Wednesday, July 31, 2013

Dumex Interactive Website for Malaysian Mothers

Menjadi seorang ibu baru kadang-kala boleh membuatkan seseorang itu excited dan runsing dalam masa yang sama. Apabila telah disahkan mengandung, automatically seorang bakal ibu tu akan mula membuat persiapan untuk menyambut anaknya. Bukan hanya barang kelengkapan bayi yang akan disediakan, si ibu juga akan menjaga kesihatan kandungan dengan sebaik mungkin.

Masa tu, mulalah membelek majalah bercorak keibubapaan. Pelbagai informasi tentang cara menjaga kandungan mula dicari dan dipraktikkan setiap hari. It sounds easy but you will start to feel confuse on day one.

"Jangan minum air soya tiap-tiap hari. Nanti kulit anak sensitif"
"Perempuan mengandung tak boleh makan ulam-ulaman. Bukan ke semua makanan perlu dimasak?"

Siapa yang pernah terkena macam nie? Boleh jadi runsing dibuatnya, betul tak? Masa tu kita akan mula tanya pendapat kawan, ibu dan saudara. Tapi mereka pun tak sentiasa ada masa untuk kita.

Di sinilah perlunya sebuat komuniti yang boleh memberi sokongan dari segi pengetahuan dan emosi kepada ibu-ibu. Mengetahui betapa pentingnya perkara ni, Danone Dumex® (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan sebuah laman interaktif khas untuk ibu-ibu.



Minggu lepas, kami sekeluarga dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran "Dumex® Interactive Website for Malaysian Mothers". Bertempat di Aloft KL Sentral Hotel, majlis dipenuhi oleh ibu-ibu mengandung. Heheh, kami bloggers ni pulak yang rasa awakward. Macam dah tersalah majlis. I sengaja pakai jeans sebab taknak disalah erti sedang mengandung :)

Janet and Rubini from IN.Deed Communications

Bapa-bapa dan anak-anak dibawa ke tingkat atas
untuk aktiviti khas untuk mereka

Di majlis itu, kami diperkenalkan dengan laman interaktif ini. Menariknya, ia merupakan satu platform lengkap di mana setiap ibu boleh berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman sesama sendiri.


Terdapat juga aplikasi interaktif yang praktikal seperti Laporan Berat Badan Ketika Hamil ('Pregnancy Weight Tracker') dan Kalendar Kehamilan ('Pregnancy Calendar').Lebih menarik lagi, korang boleh dapatkan nasihat dari Penasihat Careline Dumex dan profesional kesihatan yang sudi membantu melalui laman itu. It's a live chat. You ask and you will get an answer right away!

As a mom yang dah banyak join komuniti di luar sana, I berpendapat website ni agak lengkap. Bukan hanya ibu-ibu yang berkongsi pendapat, mereka yang profesional juga boleh memberi ulasan lanjut. Jadi, tiada istilah salah informasi di situ.

Pada hari tersebut, Dumex menjemput 3 orang wanita dan ibu yang berpengalaman untuk berkongsi tips. Mereka bukan calang-calang orang. Semuanya mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing.

Celebrity mum; Azizah Ariffin, 
Consultant Dietician; Indra Balaratnam
and Careline Advisor; Preeta Letchuman

Selesai talk, peserta dikehendaki menyiapkan kolaj dalam masa yang singkat. Apa lagi, kelam kabut dibuatnya. It was fun dan hasilnya memang mengagumkan!



Hasil kolaj setiap meja yang telah digabungkan

Majlis dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada kami yang beragama Islam untuk berbuka puasa. Menu kat sana sangat sedap. Sementara semua orang menjamu selera, 2 orang chefs didatangkan untuk membuat demo cara menyediakan smoothies menggunakan buah-buahan dan susu Dumil Mama. Cara dia sangat senang : 2 cawan air, 10 sudu besar susu Dumil Mama, buah-buahan dan ais kube. Blend. Siap untuk diminum. Memang sedap! Smoothies ni bukan hanya boleh diminum oleh ibu tetapi bapa dan anak juga boleh minum (walaupun ia menggunakan Dumil Mama).


Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ini, daftarlah sebagai ahli Dumex® Mama Club di www.dumex.com.my dan mula berhubung dengan ibu-ibu lain di seluruh negara dalam laman web baru ini!

