Thursday, September 26, 2013

October is approaching

There's a man... dah 9 tahun I kenal dia... dah hampir 7 tahun hidup sebumbung tapi dia masih "belajar" tentang I. So far, dia masih belum graduate lagi. I pun belum graduate juga :p

October ialah bulan lahir Batrisyia. Bulan lahir Batrisyia, bulan lahir I juga. This year, I taknak cakap apa-apa. Serik dah. I nak tumpukan pada Batrisyia je. We're going goodies hunting this weekend. Yeay!

3 malam yang lepas kot, hubby tanya I nak hadiah apa. Samada nak dia belanja makan atau nak dia belikan baju. I senyap sebab 2-2 I taknak. Hahahah.... sorry abang. You have to be creative.I want something personal... something yang bila dia hadiahkan, dia boleh cakap.. " I know you will like this because bla bla bla". Reason tu mesti boleh relate dengan I. Too complicated huh? I saja cakap, "Beli hadiah tu tak penting, yang pentingnya abang ingat ke tarikh lahir Liza?" Jeng jeng jeng.... dia gelak-gelak saja. Gelak sebab tak tau atau sebab dia tahu?

"Kalau abang dapat jawab, tak jadi bagi hadiah. Abang bagi hadiah cempedak goreng je!". So not romantic kan? Ada ke nak bagi cempedak? Kalau tukar nak bagi Cornetto Vanilla, sedap la sikit telinga ni dengar. Macam tahun lepas, I saja disable event reminder kat handphone dia. Tu yang dia tak ingat my birthday. *Kantoi*

Pendekkan cerita, dia berjaya jawab soalan I. So I cakap, "Tak payah susah-susah nak fikir. Apa yang Liza nak, Liza dah tulis kat blog. Abang tinggal cari entry tu je". Sometimes, I drop a few hints through this blog. Apa yang I suka.. apa yang I tak suka... orang yang kenal I, mesti dapat pick up.

I am not material girl. I tak minat branded stuff. For me, ia membazir duit. Baju-baju I pun bawah RM100 sehelai. Kasut je I akan beli yang mahal sikit tapi I akan pastikan ia boleh pakai bertahun-tahun. Kasut raya I pun dah 3 tahun pakai kasut yang sama sebab masih elok. I don't really mind.

I lebih minat habiskan duit ke arah benda yang boleh dipakai lama dan boleh memberi kebaikan kepada diri sendiri. Nah abang, that is another hint. Alamak.... takkan tak tau lagi apa yang Liza suka?

Tuesday, September 24, 2013

Kereta yang pergi "bercuti"

Setelah 14 hari tersadai kat workshop, barulah kami dapat semula kereta ni. Tu pun selepas I pot pet banyak kali. Kami dijanjikan kereta akan siap dalam masa 7-10 hari. Tapi haremmmm... janji boleh ambil hari Isnin.. bawa ke Rabu... bawa ke Jumaat...

Masa hari Rabu, dia kata dah cat tapi nak touch up sikit-sikit. Guess what? Hubby pergi workshop tu hari Jumaat, mana ada dia cat. Cakap je lebih. Petang tu pegi ke workshop dan buat muka garang dan tension sikit-sikit. Ahaks, hidup kena pandai berlakon.

Sabtu dah boleh ambil kereta. Tu pun tak puas hati sebab dia kata nak cat satu kereta (kat pintu ada calar sikit-sikit, depan pun) tapi tidak pun dicatnya. Dia boleh kata, Sabtu lain boleh datang lagi.. dia bagi touch up.

Adeh!

Apa-apa pun, yang penting hasil kerja memuaskan. Tang lain tu tolak tepi dulu ye.

Erny kata, kena ada gambar before after.. nah, ini dia!



I'm gonna miss driving manual car. Lagi best! Tapi takpe la, KL ni sesak. Penat kalau bawa kereta manual, kan?

Friday, September 20, 2013

Anak mati di pusat asuhan

Kalau kau nak buat taska/nursery/pusat asuhan, boleh tak jadi seorang yang lebih peka, berperikemanusiaan/bertanggungjawab?

Anak mati di pusat asuhan

Eiiiii, geram!!! Baby tu dah muntah darah. Masa ayah dia ambil, dia dikatakan telah meninggal dunia 2 jam lebih awal. Kesian tak?

Kau kerja kat taska tapi kau nak tutup kesalahan kau? Bukan muntah biasa... muntah darah. Kau boleh biarkan je? Tak call parents tu? Bila ditanya, banyak dalih pulak.

Yang pergi tidak akan kembali tetapi yang lalai tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Biar ia menjadi peringatan kepada yang lain.

Takziah kepada keluarga mangsa.

Wednesday, September 18, 2013

Day 14 : Sweet Pavlova

Hari ni merupakan hari ke 14 dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. Sejak 2 minggu yang lalu, pelbagai informasi dan resipi berkaitan buah kiwi yang I telah kongsikan. Tiap-tiap hari I makan kiwifruit.. without fail! Di kala hubby dan anak terkena selesema dan batuk, I masih sihat-sihat saja (jangan kira I kena food poisoning baru-baru ni, tu kes lain... hehehe).  Mungkin sebab I terlebih rajin makan kiwifruit. Kiwifruit kan mengandungi kadar vitamin C yang tinggi. Insya Allah jika korang amalkan pengambilan kiwifruit setiap hari, kesihatan akan berada di tahap optimum.

Jangan lupa layari www.zespri.com.my untuk mendapatkan pelbagai informasi tentang Zespri® Kiwifruit. Ketahui teknologi yang digunakan dalam menghasilkan kiwifruit bermutu tinggi dan apa yang terkandung dalam Zespri® kiwifruit. Sebenarnya kita hanya tahu makan tapi tak tau apa yang terkandung di dalamnya. Bila I terima challenge ni, barulah I tahu kiwi mengandungi actinidin yang boleh mengurai protein dengan baik. Kerana tu buah kiwi tidak sesuai digunakan dalam resipi cheesecake. Oh, I tak cuba pun tapi I fikir logik saja :)

Di kesempatan ini, I ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Zespri® Malaysia dan team di Edelman Malaysia kerana sudi menjemput I untuk participate dalam cabaran ini. Pada mulanya I ingat I hanya perlu makan kiwifruit selama 2 minggu. Tapi apabila dicabar untuk mencuba dan menghasilkan resipi berkaitan kiwifruit, I benar-benar rasa teruja dan seronok. Bukan senang! Ia sememangnya pengalaman berharga buat kami sekeluarga.

