Tuesday, April 30, 2013

Too old for cartoon?

Batrisyia jarang nak layan cartoon sangat tapi ada la beberapa cartoons yang dia suka. Bercakap tentang cartoon, suka I ingatkan ibu bapa untuk pantau sikit cartoon yang anak-anak tengok. Dah jadi kat I dua minggu lepas. Cartoon tu takde adegan ganas tapi terbeliak mata bila tengok pakaian salah satu karakter cartoon tu. Mendedahkan apa yang tidak patut didedahkan. Terus cepat-cepat tukar. Hmm, susah juga kalau camtu kan? Pihak stesen TV tak check dulu ke? Kalau drama kat TV yang menonjolkan dada yang terdedah, pandai pula nak blur kan. Cartoon tak perlu blur kan ke?

Talking about cartoon, korang pernah layan nie?


Kekko kawaie! Comel sungguh la. 

Friday, April 26, 2013

GE13

Satu minggu lagi nak balik ke kampung halaman untuk mengundi. Ada beberapa hari lagi untuk decide nak undi siapa. Opps, wait... sudah ada calon yang berkenan di dalam hati. Shhh...

Meriah betul poster dan bendera di KL dan Selangor ni. Dengar cerita kat TTJ pun meriah juga. Can't wait to be there. Lain macam rasanya bila berada di tempat sendiri nanti. Di FB pun meriah. Ada yang kita boleh agak dia sokong siapa hanya melalui fakta dan auta yang disampaikan. Kat FB ni jaga-jaga sikit. Kalau kita nak share sesuatu, pastikan perkara tu satu fakta dan dari sumber yang boleh dipercayai (seperti video Nurul Izzah dan Nong Chik di dewan parlimen, tu dah kira fakta tu sebab takkan diorang berlakon pulak. Ye tak?), bukannya setakat chart yang mengandungi sesuatu yang belum tentu betul. Tapi kalau dah sah betul, tak salah nak share.

Share pun janganlah sampai menggunakan bahasa yang kesat dan tidak sedap didengar. Kita pun bukan politician, nak cakap berapi. Tunjukkan apa yang korang rasa tu di kertas undi nanti. Pangkah calon dan parti yang berkenan.

Yang penting, jangan hanya dengar dari sebelah pihak. Internet di hujung jari. Carilah berita dari sumber yang lain juga tapi jangan diterima semuanya bulat-bulat. Tapis dan ambil yang betul sahaja. Macam mana nak tau mana yang betul? Itulah gunanya research.

Ini pendapat I sahaja. Sorry la kalau tak sependapat. Biasa la, lain orang lain pemikiran. Cuma sedih bila tengok "perang status yang keterlaluan" di FB. Caci maki ni bukan cara kita. Betul tak?

Ini kalilah? We'll see.

Thursday, April 25, 2013

Bila anak sakit, cerita di blog ni tentang dia sajalah

-Entry khas untuk keluarga di Seremban dan mereka yang mengambil berat-

Terima kasih kepada kamu yang bertanyakan status kesihatan Batrisyia. I can’t remember kali terakhir dia demam teruk macam ni. Probably 2 years ago? Rasanya la kot sebab masa tu dia pucat, kuku jadi biru dan tengah malam terus bawa dia ke ER. Dah seminggu dia demam tapi kesihatan dia masih tidak memberansangkan. Selesema dah kurang, masih batuk tapi tidak muntah kahak lagi. Demam je yang buat kami risau. Dalam satu masa, dia boleh nampak macam nak sihat tapi tiba-tiba je suhu dia akan naik tinggi.

Contohnya macam semalam. Nampak ok waktu pagi. Bila I call taska waktu tengah hari, mereka kata dia ok. Makan pun berselera. So I decided to send her to school. It was Wednesday. She can wear her sport attire and they will do craft and art for the half day session. Macam tak la berat mana pun. As a precaution, I tetap beri dia ubat-ubatan sebelum hantar dia ke sekolah.

10 minutes to 5pm, her class teacher called hubby. Hubby pula terus telefon I sebab my office lagi dekat dengan kindy. Teacher beritahu yang suhu badan Batrisyia naik ke 39.9 degrees. Mereka dah mandikan Batrisyia dan minta dia berehat. I terus ke kindy. Dah la semalam hujan lebat sangat. Kereta bergerak macam siput. Memang menguji tahap kesabaran I. Dengan fikirkan I sorang-sorang nak handle Batrisyia.