Tuesday, July 30, 2013

I'm on Twitter

No.. no... I bukan baru dengan Twitter. Accout dah wujud sejak tahun 2009 tapi memang kurang aktif sikit la. Cuma sebab sekarang dah kena selalu guna Twitter, kena la kemaskan sawang-sawang kat situ :p

So to friends, readers, strangers... feel free to follow me. Enter at your own risk. Hehehe. Stalker tidak dijemput sama sekali. Macam mana nak kenal stalker? Dia baca story orang dan lepas tu mengumpat kat account dia sendiri. Hak hak.. orang sebegini tidak ada life. Dunia cyber ni nampak besar tapi kecil je sebenarnya. Ada je orang lain yang boleh menyampaikan umpatan kamu.

Peace. Follow me at https://twitter.com/lizrohaizat

Monday, July 29, 2013

10

10 hari lagi nak raya. Isk, kejap je kan? Mood raya telah "sampai" kat rumah kami. Minggu lepas masa dihabiskan dengan mengemas rumah dan shopping baju raya untuk ketua rumah. Baju dia memang tak beli lagi. Kalau tahun sebelum ni dia suka baju berjalur, tahun ni mata dia dok pandang baju kotak-kotak pulak. I pulak yang hairan. Kalau setakat 1-2 helai baju kotak, boleh layan lagi. Kalau semua nak corak kotak, amboiiii.... tak boleh jadi. So I rembat juga kemeja plain untuk dia.


Kali ni, I ajak hubby cari baju di Pavilion. I suka pergi Parkson Pavilion sebab design baju yang ada kat sana tak sama macam kat Parkson di tempat lain. Banyak yang cantik-cantik. Harga sama juga. Batrisyia pun apa lagi. Ambil peluang untuk mencuba baju. Dia memang suka ikut orang masuk fitting room. Nasib fitting room kat sana agak besar. Nak baring pun boleh kan? So seronok dia melaram. Ni baju Amin Jauhari. Pandai-pandai dia pergi pilih saiz dan ambil bawa masuk fitting room. Sabar je la budak nie. Tapi layankan aje. Posing sikit-sikit.. dah, pergi letak balik! :p

Tisya la paling banyak baju raya. Terima kasih kat wan yang sayangkan cucu-cucunya. Semua cucu dapat baju raya dari wan. Kasut raya dia pun dah beli. Tapi tu macam sandal sarung. Ingat nak cari lagi satu kasut raya untuk dia.

I pula agak bersederhana. Baju hanya dua pasang sebab tahun ni dah buat 3 pasang baju masa adik kahwin aritu. Malas pulak nak tempah lagi. Kasut pun pakai kasut yang sama sejak 3 tahun lepas. Bukan lokek tapi kasut tu mmg cantik lagi. Elok dijaga dan pakai masa nak ke event sahaja. So sayang!

Tahun ni nak lebihkan rumah. Rumah pun nak beraya juga kan?

Thursday, July 25, 2013

Simple

Dah boring tengok template blog sendiri. Jadi tukar semula ke Simple template. Nampak kosong sangat pulak kan? Takpe....

Sebab tengah mencari blog designer untuk tukar rupa blog nie. Dah ada yang berkenan di hati. It will take a few months sebab ada nombor giliran. Sementara ni, terima je la rupa blog yang simple ini.

http://feeds.feedburner.com/LizRohaizat

Ngade-ngade letak icon kat sidebar.

Ada lebih kurang 2 minggu lagi kita akan beraya. Ramai yang dah mula excited buat preparation raya. Kami pun baru nak mula shopping hujung minggu ni. Baju raya Batrisyia awal-awal dah beli. Umi dengan abi dia sempoi je. Takde hal la sebab bukan nak cari baju sampai 4-5 pasang pun.

Cuma nak kena cari kuih raya. Wallaweih, kita buatkan kuih raya untuk orang tapi kuih raya untuk rumah sendiri kita pergi beli pulak. Hahaha, takpe. I tak kesah. Dapat juga merasa kuih raya hasil air tangan orang lain. Kan? Sesungguhnya 2 minggu terakhir ni I nak rehat puas-puas.

Wednesday, July 24, 2013

Switched at Birth

Walaupun I seorang peminat tegar Supernatural, NCIS, Bones dan Criminal Minds, tak bermakna I tak layan drama bersiri yang lain. Antara drama lain yang I suka tengok ialah Switched at Birth. Malam tadi I tengok What If? episode yang diperkatakan ramai (Season 2, Episod 15). Sebak juga tapi nasib baik semua tu dalam kepala John.



Switched at Birth, a one-hour scripted drama, tells the story of two teenage girls who discover they were accidentally switched as newborns in the hospital. Bay Kennish grew up in a wealthy family with two parents and a brother, while Daphne Vasquez, who lost her hearing at an early age due to a case of meningitis, grew up with a single mother in a poor neighborhood. Things come to a dramatic head when both families meet and struggle to learn how to live together for the sake of the girls.