Week 1

Week 2



Sebagai penutup challenge, I nak berkongsi satu resipi pencuci mulut yang I selalu buat. Bila buat, wajib guna Zespri® kiwifruit. Rasanya yang masam-masam manis tu sangat sesuai digandingkan dengan pencuci mulut yang terkenal dengan kemanisannya ini.

SWEET PAVLOVA


Ingredients:

4 biji putih telur
Satu cawan gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu besar tepung jagung
Non dairy whipping cream
Zespri® Green kiwifruit
Strawberries

Direction:
1. Panaskan oven dengan suhu 140 darjah.
2. Pukul putih telur dengan menggunakan low speed sehingga menjadi soft peak.
3. Masukkan gula sesudu demi sesudu dan pukul dengan high speed hingga menjadi thick and glossy.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
5. Masukkan cuka dan tepung jagung. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
6. Tuangkan ke atas parchment paper dan bentukkan pavlova.
7. Turunkan suhu ke 130 darjah dan bakar pavlova selama sejam (bergantung kepada oven masing-masing)

Apabila siap, bahagian luar pavlova akan sedikit gelap dan rapuh apabila disentuh. Hiaskan bahagian atas dengan non dairy whipping cream yang telah diputar kaku bersama buah-buahan.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer
Day 10 : Superb  Zespri® Kiwifruit Cake
Day 11 :  Fizzy Zespri® Lemonade
Day 12 : Yoghurt Muffin with Zespri® SunGold
Day 13 :  Zespri® Kiwifruit Sauce

Keracunan makanan?

Kalau korang perasan la, cuti ni memang banyak entry berderet tentang buah kiwi. So sorry... hehehe. I memang takde mood nak update blog sebab I benar-benar tak sihat.

Ingatkan cuti ni boleh la berehat puas-puas tapi nampaknya nasib tak menyebelahi I. Meh la I story sikit eventhough korang mungkin taknak ambil tahu pun kan :p

Jumaat, I bangun pagi pada pagi tu  dengan rasa macam, eh malam tadi aku ada bangun nak muntah ke? Ke aku mimpi je? Bila gosok gigi, rasa mual. Opps, jangan teka macam-macam eh. Sebelum masuk kereta pagi tu, I minta hubby tepuk-tepuk belakang I sebab rasa nak muntah sangat. Masa tu dah standby bawa plastik. Kot-kot la termuntah dalam kereta. Nasib baik bawa sebab elok je sampai taska, terus muntah. Selang 5 minit, muntah lagi. Tau-tau je dah 3 kali muntah kat taska. Habis keluar semua makanan yang I makan malam sebelum tu.

Alang-alang dah keluar, masuk office juga la. Tapi dah cakap dalam hati, ni kalau aku muntah lagi, nak gi clinic. Makan pagi tu pun tak lalu sangat. Tak habis pun. Selang sejam, muntah lagi.

Jumpa doktor dalam keadaan lembik. Doktor checked dan dia kata, badan I lemah dan perut banyak angin. Dia kata maybe keracunan makanan. Walaupun hubby dan I makan lauk yang sama, mungkin masa tu perut I sensitif sikit. Dia bagi ubat muntah dan charcoal. I lapar tapi takut nak makan. Doktor kata, makan sikit-sikit untuk mengelakkan daripada muntah teruk. Terus dapat MC.

I bought biskut Tiger dan mineral water. Makan sekeping biskut. Minum seteguk air. Makan ubat muntah. Terus rehat. Tak boleh balik lagi sebab nak tunggu hubby balik pukul 1 petang. Tapi memang I tak buat kerja langsung kat office. Selang 2 jam lepas makan ubat muntah, I makan 2 biji charcoal tablets pulak. Tak sampai seminit, I dah rasa nak muntah. Bayangkan masa tu I tengah jumpa boss. I boleh minta dia stop bercakap dan terus berlari ke toilet. Air mineral, biskut tiger, charcoal tablets... semuanya dimuntahkan semula :(

It was disgusting and I was so weak. Satu hari I makan biskut Tiger dan satu hari tu juga I muntahkan semuanya balik. Menjelang 11 malam, I dah muntah 8 kali dan kali terakhir tu la paling sakit sebab takde apa lagi yang perut boleh muntahkan.

Sabtu, kami dijadualkan pergi picnic kat PD. Pukul 5 pagi dah bangun sebab nak siapkan bekalan. Masa ni dah tak muntah lagi. I pun dah mula makan sikit-sikit. Tapi benda lain pulak yang berlaku. I cirit birit. Ya Allah, lepas satu-satu. Kat PD tu, orang lain sibuk mandi laut, bakar ayam... I boleh baring dalam tent. Tak larat. Tapi rendamkan badan juga kat dalam laut. Nanti menyesal pulak. Tapi masih takde selera makan. Balik rumah pun takde selera nak makan. Sampai ke pukul 2 pagi I cirit birit. Malam tu mama buatkan teh o pekat.

Ahad, apa yang I ingat hanyalah toilet... tidur... toilet... tidur...

I tak tau la macam mana boleh kena keracunan makanan. Takkan sebab perut sensitif, sampai 3 hari I teruk macam tu. Selera nak makan tu hanya datang kembali masa I dah balik KL. 3 hari lebih tak makan elok-elok :(

Sekarang ni masih takut-takut nak makan juga.

Tuesday, September 17, 2013

Day 13 : Zespri® Kiwifruit Sauce

Hi there! Seronok cuti 3 hari ni? I ni rasa serupa tak cuti. Kesihatan semakin baik walaupun tak la betul-betul baik lagi. Tak seronok betul cuti kali nie.

Hmmm, balik rumah pun dah terasa penat. To chase this Tuesday blues away, I decided to prepare Zespri® Kiwifruit Sauce untuk dimakan dengan vanilla ice cream. It’s easy to prepare. Yummy!