Sampai sana, Batrisyia nampak lemah, pucat, kuku tangan dan kaki jadi biru. Kesian sangat. Mesti tengah kesejukan. Dalam kereta, dia terus tertidur. Tapi sempat la cakap, “Nanti Tisya dah baik, Umi belikan hadiah ye. Tisya nak Barbie”. Huwaaaa… sedey giler dengar permintaan dia. I jadi sedih sebab kalau diikutkan, malam tu hubby bertolak ke Terengganu. Kahkahkah, dah kira macam I have no shoulder to cry on la gitu. Tapi ye la, hati bapak pun jadi tak keruan bila anak tak sihat. Maka dia postpone perjalanan ke hari ini. Malam tadi sama-sama jaga Batrisyia.

Batrisyia nie kalau dia sakit teruk macam ni, dia jadi garang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tak boleh makan ubat, tak boleh pegang dia, tak boleh angkat dia bawa masuk bilik, tak boleh makan.. what?. Ye la, dia taknak makan nasi, makan ubat sebab dia taknak bangun dari tempat pembaringan. Letih sangat kot. Faham la. Tapi malam tadi kena marah juga sebab taknak makan ubat. Anak garang, mak garang. Tak tau la macam mana nak survive 3 hari berikutnya tanpa hubby.

Hehehe, sebenarnya I tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab nak jaga Batrisyia betul-betul. Harapnya dia sihat menjelang Ahad nie. Cuma ok la dia nak makan bubur nasi. Tu pun sebab dia tau bubur nasi tu lembut, boleh terus telan dan paling penting, boleh makan sambil baring. Aduhhh, pandai ko nak.

Tuesday, April 23, 2013

Emosi di hari Isnin

Emosi agak terganggu hari nie. Jika diikutkan hati, mau saja duduk di rumah tapi tuntutan kerja memerlukan I berada di office. Kerana tu ada update di FB pagi tadi. Komen dari kawan sekolah rendah membuatkan I tersentap. Tetapi komen kedua dari kawan uni membuatkan I tersenyum. 2 orang kawan yang sebaya tetapi berlainan jantina dan berlainan cara pemikiran.

I rasa kawan sekolah rendah tidak mempunyai maksud apa-apa. Cuma emosi mak yang terkenangkan anak membuatkan I tak setuju. Mana boleh kita label si ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja eventhough si anak tengah sakit itu sebagai ibu bapa yang tidak mendahulukan anak. Kadang kala kita perlu berfikiran waras. Kalau setakat sakit biasa, tak salah jika bergilir-gilir dengan suami untuk ambil cuti jaga anak. Cuma bila sampai ke tahap “life threatening situation” dan memerlukan penjagaan rapi 24 jam, mungkin boleh consider untuk berhenti kerja. Sekali lagi, I bukan tidak mendahulukan anak kerana I bekerja pun untuk masa depan anak.

Dipendekkan cerita, kami dah terjah ER semalam kerana suhu badan Batrisyia dah cecah 40 degrees dan taknak turun. Batuk pun agak teruk. Kami pulang dari hospital dengan 2 botol ubat. Paling tak puas hati dengan cara doctor tu rawat Batrisyia tapi I malas nak panjangkan cerita.

Lepas pukul 12 malam tadi, kami semua tak tidur lena. Batrisyia muntah kahak pada jam 1.30 pagi, 2.15 pagi, 3.00 pagi dan 5.30 pagi. Dia sendiri kejutkan kami, minta hantar dia ke bilik air. Kahak keluar dengan air yang dia minum setiap kali selepas muntah sebelumnya. Keluar kahak berlendir tapi mujur bukan jenis hijau. Pukul 5.30 pagi, dia muntah sambil menangis. Kuat dia pegang tangan I. I pun dah nak nangis sama. Rasa helpless sangat bila dua-dua menyangkung kat lantai bilik air.

Hubby decided to take a leave. On the way hantar I ke tempat kerja, dia muntah lagi. I dah tak keruan tapi bila memikirkan hubby akan bawa dia jumpa doctor sekali lagi, I tidak mahu risau tidak bersebab. She’s in a good hand! Hubby bawa dia ke hospital yang sama dan salurkan rasa terkilan (dengan khidmat doctor semalam) itu kepada doctor yang merawat Batrisyia hari ni. Darah diambil untuk memastikan tiada jangkitan kuman. Doktor cuma minta kerap beri Batrisyia makan. Tak perlu makan yang berat-berat. Takpe beri makanan ringan macam biskut dan roti dan takpe jika dia makan dalam kuantiti sedikit.