Jalan cerita macam siri-siri yang lain tapi apa yang buat ia menarik perhatian ialah kehadiran beberapa watak utama yang pekak... for real! They have Katie Leclerc (as Daphne), Sean Berdy (as Emmett ), Marlee Matlin (as Melody) and Ryan Lane (as Travis). For the first time, kita boleh cuba rasa apa yang mereka rasa. Bagaimana mereka berkomunikasi dan apa rasanya bila keadaan sekeliling berputar dan dalam masa yang sama, mereka tidak dapat mendengar satu bunyi pun.

How is Prom Night at deaf school?
How do deaf people listen to the music?


You will see all that in this series.. so cool!

Katie dan Sean


Yang paling best, I boleh belajar ASL (American Sign Language). Lepas tu ajar Tisya sekali. Hehehe... So far Tisya hanya boleh buat "Thank you" which is quite easy to remember la kan.


Walaupun tak la sehebat pelakon-pelakon dalam tu tapi boleh la ingat macam mana nak sign father, mother, crazy, yes, no etc.

Tak semua drama bersiri tu tak bagus. Ni salah satu drama yang korang patut tengok dan belajar.

Tuesday, July 23, 2013

Selamat Hari Lahir

Today is my hubby's birthday. Hi hubby!!!

He knows I won't forget his birthday. Untuk I yang sangat pentingkan ucapan hari lahir (birthday present is not necessary), mustahil la nak lupa, ye tak?

But pagi tadi I buat tak tau je. Masa sahur I senyap. Lepas salam cium tangan pun I senyap. Ingat nak la juga wish dia tapi... tak terucap. Hehehe..

Sebab I nak wish sama-sama dengan Tisya. Tisya sangat excited bila tahu bulan ni birthday abi dia. Beriya suruh I buat kek tapi sungguh la I penat dan malasssss. Penat la bulan puasa ni. Dah berapa hari tak cukup tidur gara-gara siapkan hamper. Dari ikat riben, bakar cookies, cari segala barang. Now nak kena buat hamper pulak. Hehe, rezeki tu tapi kena usaha dan berkorban masa tidur dan rehat. Takpe, lepas ni rehat puas-puas.

So tiada kek. Kalau ada pun, kita celebrate hujung minggu nanti ye.

Jadi, ambil Tisya tengah hari tadi. Terus paksa dia telefon abi dia dan nyanyikan lagu Happy Birthday. Boleh pulak budak ni tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu nak nyanyi. Apa kes? Sudahnya I pun kena join menyumbangkan suara.

Selamat Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur. Paling kurang pun, dapat tengok anak kahwin :p


We love you very much!

Tips yang boleh diamalkan agar teringat anak yang ada dalam kereta

"Macam mana boleh tak perasan anak dalam kereta??"

Itu reaksi pertama yang keluar dari mulut I bila mengetahui tentang berita tersebut minggu lepas. Entah la. I rasa tiap-tiap jam I akan teringat kat anak. So tak tau nak cakap apa. Tapi bila tengok gambar ibu bapa arwah yang menangis dan merah matanya, I pun turut sama kesian. Semua perkara yang berlaku ada sebabnya. Ada sebab kenapa si ibu lupa ada anak kat seat belakang. Kita tak tau.

Thanks to Imee yang berkongsi artikel ini : Horrifying Ad Shows What 15 Minutes in a Hot Car Does to Your Toddler, ada tips yang kita boleh cuba amalkan. BE SAFE! 

Back seat: Put something in the back seat whenever you strap a child in, so you have to open the back door, or at least turn around to find that item, when you get out of the car. Your handbag or briefcase, cellphone, or employee badge.

Every child should be correctly restrained in the back seat.

Stuffed animal: Keep a brightly colored one in the car seat when your child isn’t there. Then move it from the car seat to the front seat after you strap your child in, to remind you when your baby is in the back seat.

Ask your baby sitter or child-care provider to call you within 10 minutes if your child hasn't arrived on time.

Focus on driving: Avoid cellphone calls and text-messaging while driving.

Every time you park your vehicle -- every single time -- open the back door to make sure no one has been left behind.


Sama-samalah kita beringat. I know, ibu bapa ni kadang kala terlalu sibuk, multi-tasking dan banyak benda ada dalam fikiran. Kadang-kala benda camni memang boleh terlupa dibuatnya.