ZESPRI® KIWIFRUIT SAUCE



Ingredients:
10 Zespri® SunGold Kiwifruit, peeled, finely diced
1 cup white sugar
2 tsp lemon juice with a bit of lemon zest

Directions:
1. Simmer all ingredients for about an hour (or less, keep your eye on it!)
2. Pour the sauce into empty bottle and keep it in the refrigerator.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer
Day 10 : Superb  Zespri® Kiwifruit Cake
Day 11 :  Fizzy Zespri® Lemonade
Day 12 : Yoghurt Muffin with Zespri® SunGold

Monday, September 16, 2013

Day 12 : Yoghurt Muffin with Zespri® SunGold

Selamat Hari Malaysia! Meriah betul sambutan Hari Malaysia di Sarawak. Kat sini biasa-biasa je. Ada pelbagai acara menarik kat Seremban tapi I tak dapat nak jenguk sebab nak kembali ke KL.

I'm not a big fan of muffin tapi hari ni I nak share resipi muffin yang menggunakan Zespri® SunGold. Give it a try!

YOGHURT MUFFIN WITH ZESPRI® SUNGOLD



Ingredients:
2 Zespri® SunGold Kiwifruit, peeled and diced
220g plain flour, sifted
2 ½ teaspoons baking powder
½ cup caster sugar
1/8 teaspoon salt
1 egg
¾ cup vegetable oil
¾ cup plain yoghurt

Directions:
 1. Preheat oven to 180C
2. Mix together flour, baking powder, caster sugar and salt.
3. In separate bowl, mix together egg, oil and yoghurt. Pour wet ingredients into dry ingredients and add Zespri® SunGold Kiwifruit. Mix lightly.


4. Line muffin tin with baking paper and add mixture.
5. Bake for 20-25 minutes or until they turn golden brown .

SELAMAT HARI MALAYSIA!! 

My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer
Day 10 : Superb  Zespri® Kiwifruit Cake
Day 11 :  Fizzy Zespri® Lemonade

Sunday, September 15, 2013

Day 11 : Fizzy Zespri® Lemonade

What a lovely Sunday! Lebih-lebih lagi bila esok masih cuti. Tapi keadaan kesihatan tak berapa mengizikan I untuk berceloteh panjang. Tak berapa sihat sejak Jumaat lepas. Lembik dah rasanya.

Semalam kami pergi berkelah. So sorry, tiada gambar sebab I memang takde mood nak ambil apa-apa gambar kecuali gambar ni yang diambil oleh adik. Hahaha, tu nampak tak budak kecil kat dalam gambar tu. Tu Tisya dengan sepupu-sepupu dia.


At first, I nak buatkan resipi di bawah untuk bagi my family rasa tapi sebab perut pun meragam, ku tangguhkan hasrat tersebut. Kita bawa air Sunquick je :)

Apa-apa pun, jom cuba buat minuman ini.

FIZZY ZESPRI® LEMONADE




Ingredients:
6 Zespri® Green Kiwifruit
1 cup sugar
¾ cup lemon juice
1 litre carbonated water, chilled
1 recipe kiwi ice cubes

Directions: 
1. Peel kiwi. Puree peeled fruit using blender or food processor. Strain mixture through a fine-mesh wire strainer placed over a bowl.


2. In large pitcher, combine the strained kiwi, sugar and lemon juice. Stir until sugar dissolved. Cover and chill for 2 to 24 hours.
3. Add the chilled carbonated water just before serving
4. Fill glass with kiwi ice cubes. Pour the kiwi lemonade over the ice.

After-thought : Ok, rasa macam air limau asam boi. Hehehehe... sedap. Kalau rajin, buatkan kiwi ice cubes tu. Nampak so pretty! Senang je nak buat. Potong-potong buah kiwi. Masukkan dalam bekas ais. Tambah air. Biar ia mengeras.

Orang tak sihat :p

Nak menang trip ke New Zealand? Layari www.zespri.com.my

My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer
Day 10 : Superb  Zespri® Kiwifruit Cake

Saturday, September 14, 2013

Day 10 : Superb Zespri® Kiwifruit Cake

Wow, dah hari ke-10. I dan buah kiwi telah menjadi rakan karib. Setiap hari mesti nak kena “jumpa”. Dari hari pertama, pelbagai informasi dan ilmu yang I dah dapat dari buah kiwi.

Korang tau tak apa beza Zespri® Green dan SunGold Kiwifruit? Selama ni I tak sedar pun. Ye la, dulu makan sekali sekala. Bila dah “jumpa” tiap-tiap hari, baru la dapat kenal sikit. Selain daripada warna isinya, kita boleh mengecam jenis buah kiwi hanya dari luaran.

Untuk Zespri® Green Kiwifruit, kulit luarnya berwarna gelap dan berbulu halus. Batrisyia memang tak pegang buah ni sebab dia kata geli. Kulit Zespri® SunGold Kiwifruit pula berwarna kuning kecoklatan dan licin tanpa bulu.

Berbulu...

dan tidak berbulu... hahaha


Macam mana pula kita nak tau samada buah kiwi tu dah masak atau tidak? Kalau kita pergi kat pasaraya, kita selalu nampak orang picit-picit buah tu. Sudahnya buah tu pun jadi “lebam”. Sebenarnya untuk mengetahui samada buah tu dah masak atau tidak, kita hanya perlu memicit buah kiwi seperti dalam gambar di bawah.



Picit pun bukan kuat-kuat. Picit manja sahaja. Kalau keras, maknanya belum masak. Kalau belum masak, korang boleh peram buah tu. Caranya ialah simpan buah kiwi dan buah apple/pisang dalam plastic bag. Kemudian biarkan dalam suhu bilik selama beberapa hari. Asid yang dikeluarkan oleh buah apple/pisang akan meranumkan buah kiwi tu. Mudah kan?



Setelah mengamalkan memakan buah kiwi selama 10 hari berturut-turut, memang terasa perbezaannya. Paling mudah dilihat ialah kesan yang diberi kepada sistem pencernaan. Lagi satu, boleh nampak kulit muka menjadi lebih cantik... ewahhh!

Hari ni I nak cuba resipi yang diberikan oleh Zespri®

SUPERB ZESPRI® KIWIFRUIT CAKE



Ingredients:
4 Zespri® Green Kiwifruit
125g butter, softened
1 cup sugar
2 large eggs
1 cup flour
1 teaspoon baking powder
1 tablespoon sugar, extra 1 tablespoon icing sugar

Directions:
1. Grease a 8 inch baking pan and lightly dust with flour. Preheat the oven to 180 degrees.
2. Cream the butter and sugar with electric beater for 3 minutes. Add the eggs and beat well. Sift in the flour and baking powder, stir to combine them. Beat on high speed for 2 minutes or until well combined.
3. Spread the butter into the prepared baking pan. Peel and quarter the Zespri Green Kiwifruit. Cut each quarter in half and dot evenly over the batter. Sprinkle the fruit with extra tablespoon of sugar.
4. Bake for about 50 minutes, untik skewer inserted in the centre comes out clean. Cool for 10 minutes before removing from the pan.
5. Serve dusted with icing sugar and cut in wedges.

