Friday, May 31, 2013

Alkisah.... 4 hari lagi

Blog lain dah mula cerita persiapan raya. Hehe.. I tidak lagi sebab masih ada 4 hari lagi nak ganti puasa. Selalunya I akan ganti waktu hujung minggu sebab taknak terlalu letih. Hari bekerja ni kadang-kadang perit tekak dibuatnya. Ye la, kalau bulan Ramadhan, boss pun kurangkan kerja luar sebab tau kita penat. Tapi kalau bukan bulan puasa, dia bukannya tau kita tengah ganti puasa pun.

Tapi baju raya dah tempah dah. Itu diaaa.... masa balik Seremban aritu, tiba-tiba mama ajak pergi cari kain. Pastu tiba-tiba mama sponsor. Tapi tahun ni I pilih 2 helai je sebab rasa macam dah banyak pula baju kurung baru tahun nie. Masa adik I kahwin aritu, dah tambah 3 helai. Wardrobe pun dah macam tak muat je. Nak kena beli wardrobe baru kot :p

Kitorang bab baju kurung, tak la pilih yang gemerlapan dan mahal. Senang keluar dgn mama sebab kitorang target kain 4 meter mesti harga paling mahal RM50. Paling mahal ye. So bila korang kata kain baju raya korang harga RM100, RM200... I terbeliak bijik mata sikit. Mesti cun giler. Selalu pergi beli banyak, baru boleh kautim harga murah sikit. Ko senyum-senyum, putar ayat, rembat 10 helai.. dapatlah murah. Tapi kain RM50 pun cantik juga. Tu pun syukur kan? Ada orang tak mampu nak beli baju.

So baju I dah setel. Tinggal nak bayar kat tailor je. Tailor kat Seremban murah. RM30 sepasang. Tak dapat harga upah macam tu kat KL nie. Bulan depan dah boleh start cari baju untuk anak pulak.




You can't make it feel right when you know that it's wrong







Thursday, May 30, 2013

Lakesight Soft Launch

Bila tengok filem mat salleh yang ada scene outdoor wedding, rasa sweet je. Romantic habis kan? Outdoor wedding kat Malaysia? Berpeluh-peluh rasanya. Tapi sekarang pun dah ramai yang pilih untuk adakan outdoor event. Eventhough sometimes cuaca boleh menjadi penghalang, ia tidak menjadi halangan utama kerana dengan perancangan yang rapi, outdoor event bakal memberi keselesaan kepada tetamu yang datang. Dengan kawasan yang terbuka, sekurang-kurangnya tidaklah rasa sesak bila semua tetamu ditempatkan dalam sebuah bilik yang tertutup. Lebih-lebih lagi jika tetamu yang dijemput itu ramai.

Sabtu lepas, kami sekeluarga menghadiri Lakesight Soft Launch di Lakesight, Kelana Jaya. Dear Sydney, thanks for the invitation. Selepas pulang dari Yadah Birthday Party, kami pulang ke rumah untuk bersiap dan terus gerak ke Kelana Jaya.

Kami sampai tepat pada jam 5.30 petang. I was expecting the place already full with guests and their crazy hats but we’re the first to arrive.They were still setting up the place so we took our time to snap a few photos by the lake. Cantik juga tasik kat situ.


Pretty balloons from Belle de Balloon Artist


I disapa oleh Sydney and she apologized for the delay. Auwww, such a sweet lady. Beberapa kali dia berbual dengan kami dan pastikan kami selesa di sana.


Ada photographer bertanya samada kami mahu gambar kami diambil. Why not? Then, he asked whether we want them to print it out for FREE. For free? Of course!!! Hasilnya….

Gambar sebenar lebih cantik. Ni scanned copy je

Hahaha, tak sia-sia kami memakai warna sedondon!

Antara booth yang ada pada hari itu..



The event started with The Mad Hatter Tea Time. Food was limited but very yummy and pretty! Rasa sayang nak makan. I suka bila makanan tak banyak sebab tak pening kepala nak fikir nak makan yang mana satu :p

Fruit tarts

Marshmallows

Sweet cupcakes

Fancy cookies - Ni paling sayang nak makan!