Wednesday, July 17, 2013

Cory Monteith 1982 - 2013

"Look, you're gonna get on that train. OK? And you're gonna go to New York... and you're gonna be a star... without me. That's how much I love you. You know what we're gonna do? Surrender. I know how hard that is for you because of how hard you hold on to stuff, but we're just gonna sit here and we're just gonna let go and let the universe do its thing and if we're meant to be together, then we're gonna be together. Whether it's in a little shoe box apartment in New York or on the other side of the world. OK? Will you do that for me? Will you surrender?" ~ Finn Hudson (Cory Monteith in Glee)

 
I am a Gleek. Dari kecil sukakan muzik dan Glee dengan mudah menjadi salah satu siri kegemaran I. I hanya tengok Season 1 dan Season 2. Masuk Season 3, dah kurang suka sebab macam mengarut sikit.

Mungkin kerana tu I rasa taknak percaya bila terbaca berita mengenai Cory Monteith. Sabtu petang tu, saja online sebab nak buat apa entah. Came across headline kat Yahoo! Dalam hari kata, eleh.. hoax lagi. Tapi jari laju je click kat headline tu. Ayat seterusnya buat I tak percaya. Lama duduk depan laptop. Biar betul nie? Then, hubby datang kat sebelah. I tunjuk berita tu kat dia.

It is real!

Nasib baik episod season 1 dan season 2 kat hard disk tu dah dipadamkan. Kalau tak, mau tengok sambil sobs sobs. Macam pelik je nak sedih-sedih pasal artis kan? Tapi entah, seakan tak percaya. Dah kata peminat Glee. Terbayang-bayang diorang nyanyi lagu Don't Stop Believing.

Glee without Cory? I don't want to watch it anymore.

Monday, July 15, 2013

Shopping baju raya, besday boy, udang saiz XXL dan kimchi halal Jakim

Setiap tahun, wajib berbuka puasa di kampung halaman. Kiranya dalam 4 minggu puasa, ada 2 hari dapat berbuka puasa dan bersahur di Seremban. Lepas tu tunggu la Hari Raya. Hehe.. Tahun ni best sebab dapat berbuka puasa bersama pada minggu pertama. Dah minggu tu je yang takde program. Bulan Ramadhan kali ni memang agak sibuk.

I tidak menjaga makan sepanjang 2 hari tu. Bukan selalu dapt berkumpul macam nie. Makanan tidaklah banyak mana. Cuma bila berkumpul ramai-ramai, semua orang seronok makan. Penat di siang hari pun terus dilupakan.

Mengambil iktibar dari tahun-tahun sudah, kali ni I terus tolong mama kemas rumah dan lap perabot. Gigih ok panjat sorang-sorang mengelap window grills. Eventhough raya lambat lagi, lantak lah. Kiranya nak raya nanti, tinggal touch up je.

Jumaat malam tu dah gerak balik sebab Sabtu pagi nak kena keluar. Hajatnya nak terpacak dengan The Store (baru), tunggu shutter dibuka. Tapi ada orang tu cakap, "Eh, tak tau pun nak kena ada kat sana pukul 10 pagi", maka dia melambatkan jadual. Anyway, sampai sana pun nak kena pukul 10.45 kot.

Kat Seremban, ada 2 The Store. Kami panggil The Store Lama dan The Store Baru. The Store Lama terletak berdekatan Terminal One. The Store Baru pulak terletak di jalan menghala ke pasar nun tu. Masa kecil-kecil dulu, memang kat situ je la kami ber shopping raya. Jenama baju yang sinonim dengan kami 5 beradik ialah CUTE MARIE. Haaa, sape pakai baju ni juga?

Tradisi diteruskan kepada anak-anak. I dulu rajin beli Baby Kiko untuk Batrisyia. Kat KL tak jumpa pun Cute Marie. Cuma sejak tahun lepas, baju raya memang dari Cute Marie.


Kat The Store ni, pakai bakul camni je kalau nak beli baju. Troli agak menyesakkan laluan je sebab tempat ni tak besar mana pun. 2 jam setengah kat sana. Tu pun budak dua orang ni dah kepenatan.

Tisya : Umi, Tisya taknak try baju lagi dah. Tisya lapar. Tisya tak sahur (padahal dia memang tak puasa. Pagi tu dah makan mee sepinggan).
Umi : Kejap! Belum habis beli lagi.
Tisya : Ish Umi ni. Tisya nak air. Haus la.
Umi : Nanti kita beli.
Tisya : Kita beli Pizza Hut ye. Danissshhhh, Danish lapar tak? Nanti kita pergi makan Pizza Hut.

Memandai-mandai je T_T

Lepas siap, diorang beli air yogurt dan 5 roti bun Gardenia kat ground floor. Orang tengah puasa, kirim salam la nak gi Pizza Hut, ye tak? Hehehe...

