-baru ini, Philips telah melancarkan kempen "Innovation that matters to you" di mana ia mengajak rakyat Malaysia berkongsi idea, pendapat dan pandangan bagi menjadikan rumah dan negara kita lebih selamat. Ini bersesuaian dengan misi Philips yang sentiasa mencari idea baru untuk mencipta produk yang lebih baik untuk pelanggan.



Untuk kini hingga 14 November 2013, rakyat Malaysia boleh berkunjung ke website http://philips.to/innovationMY dan menyumbang idea bernas mereka melalui dua kategori : Healthy Homes and Safer Cities.

Setelah tamat, pihak juri akan menyenaraikan 3 idea terbaik bagi setiap kategori untuk bertanding dalam public voting dari 27 November hingga 10 December.


Idea yang meraih voting paling tinggi bakal melihat idea itu direalisasikan oleh Philips. Ada juga pelbagai hadiah lain untuk dimenangi.

Grand Prize for Winning Idea: 
1 unit of Philips Viva Collection Airfryer
1 unit of Philips Viva Collection ME Computerized Electric Pressure Cooker

5 Consolation Prizes for Shortlisted Entries: 
1 unit of Philips Living Colors Bloom Black
1 unit of Philips RaGa MP3 Player

Kalau tengok sekarang pun, Malaysia masih aman tapi tidak boleh dikategorikan sebagai negara yang selamat. Mana-mana negara pun pasti berlaku pelbagai jenayah. Tapi kita juga boleh melakukan sesuatu untuk memastikan negara kita lebih selamat untuk rakyatnya.

Jika korang ada idea yang best-best, apa kata join kempen ini. Caranya mudah saja. Mula-mula, layari  http://philips.to/innovationMY.

Kemudian, pilih tema.


Lepas tu, masukkan nama dan email address. Nak log in guna twitter dan facebook pun boleh. Bolehlah taip idea anda di kotak yang disediakan. Make sure korang baca Terms and Conditions dulu (sebab I tengok ada entry submission yang tidak mematuhi Terms and Conditions).


Dah siap? Click "Submit".


Idea ini timbul kerana I selalu nampak parking lot for disabled people disalahgunakan oleh mereka yang normal. Disabled people perlukan parking lot yang lebih besar dan dekat dengan pintu masuk agar ia memudahkan mereka untuk turun dari kereta. Bila dekat dengan pintu masuk, keselamatan mereka juga lebih terjamin daripada penjenayah yang mungkin target mereka yang tidak boleh melawan.


Senang je kan? Jom kita berkongsi idea untuk menjadikan kediaman dan negara kita lebih selamat!

Join the conversations on #meaningfulinnovation on Facebook, Twitter @PhilipsMY and Instagram and visit http://philips.to/innovationMY to find out more!

Thursday, October 10, 2013

My name is Liz and I'm Parenting Blogger

Bila orang tau I seorang blogger, soalan yang kerap mereka tanya ialah, “Dah berapa lama awak ber-blogging?”. My mind akan mula memikirkan tahun pertama I mula ber-blogging. You won’t believe if I said, “It all started 13 years ago”. Yeah, believe me.

Di zaman blog platform masih baru, I sudah mula berjinak-jinak di Easyjournal. Ahaks, dah tak wujud pun platform tu. Kemudian, my high school friend perkenalkan Blogspot. He had a website. Urm, rasanya sekarang dia dah takde website kot. Dia yang sarankan I guna Blogspot sebab katanya MUDAH. So I mula menulis di Blogspot. Masa tu belum kahwin dan masih belajar di university. Jadi cerita pun berkisar tentang life as a student. Sape yang rajin baca masa tu tau la I suka tulis pasal apa. Light and easy :)

Then, I created my third blog during my first pregnancy. I was miscarriage before and it left a scar in my heart. I was sad and it didn’t help me when a few people blamed me for that miscarriage. You know, simple words like, “Tu la.. lasak sangat” or “Dah tau pregnant, buat cara orang pregnant” takkan buat I tersenyum masa tu. Therefore bila I pregnant buat kali kedua, I decided to open a secret blog. I shared stories I pregnant kan Tisya kat situ. Memang takde siapa tahu blog tu. Masuk bulan ke-5, baru I kongsikan blog tu dengan rakan terdekat.

Blog tu terus berkembang, seiring dengan usia Tisya. Pengalaman yang sangat berharga apabila isi blog tu disalah erti dan dikecam oleh orang yang kurang faham. Ia mengajar I untuk lebih berhati-hati tapi dalam masa yang sama, I kehilangan freedom untuk bercerita secara bebas. I know… I can’t ask people to like me but if you find this blog is “too much” for your brain to digest, just leave in peace and please don’t come back or worse, talk behind my back.

My third blog ialah blog yang korang sedang baca sekarang. My second blog? Biarlah rahsia….. heheheh.