After-thought : Kek ni agak manis untuk I. Next time kena kurangkan gula.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold
Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as Meat Tenderizer

Friday, September 13, 2013

Day 9 : Zespri® Green Kiwifruit as a Meat Tenderizer

Salah satu kebaikan yang boleh didapati dalam sebiji kiwi ialah  enzyme yang dipanggil actinidin. Ia berupaya untuk membantu dalam pencernaan protein dalam makanan yang kita ambil.

Sebab itu ia sesuai untuk dijadikan sebagai meat tenderizer. Tak percaya? Kena cuba dulu baru tau. I pun macam tak percaya je. Selama ni mesti nak kena tunggu lama untuk bagi daging empuk bila dimasak. I suka makan daging. Sambal daging, daging masak lemak cili api, daging rendang, kerutup daging… you name it. Tapi nak masak daging memang jarang sangat sebab tak sempat nak masak. Kalau masak pun, tunggu balik kampung.

Semalam I beli daging lembu fresh kat pasar malam. Apa lagi, mari kita buat eksperimen.

Mula-mula potong daging nipis-nipis tapi janganlah terlalu nipis pulak. Yang sedang-sedang saja ye. Lepas tu scoop out the flesh of  Zespri® Green Kiwifruit. Kemudian, hancur-hancurkan ia sedikit. Lumurkan buah kiwi tu ke seluruh permukaan daging.



Perap selama sejam. Dah cukup sejam.. apa lagi, kita masak! Ni cara I masak sambal daging. Rasanya tak sama macam korang masak tapi inilah resipi kesukaanku. Ni resipi campak-campak :)

SAMBAL DAGING



Ingredients :
Daging yang telap diperap dengan Zespri® Green Kiwifruit
Cili boh
Bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Directions:
1. Panaskan minyak. Masukkan cili boh dan garam. Tumis cili boh hingga garing.
2. Masukkan bawang besar dan gula. Tumis hingga bawang sedikit layu.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Masukkan air sehingga menutupi daging (tapi jangan banyak sangat pulak)
5. Kacau sesekali dan masak sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam jika perlu.
6. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidang.

Korang ada apa-apa resipi menggunakan kiwi yang korang dah cuba? Share la dengan I. Boleh I cuba pulak. Untuk dapatkan resipi dari chef terkenal, layari www.zespri.com.my My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask
Day 8 : Pomfret Sweet Sour with  Zespri® SunGold

Thursday, September 12, 2013

Day 8 : Pomfret Sweet Sour with Zespri® SunGold

Ada pelbagai kebaikan yang terkandung di dalam sebiji buah kiwi. Salah satunya ialah buah kiwi kaya dengan fiber. Fiber ni selalunya dikaitkan dengan sayur-sayuran. Masa kita kecil-kecil dulu, mak-mak kita sibuk suruh kita makan sayur. Bila kita dah jadi mak ni, kita pulak sibuk suruh anak-anak kita makan sayur. Penting sangat ke makan sayur?

Kita memang perlu makan sayur kerana ia merupakan sumber fiber yang semulajadi. Fiber penting untuk memastikan system pencernaan kita dapat berfungsi dengan baik dan berjalan lancar. Berikut merupakan Average USDA Recommended Daily Intake (RDI) of Fibre:

Children = 22g/day
Male = 35g/day
Female = 24g/day
Pregnant Women = 28g/day
Lactating women = 29g/day

Jika system pencernaan kita terganggu, kita akan mengalami sembelit. Kalau masalah sembelit ni berlarutan, ia akan memberi kesan buruk kepada kita seperti pening kepala, bau mulut dan bau badan yang busuk dan masalah kulit. Sebab tu amat penting untuk badan kita mendapat jumlah fiber yang mencukupi. Lebih-lebih lagi kanak-kanak. Sangat kesian jika mereka mengalami sembelit. Ahaks, dari semalam I bercakap tentang fiber! Tapi memang susah nak suruh anak makan sayur, kan?

Macam Batrisyia, dia hanya suka makan carrot, kobis dan bayam. Sayur-sayuran yang lain, kena tengok mood dia pulak. Sometimes, I have to be sneaky. Kena “sorokkan” sayur di dalam makanan agar dia tak tau apa yang dia sedang makan tu ialah sayur. But she has no problem with fruits. Mungkin kerana warnanya pelbagai dan manis, dia boleh menerima buah-buahan dengan mudah. Jadi kalau anak kita susah nak makan sayur, apa kata gantikan ia dengan buah-buahan yang mengandungi fiber seperti buah kiwi.

For the past 7 days, I dah cuba pelbagai resipi menggunakan kiwi. Selalunya orang gunakan buah kiwi dalam masakan berasaskan pencuci mulut. Tapi hari ni I bagi kelainan sikit. Hubby ada beli ikan bawal hitam. Teringin pulak nak buat masak sweet sour tapi I takde buah tomato dalam peti ais pulak.

Takde masalah. Gantikan saja buah tomato dengan buah kiwi :)

POMFRET SWEET SOUR WITH ZESPRI® SUNGOLD



Ingredients: 
3 ekor bawal hitam (dilumur dengan garam dan kunyit)
5 biji bawang merah – dimayang
3 biji bawang putih – dimayang
½ inci halia – dimayang
3 sudu besar sos cili
½ cawan sos tomato
2 biji Zespri® SunGold Kiwifruits – dibelah mengikut kesukaan
½ cawan air
Garam dan gula secukup rasa


Directions: 
1. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sedikit, tumis bawang-bawang dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
4. Masukkan Zespri® SunGold Kiwifruits. Masukkan ikan dan kacau rata.
5. Tutup api dan angkat. Siap untuk dihidang.



After-thought: Seeloknya jangan gunakan Zespri® SunGold Kiwifruits yang telah ranum kerana buah yang ranum akan terasa manis. Untuk resipi ni, I tambah cili api sebab nak bagi pedas sikit.

Layari www.zespri.com.my untuk resipi yang menarik.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter  
Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask

E-mail sedih yang tidak mendapat secebis simpati dari saya... ya, saya memang kejam

Salam hormat.