Malam tu, buat potong kek besday Darwisy. Dia nak kek Bola Kampung dari King's. Pak Teh nye baik hati belikan. Malam tu riuh dengan gelagat Darwisy. Budak ni jarang bercakap. Kalau cakap pun, bahasa dia lah. Tapi sejak masuk 4 y.o ni, tiba-tiba rajin bercakap pulak. Penat nak layan. Tiada gambar kerana semuanya dalam video format.

The next day, pagi-pagi juga kami dah ke Tesco untuk beli barang dapur. Udang murah wooo. Berebut-rebut orang "menangkap udang". RM19 sekilo. Saiz XXL pulak tu. Tak dapat der harga tu selalu. Kat sana, I jumpa ini.





Ada tanda Halal Jakim! Pergh, terus rembat. Tapi mahal sikit la. Nak dekat RM15. Kalau buat sendiri, boleh dapat banyak. Tapi sebab malas dah, maka beli je la. Katanya resipi turun temurun sejak 50 tahun yang lalu. Sedap!

Berbuka semalam dengan popia basah, popia goreng, udang masak sambal, kerang masak sambal, sayur kangkung goreng dan ratah kimchi. Yummy yummy. I tak letak gambar makanan sebab confirm korang akan terliur. Korang mesti terfikir, kenapa ada banyak lauk sambal. Ni nafsu mak-mak pergi Tesco, lepas tu nampak banyak seafood murah, lalu semuanya dijadikan sambal. Tu nasib baik jiran takde kat rumah. Kalau tak, dah selamat petik mangga muda kat rumah dia dan dijadikan kerabu mangga.

Esse Gives Back - SHELTER Fund Raising Event



Esse Organic Skincare, an eco-conscious skincare brand promoting a sustainable lifestyle, will be hosting a one day "Nature" themed charity art sale event. The artwork will be painted by children, for children. Proceeds from the artwork will be donated to SHELTER – Home for Children in Malaysia. We protect what we love. By encouraging our children to paint the beauty of nature, we are also teaching them to love our irreplaceable Mother Earth. We would like to invite you to come join us on the 19th July at Annexe Gallery, Central Market, to show your support for these amazing young artists and to SHELTER. Gallery can be view here and is available for bookings.


RSVP: Camy Ling | +6012-976 5737 | camyling@rocketmail.com
Sales: Maria Yap | +6012-212 0371 | myap@zeccaltd.com

Date: 19th July 2013
Time: 11am to 7pm
Location: ANNEXE Gallery, Gallery 2

Click here to join the event : https://www.facebook.com/events/159500284232325/

For your information, SHELTER is a registered, voluntary welfare organization for children and teenagers who have been abandoned, neglected, orphaned or abused. Guided by the vision to give children at risk a childhood and future by protecting, guiding and healing them, and by building strong communities and loving families, Shelter’s services and initiatives are aimed at:

1) Providing care for children at risk through our residential homes, counselling, therapy and other services

2) Proactively raising public awareness on child abuse, child protection, parenting and youth issues, and equipping individuals with relevant skills to detect signs of abuse and to take action.

Have a big heart, contribute to the  society.

Friday, July 12, 2013

Children in the Masjid - Making Space for Our Future

Thanks to kak Wardina for sharing this article. Ingatkan berlaku di Malaysia sahaja. Rupa-rupanya kat negara luar pun sama juga. Agak susah nak ubah bila orang selalu anggap membawa kanak-kanak ke masjid akan mengganggu orang lain bersolat. I sendiri pernah ditegur dan disuruh solat saja di rumah, daripada bawa anak ke masjid tapi dapat dosa bila anak mengganggu jemaah. Sampai begitu sekali. Susah juga bila berhadapan dengan orang yang kononnya lebih makan garam dari kita.

Read it with open eyes.

Children in the Masjid - Making Space for Our Future 
By Shehnaz Toorawa

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Umi : Tisya, bangun. Nak puasa tak? Kalau nak puasa kena sahur

Dia buka mata. Lepas tu tutup balik.

Tisya : Kejap, Tisya nak tidur 5 minit je.
Umi : Ok, nanti bangun ye. Nak air milo?
Tisya : Umi pergi buat air milo dulu. Taknak panas. Lepas tu kejutkan Tisya.
Jangan cepat-cepat. 5 minit je..

Buat deal dengan mata separuh tertutup. Alhamdulillah, dia berjaya sahur pagi tadi. Lepas tu ikut abi dia solat subuh kat surau. Tak tau la dia larat nak puasa sampai Maghrib ke tak. Kita tunggu....