Sementara menunggu product launch and dinner time, halwa telinga kami disajikan dengan live performance. Sedap suaranya! Terasa macam dalam Hollywood scene di mana kami berada dalam pub sambil dipersembahkan dengan lagu-lagu berentak perlahan.


Oh, did I tell you that we can have a free manicure by Posh! Nail Spa?

Awesome!!! Batrisyia yang pernah mencuba di Kidzania pun tak melepaskan peluang ni.


The product launch was delayed. Masih ramai tetamu yang belum sampai. Katanya ada yang sesat jalan dan ada yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. So kita makan dulu.


Jadi, apa yang ditawarkan oleh Lakesight dan di mana tempatnya?

Lakesight terletak di Plaza Kelana Jaya di mana ia menyediakan tempat atau ruang untuk sesiapa sahaja yang ingin mengadakan majlis berskala kecil dan sederhana. Just say it… birthday party, registration of marriage, private function, corporate function, even pet party! Seperti namanya, Lakesight terletak berhadapan tasik. So yes, the view is nice kalau nak buat outdoor event. Di Lakesight, indoor venue ada menyediakan ruang untuk bersantai yang dilengkapi dengan 50" TV, bilik karaoke dan Xbox. Sesuai untuk birthday party. Outdoor venue pula lebih sesuai kalau melibatkan jemputan yang ramai dan inginkan suasana yang lebih romantik. Pakej yang ditawarkan bermula daripada RM500. Mereka juga menawarkan khidmat sebagai perancang majlis.

Antara yang ditawarkan

Ruang bersantai. Deco akan disesuaikan dengan tema majlis.

Photos  from Lakesight FB

Kepada mereka yang masih tercari-cari venue yang sesuai untuk organize apa-apa event, boleh la masukkan Lakesight sebagai salah satu lokasi pilihan anda.

Tuesday, May 28, 2013

Yadah Birthday Bash


Yadah? Siapa tu? Sebenarnya ia nama satu produk dari Korea. Ini kali pertama I dengar tentang product ni. Jadi bila diberi peluang untuk menghadiri Yadah 1st Birthday Party, agak excited la juga. Lagipun, ramai juga yang sukakan product Yadah nie. Memang I excited sebab I nak tau apa kelebihan yang ditawarkan oleh Yadah.



The event was supposed to start at 1.30pm. I arrived 10 minutes early. Baru ada beberapa orang bloggers yang sampai. Selepas mendaftar, kami diberi goodies box dan kami diminta untuk menjenguk setiap stations yang mereka sediakan di kawasan tersebut.

We'd been informed that there will be a hanbok fitting station and manicure station on that day. I was looking forward to try the hanbok tapi lepas tu tak jadi. Heheheh, malu!


Cantik!

Satu-satunya station yang I berdiri lama ialah di products Yadah. Ada banyak products Yadah di situ. I was very keen to ask a few questions about Yadah but sadly, there was no SA at that station.Tapi packaging nya memang comel-comel belaka.

Antara produk yang dipamerkan

The cute Yadah!


Lepas nak pergi ke semua stations, I dah taktau nak ke mana. Ada nampak kerusi berderet di situ tapi ia hampir dipenuhi oleh anak-anak muda. (Later I found out that they are teen stars and one of them is PG ambassador). Agak lama berdiri kat situ dan akhirnya I duduk je la kat kerusi tu.

The event started lepas pukul 2.30 petang kot. One hour late.Sementara tunggu tu, sempat la berborak dengan kak Ayu. Sebab dah beberapa kali jumpa dia, tidaklah segan sangat rasanya.

Event dimulakan dan MC memperkenalkan products Yadah yang diperagakan oleh model PG Mall.


Lepas acara memotong kek, kami bersantai di ruang legar. Masa ni I jumpa blogger yang lain. Kebanyakannya baru pertama kali jumpa. Ada lucky draw juga and as usual, I tak lucky. Hahaha.

Kami pulang dengan goodies box berisi sample dari Yadah.

Thursday, May 23, 2013

Why I want a Havaianas!