Sekarang ni bloggers boleh dikategorikan dalam beberapa kategori. We have Beauty Blogger, Lifestyle Blogger, Food Blogger, Travel Blogger, Parenting Blogger etc. Banyak! I pun tak tau I ni dalam kategori apa. Kalau masa Tisya baby tu, mungkinlah dalam kategori Parenting Blogger tapi sekarang ni, I tulis apa yang I tergerak nak tulis. Sebab tu ia bertukar dari “Charming Umi” ke “Liz Rohaizat”. Ia lebih sesuai.

After attended a few events, I nampak mereka letak I under Perenting Blogger. So okay la, I’m a Parenting Blogger. Wah, tiba-tiba kan? Hahaha. Okay la, ada pembaca yang tanya macam mana I buatkan Tisya senang sangat nak berpisah katil. Malam tadi dah masuk hari ke-7 Tisya tidur di bilik dia sendiri. I will share my stories tomorrow.

Right now.. I need a coffee. Mengantuk sebab ulang layan Supernatural Season 8 malam tadi. Pukul 2.30 pagi baru tidur T_T

Tuesday, October 08, 2013

HP Launches #IWantHPInkAdvantage Hashtag Contest

In a few weeks time, Hewlett-Packard will launch their latest printer model : HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One.


To kick off the launch, HP Malaysia has announced details of a unique new contest aimed at young home users and students. The #IWantHPInkAdvantage hashtag campaign will run on social media channels, including Facebook and Twitter, until the end of the month and winners will receive a HP DeskJet Ink Advantage 4515, one of HP’s latest printer models.

To participate via Facebook, contestants need to complete the sentence “ I want to #IWantHPInkAdvantage because _____” and post it as a status. Contestants who prefer to participate through Twitter need to describe why they want or love HP Ink Advantage in no more than 140 characters. All entries must use the competition hashtag #IWantHPInkAdvantage in order to be eligible.

This contest is open to all Malaysians aged 18 and above. Participants must not in any way be connected to HP Malaysia.

The winners will be selected based on their creativity in highlighting the unique properties of HP Ultra Ink Advantage, as outlined in the advertisement. The lucky winners, one from Facebook and one from Twitter will be awarded a HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One printer worth RM469.

"The HP Deskjet Ink Advantage 4515 e-All-in-One like all HP Ink Advantage printers provides quality printing for less using original HP Ink Catridges. With its wireless capabilities, users can print directly from their mobile devices and also receive scans directly to their mobile with HP Printer control app" said Mr. Martin Tan, Market Development Manager for Inkjet Hardware, HP Malaysia

For more information on the contest, please visit : http://www.facebook.com/notes/hp-malaysia/iwanthpinkadvantage-hashtag-contest/691905694171679

Monday, October 07, 2013

Hadiah sempena hari lahirnya yang ke-5

She's a "tiba-tiba" person. Tiba-tiba berhenti menyusu, tiba-tiba diaperless.. jadi bila sampai bab pisahkan tempat tidur, I tak memaksa sangat sebab I rasa ia akan jadi "tiba-tiba" juga. Sebolehnya I nak dia belajar tidur di bilik sendiri ketika usia 5 tahun. Ye la, orang dah besar, dah sekolah... so idea tidur di bilik sendiri tu mungkin boleh diterima oleh dia.

Tapi dia kata, "Tisya nak tunggu 6 years... baru nak tidur sendiri". Takpe la... setahun je lagi.

Untuk sambut birthday dia baru-baru ni, hubby came with a great idea. Instead of buying a nice present, dia nak hias bilik Tisya cantik-cantik dan hadiahkan bilik tu kat Tisya. Great idea tapi dia beritahu idea tu dalam 2-3 hari sebelum tarikh lahir Tisya. No time to make preparation.

Kalau ikutkan hati, kami nak buat senyap-senyap tanpa pengetahuan Tisya. But then, I remember a few tips from Nanny 911. Kalau kita nak anak suka tidur di bilik dia sendiri, kita kena libatkan dia dalam proses menyiapkan bilik tu. Memandangkan bilik tu akan jadi hadiah kami, kami hanya minta Tisya pilihkan set cadar dia. She choosed Hello Kitty set. Beli hari Sabtu, birthday dia hari Rabu. Lama minah tu tunggu. Mungkin sebab tu dia tiba-tiba jadi excited nak pasang cadar tu.

Sehari selepas birthday dia, kami kemas bilik paling kecil dalam rumah tu. Mula-mula nak jadikan bilik kedua terbesar sebagai bilik dia tapi fikir-fikir balik, tak jadi la. Nanti tetamu nak tidur mana pulak. So ambil bilik paling kecil. Kira ngam la untuk budak kecil. Selama ni bilik tu jadi tempat simpanan baju dia, tempat orang solat dan tempat I gosok kain. Malam tu kami keluarkan semua barang yang tak patut, hubby vacuum dan mop lantai. Bilik tu memang ada sebuah katil single tanpa headboard. Jadi pakai je katil tu.