Aik, kata 5 minit je. Takde makna. Bangun dari tempat tidur, dia pergi sambung lagi seminit kat sofa.

Tuesday, July 09, 2013

Selamat Berpuasa everyone!

Malam ini bermulalah 1 Ramadhan.


Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dia. Semoga Ramadhan kali ni memberi ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan kita.

Batrisyia? Tak tau la dia puasa ke tak. Dia kata dia nak puasa tapi kami tak paksa. Kalau dia lapar, buka puasa la jawabnya. Lagipun, dia kecil lagi. I dulu, darjah 3 baru puasa penuh. Darjah 1 tak ingat apa, darjah 2 tak puas 2 hari sebab teguk air sebelum pergi sekolah. Heheh, ingat lagi tu.

 

Terpulanglah kepada korang. Bagi I, elok ajar anak puasa sejak kecil. Tapi janganlah sampai dimarah anak tu bila dia sibuk nak berbuka gara-gara lapar. Kalau dia dah besar, memang patut dimarah. Kalau dia kecil sangat, rasanya tidak ada masalah jika dia tak berpuasa penuh. Betul juga cakap Ustaz Hasan Din. Bab puasa, ibu bapa strict. Kalau anak tak solat, ada nak rotan anak tak?

Total relaxation at Amante

Sebagai seorang wanita bekerjaya, kadang-kala kita tiada masa untuk diri sendiri. Penat bekerja di pejabat, kemudian teruskan siapkan kerja rumah tangga pula. Ia berterusan hingga saat kita melelapkan mata untuk tidur. No wonder sesetengah wanita berasa penat dan tertekan. Bila badan letih, mood pun lari.

Apa kata sesekali korang “melarikan diri” seketika ke Amante.


Last Saturday, I dijemput untuk menghadiri Massage Party yang dianjurkan oleh The Butterfly Project and Amante. Massage Party kali ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Memandangkan Tisya ada Sports Day waktu pagi, I pilih untuk ke sana di waktu petang. Alang-alang penat bersorak untuk anak, bagi chance kat Umi untuk rileks kat sana sebentar.


Kami disambut oleh Ms. Maggie; The Spa Manager dan terus dibawa berjumpa Butterflies yang lain. Berbual seketika dengan mereka. Ada yang I dah pernah jumpa sebelum ni (Anis, Farisha dan Sabby). Ada yang baru pertama kali jumpa (Mieza, Tracy, Lucinda, Ami). Seronok dapat tambah kawan baru.

With Lucinda and Ami

Ruangan rehat di bahagian hadapan sangat cozy. Dengan alunan muzik berentak perlahan dan bau wangi semerbak yang bertebaran, memang korang rasa taknak pergi mana-mana dah. Lebih-lebih lagi bila dijamu dengan English High Tea dari Teaffani High Tea. I love their sandwich. I memang penggemar sandwich.

Untuk Massage Party kali ni, kami diberi peluang untuk mencuba Hot Stone Massage dan Aromatherapy Body Massage. Sementara tunggu slot kosong, kita pergi nail spa dulu. As a Muslim, I hanya minta mereka buff my nails sahaja. I tengok kuku Butterflies yang warnakan kuku, cantik-cantik juga warna yang ada tu.

Pretty colors!

Akhirnya tibalah masa yang I nantikan. I dibawa naik ke tingkat atas untuk diurut. Sebenarnya kami diminta untuk memilih salah satu antara Hot Stone Massage dan Aromatherapy Body Massage. Kalau ada available slot di kemudian waktu, barulah buat massage yang kedua. Tetapi tukang urut tu baik hati terus buatkan 2-2 untuk I. Wahhhhh. Macam tau-tau je yang I sangat perlukan massage.

Memang best! Untuk Hot Stone Massage tu, badan kita akan diurut dengan hot stone. Takut panas? Tidak, ia tak panas membakar. Macam panas batu tungku je. Memang best! Hot Stone Massage ni sesuai untuk membuang angin di dalam badan.

Untuk Aromatherapy Body Massage pula, badan kita akan diurut dengan menggunakan lemongrass oil. Sedap baunya dan tak panas. Yang paling I suka, terasa badan tu kena urut. Urutannya tidak terlalu lembut dan tak terlalu keras. I really like it! Aromatheraphy Massage pula sesuai untuk betulkan urat saraf dan juga jika kita rasa badan kita letih dan perlukan masa untuk berehat. Rasa nak tertidur!

At the end of the session, I felt rejuvenated, had more energy. Badan terasa ringan. Taknak balik pleaseee….