Teringat masa tinggal di asrama, selipar jepun merupakan antara barang yang WAJIB ADA dalam list barang-barang yang perlu dibawa ke asrama. Kenapa pakai selipar jepun je, kenapa tak pakai selipar lain? Sebab selipar jepun tu kan murah. Kalau hilang pun, boleh ganti baru.

Selipar jepun selalu dipakai ke tandas asrama, surau dan dewan makan. Kalau korang pergi kat asrama, boleh dikatakan rata-rata selipar jepun mempunyai tag nama tuan punya yang ditulis dengan permanent marker pen. Dah tulis nama pun boleh hilang tau! Hahaha... kenangan.

Selipar jepun tak lah sedap sangat bunyinya. Apa kata kita translate to English? Terus jadi "flip flop". Wah, sedap sikit bunyinya. Selipar jepun biasa pun tidaklah cantik mana. Standard design gitu.

Nak yang ada design cantik dengan warna yang menawan? Apa kata korang usha flip flop dari Havaianas?

Love the details!

Love the color!

Oh my...... tak sangka cantik sebegini!



Kenapa I nak flip flop dari Havaianas?

Sebab ia cantik. Kalau pakai, terus jadi bergaya! Flip flop dari Havaianas bukan setakat boleh dipakai untuk bersantai tapi juga boleh dipakai ke mana-mana kerana design nya yang cantik itu. Selipar I pun dah nak kena tukar nie. Tapak pun dah haus. I suka ber flip flop ke mana-mana sebab senang.

The Butterfly Project's Spa Party

Woot! Woot! Akhirnya kempen yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Bila Tammy from The Butterfly Project mula warwarkan perkara ni, ramai yang excited dan berminat nak join. Tammy memang pandai buat semua orang excited. Apa yang I cakap nie?

It's a SPA PARTY bebeh! Korang boleh buat manicures, pedicures, berkenalan dengan bloggers yang lain dan pelbagai aktiviti menarik khas untuk perempuan yang mementingkan kecantikan dan penampilan diri.



It's going to be a big, fun and enjoyable spa party! How big? Well, imagine ada 50 orang bloggers berkumpul di satu tempat. Ramai dan mesti meriah! Spa party sebesar ni, mesti perlukan perancangan yang teliti untuk dijayakan. Betul tak? Thanks to Tammy and friends yang bertungkus lumus mencari sponsors, akhirnya beberapa sponsors telah bersetuju untuk sama-sama menjayakan spa party ini. Jom kita lihat siapa sponsors kali nie.

Posh! Nail Spa, venue untuk spa party pada hari itu

Idea Food Solution, caterer yang akan menyediakan juadah yang sedap-sedap

Fotobox,photographer of the day






OnlyBeauty,freebies to your doorstep

Kalaulah dapat pergi Spa Party ni, kan best. Why I will not miss this Spa Party?

1. I never had manicures and pedicures before. Untuk sesetengah orang, manicure and pedicure merupakan salah satu cara untuk membersihkan tangan dan kaki. Contohnya  ketika manicure, sel-sel kulit mati akan dibuang. So yang tinggal hanyalah kulit baru yang lembut.Untuk I yang tak pernah buat apa-apa ni, mesti banyak betul sel kulit mati kat tangan dan kaki. Hahahaha.... So kalau dapat join this spa party, mesti berbaloi-baloi. Plus, I think I have a natural nice nails.. hahahaha.

2. Sudah agak lama juga I tak memanjakan diri sendiri. Semenjak anak mula bersekolah, boleh dikatakan masa lebih banyak dihabiskan untuk anak. Lunch hour setiap hari pun digunakan untuk menghantar anak ke sekolah. Waktu malam, ajar dia membaca. Hujung minggu, buat revision dan siapkan housework sampai ke petang. I'm mentally drained. I think this is a perfect thing to do to prevent burnout as a working mom. It will give me time to relax. Plus it is a fun way to get pampered, feel special and make new friends!

3.With all the sponsors and 50 bloggers under one roof, it's going to be huge party. Semuanya perempuan. Untuk sehari, I boleh jadi 10 tahun lebih muda tau. Siapa taknak, betul tak? So pleaseee.... Tammy, you know what to do :)

Best of all, spa party is...