Esok, semestinya kami perlu bekerja. Batrisyia pun dah rindukan tadika dia. Harapnya dia cepat sembuh.

Friday, April 19, 2013

Her own bedroom

Sejak dari baby, Batrisyia tidur sebilik dengan kami. Kami sedang berkira-kira nak pisahkan tempat tidur. Rumah ada 3 bilik tapi semuanya nak tidur kat bilik yang sama. Eh, kami berdua memang la kena tidur di bilik yang sama. Batrisyia ni je nak kena pindah bilik.

Bila tanya dia, kejap ok.. kejap tak ok. Masa cousins dia datang minggu lepas, cousins dia tidur berdua. Saja suruh Batrisyia tidur sama-sama. Ok je. Tapi entah pukul berapa, dia menangis cari kami. Tapi pandai pulak dia masuk bilik.

Dah beberapa kali juga kami biarkan dia tidur sorang-sorang. Selalunya kamilah yang kena beralih ke bilik sebelah. Kadang-kadang dia lena sampai ke pagi. Kalau tak tu, tengah malam nanti dia bangun dan pindah ke katil kami.

Batrisyia ni jenis tak boleh dipaksa. Bila sampai masa, dia sendiri akan buat. Potty training, dia sendiri juga yang beriya. Seminggu je potty training, terus excel. No diaper at night time? Dia sendiri juga yang buat arahan veto untuk tidak dipakai CD waktu tidur malam.

Now, dia dah kata dia nak tidur di bilik sendiri. Mak excited! Tapiiiiii, ada tapinya.... Ni syarat-syarat yang dia kenakan:

1. Nak dinding kaler pink.
2. Nak langsir gambar Disney Princess.
3. Nak cadar Hello Kitty.
4. Nak lampu Barbie.
5. Nak selimut Mickey Mouse.
6. Nak sarung bantal Minnie Mouse.

Tak dapat bayang!

Tengah mencari-cari idea untuk decorate bilik dia. Bagi dia semangat nak tidur kat bilik sendiri. Tengok hasil kreativiti ibu-ibu lain di Project Junior, ter kagum sekejap. Rajinnya!

Wednesday, April 17, 2013

Selepas 100 hari


Wah, tak sangka I seberat 56.2kg 100 hari lepas.

Ok, I tak pernah menangis gara-gara berat badan. Hehehe, cuma tension bila scale tu seolah-olah cuba sabotaj program pembuangan berat badanku. Di kala lagi 1kg nak dapat target pertengahan jalan (50kg), angka tu taknak turun-turun pulak dah. Berat paling rendah direkodkan setakat dalam program ni ialah 50.5kg. Pastu dia naikkkk balik pegi 51kg. Nak kena aktifkan diri semula nampaknya. Honestly, I dah lama tak jogging.


It takes 7 weeks for my husband to notice.. yeay! 

4kg lagi untuk dibuang. Bear in mind bahawa mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan lebih cepat membakar kalori berbanding mereka yang mempunyai berat badan lite-lite je. Let say si A (wanita, 50kg) dan B (wanita, 80kg) sama-sama ikuti JomFit dan sama-sama bersungguh-sungguh ikut setiap gerakan dalam masa 3 jam itu. By end of session si B akan lebih membakar kalori berbanding si A. Sebab tu I tak pernah volunteer for Suunto Challenge di JomFit sebab gerenti I tak dapat bakar banyak kalori macam orang lain. Huhuhu, redha je la ye. Mungkin sebab berat dah turun banyak, jadi pembakaran kalori pun menjadi perlahan. Ditambah pula dah kurang aktif berbanding dulu.

Ada akak kat office ni tanya I. Kenapa bersungguh nak turun berat sampai sanggup exercise? Dia tegur sebab I dah kurus sikit dan muka nampak cengkung. Urm, I rasa exercise tu bagus.. bukan untuk turun berat badan je tapi untuk kesihatan juga, betul tak? Lagipun, I bukan jenis yang kurus. Kalau berat tu turun pun, I tetap nampak curvy and I'm loving it.

For some people, they get annoying bila tau orang tu exercise beriye dan kira kalori yang diambil setiap hari. Especially bab kira kalori tu la. Hihihi. Let it be. Kita hanya perlu remind diri sendiri. Kita buat semua tu untuk kesihatan badan. Kalau kita jatuh sakit akibat tidak menjaga pemakanan, mereka yang selama ni annoying dengan kita bukannya akan jaga kita pun masa tu. Macam I pernah beritahu dulu, buat pekak telinga dengan komen-komen negatif yang tidak membina. You know your body better.. you know what you're doing.