Tisya? Masa tu dia pun sibuk nak tolong. Bagi la dia tolong sikit-sikit. Tapi bila dah mula nak pasang cadar, kami suruh dia pergi kat ruang tamu. Tu pun dia nak datang jenguk. I suruh hubby pergi jaga Tisya. Dah kata surprise kan? Mana boleh tengok. Hehehe...

Sebenarnya takde apa pun yang nak buat sebab memang tak plan betul-betul. Pasang cadar, susunkan bantal dan patung kesayangan dia. Cuma ada satu hadiah rahsia dari kami yang Tisya memang tak tau kami dah belikan untuk dia. To tell you the truth, I nak tengok sangat reaksi dia bila nampak benda tu.

Meanwhile, Tisya dengan hubby tengah "bergaduh manja" kat luar. Sorang nak tengok bilik dia, sorang lagi kejar tak bagi tengok.

Bila dah siap, kami tutup mata Tisya dengan kain. Dia tergelak-gelak, tak sabar nak tengok. I letakkan bangku Ikea kat tengah-tengah bilik. Kami dirikan dia atas tu. Hubby bukakan penutup mata, I bersedia dengan kamera.

She was crying happily. Ok, agak kelakar! I thought dia akan gelak-gelak lagi. Dia pandang katil dia. Lepas tu dia pandang keliling dan mata dia tertangkap hadiah rahsia dari kami. Ok, budak kecik pun pandai rasa terharu ke? Dia nak nangis, dia tutup mata dan cuba lari keluar bilik. Tapi hubby sempat tangkap dia. Rasa macam kesian pulak sebab minah ni nak nangis. So cepat-cepat baringkan dia atas katil dia dan buat dia gelak balik.

"Abi penipu ehhh. Bila abi beli?". Agak-agak apa hadiah kami ye? :)

Ala-... murah je. Memang dah lama nak beli. Malah masa ke tempat tu baru-baru ni, Tisya cuma benda tu banyak kali tapi kami tak belikan pun. Ok, tak belikan depan mata dia. Kami sorokkan dalam beg besar. Dia memang tak perasan.

Wah, bercerita panjang. Jom tengok gambar.

Hello Kitty Single Set with quilt cover.
Quilt beli di Ikea. RM20 sahaja.


Bantal-bantal dan anak patung wajib ada masa dia tidur.
Kalau masa berkongsi katil dengan kami, penuh satu katil!



Bilik kecil, barang kena minimum. Tempat simpanan baju tu akan ditukar dengan STUVA storage system. Hehehe, dah tengok kat Ikea. Sesuai la dengan ketinggian Tisya. Children's tent tu la hadiah rahsia kami. Memang berhajat nak beli sejak tengok dia seronok bermain dalam tent dengan anak kawan hubby. Tak dapat yang girlish macam tent kawan dia tapi dia tengok yang ni pun dia dah seronok. Berulang kali masuk tent tu masa kat Ikea. Kitorang geleng kepala kata taknak beli sedangkan sebenarnya tent tu dah ada dalam beg besar yang I sandang di bahu. Hihihi.


Poster yang ditempah dan dibingkai masa dia berumur beberapa bulan tu masih cantik. Tak rugi kami menempahnya. Frame dan Powerpuff Girls ni dah dipasang sejak kami berpindah ke sini. Punya la lama diorang tunggu Tisya pindah masuk ke bilik ni.


Ok, ini reaksi dia lepas nampak tent tu. 
Hahaha.... Hi, Spongebob!


Tak payah tunggu 6 tahun, malam tu juga dia tidur kat bilik tu. 
Good girl!

Malam tadi dah masuk kali ke 4 dia tidur di bilik sendiri. Alhamdulillah, proses berpisah katil menjadi sangat lancar. Tak sangka ia menjadi salah satu perkara "tiba-tiba" juga.  I ingat sangat, malam tu I terjaga 5 kali. Setiap kali terjaga, terus bangun dan tengok dia kat bilik baru. Hubby? Dia tidur lena. Tak risau langsung. Katil tu takde pagar tepi tapi kami letak bantal besar kat situ. Setakat ni dia tak jatuh katil lagi. For extra precaution, I letak bantal-bantal besar kat lantai bawah tu.

That room is far from perfect. Belum siap lagi. Plan seterusnya mungkin nak cat dinding, letak almari, meja study, small storage dan rug. I rasa nanti tent tu terpaksa dipindahkan keluar sebab bilik tu memang kecil. Apa-apa pun, memang happy bila dapat buat dia gembira.

Wednesday, October 02, 2013

Our baby girl is 5 years old today

"A baby girl... one of the most beautiful miracles in life, one of the greatest joys we can ever know, and one of the reasons why there is a little extra sunshine, laughter and happiness in our world today"


Happy Birthday, Tisya.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.