Spectacular
Privileged
Alluring


Pretty
Adorable
Radiant
Therapeutic
Yummy

Tuesday, May 21, 2013

The OnlyBeauty L’Oreal Sales Giveaway!

Readers from Seremban..... alert!

In conjunction with OnlyBeauty.com.my’s L’Oreal Sales happening this 25th – 26th May, 2013 at Royale Bintang Resort and Spa Hotel, Seremban (10am – 10pm), they are giving away 10 Maybelline BB Lips to my readers who’s visiting the sale at Seremban!


All you have to do is leave you name and email address at the comment box. How easy is that!

Terms and Conditions:

1. Giveaway starts from now until 23rd May , 2013 12noon.
2. Must LIKE OnlyBeauty Facebook Page
3.Winners will be contacted via e-mail after 5pm.
4. Winners to show / print prize redemption e-mail at the OnlyBeauty L’Oreal Sales Seremban from 25th – 26th May (10am – 10pm).
5. Only 1 prize per reader per winner.
6. Prize redemption can only be made during the OnlyBeauty L’Oeal sale at Seremban. Strictly no posting of prizes.
7. Prizes not collected will be forfeited.

I rasa readers blog ni kebanyakannya dari KL/Selangor tapi ada juga yang dari Seremban, ye tak? So apa lagi... komen je. Kalau jumlah peserta kurang dari 10 orang, bertuah la sebab semua peserta akan jadi pemenang. Tapi jika jumlah peserta melebihi 10 orang, I akan buat sesi cabutan bertuah untuk menentukan 10 pemenang.

Good luck!

Friday, May 17, 2013

Burung kakak tua di rumah

I seorang pendiam. Sebab tu bila dapat anak yang talkative, I jadi heran. Tak tau dia ikut siapa.. hehehe..

Contoh :

Umi : Taman Burung tu mahal tak?
Tisya : Eiiii, Taman Burung tu tak mahal la. Bukan kedai. Tak boleh beli barang pun. Taman Burung ada burung banyak je. Ada burung boleh cakap. Nama dia burung Kakak Tua.

I tanya 5 patah je. Cuba kira dia jawab berapa patah?

Sebab tu I suka melayan dia bercakap. Pot pet je dia tu.


Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™

Bila cakap pasal gadget, rata-rata nak yang canggih, stylo, smart design, nipis dan mudah!

Nak tau yang terbaru? Check out this video!


Amacam? Memperkenalkan Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™, yang terbaru dan canggih! It's the world's first Acer convertible Ultrabook™. Inspired by Intel. It's untraportable, super thin and light (weight less than an iPad).  Lagi best bila ia direka dengan 11.6 inci touch centric HD display tablet. The touchscreen is detachable, sangat sesuai kalau tiba-tiba nak berkejar ke mana-mana.

Ni dah tengok video kat atas tu belum? Cuba tengok. Baru la korang tau betapa best nya Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ ni. Semua boleh buat sendiri!

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Hello... Selamat Hari Guru untuk semua guru di Malaysia. Teringat masa sekolah dulu. Bila Hari Guru, dah macam pesta sebab tak perlu masuk kelas. Semua sibuk di dewan sebab nak meraikan guru-guru yang telah berjasa kepada semua. Ada nasyid, drama, sajak, syair... meriah!

Right now, Tisya tengah menyambut Hari Guru di tadika. Yups, kata semalam tak payah pergi tadika kan? Tapi abi nya dah minta kebenaran untuk masuk kerja lewat. So dia pergi hantar anak. I pulak bangun pukul 5 pagi, masakkan mee goreng dan potong buah tembikai untuk dihantar ke nursery. Kesian pulak kalau makanan tak cukup kat nursery.

Pagi tadi diorang melepak kat office I sekejap. Desk yang pada mulanya neat and tidy telah bersepah dalam sekelip mata. Adoi, semua benda Tisya nak usik. Siap baring kat carpet sambil main dengan stapler. I pura-pura tak nampak sebab taknak marah dia.

Harapnya teachers dia suka dengan hadiah yang kami pilih. Instead of beri hadiah kepada semua teachers yang mengajar di situ, kami beri hadiah kepada class teachers sahaja. Lagipun, sambutan Hari Guru ni bergabung dengan sesi pagi. Jadi memang tak tau berapa ramai teacher kesemuanya.