Nota : Untuk mereka yang request I share apa yang I makan, I akan buat entry khas tentang tu ye. Nak kena karang elok-elok sikit. Gimme me some time, ok?

Tuesday, April 16, 2013

When life is unfair

*Entry sedikit emo. Maafkan saya*

Bohong kalau I cakap yang I tak kecewa setiap kali dengar berita orang lain pregnant. Urm, kalau berita biasa.. I ok lagi. Tapi kalau ibu yang pregnant tu jenis lasak, tak reti duduk diam dan aktif… ia akan buat I terfikir.

Life is unfair to me!

Macam mana dia yang lasak dan aktif tu boleh pregnant dan sihat sedangkan I yang limit kan pergerakan masa pregnant boleh keguguran? Memang rasa unfair sangat lah. Tapi kemudian, cepat-cepat beristigfar. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya kan?

Cuma ada sesetengah orang yang kurang faham. Bila orang tengok anak I yang sorang, dah besar pulak tu.. mesti akan terkeluar soalan “Bila nak tambah lagi?”. Me dengan senyum dan muka terkulat-kulat akan jawab, “Belum ada rezeki” atau “Tengoklah nanti” atau baru-baru ni I ada jawab, “Kalau boleh beli anak kat kedai, sekarang juga saya pergi beli”. Kalau dah jawapan camtu, bermakna I dah BOSAN!

Tapi nak salahkan mereka pun tak boleh kerana mereka bukan tahu apa yang telah berlaku. Takkan I nak cakap, “Saya dah 2 kali keguguran. Bukan taknak tambah anak”. Nanti orang tu pulak serba salah. Tak ke? Mengeluarkan statement tentang my previous miscarriages seolah-olah meminta rasa kasihan daripada mereka.

I hate when people touch my tummy! Ni jarang dibuat oleh rakan sebaya. Orang yang lebih tua yang suka buat macam tu. Sambil sentuh perut I sambil tanya bila nak pregnant lagi. Ada sekali tu siap macam di tonyoh-tonyohnya perut I. Sejak dari tu, I akan berdiri jauh sedikit daripada mereka. Takut tertepis tangan pula.

Kenapa bila takde anak, orang tanya bila nak ada anak? Bila dah ada anak satu, orang tanya bila nak tambah anak lagi? Bila semuanya lelaki, ditanya bila nak dapat perempuan. Begitulah sebaliknya. Some people are too concern, don’t you think?

Soalan-soalan itu seringkali dilemparkan kepada perempuan/isteri. Kenapa tak tanya lelaki/suami? Macam mana eh kalau ada makcik tanya seorang suami “Bila nak mengandungkan isteri kamu tu?”. Kahkahkah…. Very rude! Come on, kalau pergi LPPKN pun, perkara pertama yang mereka akan buat ialah Sperm Analysis. Itu dia…. Betapa pentingnya peranan lelaki.

I’m not saying suami I bermasalah. No, we have nothing to prove. Dah ada anak pun. Dia pun dah berjaya pregnant kan I sebanyak 3 kali. Hihihi. Cuma ada sebab kenapa Allah tu tarik balik rezeki kecil tu. So we take it as suratan takdir dari Allah yang Maha Esa. Hidup ni kena redha kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Hmmm, nak raya ni... bersedialah nak buat muka terkulat-kulat lagi :p

Friday, April 12, 2013

Well said



Oh dunia!

Thursday, April 11, 2013

Tema biru pilihan hati

Sambungan dari Part 2.

The next day, majlis belah kami pula. Kali ni kami sepakat buat kat dewan sebab taknak rumah berkecah. Nanti penat nak kemas. Majlis ni memang serba serbi outsource kecuali goodies for children and VIP. Catering from Syazs Catering Taman Tuanku Jaafar. Mak andam dan pelamin pula dari salah satu butik pengantin di Senawang.

Pukul 8 pagi dah ada kat dewan sebab orang catering nak masuk. Masa tu juga kami punggah goodies untuk tetamu dan I siapkan guestbook table. Guestbook table simple je sebab memang tak dan nak hias apa-apa.

Bahulu perisa Cappucino dari Bahulu Classiq

Lollipops yang di sponsor makcik

Chocolates untuk tetamu cilik


Bahagian depan sengaja dibiarkan kosong, memberi ruang kepada tetamu untuk menulis. Instead of using book, we printed out the guestbook layout using A4 paper. So ramai tetamu boleh menulis dalam satu masa. Tak perlu tertunggu-tunggu. Lepas tu tinggal jadikan buku je.