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini.Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya.Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

Saya tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata kerana saya terlalu menumpukan perhatian saya kepada kerjaya saya.Oleh itu,saya mempunyai sebidang hartanah yang saya hendak menderma kepada Persatuan Barah Malaysia untuk kebajikan dan menolong orang-orang yang menghidap penyakit seperti saya dan menguruskan program dan perubatan untuk pesakit barah.

Masa untuk saya hidup sangat singkat dan saya tidak mempunyai masa untuk mambuat kajian tentang penyakit saya dan saya memerlukan seseorng yang boleh menguruskan hasrat saya yang terakhir sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir.Saya meletakkan harapan dan kepercayaan kepada anda untuk menguruskan kewangan saya untuk didermakan kepada persatuan yang lain yang memerlukan bantuan juga.Ini juga adalah permintaan arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia dan saya tidak ada hasrat untuk meninggalkan harta-harta saya kepada kerajaan kerana duit tersebut akan dipergunakan oleh orang orang politik dan ini tidak menghasilkan apa-apa kebaikan dan saya tidak diberikan pahala di dunia akhirat.

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak Dua juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik daripada saya.

Bila anda menerima email ini,sila hubungi dan memberi informasi anda kepada peguam saya untuk arahan selanjutnya.

Saya mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana saya hanya mempunyai masa yang singkat dan tidak dapat mengenali anda terlebih dahulu.

Yang Benar
Puan Siti Sarah Ahmad.
From: Malaysia.
Email: sitiahmad87@yahoo.com

Wah, bercakap tentang politik dunia akhirat bagai... ada ke orang yang tertipu dengan e-mail sebegini?

Wednesday, September 11, 2013

Day 7 : Zespri® Kiwifruit and Honey Face Mask

Yeay! I’m on Day 7 of Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. It’s been an amazing journey so far and I can’t wait to complete this challenge. Seriously, I thought this challenge will be easy. It’s easy when you just scoop out the flesh of kiwifruit and eat it. But on Day 3, my daughter said, “Buah kiwi lagi.. asyik buah kiwi je”. It is not because she didn’t like it but I think she just couldn’t understand why she must eat kiwifruit everyday. Hahahah.

Therefore I started to try, create and improvise my recipes. But still, kiwifruit everyday :)

Some of you might think… with the regular consumption of kiwifruit, will you feel any difference? It’s hard to tell because I don’t have a problem with my bowel movement. I do my “business” every morning with no hassle. But I notice that I have a softer stool for the past 4 days. Therefore, I think that kiwifruit really helps!

Insoluble fibre in kiwifruit helps to increase stool bulk, while soluble fibre aids in absorption of water, resulting in softer, bulkier stool. These enable stool to move more quickly through your colon. Did you know the large intestine measures approximately 1.5 metres in length in adult human? Wow, that’s a long journey!

Ok, enough of these facts. I am not introducing any edible recipe for you today. Hahaha. But you can lick the fork if you want to!


ZESPRI® KIWIFRUIT AND HONEY FACE MASK 



Ingredients: 
1 ripe Zespri® Green Kiwifruit
2 tablespoons pure honey

Directions: 
1. Scoop out the flesh of Zespri® Green Kiwifruit and discard skin. Put the flesh of the fruit in a mixing bowl and mash with fork.


2. Pour in the honey and mix together. (Refer to the first photo)
3. Once blended well, apply the face mask to your freshly cleansed face and neck. Leave it on for 20 minutes.


4. Rinse off with warm water and gentle cleanser.
5. Pat dry you face with a soft hand towel.

I felt that my face looks refreshed, feel softer and supple. The power of natural ingredients!

Kiwifruit contains two times more vitamin C than an orange does, vitamin C is know as an effective skin brightener and it is essential for collagen production which gives our skin flexibility and elasticity. It is also rich in antioxidants that are known to fight free radicals and can help delay the aging process. The black seeds within the kiwifruit also omega 3 acid, alpha lipoic acid, which is a big name, and much used ingredient, in the skin care world. Fatty acids also prevent dry skin as it helps the cells from losing moisture and wrinkle prevention. Vitamin C and E combined are the natural astringent because they help lighten your skin tone, tighten the pores and moisturizes it at the same time.

Honey has anti-microbial properties that prevent breakouts, it has the ability to retain moisture to the skin and it is a natural antioxidant.

After-thought : I was so busy and I forgot that I need to use blender instead of just mash the kiwifruit using fork. Wanna know why? Because you want that little black seed to crush so that your skin can get the fatty acid omega 3 oils too. Never mind, I'll do it it tomorrow. Now it's time to sleep T_T

Nak tau kelebihan  Zespri® Kiwifruit berbanding buah kiwi yang lain? Check their website.


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding
Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter

Anak mak vs anak bapak

Dalam program Safiyya minggu lepas, mereka ada membicakan soal "Anak mak dan anak bapak". Seronok dengar cerita mereka. Anak mak tu camni camni camni. Anak bapak tu camtu camtu camtu.

Kalau Tisya pulak, I terus labelkan dia as "anak bapak". Nak kata manja kat abi dia sorang, tak juga. Tapi I labelkan dia anak bapak sebab dia akan tercari-cari abi dia bila abi tak balik rumah beberapa hari. Korang pun tau apa jadi bila abi dia outstation kan?

Cuma I tak pandang Tisya sebagai "anak mak" kerana I pun tak tau apa effect ke atas dia bila I takde. I tak pernah tinggalkan dia sampai tak tidur sama satu malam. Kalau setakat tinggal 3-4 jam tu, ada la. Tapi tiap-tiap hari dia akan tetap nampak muka I.

Hubby tak pernah rasa macam mana pujuk anak pukul 3 pagi sebab umi dia takde.
Hubby tak pernah rasa ditanya bertubi-tubi oleh Tisya tentang ke mana umi dia pergi.
Hubby tak pernah rasa macam mana anak merajuk taknak makan sebab tak jumpa umi dia.

I cakap dengan hubby, bagi la I pergi bercuti sorang-sorang 3D2N kat mana-mana. Kita tengok apa jadi.

Dia cakap, "Tak payah la". Cis!

Jangan gaduh-gaduh. Tisya anak umi dan abi.