Berbual dengan rakan bloggers yang lain. Kebanyakan dari mereka lebih menyukai Hot Stone Massage kerana mereka tak tahan kena urut kuat-kuat masa Aromatherapy Body Massage. Kalau I, I lagi suka Aromatherapy Massage. Nampak sangat dah emak-emak. Hahaha…. Ye la, rata-rata yang datang berumur awal 20-an. I rasa tua la pulak. Tapi terima kasih juga pada Mieza kerana dia ingat I budak U dan berumur awal 20-an. Siap minta tips awet muda. Akak takde tips la dik. Exercise je la kot. Hihihi.

Untuk korang yang nak cuba merias kuku atau mengurut badan di Amante, ada berita baik untuk korang semua. Pada 19 hingga 21 Julai ini, Amante akan mengadakan Open House di semua cawangannya. Ia bermula pada 10 pagi hingga 8 malam. Kalau teringin nak cuba, jangan lupa telefon mereka dahulu untuk set your appointment (boleh tengok phone no setiap outlet di website mereka).

Date : 19th July to 21st July 2013
Time : 10am to 8pm
You can choose one of these treatments:

Aromatherapy Massage
Hot Stone Massage
Manicure
Lymphatic Detoxification Treatments


Pada hari yang sama, korang boleh dapatkan "Buy Now-Use Later" promotion di mana terdapat 3 treatments yang boleh dibeli dengan penjimatan sebanyak 70%. I nak beli Aromatherapy Body Massage sekali lagi. It feels soooo goood!

Thanks to these two awesome ladies yang tak penat melayan kami semua dari pagi sampai ke petang.

With Tammy; the founder of The Butterflies Project.

With Ayna yang peramah

Thank you Amante for a nice treatments and a little treats for all the Butterflies who came.


Another 60 mins of Aromatherapy Body Massage? 
I wanna cry. Thank youu.....

Monday, July 08, 2013

Little Caliphs Shapes & Colours Sports Day

"Tisya masuk sukan apa?"
"Tisya buat ladybird" katanya yakin.

Tapi jawapan dia tu buat I tak yakin pulak. Buat ladybird? Sukan apa tu?Rupanya sukan mereka tidak macam sukan di tempat lain.. lari dalam guni, bawa telur guna sudu, tiup belon.. itu semua tiada.

Welcome to Sports Day 2013.

Baju sukan. Eventhough I tak suka warna hijau tapi warna
hijau yang ni lawa la juga.

Muka fresh tanpa peluh. 

Tema : Shapes and Colour

Sukan pun ada tema? Haaa, itu yang I tak tau. Walaupun kanak-kanak ni masih berlari, sukan yang mereka participate tu agak lain sikit. Contoh :

-Acara 1-
Station 1 : Ada bekas berisi pelbagai warna bunga yang dicucuk di atas span.
Station 2 : Span kosong berwarna ikut warna kumpulan masing-masing.
Cara permainan : Student akan berlari ke Station 1 dan pilih bunga yang berwarna ikut warna rumah sukan masing-masing. Kemudian berlari ke Station 2 dan cucuk bunga tu di atas span.
Markah : Hanya bunga dengan warna yang betul sahaja akan dikira.

-Acara 2-
Station 1 : Ada bekas berisi pelbagai styrofoam pelbagai bentuk dan pelbagai warna.
Halangan 1 : Ada cone di mana student kena buat pusingan sebanyak sekali.
Station 2 : Bekas kosong
Cara permainan : Student akan berlari ke Station 1. Dengan menggunakan penapis, student kena pilih bentuk bulat yang diwarnakan dengan warna rumah sukan mereka sahaja. Kemudian berlari dan buat pusing di cone. Akhirnya berlari ke Station 2 dan masukkan bentuk bulat tu ke dalam bekas.

Boleh imagine tak? Hehehe...

Kena la mendaftar dulu. Yang bertudung tu ialah Pricipal Su. Sporting!

Sebelum mulakan sukan, students menyanyikan 5 buah lagu iaitu Negaraku, Little Khalifah Going to the Zoo, Doa Solat Dhuha dan Aku Anak Islam. Eh, kata 5 lagu. Adoi, memang tak ingat tajuk lagu lagi satu tu.


Ada 3 rumah sukan iaitu purple, merah dan hijau. Setiap rumah sukan ada ketua tapi ketua rumah sukan hijau paling comel sebab pakai costume rabbit.

Tisya, Dini dan Azwa.
Yang lain taknak join bergambar sebab malu kot.

Tak dapat nak share gambar tengah bersukan sebab kami ambil video. Memang kecoh dengan sorakan parents.