Bila dah setel, terus balik ke rumah semula untuk bersiap. Semua orang bersiap awal pada pagi tu sebab nak kena ada kat dewan by 11am. Bila kami sampai dewan, dah ada tetamu yang sampai.




Ni semua geng motor adik. Adik I aktif dengan 2 kumpulan. CBR dan Kyukyu. Ni geng CBR. Mereka sampai awal sebab mereka nak menghadiri satu lagi majlis perkahwinan di Kuala Lipis pula selepas tu. Menjelang tengah hari, semakin ramai tetamu yang hadir. Kami pun tak sempat nak jenguk dalam dewan kerana tak menang tangan menyambut tetamu di pintu masuk. Nasib baik Syazs Catering dah pakar dalam kerja mereka. Hal-hal dalam dewan, semuanya mereka selesaikan.

Walkway yang belum dipasang red carpet

Centerpiece setiap meja. Hasil kerja pihak catering dan sayalah tu! :p

Fondant cake dari pihak catering. Butter cake tu memang sedap!

Elok je pengantin sampai, hujan renyai-renyai turun. Apa lagi, tak main dah berarak perlahan. Jalan laju sikit. Bunga manggar yang kami cucuk pada malam sebelumnya tu pun tak sempat ikut berarak. Elok je dibiarkan di pintu pagar dewan.



Bacaan doa oleh sepupu kami; Haji Amzari bin Jaafar

Ramai puji pelamin cantik. Oleh kerana buat kat dewan, platform pun panjang. Ni pun tak dapat capture gambar penuh. Bila pengantin dah masuk dewan, kami pun sempat la bergambar kat luar tu. Dari tadi bagi goodies, tak menang tangan.


Ni sepupu juga. Family yang sponsor lollipops tu. Hihihi. Nanti bila dia kahwin, kami semua wajib tolong sebab family dia dah banyak tolong kami dalam 3 majlis perkahwinan. Bukan setakat tolong dari segi kudrat tapi sponsor macam-macam. Terharu rasanya.

Alhamdulillah, lauk pauk dari pihak catering pun sedap. Lauk kat meja beradab dengarnya sedap juga. I sempat pandang kepala udang je la. Mak aiii, besar! See for yourself (hint : kat pinggan adik)


Di luar, kami masih sibuk mem promote kawan-kawan adik untuk tulis kat guestbook. Benda ni kira masih baru dalam majlis perkahwinan orang Melayu di Malaysia. So ramai juga yang malu-malu nak mendekati meja tu.


Majlis berakhir pada jam 4 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Now it's time to...
Merampas takhta di pelamin

Gambar satu family tak ada pulak untuk di share sebab hanya OP je yang ambil gambar kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan majlis kami. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir. Sampai kita bertemu lagi di majlis perkahwinan selepas ni. (entah bila la ye Encik Muhammad Irfan).

Wednesday, April 10, 2013

Gelombang merah di rumah pengantin perempuan

Sambungan dari Part 1.

The next day, majlis kenduri belah perempuan. I ternanti-nanti sebab suka tengok baju pengantin tu. Kain meleret! Rombongan pengantin lelaki dalam 5 kereta. Memang tak ajak orang lain ikut sebab ramai dijemput untuk hadir ke majlis keesokan harinya. Jadi yang ikut pada hari tu hanyalah jiran-jiran terdekat dan family makcik.

Cuaca panas. Memang cantik la kalau bergambar. I tak dapat nak ambil gambar banyak sangat. Sebab tu agak tak menyabar nak tengok gambar photographer. Selalu pergi majlis orang. So bila tiba-tiba jiran tegur, “Kenapa tak duduk kat meja beradab?”, agak blur sikit. Hahaha. Kitorang satu family boleh pergi duduk kat meja yang dikhaskan untuk belah pengantin lelaki.Lepas diajak, semuanya bangun dan tukar meja.

Kenduri hari tu meriah juga. Dari jauh I nampak ramai tetamu yang datang. Alhamdulillah. Kita layan gambar ye. Gambar campur-campur dari digicam dan DSLR. Tu yang kualiti pun tak sama.

Menanti paluan kompang.
Pengapit adalah kawan adik sejak kecil.

Doa dibaca sebelum majlis dimulakan

Jangan main-main. Hebat budak kecil nie!

Menepung tawar

 Wedding cake of the day. Itu bunga segar!