Anak pun seorang je. Kalaulah ditakdirkan dia masuk ke sekolah berasrama di usia 13 tahun, maknanya masa hanya berbaki 8 tahun sebelum dia meninggalkan rumah. Sedih la pulak :(

Tuesday, September 10, 2013

Day 6 : Fresh Zespri® Kiwifruit Platter

Hari ni mari kita ambil tahu sedikit sebanyak tentang sistem pencernaan. Rasanya semua dah tau bagaimana sistem pencernaan kita berfungsi. Melalui stool, kita boleh tahu samada pemakanan kita seimbang atau tak.

Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit di kalangan sesetengah individu seperti pengambilan fiber dan air kosong yang kurang, usia dan hormon. Doktor pernah beritahu I bahawa wanita lebih mudah mengalami sembelit kerana badan kita sedikit sukar menyerap air dan fiber berbanding lelaki. Tambahan pula bila pregnant. Masalah sembelit memang boleh berlaku sehingga menyebabkan ketidakselesaan.

Scientific studies have demonstrated how regular consumption of Zespri® Kiwifruit contributes to good digestive health for our kids and family. 2 biji Zespri® Kiwifruit membekalkan 4.5g fiber. Jika diambil berterusan dalam masa 7 hari, korang dah boleh rasa perbezaannya.

Apa kata korang cuba sahut cabaran 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge ni. Kawan I pun ada yang dah cuba and she's on day 3. Bravo! Kalau rasa malas nak cuba resipi baru, buat macam apa yang I buat hari nie.

FRESH ZESPRI® KIWIFRUIT PLATTER


Apa yang korang perlukan hanyalah Zespri® Green and SunGold Kiwifruits. Kupas dan potong. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan sejuk ketika cuaca panas.

Untuk ketahui jenis-jenis kiwifruit keluaran  Zespri®, layari www.zespri.com.my


My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait
Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding

Kisah si X, si Y dan si Z

Nota : Minta maaf jika yang berkenaan membaca entry ni lantas berasa marah, geram, kecewa dan berdendam. Saya cuma mahu kamu berfikir sejenak.

I percaya bahawa kita tidak boleh mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja. Jika sesuatu yang kurang baik berlaku antara si X dan si Y, hanya mereka berdua sahaja yang boleh mensahihkan apa yang berlaku.

Bagaimana jika si X bercerita tentang kejadian tersebut kepada si Z? Perlukah si Z percaya cerita tu bulat-bulat? Rasanya lebih baik jika dia mendengar cerita dari pihak si Y pulak. Dari situ, dia boleh decide nak percaya kepada siapa atau lebih baik jika dia berdiri atas pagar.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Si Z bulat-bulat menerima cerita si X dan secara tiba-tiba si Z bersikap dingin terhadap si Y. Bermasam muka sedangkan si Y ni takde masalah pun dengan dia. Malah, si Y tetap bertegur sapa dengan si X dan si Z. Cuma sapaannya tidak bersambut dengan senyuman sebaliknya hanya muka masam yang diberikan oleh si X dan si Z, seolah-olah si Y telah menjadi kebencian mereka.

Mungkin si X ada hak nak masam muka (eventhough sikap tu tak sesuai kot dengan umur dia yang dah lanjut tu.. lebih-lebih lagi kalau dah tau dia tak ikut prosedur). Tapi si Z memang tak patut bersikap sebegitu rupa. Tanpa bertanya kepada si Y, dia terus menjatuhkan hukum.. seolah-olah si Y yang bersalah.

Kalaulah I boleh berdiri di hadapan mereka dan berkata... GROW UP! Cuma I bukan si Y. Kita tunggu si Y bersuara.


A good leader can engage in a debate frankly and thoroughly, knowing that at the end he and the other side must be closer, and thus emerge stronger. You don't have that idea when you are arrogant, superficial, and uninformed ~ Nelson Mandela

Monday, September 09, 2013

Day 5 : Zespri® Kiwifruit Pudding

Kalau sebut Vitamin C, ramai yang akan mengaitkannya dengan buah oren. Sebenarnya, banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C. Vitamin C sangat penting untuk tubuh badan. Badan tidak boleh menghasilkan Vitamin C jadi kita perlu mendapatkan Vitamin C setiap hari melalui pemakanan.

Eventhough buah oren selalu dikaitkan dengan Vitamin C,  Zespri® Kiwifruit mengandungi lebih vitamin C berbanding betik dan oren.

Source from here

Ada yang kata, susah nak kupas buah kiwi. Kulitnya nipis. Jika salah kupas, banyak isi kiwi yang terbuang, sayang rasanya. Sebenarnya tak susah pun jika kita tahu caranya. Kalau rasa susah sangat, ada cara paling mudah untuk menikmati buah ini.

Mula-mula, basuh buah kiwi. Kemudian belah dua. Using a spoon, scoop out the flesh.





Memang senang sangat lebih-lebih lagi kalau kita nak cepat. Contohnya bila I nak buat Zespri Kiwifruit Pudding ni. Tak perlu susah-susah nak buang kulit. Keluarkan je isi buah tu dan terus masukkan ke dalam blender.


ZESPRI® KIWIFRUIT PUDDING 


Ingredients: 

5g agar-agar serbuk
2 ½ cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika nak manis)
½ tin susu cair
2 biji Zespri® Green Kiwifruit (blend dengan setengah cawan air)
Sedikit pewarna hijau

Directions: 
1. Masukkan air, gula dan agar-agar serbuk ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair dan kiwi yang telah di blend tadi. Masukkan pewarna hijau. Padam api.
3. Kacau sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
5. Apabila pudding telah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
6. Biarkan sejuk. Sedia untuk dipotong dan dinikmati.

After-thought : Pudding yang terhasil dari resipi ni manis-manis buah saja. Kalau nak lebih manis, tambahkan susu cair dan gula secukupnya.

My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie
Day 4 : Zespri® Cereal Yoghurt Parfait

Belajar memandu kereta manual

Hell yeah!

Sungguh I tak pernah panik macam nie. The thing is I mula belajar memandu kereta sejak umur 15 tahun. Belajar dengan papa. By the time umur I 17 tahun dan disuruh masuk kelas memandu selama 10 jam (kalau tak silap), I boleh dikatakan telah pro. Kelas on road hanya belajar selama 4 jam sebab instructor kata I dah pandai. Exam on paper, I hanya salah satu soalan daripada 40 soalan (kot). Exam on road, patutnya boleh dapat full mark tapi pegawai kata dia terpaksa kurangkan 2 markah kerana taknak nampak I terlalu perfect.