Ini bukan hadiah Tisya. Sebaliknya ni hadiah mak-mak rumah hijau yang menang dalam acara Inovasi di mana kami menggubah bunga menggunakan bahan-bahan terpakai yang disediakan. Hubby boleh cakap, "Ingatkan korang dapat no 3". Ciss... dia tu yang dapat No. 2 dalam acara bapak-bapak.

Hingga sekarang, Tisya tak jemu-jemu menonton video sukan dia. Kitorang pulak yang naik boring. Tapi takpe la, bukan selalu. Ye tak?

Friday, July 05, 2013

Lazy day


Now, where's my laksam??? Super hungry!

Thursday, July 04, 2013

Zikir pembuka rezeki

Petang ni I nak berkongsi satu zikir pembuka rezeki.. insya Allah.


I tak ingat blogger mana yang kongsikan ayat ni tapi sejak I baca tu, I selalu amalkan. Cuma belum sampai 100x setiap hari. I suka zikir ni kerana ia mudah diingat. Batrisyia pun boleh baca. Kita dah terbiasa dengar ayat ni tapi kita mungkin tak tau maksudnya. Betul?

Bila berzikir, hati kena ikhlas. Jangan paksa Allah bagi kita rezeki sebab kita dah baca ayat ni banyak kali. Tak boleh la macam tu kan? Allah je yang tau saat yang sesuai untuk turunkan rezeki kepada kita.

I nak berkongsi "kejutan" yang I dapat. Mungkin sebab baca ayat ni kot. Tak tahu la. I suka baca ayat ni semasa memandu.  Pernah sekali, selang sehari kot.. masuk order 12 biji kek karamel. Tu kejutan pertama yang I dapat. Pernah juga tiba-tiba menang contest. Ada beberapa siri kejutan luar dugaan yang berlaku. Yang paling terbaru, my aunty buat tempahan 20 hamper raya. Masa tu terkejut sangat sebab I tak pernah pun cakap nak buat hamper raya. Tiba-tiba aunty hantar sms, tanya samada I boleh buat hamper raya atau tak. Lepas tu I termenung sekejap. Teringat dalam 10 minit sebelum tu, I baca ayat ni berulang kali. Tak tau la korang macam mana tapi masa tu I rasa sangat terkejut/tergamam/happy/bersyukur dan paling terasa, rasa macam Ya Allah, betul ke nie? I bercerita ni bukan nak bangga ye. Jangan salah anggap pulak. I cuma nak berkongsi keajaiban tersebut.

Jadi korang boleh cuba amalkan. Dengan izin Allah, insya Allah rezeki akan hadir.

Wednesday, July 03, 2013

Blogbuster Campaign

Hari tu baru cakap pasal Blogbuster Campaign kan? Hari ni dah dapat sebijik. Hehehe..


Itu dia. Sibuk sangat nak Blogbuster Campaign kan? Dah dapat, tiba-tiba blur. Ada sesiapa pernah terlibat dengan Blogbuster Campaign? I tengah baca beberapa blog entries yang bercerita tentang perkara nie. Rasanya macam boleh buat je.

Tuesday, July 02, 2013

3 biskut raya yang memulakan catwalk tahun ni

Tahun ni target nak promote 3 jenis biskut je sebab macma busy je nanti. So taknak tamak haloba buat pelbagai jenis. Nanti banyak pula bahan mentah kat dapur.

Kali ni, Batrisyia tolong I buat sample biskut. Dia tolong mix mentega,gula dan telur. Yang lain, I kena buat sebab kalau minta dia, alamatnya tumpah la semua benda. Tu pun dia dah seronok menolong.

Kita tengok macam mana la. Setakat ni baru 3. Kalau terlebih rajin, mungkin ada yang lain. So tempahan sudah mula dibuka. Korang boleh cuba rasa sample tapi kalau nak, kena datang rumah la ye. Nak terus tempah lagi bagus. Hehehe.. Tempahan terhad. Maksudnya once kuota tempahan dah mencukupi, tempahan akan ditutup. Macam I cakap, taknak tamak haloba. Nanti kepenatan!

RM28 sebalang yang besar tu. Approximately 40 pieces.
Info : Adunan biskut yang lembut dan mengandungi kismis hitam
dan disalut dengan cornflakes.

RM30 for 50 pieces
Info : Gabungan chocolate chips dan almond nibs
sememangnya menjadi kesukaan kanak-kanak.

RM28 for 50 pieces
Info : Salah satu biskut yang menjadi kesukaan ramai.
Mungkin kerana rasanya seakan-akan biskut dari Famous Amos.

Untuk tempahan dan sample, boleh email I di estli82@yahoo.com
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.