Sekadar yang termampu. Alhamdulillah.


Ni gambar fresh pagi tadi (from their FB). Masa ni Tisya kat office I lagi. Apa lagi, minah tu kelam kabut nak pergi sekolah. Siap pesan kat I, "Umi tolong kemaskan sepah-sepah ni ye".

Wednesday, May 15, 2013

Untuk esok

Asal Teacher's Day, I buntu.. hehe... kali ni nak bawa apa ke sekolah? At first, puas fikir 2 menu untuk 2 sekolah. Tapi semalam dapat sms from kindy. Katanya esok takde afternoon session. Semua kena hadiri morning session tapi esok start lewat. Pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Fikir-fikir, sudahnya rasanya esok Tisya tak pergi kindy la sebab takde sape nak hantar dia pukul 9 pagi. Lagipun esok tak belajar. Jadi tiada rasa guilty dalam hati I sebagai seorang umi. Kalau bab sekolah, I memang taknak dia ponteng melainkan dia sakit. Kalau setakat benda kecil, silakan ke sekolah. Sekolah tu penting walaupun hanya tadika. Dari kecil macam ni la kita kena ajar dia suka pergi sekolah. That is just my opinion.

So esok dia duduk taska je la. Cuma I tetap kena fikirkan juadah untuk dibawa sempena Teacher's Day. Isk, nak bawa apa ye? Tiap-tiap tahun menghantar makanan untuk Teacher's Day dan Hari Raya, I sampai dah kekeringan idea.

Tolongggg!!!

Tuesday, May 14, 2013

Tayangan perdana "Sofia The First : Once Upon A Princess"

Dah lama tak bawa anak pergi tengok wayang. Dah banyak kali dia ajak, sejak bulan 2 kot tapi sebab ada je halangan (kerja, sakit, outstation), maka makan popcorn kat rumah saja lah! Jadi bila Sophia send invitation to watch "Sofia The First : Once Upon A Princess", I cepat-cepat RSVP. Now tiada alasan untuk keluar dengan keluarga. Tayangan selama sejam ini merupakan tayangan perdana sempena kemunculan TV series "Sofia The First" yang akan mula bersiaran tahun ini.


Sampai kat GSC ngam-ngam pukul 11 pagi. Kitorang tak familiar sangat dengan The Gardens. Awal-awal dah minta hubby park kereta di The Gardens. Tapi dia park kat Mid Valley. Ok lagi la. Sampai sana pukul 10.30 pagi. Pastu leh "tersesat" kat The Gardens. Pukul 11 pagi baru sampai. Terus mendaftar, ambil goodie bag dan minuman yang disediakan. Aik, minuman je ke? Hehe, rupa-rupanya popcorn dah diletak awal-awal di setiap seat.

Twin seat yang selesa. Nasib baik ada bawa sepupu dia.
Kalau tak, duduk la kamu sorang-sorang kat situ. Hehe

Malu nak bergambar sebab ramai orang tengok.


Hadiah paling best dalam goodie bag : Amulet ala-ala
Magic Amulet of Avalor yang dipakai oleh Sofia

Selama ni kita disajikan dengan kisah Disney Princess yang telah meningkat dewasa. Yang menariknya, "Sofia The First" meneritakan kisah si puteri kecil bernama Sofia. Dia dilahirkan sebagai kanak-kanak dari golongan rakyat. Kemudian ibunya berkahwin dengan raja. Maka bermulalah kisahnya sebagai seorang puteri yang cuba mempelajari cara hidup sebagai seorang puteri raja.





Untuk yang ingin menonton "Sofia The First : Once Upon A Princess", bolehlah menontonnya pada :

Tarikh : 19 May 2013
Waktu : 11 pagi
Saluran : Disney Channel (ASTRO Channel 615)

Tarikh : 27 May 2013
Waktu : 1 tengah hari
Saluran : Disney Junior (ASTRO Channel 613)

Siri televisyen "Sofia The First" pula akan menyusul pada Julai 2013.

Friday, May 10, 2013

This is not a racist entry


Hihihi. Only in Malaysia!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.