Signage

Guestbook table

Bergambar dengan pengantin baru

Stroller pun nak bergambar! :p

Tuesday, April 09, 2013

Selamat Pengantin Baru adikku

Mari lekas langsaikan hutang cerita nie :)

Akhirnya, adik I kahwin juga. Anak lelaki pertama dalam keluarga, dia bertemu dengan jodoh dengan Norasikin yang tinggal dalam satu negeri tapi bukan orang negeri. Hikhik, I bagi tau ni bukan apa… asal duduk negeri Sembilan, terus kena chop orang negeri. Padahal dia asalnya Perak. Gambar dari OP belum siap lagi kot. So kita guna gambar yang ada je la.

Mereka dinikahkan pada 22 March yang lalu. Lepas solat Jumaat, kami gerak dari TTJ. Tak dapat nak sampai sana pukul 3 petang sebab diorang balik dari solat Jumaat pun dah nak pukul 2.30 petang. Muka adik I? Rileks je. Pelik betul budak nie. Takde rupa nervous langsung. Tapi mama kata, dalam hati dia siapa yang tahu. Ye tak ye juga kan?


Imam petang tu memang fuhhhh, panjangnya khutbah! Hahaha, buat semua orang nervous aje. Berpeluh-peluh semua orang tunggu. Pastu dia tanya soalan. Nasib baik tak susah sangat. So akhirnya mereka berjabat tangan dan akad dilafazkan. Dengan sekali lafaz, Nazdri dan Norasikin sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah.



Lepas selamat ijabkabul, panjang lagi imam memberi nasihat. Memang bagus betul la. Lepas tu cepat-cepat suruh sarung cincin.

Gambar ni ambil kat rumah. Tu yang terang sikit.
 Cincin belum letak lagi masa ni.


 Selamat Pengantin Baru buat Nazdri dan Norasikin.



Nak interframe.. Pengantin lama dengan anak nan seorang.

Opps, muka berpeluh-peluh :p

Friday, April 05, 2013

Daylight

Here I am waiting, I'll have to leave soon
Why am I holding on?
We knew this day would come, we knew it all along
How did it come so fast?

This is our last night but it's late
And I'm trying not to sleep
Cause I know, when I wake, I will have to slip away

And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own
But tonight I need to hold you so close

Here I am staring at your perfection
In my arms, so beautiful
The sky is getting bright, the stars are burning out
Somebody slow it down

This is way too hard, cause I know
When the sun comes up, I will leave
This is my last glance that will soon be memory

And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own
But tonight I need to hold you so close

I never wanted to stop because I don't wanna start all over, start all over
I was afraid of the dark but now it's all that I want, all that I want, all that I want

And when the daylight comes I'll have to go
But tonight I'm gonna hold you so close
Cause in the daylight we'll be on our own
But tonight I need to hold you so close

Rasanya sesuai nak ber karaoke lagu ni dengan hubby

Thursday, April 04, 2013

Saya dah besar

Last night, Batrisyia minta tidur di side yang I selalu tidur. Minah ni lasak so memang tak bagi dia tidur kat tepi sekali. Baru-baru ni dia bergolek sampai jatuh katil. Kuikuikui. Kesiaaannnn.

Tapi malam tadi, dia cakap dia dah besar. Dia boleh tidur kat situ. So I bagi je la. Sesekali terbangun juga sebab risau dia ke tepi sangat. Tapi nampak ok. Sampai ke subuh dia tak jatuh katil pun. Alamatnya I kena tukar tempat la.

Dia sekarang suka guna ayat, "Tisya dah besar" bila I tak bagi dia buat sesuatu. Ni penangan iklan Calciyum Max la ni. Yang bestnya, dia dah mampu lipat SEMUA pakaian dia. Kalau sebelum ni, tolong sikit-sikit je. Pastu lari. Sekarang, dah 3 kali dia lipat baju dia sendiri.

Tapi ye la, lipat pun tak la cantik sangat. I biarkan je. Lepas tu suruh dia letak dalam bilik. Bila dia dah tidur, I akan lipat semula baju-baju tu. Saja nak tanamkan keyakinan dalam diri dia yang dia boleh lipat baju sendiri.

Terima kasih sebab tolong umi

Wednesday, April 03, 2013

Situasi mak-mak


Kihkihkih. Yang ada anak je memahami situasi ni. Gambar terakhir tu mmg betul la. Kalau dah penat sangat, dah rasa malas nak kemas.