It was so easy for me.

4 years ago, hubby decided to vote for auto. Hahaha. Katanya, kat KL ni wajib pakai kereta auto agar kaki tak penat. Now, I regret his decision and my decision to follow his decision. Skill bawa kereta manual telah hilang selama 4 tahun ni. Bila tiba-tiba kereta masuk workshop dan pinjam kereta papa, I panik!

It's a manual car. I hanya ada 2 hari untuk ingat balik macam mana nak bawa kereta manual. Hubby kata I gelabah tak bertempat. Mesti la gelabah kot. Dah lama giler tak bawa kereta manual. Lebih-lebih lagi bila tak pernah sentuh Satria tu.

Sunday morning, I bergenang air mata sebab kereta taknak jalan. Dengan ada 2 biji kereta kat belakang kereta kami. Dengan hubby kat sebelah perasan jadi instructor tak bertauliah.

"Cuba ingat balik dulu macam mana belajar bawak kereta"
"Rileks la"
"Tarik handbrake tu"

"Eiiiiii, Liza dulu dah terus pandai la. Nak ingat apa. Memang dah pandai!!!"

I ended up terus pergi kat seat belakang. Suruh dia bawak kereta!

I was in misery! T_T

Sunday afternoon, I beranikan diri bawa lagi. Terfikir juga. Apa la nak gelabah sangat. Papa pun boleh bawak kereta tu. Takkan aku tak boleh? Sila ingat balik saat-saat kegemilangan memandu kereta manual dulu. Ingat balik perasaan main tukar-tukar gear kat highway. Macam mana adik ko kagum tengok ko bawak kereta.

Bluekkk... nak muntah! Tu zaman kegemilangan dahulu kala. Siapa la yang cipta kereta auto ni? Menyusahkan orang je. Uhukkks... Sebenarnya, I ok je bawak kereta manual tu. Tapi klac kereta tu macam "panjang" sikit. So I masih cuba dapatkan feel dia agar kereta tak mati bila masuk gear satu. Korang faham tak apa yang I cuba sampaikan nie? I hanya ada masalah kat klac dan gear 1.

So I bawak 2-3 rounds pusing-pusing kat kawasan perumahan. Kemudian, ke jalan utama. Menyusuri Jalan Cheras sampai ke Bandar Tun Razak dan patah balik. Alhamdulillah....

Cuma enjin mati masa kat guard house depan rumah.

"Panik sangat! Bila enjin mati, jangan la panik" sambil buat adegan tangan I kelam kabut sentuh semua benda.

Oh, pandai buat lawak! Nasib baik dia instructor tak berbayar!

Pukul 1 nanti I kena bawa kereta sorang-sorang. Nak hantar Tisya ke tadika. Wish me luck :)

Sunday, September 08, 2013

Day 4: Zespri® Cereal Yoghurt Parfait

Day 4 and surviving. Hihihi. Wow, I never thought I'll be able to enjoy this challenge. Selalunya bila nak makan kiwi, hanya potong dan terus makan. Kerana challenge ni, jadi ter-rajin cuba resipi-resipi baru pula.

Today's recipe is not a new invention. Rasanya orang lain pun dah biasa makan. Untuk yang tak pernah cuba, boleh cuba resipi ini. Resipi mudah macam ni sesuai dimakan in between big meals. Yang penting, semua bahan yang digunakan mempunyai khasiat yang tersendiri.

Zespri® Cereal Yoghurt Parfait



Ingredients:

6oz of any of your favourite yoghurt
1 Zespri® SunGold kiwifruit, peeled and diced
1/2 cup Cornflakes cereal (or any cereal you have at home)

Directions:

Spoon half of the yoghurt into 10-oz clear glass. Top half of the kiwifruit and half of the cereal. Repeat layers.


After-thought:  Selalunya, kami gantikan yoghurt dengan susu low fat. Tapi tak sangka bila guna yoghurt, Batrisyia suka sangat makan! Eventhough yoghurt masam-masam sikit tapi apabila dimakan dengan Zespri® SunGold kiwifruit yang manis dan cornflakes yang sememangnya crunchy, ia berjaya membuatkan Batrisyia makan dan makan dan makan sampai licin!

Makan sambil tengok movie

Untuk pelbagai resipi menarik, layari www.zespri.com.my

My previous entries:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge 
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal
Day 3 :  Zespri® Tropical Smoothie

Saturday, September 07, 2013

Day 3: Zespri® Tropical Smoothie

Hari ni merupakan hari ketiga I mengikuti cabaran Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge

Malam tadi kami bergegas pulang ke Seremban untuk ambil kereta mama. Yups, kereta I yang kena langgar tu akan masuk workshop pagi nie. So I decided to prepare Zespri® Tropical Smoothie sebagai sarapan pagi. It's so easy. Tak perlukan masa yang lama untuk buat. You can try to add in other tropical fruits. Below is the original recipe but we didn't put honeydew melon.


Zespri® Tropical Smoothie

Ingredients :

2 Zespri® Green Kiwifruit, peeled and halved
1/2 ripe banana
1/2 cubed honeydew melon
1/2 cup apple juice
100g fat free plain yoghurt

Method :
1. Place all ingredients in a blender or processor.
2. Blend until all ingredients are smooth. Adjust consistency with apple juice.
3. Serve cold.

Did you know that Zespri® Kiwifruit has 5x nutrition of apples per 100kcal? It is packed with over 20 essential nutrients making in one of the most densed fruits.

Nak tau apa lagi kebaikan buah kiwi? Layari www.zespri.com.my

My previous entry:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge
Day 2 : Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal

Friday, September 06, 2013

Akhirnya, masuk workshop esok

Hahaha, sampai ke hari ni kereta belum masuk workshop! Syabasssss!!!

Bukan taknak hantar tapi workshop tu penuh. Wah, banyak sangat ke kereta yang accident di bulan Syawal? Isk, nak repair kereta pun kena ada appointment eh? Jadi, kereta kami hanya boleh masuk workshop hari esok. Siapnya mungkin dalam 7-10 hari.

So nak pakai kereta apa?

Apa lagi, calling-calling parents kat kampung. Kampung sangat lah kan padahal kat Seremban je. Tak perlu sesi ayat-mengayat dan berbalas pantun, papa bagi pinjam Satria kuning ituuu. Terima kasih bagi pinjam secara percuma. PERCUMA tu yang penting.