I pernah dengar satu panggilan telefon di Sinar FM. Makcik ni, I rasa umur dia dah 50-an atau 60-an la. Dia kata, dulu dia rajin kemas rumah tapi orang lain kat rumah tu rajin juga buat sepah termasuklah suami dia. Sampai anak besar, situasi tetap macam tu. Sudahnya dia buat announcement kat rumah ni, "Mulai sekarang, mak dah taknak kemas. Apa nak jadi, rumah nak tunggang terbalik ke, buat la apa korang suka". Dia tekad tak kemas rumah walaupun dia sendiri rimas tengok rumah yang bersepah. Hahaha, kelakar makcik ni.

I pernah juga buat camtu. Dah penat giler mengemas waktu siang. Malam tu sepah balik. Lepas I kemas, esok tu sepah balik. Masuk hari ketiga, I buat announcement. Lepas tu terus masuk tidur. Pagi tu, wahhh... rumah dah tak sepah.

Tapi sekali tu je la I buat. Sekarang guna pendekatan lain. Siapa yang buat sepah, dia kena kemas. Sape yang bawa balik barang dan simpan berbulan-bulan kat rumah tu (tanpa diusik), I buang. Senang cerita.

Minggu depan nak check barang-barang lama kat bilik kosong tu. I dah tak tau nak buat apa dengan storage box baju-baju lama Batrisyia dan barang-barang mainan dia. Barang mainan tu ingat nak derma je. Korang tau tak kat mana I boleh hantar? Baju pulak, sayang rasanya nak let go tapi nak buat apa simpan lama-lama. Silap-silap, baju boleh jadi buruk. Sebab tu baju-baju Batrisyia memang akan digunakan sampai dah tak muat dan lusuh. Pendek kata, pakai sampai tamat tempoh.

Ehem, parlimen dah bubar. Dah tau nak pangkah mana? :)

Tuesday, April 02, 2013

A Gentleman's Dignity

Currently watching..

A Gentleman's Dignity

Tak tau la samada dah tayang kat Astro ke tak tapi kalau korang tak pernah tengok, boleh cuba layan. Bersiaran di NTV 7, pukul 8.30 malam. Malam tadi baru 1st episode.

I tengok pun sebab ada Jang Dong-Gun. Hehehe, awal-awal dah bagitau hubby yang I nak tengok sebab I suka lakonan dia dalam 2009: Lost Memories. Lepas tu lagi best tengok dia berlakon dalam Taegukgi. Sob.. sob.. sedih.

Bila tengok malam tadi, rasa dia dah tua. Tua dan makin kurus. Wah...Tapi sesuai la sebab dalam siri ni, dia memegang watak lelaki berumur 41 tahun yang masih bujang dan rapat dengan lagi 3 orang kawan sekolah. Jalan cerita agak sempoi dan kelakar sebab mereka berempat ni ala-ala playboy tua. Hahaha.

Ok, masih kacak walaupun tua. Yang hujung sekali tu dah berkahwin.

Dah lama tak seronok melayan Korean drama. Sesekali kena layan cerita macam ni juga.

For One More Day by Mitch Albom

Sejak membaca Tuesdays with Morrie, I memang kagum dengan penulisan Mitch Albom. Ceritanya memberi inspirasi dan penuh dengan quotes yang best-best dia share dengan pembaca.

I habis baca For One More Day dalam masa sehari kerana buku ni tak tebal. I rasa korang pun akan enjoy baca buku ni. I beli di BBWB tahun lepas. Nampak buku ni ada banyak sangat tersusun kat satu sudut. Seperti biasa, I baca synopsis di bahagian belakang. Satu ayat membuatkan I tertarik untuk membeli buku ni.

If you had the chance, just one chance to go back and fix what you did wrong in life, would you take it? And if you did, would you be big enough to stand it?”

Buku ni mengisahkan tentang Charles Benetto. Dia lebih dikenali dengan nama Chick Benetto dan ibunya memanggilnya Charley. Siapa dia? Dia seorang bekas pemain baseball yang telah hilang arah tujuan hidup sejak kematian ibunya. Semenjak itu, dia menjadi seorang kaki botol dan ditinggalkan isteri dan anak. Dia juga tidak dijemput ke majlis perkahwinan anaknya sendiri. Anaknya hanya beritahu yang dia telah berkahwin melalui sepucuk surat dan sekeping gambar.

Chick menjadi terlalu marah dan kecewa hingga merasakan hidupnya tidak bermakna lagi. Lantas dia mengambil keputusan untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya. Pada masa tu, dia terlihat kelibat ibunya yang telah mati. Bermulalah kisahnya yang menghabiskan masa sehari bersama ibunya itu. Waktu sehari yang dihabiskan bersama bakal merubah hidup Chick yang telah musnah.

You can say that this is a ghost story but it’s more than that. It’s a story about a mother and her unconditional love. Bagaimana Chick membesar tanpa ayah, kenapa dia terlalu beriya mendapatkan perhatian dari si ayah dan dalam masa yang sama mengetepikan ibunya.. semuanya diceritakan di dalam buku ni. Agak sweet juga bila membaca nota-nota pendek yang ibu suka tulis dan beri kepada Chick sejak dia kecil hinggalah dia berkahwin. I paling suka nota yang ditulis semasa hari perkahwinannya.

Here is what you are going to find out about marriage: you have to work at it together. And you have to love three things. You have to love

1) Each other
2) Your children (When you have some! Hint! Hint!)
3) Your marriage

What I mean by that last one is, there may be times that you fight, and sometimes you and Catherine won't even like each other. But those are the times you have to love your marriage. It's like a third party. Look at your wedding photos. Look at any memories you've made. And if you believe in those memories, they will put you back together.

So true, betul tak?

Dalam masa sehari, Chick tahu macam-macam perkara tentang ibunya. Dia tak tahu selama ni ibunya mengambil upah mengemas rumah jiran untuk menampung perbelanjaan Chick di kolej. Dia tak tahu ibu dan bapanya bercerai gara-gara bapanya mempunyai isteri lain. Dia tak tahu ibunya disayangi ramai. Selama ni dia hanya melihat ibu sebagai ibu.Kadang kala, dia sendiri tidak mempertahankan ibunya di khalayak ramai.

Epilog buku ni bakal memberi kejutan kepada pembaca. Ada yang rasa ending tu tak sesuai. I think it's a sweet ending.. a closure between 2 characters. Mitch Albom did it again!

Monday, April 01, 2013

All about school

Finally, school break is over. Jalan kembali sesak. Rutin kembali sibuk. Tapi I rasa Batrisyia suka sebab tak perlu mengadap homework lagi. Hehehe.. nasib la dapat umi yang strict bila sampai bab education. So selagi kerja tak siap, selagi tu la tak boleh buat benda lain. Cuma I tak la kejam sangat suruh dia siapkan semua dalam dalam sehari. Kita bahagikan pages. So setiap hari kena target siapkan banyak mana. Tutup TV bila buat homework. Selesai 1 page, dia dibenarkan rehat sekejap.

Kadang-kadang dia mengelat. "Umi, bont*t Tisya sakit duduk lama-lama". "Umi, Tisya tak reti buat. Umi tolong ajar". Padahal masa tu dah buat separuh jalan. Saja je tu. Menguji kesabaran sebab bila dia buat homework, I akan duduk sebelah dia untuk bagi kata-kata semangat dan ugutan sikit-sikit. Hahaha.... tapi tak boleh lawan la ugutan abi dia, "Kalau Tisya tak siapkan homework, abi telefon Teacher Atikah. Abi bagitau dia Tisya tak siapkan homework" sambil pura-pura ambil handphone. Perghh, dengar ayat ni, Batrisyia terus menangis dan sedu sedan buat homework. Kehkehkeh. Kejam sangat ke?


Anyway, kami dah daftarkan Batrisyia untuk sesi persekolahan tahun 2015. Sekolah mana? Sekolah yang ada dalam perjalanan pergi balik office-rumah. Senang. As parents, kita nak masukkan anak kita ke sekolah hebat-hebat. I juga tapi dah takde yang dekat.  Entah la. Sekolah yang bagus boleh melahirkan ramai pelajar yang cemerlang tapi tak semestinya pelajar dari sekolah biasa-biasa tidak boleh menjadi cemerlang, betul tak? Semuanya bergantung kepada usaha dari pelbagai pihak (sekolah, ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri). So I taknak ambil pusing sangat bab sekolah. Asalkan dia masuk sekolah yang lebih pentingkan pencapaian akademik berbanding ko-kurikulum, I dah rasa ok. Kalau nak hantar ke sekolah paling hebat kat KL ni, nun di Damansara tu. Hmm, I dulu pun sekolah kat ceruk kampung juga :)

Bagaimana dengan anda? Sanggup hantar anak jauh-jauh asalkan dapat masuk sekolah yang bagus atau pilih sekolah yang dekat dengan rumah je?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.