Jadinya..... petang-petang nanti kami tiga beranak nak naik komuter sampai ke Sg. Gadut. Isk, punya tak sedap nama stesen tu. Wah, macam mencabar je naik komuter hari nie. Dah la hari Jumaat. Orang mesti berpusu-pusu nak balik cepat.

Maka hari ni I tidak memakai baju kurung agar senang nak melangkah! Yeah, I memang suka berfikir ke hadapan. Sebab tu bila malam tadi I dok terfikir-fikir nak pakai baju apa, hubby buat muka pelik dan menyampah. Dia macam hairan sangat kenapa la I susah sangat nak pilih baju. Bila I cakap yang I nak pakai seluar agar senang naik komuter, lagi la dia buat muka pelik.

Arghhh, orang lelaki memang tak faham :p

Day 2: Zespri® Kiwifruit & Green Chilli Sambal

How are you, girls? It's Friday dan I tau, ramai dah takde mood nak bekerja dah. Lagipun nampaknya malam ni ramai yang akan menghadiri rumah terbuka Hari Raya.

I tau ada antara pembaca blog ni yang suka melancong. Lebih-lebih lagi kalau dapat melancong secara percuma. Do you love kiwifruit and would like to win a trip to Auckland and Rotorua, New Zealand? Yes? Well, you better read through this entry because I have something awesome for you!

Sebagai pengeluar buah kiwi terbesar di dunia, Zespri® mengadakan satu contest di mana anda semua berpeluang untuk memenangi hadiah percutian ke Auckland dan Rotorua, New Zealand.


Caranya mudah saja. Anda hanya perlu mengumpul barcode dari pek Zespri® Green Kiwifruit, hantarnya bersama dengan contest form, jawab soalan yang diberikan dan paling penting, mesti beritahu perubahan yang anda rasa setelah mengamalkan memakan buah kiwi. Senang? Untuk maklumat lanjut dan contest form, anda boleh ke www.zespri.com.my/dailyamazingandwin

Cepat! Peraduan tamat pada 31 Oktober 2013.




Anyway, pernah tak terfikir yang kita boleh gunakan buah kiwi dalam masakan berasaskan sambal? Yes, you read that right! Jom cuba resipi ni. Resipi ni ala-ala sambal belacan. Pedas dan sedap!

Zespri® Kiwifruit and Green Chilli Sambal


Ingredients (serve 4):

2 Zespri® Green Kiwifruit, peeled and cut into chunks
4-5 (100g) green chillies, cut into 3cm lengths
10 green bird chillies, kept whole (add more/less according to your taste)
4 shallots, cut into halves
10g roasted shrimp paste (belacan)
3 tablespoon oil
A dash of salt
Juice from 4 calamansi limes (limau kasturi)

Directions:

1. Heat oil in a small pan and add both type of green chillies, shallots and shrimp paste. Cook on medium heat for 3-4 minutes or until chillies and shallots are slightly charred around the edges. Add kiwifruit, stir around for a minute and take pan off the heat.

2. Transfer contents of the pan into an electric chopper / food processor. Add salt and lime juice and pulse until well combined. Taste and if necessary, adjust seasonings. Alternatively, pound cooked mixture in a granite mortar and pestle until fine, then add salt and lime juice.

3. Serve sambal with a sald platter and if liked, grilled or fried fish.


After thought : Kalau ikut tekak I yang memang suka makan pedas, 10 biji cili api tu tak la pedas sangat. So kalau korang nak pedas, boleh tambah lagi. Resipi ni memang sedap. Tak sangka buah kiwi pun boleh dijadikan sambal belacan.

My previous entry:
Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge

Thursday, September 05, 2013

Day 1: Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge

Beberapa tahun lepas, I menonton tentang Zespri® Kiwifruit di Majalah 3. Apa yang dipertontonkan itu berjaya membuka mata I. Sejak dari itu jika I ingin makan kiwi, I hanya membeli Zespri® Kiwifruit. Walaupun ia sedikit mahal tapi sangat berbaloi.

Mungkin ada yang rasa pelik, apa bezanya antara kiwi di luar sana dan Zespri® Kiwifruit? Kalau nak tau, Zespri® merupakan pengeluar utama buah kiwi di dunia dan mereka mempunyai pengalaman selama 100 tahun dalam menghasilkan kiwi yang bermutu tinggi! Kajian yang berterusan membuatkan kiwi yang dihasilkan dari ladang mereka lebih berkualiti dan lebih bagus berbanding kiwi yang lain kerana ia ditanam dalam persekitaran yang mesra alam.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, I diberi peluang untuk sama-sama menyahut cabaran dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. Kalau dah peminat setia Zespri® Kiwifruit, peluang macam ni memang perlu diambil. Betul tak?


Mulai hari ini, I akan berkongsi pengalaman, resipi, fakta dan kesan pengambilan buah kiwi dalam masa 14 hari. Teruja? Sangat teruja!

Ada 30 biji buah kiwi untuk dihabiskan dalam masa seminggu. Wow, that's a lot! Tak sabar nak cuba perkenalkan resipi yang menggunakan kiwi.

Zespri® Green Kiwifruit tidak asing lagi bagi penggemar buah kiwi. Kulitnya mempunyai bulu halus dan rasanya sedikit masam dan buahnya sedikit keras berbanding Zespri® SunGold Kiwifruit. For me, ia sangat sesuai digunakan dalam resipi kek dan muffin. I pula suka gunakan ia sebagai topping dalam menghasilkan pavlova. Kiwi yang sedikit masam sangat sesuai digandingkan dengan pavlova yang manis. Yummy!


Zespri® SunGold Kiwifruit pula merupakan produk yang mula diperkenalkan oleh Zespri®. Seperti namanya, Zespri® SunGold Kiwifruit mempunyai isi berwarna kuning keemasan dan rasanya manis. Sangat sesuai jika ingin dijadikan smoothies atau dimasukkan ke dalam pencuci mulut.

Hari ni merupakan hari pertama cabaran Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge. So wish me luck. Jangan lupa ikuti pengalaman I melalui cabaran ini di :

Facebook (https://www.facebook.com/estli82)
Twitter (https://twitter.com/lizrohaizat)
Instagram ( instagram.com/lizrohaizat)

Untuk maklumat lanjut mengenai , layari www.zespri.com.my
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.